Selasa, 31 Disember 2013

Pas jgn remehkan kawan

Pas Kelantan jangan remehkan Keadilan

DARI SUDUT HATI                                                        

Wan Nik: harus bijaksana.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusuf dilaporkan memberi pandangan bahawa hanya dua sahaja parti yang dominan di Kelantan, iaitu Pas dan Umno, manakala parti lain yang merupakan parti ketiga seperti PKR (Keadilan) tidak mendapat sokongan rakyat. Beliau memberi pandangan demikian dalam satu majlis di Kota Bharu minggu lepas. Pandangan negatif itu tidak disenangi oleh Keadilan.

Saya bersetuju dengan pandangan berkenaan, memang Kelantan didominasikan oleh kedua parti Melayu - Islam itu sejak tahun 50-an lagi.

Selain dari kedua parti itu, parti lain tidak mampu bernafas panjang di dalam lumpur politik Kelantan yang dianggap unik. Malahan jangka hayat parti-parti lain juga bergantung kepada sejauh dan sekuat mana ia bekerjasama dengan Pas atau Umno.

Sekiranya mana-mana parti ketiga, keempat atau kelima merenggangkan hubungan dengan Pas atau Umno, mereka akan hancur. Dalam erti kata lain, parti lain bergantung hayat dengan Pas atau Umno.

Sejarah telah menunjukkan kebenaran itu. Awal tahun 1990-an dahulu parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa berkerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Umno. Mereka mendapat kemenangan besar dengan menumpang pengaruh Pas. Apabila mereka berpisah dengan Pas, hatta kembali semula kepada lubuk asal Umno, seperti dilakukan Semangat 46, parti itu mengalami kemerosotan dan akhirnya berkubur tanpa nisan dan ditalqinkan.

Perkembangan atau fenomena itu, kita akui akan kebenaran dan realitasnya. Tetapi dalam konteks hubungan Pas dengan mana-mana parti ketiga, khasnya parti Keadilan waktu ini tidak boleh dipandang remeh. Apa lagi kalau Pas cuba hendak menidakkan akan keperluan itu dalam hubungannya dalam Pakatan Rakyat. Ia satu langkah surut ke belakang dan tidak bijaksana.

Sekiranya Pas masih mahu berdepan dengan Umno secara solo untuk memerintah negeri Kelantan, Pas tidak boleh merasakan kehadiran Keadilan sebagai melukut di hujung gantang. Pas kena bijak dan tahu untuk meraikan Keadilan. Pas kena menerima sumbangan Keadilan dalam kejayaanya sebelum ini tidak banyak, tetapi sedikit adalah dari Keadilan. Kalau Keadilan melukut yang tidak boleh dijadikan nasi himpit atau ketupat, ia tentu boleh dijadikan 'ssagun'. Tetap ada gunanya.

Justeru Wan Nik tidak sepatutnya memberi pandangan 'benar' dan ikhlas begitu tentang potensi Keadilan. Beliau perlu mengelak dari memberi jawaban sebegitu kerana ia boleh menyinggung hati rakan dalam Pakatan Rakyat itu. Pandangan akaemik begitu ia juga menampakkan akan kesombongan dan kebongkokkan Pas. Wan Nik seharusnya melihat lebih jauh dalam konteks lebih luas mengenai keperluan berkerjasam atau kehadiran Keadilan di sisinya.

Mungkin di Kelantan, Keadilan tidak memberi sumbangan besar kepada Pas. Malahan kewujudan Keadilan sendiri dianggap sebagai sampah yang menganggu agenda Pas sahaja, atau pun mencuri ruang-ruang kosong jawatan yang seharusnya diisi oleh orang Pas, di mana kehadiran Keadilan mengurangkan kekuasaan Pas dalam agensi kerajaan atau PBT. Kerana itu Pas tidak memberi kerjasama atau melayan Keadilan dengan sepatutnya sebagai rakan kongsi dan pakatan politik.

Alasan diberikan Pas untuk tidak meraikan Keadilan kerana parti itu lemah. Sebagai buktinya, Keadilan kalah hampir di semua kerusi dipertandingkan. Tetapi kalau Pas jujur dan ikhlas mereka perlu sedar kenapa parti berlambangkan mata itu kalah? Sebanya ialah kerana ulah dan sikap Pas juga yang tidak memberi kerjasama baik dan bersikap jujur dan ikhlas kepadanya.

Pas menerima Keadilan sebagai rakan di waktu siang, manakala pada malamnya Pas mengkhiantinya. Ada bukti menunjukkan Pas Kelantan tidak jujur dengan Keadilan. Misalnya mengenai pembahagian kerusi. Pas sengaja memberi kerusi-kerusi yang sudah pasti kalah atau pun dikenali dengan kawasan kubur Umno kepada Keadilan, manakala kerusi selamat dikaut oleh Pas. Apakah itu satu persepakatan adil dan tulus?

Bukan itu saja ketidak-jujuran juga dapat dilihat dari sikap Pas yang songsang dalam melayani Keadilan. Maksudnya, Pas memberi dengan sebelah tangan kepada Keadilan dan tidak menghulur dengan dua belah tangan penuh keikhlasan. Misalnya kerusi Dun Pengkalan Kubur, Tumpat, kerusi itu diperuntukan kepada Keadilan, tetapi jawatan penyelia Dun, ianya diberikan kepada orang Pas. Macam mana calon Keadilan hendak menang kerana jawatan penyelia yang membolehkan calon berjumpa dan mendekati rakyat dilakukan oleh orang Pas?

Ketidakjujuran Pas juga terbukti dalam berkerjasama dalam pilihan raya. Ambil contoh kerusi parlimen Macang, Ketereh dan Tanah Merah. Di tiga kerusi ini ianya diwakilkan oleh Keadilan, jelas tidak mendapat sokongan padu dari penyokong atau ahli Pas. Perbezaan undi di kerusi Dun dalam kawasan parlimen itu dengan undi untuk parlimen sangat ketara sekali.

Di parlimen Ketereh calonya dari Keadilan Abdul Aziz Kadir mendapat 25,938 manakala undi untuk Pas dicampur ketiga-tiga kerusi dalam Ketereh iaitu; Kadok, Melor dan Kok Lanas berjumlah 29,214. Bezanya ialah sebanyak 3,276.

Kerusi Machang pula calon Keadilan, Wan Zawawi Wan Ismail memperolehi 24,855 undi manakala kalau dicampur undi di ketiga Dun dalam parlimen Machang yang ditandingi Pas, iaitu kerusi Pulai Chondong, Temangan dan Kemuning undi diraih calon Pas sebanyak 26,898 dimana bezanya sebanyak 2,043.

Begitu juga dengan kerusi parlimen Tanah Merah yang ditandingi Keadilan menerusi calonnya Nik Mahmod Nik Hasan mengutip undi sebanyak 22,278 berbanding dengan undi dipunggut calon Pas di tiga kerusi di dalam kawasan itu, Bukit Panau, Kemahang dan Gual Ipoh sebanyak 26,530, bezanya sebanyak 4,252 undi.

Jika diperhatikan perbezaan undi diperolehi Pas dan Keadilan itu jelas menunjukkan sokongan untuk keduanya tidak sekata. Dalam hal ini ia boleh disalahkan kepada Pas yang tidak sedia memberi undi kepada rakan mereka, dan ini membuktikan Pas Kelantan tidak ikhlas dalam maufakat.

Seharusnya kalau Pas mempunyai integriti, parti itu harus merasa bersalah atas apa yang berlaku. Pas perlu merasa malu dan bertanggungjawab kenapa terjadi demikian. Kenapa orang-orangnya tidak sedia menyokong Keadilan? Malangnya tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi Pas Kelantan yang memberi reaksi atau menyatakan kekesalan di atas apa yang berlaku. Ini juga termasuk Wan Nik Wan Yusuf.

Lantaran itu apa dinamakan kelemahan Keadilan yang sering dijadikan alasan untuk tidak mengejapkan hubungan dan melayan baik Keadilan seharusnya dikaji dan diambil perkiraan atas realiti yang berlaku sebelum mempersendakan Keadilan. Kelemahan Keadilan itu bukan kerana dirinya tetapi ia disebabkan rakannya sendiri iaitu Pas.

Wan Nik sebagai master mind dalam Pas Kelantan perlu melihat perkara ini sewajarnya. Beliau juga harus mengambil kira konteks kerjasama Pas - Keadilan bukan sahaja di Kelantan, tetapi perlu menjenguk ke luar dalam persada lebih luas. Melihat konteks kerjasama dalam skop lebih luas sehingga untuk merampas Putrajaya.

Apabila Wan Nik menyatakan bahawa Keadilan bukan parti besar, gah dan memberi kekuatan kepada Pas menjelaskan pandangan cukup negatif dan tidak ada usaha untuk membantu Keadilan seperti mana sepatutnya. Pandangan sebegitu bersifat 'agah' dan 'meta' dan ia bukan lahir dari seorang yang berjanji untuk saling membantu bagi meruntuhkan Umno.

Sebaiknya Wan Nik dan pemimpin Pas Kelantan melihat macam mana bentuk kerjasama dalam Pakatan di negeri-negeri lain yang membawa kejayaan besar kepada kedua-dua pihak. Beliau harus menyedari kerana kerjasama dan sokongan Keadilan Pas mendapat kejayaan gemilang seperti di Selangor, Perak atau Terengganu di mana Pas memperolehi kemenangan besar adalah kerana sokongan rakan dalam Pakatan, DAP dan Keadilan. Hakikat ini perlu diinsafi oleh Pas.

Lainlah kalau Pas Kelantan selepas bertukar tangan kuasa pemerintah dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub kini mempunyai pandangan dan pendekatan baru dalam kerjasama politik, sudah tidak perlukan Keadilan, lagi sebaliknya mahu berbaik-baik dan 'bercium mulut' dengan Umno pula. Kalau begitulah pantas kalau Wan Nik Wan Yusuf memandang Keadilan bagaikan anak kuman kurup yang berpenyakit. [wm.kl. 12:02 t/hari 26/12/13]

Isnin, 14 Oktober 2013

FGV SHOPPING SAKAN

Gambar sekitar ceramah di Jengka pada 12.10.2013
Walau pun hujan kehadiran tetap tidak berganjak untuk mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah dalam isu-isu Felda

 
RM600 juta
 
Digunakan untuk membeli dan membuka ladang sawit seluas 20,000 hektar dikalimantan dan lain-lain lokasi diIndonesia secara persendirian dan usahasama dengan tabung haji .
Sedangkan projek pembukaan ladang-ladang sawit diIndonesia sememangnya telah felda mulakan sebelum penyenaraikan FGV lagi.sebahagian kecil daripada jumlah ini digunakan untuk perbelanjaan pelbagai (operasi dan perbelanjaan modal).
 
RM2,200 juta (2.2 Bilion)
 
Sejumlah RM1.2 juta billion dibelanjakan untuk membeli saham Pontian United Plantation Berhad pada harga RM140 sesaham atau dinilaikan kepada harga ladang M58,300 per hektar. Harga ini 15 kali harga lebih mahal daripada saham Tradewinds Berhad yang FGV jual.
Peruntukkan selebihnya dicadangkan untuk meluaskan aset perladangan di Afrika,Myamar dan Kemboja.Perincian kos projek ini bakal diumumkan pada akhir tahun 2013 nanti.
 
RM500 juta
 
Membeli apartmen mewah,Grand Plaza Service Apartment diBayswater pinggir London.
Sebelum penyenaraian FGV juga telah membeli kondominium mewah di Braintree Massachusette Amarika Syarikat melibatkan perbelanjaan sekitar RM9 juta.
 
RM110 juta
 
Membeli Grand Borneon Hotel di Kota Kinabalu Sabah.Pembelian kondominium dan hotel mewah ini adalah tindakkan yang keluar daripada pelan perniagaan FGV dan sudah pasti melibatkan habuan komisyen yang begitu lumayan ..Sebaliknya dimanakan  peruntukkan untuk pembangunan untuk perumahan dan kompleks2 perniagaan didalam kawasan felda untuk warga felda ?Kenapa bagitu senang untuk menyuntikkan wang dan mewujudkan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi  kenegara-negara maju sedangkan anak muda Felda ramai yang mengangur.?
 
RM800 juta
 
Membeli kilang yang  terlibat dengan industri hiliran seperti kilang pemerahan sawit,kilang penapisan minyak sawit didalam dan diluar Negara serta khabarnya turut membeli kilang yang tidak terlibat  dengan bidang minyak sawit seperti minyak soya,minyak conola,minyak jagung dan minyak bunga matahari.

 
RM780 juta
 
Meluaskan penyertaan dalam sector pemprosesan dan pengeluaran produk sampingan (by-products) minyak sawit dan bukan sawit termasuk produk minyak lemak,produk kosmetik dan kecantikan ,toiletries dan sebagainya…

 
RM110.3 juta
 
Membeli 25% saham iris corporation Berhad ,syarikat yang terlibat dalam kontrak pembuatan e-passport di Malaysia dan Bangladesh .
Pembelian saham seperti ini adalah bait-out untuk menyelamatkan kroni..

 
RM 40 juta

Sebahagian besarnya dibelanjakan untuk membeli peralatan computer dan peralatan pejabat bagi meningkatkan kapasiti pengurusan dan kecekapan pengurusan.








Pelancaran Roadshow Selamatkan Felda 2.0

Meskipun hujan, program tetap berlangsung di Nadi Kota, Bandar Jengka. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Rosli Yaakop dan Ust Shahril Azman antara yang berucap.

Selepas ini, kempen melalui media baru, ceramah, dialog, penyebaran risalah, solat hajat dll akan dilaksanakan.
Kita tentang pemerkosaan terhadap harta Felda. Tanah Felda Plantation di pajak, kini, kebun peneroka pula nak dipajak.

Equiti KPF 51% dalam Felda Holding nak dirampas oleh FGVH. KPF akan menempuh zaman gelap...
ANGKUT Felda sekarang ini dikelolakan oleh Tiong Nam.

Isa Samad sedang bermaharajalela!
-Gaya Peneroka .-

Jumaat, 27 September 2013

Subsidi Minyak, Wujud atau sekadar dongeng?.. Baca apa yang Pakar Matematik ini dedahkan!


Sebelum korang baca apa yang didedahkan oleh Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin dalam satu wawancara suatu masa yang lalu tentang subsidi minyak ini, tolong cari jawapan bagi persoalan yang dah lama aku fikirkan ini..

Satu persoalan yang dah lama aku fikirkan.. adakah benar Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar memberikan subsidi terhadap harga Minyak yang digunakan oleh setiap kenderaan yang bergerak dibumi Malaysia ini?

Cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan setiap kereta yang dijual ialah bermula dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta..

Katakanlah harga asal sebuah kereta itu ialah RM50,000 dengan menganggarkan cukai yang dikenakan Kerajaan dari harga asal ialah 100% iaitu RM50,000..

Bahagikan jumlah cukai yang dikenakan itu dengan kadar penggunaan petrol dalam satu bulan, dalam hal ini aku sendiri menggunakan kira-kira lebih kurang RM400 untuk petrol bagi satu bulan (pergi balik kerja saja ni..).

 RM50,000 bahagi RM400 jawabnya ialah 125.. 125 Bulan..

125 Bulan bahagikan dengan 12 bulan.. hasilnya ialah 10.42 tahun...

Kadar cukai yang dikenakan itu membolehkan kita mengisi minyak untuk kenderaan kita selama 10.42 tahun..

Jadi sebenarnya dalam hal ini siapa subsidi siapa?.. Kita subsidi Kerajaan atau Kerajaan yang berikan kita subsidi?

Fikir-fikirkan...


Bacalah apa kata Pakar Matematik Gunaan tentang kisah dongeng subsidi petrol ini..

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.'

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
Sumber : ASD

Isnin, 16 September 2013

Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan



  Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.


Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M
Berita dari SINI

Jumaat, 13 September 2013

Turunkan Harga Kereta Dulu Sebelum Naikkan Harga Minyak


Laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan. Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.
Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.
Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan
sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

Ini bermakna, Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.
Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.

Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR
Ahli Parlimen Pandan

Rabu, 21 Ogos 2013

Nik Amar Jawab Dr Agus


August 21, 2013
Datuk Nik Mohamad Amar menjawab tulisan Dr Agus Yusof di pejabatnya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd. Halim, 21 Ogos, 2013.Datuk Nik Mohamad Amar menjawab tulisan Dr Agus Yusof di pejabatnya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd. Halim, 21 Ogos, 2013.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah mempelawa pengkaji politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk datang ke Kota Bharu bagi menjelaskan segala kekeliruannya mengenai kerajaan negeri itu.

Tawaran itu dibuat Nik Amar dalam satu pertemuan eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabat beliau semalam.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan orang ramai dan Agus yang terus menerus mempertikaikan kerajaan negeri termasuk mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kes Penyelewengan Anak Syarikat Felda: Perlu Ada Pertanggungjawaban Di Peringkat Tertinggi

Saya mengalu-alukan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke peringkat pendakwaan kes penyelewengan melibatkan satu unit anak syarikat FELDA. Pendakwaan yang dibuat pada hari ini adalah satu perkembangan baik yang perlu diteruskan oleh SPRM.
Walau bagaimana pun, siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola (good governance) dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda.
KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang-barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara melalui projek Gedung Makanan Negara yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak oada 3 September 2009.
Semasa pelancarannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek Gedung Makanan Negara akan melibatkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.
Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.
Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan:
1. Bagaimanakah penilaian mengenai kesesuaian projek dibuat sebelum sesuatu keputusan pelaburan dan usahasama dengan swasta dibuat memandangkan beberapa skandal setakat ini (termasuk NFC dan sekarang KPFQ) membayangkan jika projek dinilai dengan objektif, projek atau usahasama ini mungkin tidak diluluskan;
2. Apakah peranan wakil-wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan penyelewengan tidak berlaku, memandangkan di dalam kedua-dua kes NFC dan KPFQ penyelewengan berlarutan dalam satu tempoh yang panjang; dan
3. Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?
Oleh yang demikian, saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka.
Apatah lagi apabila kes ini membabitkan usahasama dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Tabung Haji. Selain projek-projek yang melibatkan Gedung Makanan Negara dan KPFQ Sdn Bhd, SBGB mempunyai beberapa projek usahasama yang serupa dengan Tabung Haji.
Malah, pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan.
Saya berharap siasatan SPRM telah pun mengambil kira semua perkara ini.
Buat masa ini, sebagai pimpinan yang bertanggungjawab mengilham dan melancarkan projek Gedung Makanan Negara yang membabitkan KPFQ Sdn Bhd ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu membuat kenyataan menjawab ketiga-tiga soalan yang saya nyatakan di atas mengenai longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama agensi kerajaan dengan pihak swasta.
Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini melibatkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini melibatkan kebajikan penternak miskin!
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

2 OGOS 2013  
Rafizi.com

Isnin, 13 Mei 2013

Betulkah kerusi melayu berkurang di Parlimen? Auta UMNO?


Oleh Relax Kedai Kopi
247767_625163430844826_1846360071_nKecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) – Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) – Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) – Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) – Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) – Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :

Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) – Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pahang. K.G.B

Dari: Jom Kita Baca

Ahad, 12 Mei 2013

Hadiah BN-UMNO pada rakyat Malaysia selepas PRU…AES menunggu anda di jambatan!



Senarai Speedtrap bawah jambatan sepanjang lebuhraya di Malaysia.
482481_10151979717424572_1629886241_n
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
Penghargaan untuk Team Ultimate-X.
Psst! Kalau tak mahu kena saman, pandulah dengar perlahan dan ikut had laju walaupun nampak macam kurang bijak jalan kosong dan lurus pukul 4 pagi takde orang kena bawa ikut had laju 80km/h.
Dari: Jom Kita Baca

Sabtu, 11 Mei 2013

Anwar Ibrahim harus muhasabah diri, beliau menafikan ‘hak’ pemimpin setempat



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Nurul Izzah
Khalid Jaafar, seorang berperwatakan sombong dan TIDAK mempunyai ciri pemimpin rakyat tidak seharusnya dicalonkan untuk bertanding di bawah tiket PKR.

Sekumpulan anggota PKR mendakwa ketidakcekapaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang ‘salah’ mengakibatkan PKR tewas empat kerusi parlimen di Perak dan satu di Selangor pada pilihan raya yang ke-13 yang berlangsung Ahad lepas.

Menurut sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon.

“Antara kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen Pasir Salak. Calon ‘kesayangan’ Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008,” katanya sumber tersebut yang enggan mendedah identitinya.



“Kekalahan di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR pusat agar memilih calon ‘yang turun padang buat kerja’ dan bukannya calon yang hanya sekadar rapat dan ‘berlegar’ di sekeliling Anwar dan Wan Azizah, presiden parti semata-mata,” tambahnya.


Di Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum tarikh pembubaran parlimen.

Ramai mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau adalah calon ‘tak boleh menang’…tewas  setiap kali bertanding PRU sejak 1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di parlimen  Pasir Salak dan  dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di parlimen Pasir Salak).

“Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar.”

“Mustaffa juga dilihat sebagai pemimpin ‘nomad’ (sering berpindah randah dari satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari sebelum penamaan calon juga atas ‘belas ehsan Anwar atau Wan Azizah.”

“Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi ‘kroni’ bertanding dan tewas  di parlimen Hulu Selangor,” katanya.

Khalid Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan  jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon.

Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008. Khalid Jaafar, seorang berperwatakan sombong dan TIDAK mempunyai ciri pemimpin rakyat tidak seharusnya dicalonkan untuk bertanding di bawah tiket PKR.

Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.

Dr Muhd Nor  yang merupakan pengerusi PKR  Negeri Perak adalah ketua cabang PKR Larut sepatutnya bertanding di peringkat DUN bukannya di kerusi parlimen bagi menguatkan dan menyokong calon-calon negeri yang bertanding.

Tetapi, disebabkan keghairahan untuk ke Putrajaya, maka Dr Muhd Nor menjadi mangsa , tewas dalam percaturan Anwar.

Meletakkan Ibrahim Yaakob di kerusi Setiawangsa bagi kali kedua juga percaturan yang disilap oleh Anwar.

Ibrahim yang dianggap sebagai ‘chief of staff ‘ di kalangan ‘inner circle’ parti merupakan orang kanan Anwar dalam menetapkan jadual temujanji dan ceramah  dan bertugas sepenuh masa di pejabat Anwar.


Kerajaan Rakyat amat berharap Pak Ibrahim Yaakob (calon PKR, Parlimen Setiawangsa PRU-13) selaku Ketua Staf pejabat Keadilan dapat melihat dan beri perhatian kepada perkara seumpama ini yang boleh menjejaskan ...

Beliau tidak diihat sebagai nama besar parti di Setiawangsa yang merupakan kawasan masyarakat kelas pertengahan di tengah -tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Anwar juga harus disalahkan apabila meletakkan Datin Paduka Tan Yee Kew (dianggap seorang berstatus nenek)  bertanding di kerusi parlimen Tanjong Malim, Perak.
Berkempen seorang diri

Tan datang  ke Tanjong Malim sehari sebelum hari penamaan calon mengakibatkan beliau berkempen berseorangan semasa dua minggu tempoh berkempen.

Masyarakat Cina setempat mengadakan demonstrasi apabila pimpinan pusat mengenepikan calon pemudi  AMK Chua Yee Ling yang telah bekerja di sana lebih tiga tahun sebelum ini.

Chua kemudiannya dipindahkan ke DUN Kuala Sepetang (dalam parlimen Bukit Gantang) dan telah menang.

Dalam satu kes lain pula, Anwar juga telah memberikan satu kerusi DUN secara mudah kepada seorang calon di DUN Paya Rumput , Melaka bukan atas rekod kerja calon tersebut, sebaliknya kerana calon tersebut ‘Cikgu Taha’ sering membacakan doa setiap kali diadakan majlis tahlil malam Jumaat di kediaman Anwar di Segambut.

“Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti di Melaka.”

“Kami (ahli PKR) menyokong penuh Anwar dalam isu menolak dan  membantah keputusan PRU yang diumumkan atas alasan berlakunya pelbagai penipuan semasa PRU ini.

“Tetapi, dalam masa yang sama Anwar juga harus muhasabah diri apabila beliau menafikan ‘hak’ pemimpin setempat yang telah bekerja keras beberapa tahun di sesebuah kawasan tetapi di saat-saat  akhir tempat tersebut diberikan secara percuma kepada calon-calon yang rapat dengan beliau. - Disesuaikan dari tulisan asal oleh: Nantha Kumar
Dari: Kerajaan Rakyat

Setelah 6 hari PRU 13





Sedih, pilu, duka, gembira dan berbagai-bagai perasaan dirasai oleh rakyat yang cintakan kebaikan, keadilan, kebenaran, keamanan, kebajikan dan keberkatan.

Apapun segalanya tertakluk pada qada qadar yang ditentukan oleh Allah Ta'ala. Kita sebagai insan yang serba serbi lemah dah berikhtiar, berusaha tungkus lumus, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.


Alhamdulillah, kita semua bersyukur dan bertasbih kepada Allah Ta'ala kerana telah mengurniakan sebahagian kemenangan kita dalam perjuangan politik dalam Negara ini, walaupun dalam keadaan padangnya yang tidak sama rata.

Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menambah kerusi parlimen dari 82 PRU 12 2008 kepada 89 kerusi PRU 13, mempertahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Kemenangan memperolehi undi popular 5.5 juta daripada 13.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi (tak masuk pengundi hantu, warga asing dan undi yang dieksploit oleh SPR yang tak bebas itu), berbanding undi BN 5.2 juta (termasuk undi hantu, warga asing, undi dieksploit oleh SPR untuk menangkan calon umno/BN)

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan rakan-rakan yang bergabung bersama Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada YB Pakatan Rakyat seluruh Negara yang menang, semoga dapat memberi khidmat terbaik dan lebih baik kali ini.

Pesan Nabi Muhammad sallaLlahu alaihissalam: "Orang yang lebih baik hari ini daripada hari kelmarin adalah orang yang beruntung. Orang yang hari ini dengan hari kelmarin sama saja adalah orang yang rugi. Dan orang yang hari ini lebih buruk daripada hari kelmarin adalah orang yang celaka"

Rakyat mendambakan dan menunggu-nunggu perkhidmatan wakil rakyat mereka dengan lebih baik, tawaduk, amanah, adil, mesra dan berkebajikan. Jangan seperti para pemimpin umno/BN yang menjadikan gelaran YB umpama tuan dan raja yang mahu disembah rakyat.
Pesan Nabi Muhammad sallaLlahu alaihissalam, para sahabatnya dan para ulama yang ikhlas, sesungguhnya jawatan sebagai pemimpin itu adalah amanah dan pemberi khidmat kepada rakyat dibawah.

Insya Allah, watak para wakil rakyat Pakatan Rakyat rata-rata mereka merupakan golongan yang berwatak Saidina Umar ibn Al-Khattab radhiayaLlahu anhu yang bersedia meredah malam yang gelap gelita melihat kesusahan rakyat.

Cuma kita terasa sedih dan pilu bila Kedah terlepas kepada kumpulan penyamun tarbus. Bagaimanapun kita berdoa akan ada para pemimpin umno/BN di Kedah dapat melihat kepimpinan dan keberkatan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dibawah teraju Al-fadhil Ustaz Azizan Razak yang telah berikhtiar sungguh-sungguh mentadbir negeri Kedah walaupun ditekan dan diserang berbagai-bagai fitnah.

Harapan kita kebaikan dan keberkatan kepimpinan Ustaz Azizan dan exconya selama 5 tahun mentadbir negeri Kedah akan terus mengalir di bumi Kedah, walaupun umno/BN yang pegang. Harapan kita tiada lagi songlap sana songlap sini untuk kayakan pemimpin umno/BN dan anak beranak dan krooni-krooni mereka.

Kita semua berdoa moga Ustaz Azizan Razak dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berbakti untuk agama, bangsa dan Negara, khasnya untuk negeri Kedah dan sekalian rakyatnya.

Apapun kita teruskan usaha, tekad, tawakkal. Perjuangan menegak kebenaran, keadilan dan kebaikan ini tidak akan berakhir dengan habisnya PRU 13. Ada banyak lagi kerja kita sehingga tertegakkan keadilan, kebaikan dan kebenaran di dalam negeri dan Negara kita.
Saidina Ali bin Abu Talib karamaLlahu wajhah: "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun dengan sempurna".

Ini sebenarnya yang kita semua hadapi. Pakatan Rakyat bersungguh mahu melaksanakan keadilan dan kerajaan yang terbaik. Akan tetapi kita berhadapan dengan sebuah parti umno/BN yang banyak kebatilan, rasuah para pemimpinnya, kronisme, mensonglap harta, wang rakyat, negeri dan Negara untuk memperkaya diri, anak beranak dan krooni mereka melampau-lampau.

Sekian.

SELAMAT BERJUANG HINGGA KE AKHIR HAYAT
HIDUP MULIA, MATIPUN MULIA
ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!
REFORMASI!!!!!!!!!

Dari: Tranungkite