Rabu, 5 September 2012

Mahathir kata orang UMNO 'Tak Waras'..

Beberapa bulan yang lalu Mahathir telah mengakui hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO ini berdasarkan dari kata-katanya iaitu “UMNO dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakkan Doktor masuk PAS.”

Kata-kata ini diluahkan oleh Mahathir dalam satu majlis yang turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.. Baru-baru ini pula beliau menulis di Blog miliknya “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”
Syaitan yang dimaksudkannya disini ialah UMNO dan Barisan Nasional manakala Malaikat pula adalah Pakatan Rakyat..

Ini memberikan jawapan kepada ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya ramai Blogger Pro UMNO menulis macam Syaitan.. (sebar fitnah tak takut dosa)

Hari ini pula nun jauh dari seberang negara jiran kita Indonesia, Mahathir mempersoalkan kewarasan orang UMNO pula.

Katanya "Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

KALAU MEREKA WARAS… maknanya ialah MEREKA TIDAK WARAS..

Jadi kesimpulannya ialah UMNO ialah sebuah parti Syaitan yang dipenuhi oleh orang-orang bodoh yang tidak waras…

Kah..kah..kah.. Kesian Ahli UMNO.. tergamak Mahathir kata depa tu Bodoh dahlah Bodoh.. Tak Waras pula..


Nampak tak.. Mahathir sendiri pun sudah tidak yaki UMNO/BN mampu mempertahankan majoriti 2/3.. kalau dia yakin takkanlah dia nak kata "Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga....
Petikan dari: Anak Sungai Derhaka

Tiada ulasan: