Khamis, 27 September 2012

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat”


by Staff Berita Semasa on September 26, 2012
Belanjawan Pakatan 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat : Kalau tahun lepas Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 diumumkan 3 hari sebelum Bajet 2013. Kali ini,  Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat telah dibentangkan petang tadi iaitu 2 hari sebelum Bajet 2013 oleh Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…….Apa isinya? 

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Belanjawan Alternatif 2013)

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) kali ini mahu mengalihkan sumber kekayaan negara yang kebanyakannya dikatakan dimonopoli oleh sebilangan golongan mahakaya kepada kepada program khusus bagi mengurangkan bebanan dan menambah manfaat rakyat. Itu kata merekalah…Walauapapun kita nantikan pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 (Alternatif) ini.
  • Lokasi : Dewan Rakyat
  • Tarikh : 26 September 2012
  • Masa : 2:00 petang
  • Pembentang : Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia)
  • Tema : ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’
Anwar Ibrahim Belanjawan 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat
 Kalau pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dahulu, sebanyak RM220 bilion dibentangkan untuk keperluan rakyat, iaitu kurang RM4 bilion daripada Bajet 2013 kerajaan Malaysia di mana bertujuan untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) kali ini adalah berjumlah RM233 bilion meningkat RM13 bilion berbanding Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 (tahun lalu)

Pembentangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)

Intipati Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Bertujuan mengawal inflasi dan menurunkan hutang
Tujuh teras utama digariskan. Antaranya ialah :
  1. Mengangkat martabat golongan wanita
  2. Reformasi dan ketelusan GLC
  3. Membina daya saing ekonomi
  4. Mengangkat martabat wanita
  5. Hasil minyak untuk negeri
  6. Reformasi membanteras jenayah
  7. Perumahan untuk rakyat
  8. Menurunkan harga kereta.
Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat menawarkan beberapa tawaran untuk rakyat Malaysia. Antaranya ialah :
Anwar Ibrahim Bajet 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat

(i) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Tawaran Kebajikan Bernilai RM33.5 Bilion

  1. Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah
  2. Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu
  3. Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi menyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
  4. Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
  5. Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan
  6. Sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapuskan
  7. Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus (RM2 bilion)
  8. Elaun Guru (RM2.4 bilion)
  9. Penyediaan Wifi Percuma (RM1.2 bilion)
  10. Hapus tol PLUS & 2 lagi konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion)
  11. Hapus PTPTN & pemberian pendidikan percuma (RM6 bilion)
  12. Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
  13. Peruntukan 20 peratus royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak (RM12.5 bilion)
  14. Peruntukan setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)

(ii) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Sumber Pendapatan? 

  1. Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).
  2. Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion
  3. Lesen dan permit (RM13.9 bilion)
  4. Pelaburan (RM36.7 bilion)
  5. Lain-lain (RM6.2 bilion),
  6. JUMLAH : Pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion.
Belanjawan 2013  Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat Sebanyak RM189 bilion pendapatan negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan Rakyat.
Walaubagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat mengatakan yang mereka berupaya menambah lagi RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan. Seterusnya, ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42 bilion hutang baru.

Program 100hari Pakatan

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Rabu, 26 September 2012

Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu.. banyak untung rupanya.. tengok ni..


Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang ingin menjual tanah milik MARDI di Serdang seluas 200 ekar dengan harga yang sangat rendah..

Ini menyebabkan timbulnya persoalan kenapa Noh Omar bersungguh-sungguh mahu tanah tersebut dijual..

Apa yang tersirat disebalik tindakan Noh Omar itu ialah satu transaksi yang amat menguntungkan bakal diperolehi oleh samada Noh Omar sendiri ataupun kroninya..

Tanah tersebut dikatakan akan dijual dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu.

Dengan menggunakan modus operandi yang sama dengan yang telah digunakan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang yang telah mengaut keuntungan RM5Juta hasil dari menjual tanah milik Melayu..

Di Pulau Pinang tanah milik 31 orang Melayu telah dibeli oleh Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin UMNO dan tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pemaju untuk dibangunkan.. pendedahan mengenainya sila baca di ( SINI )

Dalam hal tanah milik MARDI ini pula sudah tentu ianya akan dijual kepada Syarikat Kroni ataupun Syarikat yang dikuasai oleh Noh Omar sendiri.. kemudiannya akan dijual pula kepada pihak ketiga untuk dimajukan..

Berapa keuntungan yang bakal dikaut?

~ Satu ekar terdiri daripada 4,840 ela persegi atau 43,560 kaki persegi.

~ Keluasan tanah yang hendak dijual ialah 200 ekar bersamaan dengan  8,712,000 kaki persegi.

~Keuntungan yang bakal diperolehi jika tanah dijual dengan RM80 setelah ditolak harga beli RM14.50..

(RM80 - RM14.50) x 8,712,000 = RM570,636,000

~Manakala keuntungan yang bakal diperolehi jika tanah retsebut dijual pada harga RM100 setiap kaki persegi pula ialah..

(RM100 - RM14.50) x 8,712,000 = RM744,876,000

Korang tolong kira semula ya... betulkan kalau aku salah..

Banyak tu... patutlah Noh Omar bersungguh-sungguh mahukan tanah tu dijual.. banyak untungnya tu..

******************************************

Noh Digesa Tidak Jual Tanah MARDI 

Datuk Seri Noh Omar digesa tidak meneruskan hasrat menjual tanah milik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang seluas 200 ekar kepada mana-mana pihak hanya untuk meraih keuntungan.

Exco Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan pihak MARDI untuk menukar status tanah itu daripada pertanian kepada perniagaan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada minggu lepas.

Dr Yaakob memberitahu pada waktu ini tanah milik MARDI berkenaan sedang dalam proses rundingan untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

Beliau menegaskan Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani sepatutnya melakukan transformasi terhadap MARDI untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pertanian yang unggul di dunia.

“Selaku menteri kabinet beliau seharusnya menasihat ahli-ahli mesyuarat kabinet yang lain supaya mempertahankan tanah tersebut dari terus dijual.

“Sebaliknya, beliau hanya mendiamkan diri dalam isu ini tanpa memberikan sebarang maklumbalas.

“Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan menteri kabinet yang ingin menjual tanah tersebut dengan harga yang sangat rendah,” kata Dr Yaakob di sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

. Beliau berkata, tanah itu ingin dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi walaupun harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu.

Tambah Dr Yaakob, tanah milik MARDI ketika ini sebahagiannya dijadikan tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Ujarnya, setiap tahun jutaan tetamu yang hadir mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA).

Pada 23 November hingga 2 Disember ini, dijangka seramai 3 juta orang ramai bakal hadir menjayakan pameran tersebut.

“Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha penganjuran MAHA di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ.

“Jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat- tempat lain tetapi bukannya di tapak milik MARDI di Serdang,” katanya.

“Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut”,ujarnya.


~ Selangorku

Selasa, 25 September 2012

Zahid Hamidi bagi pinjam jet pada Anwar?


Bila diasak dan ditejel (termasuk oleh mereka yang berkawan dengan syaitan dan meninggalkan malaikat yang yang tidak dikenali) Anwar Ibrahim menjelaskan yang jet beliau naiki itu diberi pinjam oleh kawannya. Anwar tidak menyebut siapa kawan yang baik hati itu cuma beliau ada mengatakan kawan itu tidak mengharapkan apa-apa dari budi baik itu.

Anwar: Apa dia ingat dia saja ada jet...?
Anwar juga menjelaskan jet itu didaftarkan di negara ini. Check dengan Jabatan Penerangan Awam (DCA) akan diketahuilah siapa pemilik dan tuan punyainya. Ada anak syaitan mengatakan jet itu didaftarkan di Amerika Syarikat. Nampak sangat dia bertindak menjadi brua dan cuba hendak mengherekkan Anwar dengan negara asing.

Wei... kalau nak buat jahat pun biarlah cerdik sikit. Rakyat negara ini tidak akan menerima atau mudah terpesona dengan politik puter belit (spin) yang bodohnya nampak sampai ke atas belakang.

Hari ini sama-sama kita membuat pemeriksaan siapakah yang memiliki jet berkenaan. Soal apaklah jet itu diberi pinjaman atau dibayar tidak timbul. Walaupun Tian Chua dan salah seorang yang menumpangi jet itu menyebut kepada saya, ianya dibayar... tidak kisah. Saya percaya jet itu diberi percuma. Sebenarnya kalau diberikan pinjam lagi baik dari dibayar atau disewa kerana bayar dan sewa itu menunjukkan Pakatan Rakyat ada banyak duit.

Persoalan pokok ialah siapakah tuan punya jet itu? Apa yang saya diberitahu tuan jet itu semasa hendak memberi pinjam kepada Anwar ada menyebut; you kena pastikan jadi PM, kalau tidak teruklah I. Aduh... inilah politik Malaysia, sesiapa yang membantu pembangkang walaupun secara halal akan dikenakan tindakan. Orang yang tidak bodoh sampai ke atas belakang faham dengan ayat dan kata-kata berkenaan.

Pemilik pertama yang saya dengar semasa di Sabah jet itu kononnya kepunyaan Tony Fenendez ... tuan punya Airasia itu. Tetapi selepas dibuat pemeriksaan menerusi seorang kawan, di Johor Bharu dia kata tidak. Jet itu kepunyaan orang Kelantan? Wah orang Kelantan ada jet peribadi. Dalam pengetahuan pula saya dan juga orang umum, di Kelantan hanya ada dua orang saja yang ada jet peribadi... yang lain sama ada naik bas cepat ataupun Airasia atau pun firefly.

Kedua-dua mereka ada ahli perniagaan. Ahamd Zahid Hamidi katanya pernah menaiki jet milik orang Kelantan itu untuk ke Makkah. Mulanya Zahid hendak jelaskan jet siapa yang beliau naik pergi ke Makkah tetapi sampai sekarang tidak dijelaskan. Namun orang sudah tahu yang jet itu milik orang Kelantan yang baik sekali dengan Zahid dan keluarganya.

Lupa pula saya nak tanya Husam Musa takut-takut dia tahu apakah jet yang diberi pinjamkan kepada Anwar itu sama dengan jet yang dia tengok ke Jeddah yang dinaiki oleh Zahid? Ada cerita mengatakan Husam ternampak jet berkenaan di parking di Jeddah.

Kalau sama, ertinya besar kemungkinan jet yang dinaiki Zahid Hamidi itulah juga yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak berani hendak mengatakan Zahid Hamidi yang rokmenkan kawannya itu beri pinjam kepada Anwar kerana kita tahu Zahid kini tidak bersama Anwar lagi. Tetapi bila mana Anwar kata jet itu jet kawannya... boleh jadi juga. Sebab bagi Anwar walaupun kawan-kawannya melarikan diri kerana hendka menyembunyikan harta benda dalam perut, dia tetap menganggap orang itu sebagai kawannnya.

Itulah keperibadian Anwar.

Semua itu andaian dan kemungkinan berlaka tetapi boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti siapakah tuan punya jet berkenaan. Manakala masalah Anwar naik jet ke bas tidak dia punya hal. Adalah domba --- iaini bonggok atas punggung kibas, kalau ada yang mempertikaikan atau mengatakan Anwar bermewah. Pemimpin seperti Anwar memang layak bermewah begitu hatta kalau Mahathir Mohamd ditakdirkan Allah menjadi borak, Anwar wajar menunggangnya kerana apa diperlakukan itu untuk rakyat bukan sekadar berseronok. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan?  Walahu'alam - MSO

Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar




KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.

"Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.

Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.

Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN.

“Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet,” katanya.

Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan.

“Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan.

Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi.



Pinjam jet macam pinjam kereta kawan, kata Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengibaratkan jet peribadi yang dipinjam kepada beliau adalah sama seperti “kita memberi kawan kita untuk pinjam kereta” dan tidak harus diperbesarkan.

Beberapa blog dan media tempatan hari ini menyiarkan gambar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain menggunakan pesawat mewah itu untuk berkempen di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Penggunaan jet mewah itu menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pembangkang “dibiayai” oleh pihak tertentu atau pun terpaksa berhutang budi kepada pemilik pesawat itu.

Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau bertanya terlebih dahulu kepada pemilik pesawat itu tujuan meminjam jet itu kepadanya.

"Saya sudah tanya dulu, ada kepentingan atau tidak, tetapi dia kata tiada," katanya di sidang media di lobi Parlimen.

Anwar tidak mengenal pasti siapa pemilik pesawat itu tetapi berkata pihak yang ingin tahu boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam.

Gambar Anwar di dalam pesawat di muat naik di laman Twitter oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu sebelum di siarkan oleh beberapa laman blog selepas itu.
-antarapos

Ulasan GB

Anwar pakai pengawal peribadi (dari syarikat keselamatan) dikecohkan. Anwar guna bas yang disewakan oleh Tan Sri Khalid pun dikecohkan. Kini Anwar naik jet peribadi yang dipinjam dari rakan pun dikecohkan. Sungguh cemburu dan irihati besar puak UMNO ini. Tetapi Najib & Rosmah berbelanja berjuta-juta wang rakyat ke luarnegara mereka menikus.

Bini PM, Bini Taib Mahmud Malukan Malaysia



laniismaa
Isteri PM, Rosmah Mansor (kanan) bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud (dua, kiri) dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib hadir pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.
Foto Bernama.
Hanya bini PM Malaysia dan bini Taib Mahmud lain dari yang lain... mintak Rosmah lihat sekeliling!!

Sultan Brunei juga tidak dayus... menjaga aurat tanggungannya....
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (lima, kanan) serta Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (enam, kiri) berkenan bergambar dengan Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Turut kelihatan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Abdul Rahaman serta anakanda-anakanda Sultan Brunei yang lain. Foto Bernama.

Ahad, 23 September 2012

Harga saham: Felda tipu peneroka



Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan jumlah pinjaman saham Felda kepada peneroka bernilai RM5,000 sedangkan saham sebenar menurut mereka adalah bernilai RM3,640 untuk 800 unit saham.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, selama ini peneroka Felda membeli saham FGVH dengan harga tersebut di mana-mana bank yang menawarkan pinjaman.

Berdasarkan surat perjanjian antara Maybank, Mazlan berkata, peneroka terkejut apabila tercatat nilai belian sebanyak RM5,000, manakala di dalam surat CIMB pula tercatat RM4,000.

"Persoalannya kemana duit yang selebihnya pergi? Ini membabitkan semua peminjam FGVH," katanya surat perjanjian itu diberikan melalui peguam Anak.

Mazlan berkeyakinan, wang selebihnya itu akan disalurkan terus ke FGVH memandangkan perjanjian antara peneroka itu sudah ditandatangani.

Beliau menganggap ini bentuk penipuan yang jelas dilakukan oleh FGVH dan pihaknya akan membuat laporan polis tidak lama lagi.

"Kalau sekiranya dakwaan kita ini benar, kita minta FGVH pulangkan wang itu. Pulang ikut dividen semasa," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Mengulas saham FGVH yang jatuh naik, Mazlan tidak menolak kerajaan benar-benar menggunakan dana awam untuk melonjakkan semula saham.

"Misalnya saham pernah jatuh pada harga RM4.57, tetapi tengah hari pada hari itu juga KWSP 'top up' 2 juta unit saham, saya kira RM1 billion. Saham terus melonjak naik," katanya.

Dan, katanya, jika saham FGVH jatuh kepada RM4 seunit, Anak tidak teragak-agak untuk berhimpun secara besar-besaran mendesak Perdana Menteri menyelamatkan saham tersebut.

"Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

"Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," katanya.

Pada 14 Julai lalu, lebih 5,000 orang menyertai himpunan dengan berpakaian oren dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara membantah penyenaraian FGVH.
 
Petikan dari: KERENGGA

Rahsia lambang singa di kotak rokok!



oleh: Deth Mustaine
Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.





***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/23/rahsia-lambang-singa-di-kotak-rokok/

Mustapa: BN sudah sedia di Kelantan


9:32PM Sep 22 2012  
 
BN Kelantan kini sudah bersedia untuk berdepan parti pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kita siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sebaik sahaja diumumkan (PRU13) oleh presiden parti," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Astro Fiesta Mesra Belia di Beris Kubur Besar di Bachok hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus Awang Adek akan ditentang calon PKR bagi kerusi kawasan Parlimen Bachok yang kini diwakili bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata sambutan golongan muda terhadap program yang dianjurkan BN sangat menggalakkan termasuk program yang diadakan hari ini.

Katanya sambutan yang menggalakkan berbanding sebelum ini sebagai satu petanda baik untuk BN merampas Kelantan daripada pemerintahan PAS.

BN akan memperbanyakkan lagi program belia di seluruh negeri dengan kerjasama parti komponen BN, katanya.

- Bernama

Sabtu, 22 September 2012



Rosmah dicabar nafi miliki jam tangan RM350,000

(Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 21 Sept: Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM636,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.
Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.
Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.
Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.
“Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu.
“Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan.
“Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011.
Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Petikan dari: Keadilan daily

Rabu, 19 September 2012

Saham BERNAS di miliki pihak asing,tak mustahil felda juga!

Best Blogger Tips

Penjualan Saham BERNAS kepada Firma Hong Kong: Kerajaan perlu perjelas kepada Rakyat

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, hari ini meminta Kerajaan memperjelaskan kepada rakyat mengenai penjualan saham Bernas, kepada firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd.

Saham BERNAS jatuh ketangan asing


Merbahaya! Industri strategik negara dikuasai oleh pihak asing. Kerajaan diminta tarik balik AP kepada BERNAS.


Justeru itu demi menjaga masa depan negara, Kerajaan kena ambil alih impot beras, tidak perlu beri kepada syarikat, kata Mahfuz menjawab soalan pada sidang medianya petang di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.


Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. yang kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara. (Video sidang media akan menyusul)
Mengikut laporan tersebut, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia baru-baru ini, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Sementara itu, Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) turut membantah dan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mengembalikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang kini dimiliki orang luar ke tangan rakyat Malaysia.
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Gabem akan membuat gesaan bertulis kepada kerajaan supaya kedudukan saham Bernas itu dikaji semula.
”Kalau boleh biar Bernas jadi macam badan korporat di mana sahamnya diapungkan di pasaran jadi komoditi strategik.
”Macam mana kita boleh benarkan sampai 30 peratus komoditi penting seperti makanan harian rakyat Malaysia dikuasai orang luar,” soalnya, lapor Utusan.
Demi kepentingan rakyat dan negara, industri strategik negara termasuk beras mesti dikuasai rakyat negara ini jika tidak dikuasai kerajaanpun.

 

 
Petikan dari: King Of Goblok

Selasa, 18 September 2012

Kes Zina & Bunuh Bayi Ini, Patut Dididik Dg Hudud.



PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi. 
Gadis Kilang Campak Bayi Direman
PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam. "Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala. "Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya. Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung. Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi. (Kosmo)

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah





KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.

“Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?” katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).

“Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.

Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.

Petikan dari: Harakahdaily

Ahad, 16 September 2012

61 Gambar Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan


Tengok sendirilah betapa meriahnya sambutan Himpunan Hijau peringkat negeri kelantan, tanpa perlu keluarkan notis mewajibkan kakitangan kerajaan datang, tanpa perlu usung pegawai kerajaan datang dan tak perlu wajibkan budak-budak sekolah hadir himpunan ini penuh.. umno tak rasa senak perut ke tengok gambar nei ?.

Kalau senak perut pun, panglima-paglima umno takkan berani nak simbah cat merah, kerana kalau diorang nak tunjuk besar kepala, merah diorang akan jadi hijau sekelip mata.






































































Petikan dari blog: Tukang Lawan