Minyak Sawit Pun Kroni umno Nak Sapu.
KEADILAN
mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk
mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.
Pendedahan
itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen
pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Katanya,
perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai
hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.
“Sebilangan
pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah
saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya.
Menurut
Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada
5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke
luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.
Tambahnya,
industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana
hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.
“Dua
hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami
mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan
kononnya rahsia rasmi.
“Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.
“Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN,” katanya.
Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.
Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.
Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.
“RM2
bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos
dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.
Petikan dari blog: Tukang Lawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan