Khamis, 28 Jun 2012

Judi: MB syukur Mahkamah Rayuan tolak saman MCA



Harakahdaily, 28 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.


(Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Rayuan)

Menurut Setiausaha Akhbar MB, Fadhli Shaari, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini berada di Kuala Lumpur beranggapan keputusan ini satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan Kelantan.

Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu.

"Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Persoalannya, kata beliau, di manakah suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa?

"Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau.

Justeru, katanya, menjadi harapan Tuan Guru Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama.

Dasar ini pula selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990.
Rujuk sini --->Harakah Daily

Elok MTRK intai ketua lebih berwibawa



Oleh: Aslani M,

KOTA BHARU: Dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kononnya ada jenazah tidak dapat dimandikan kerana tiada bekalan air menjadi bahan ketawa orang ramai.

Ramai melihat NGO Umno itu seperti hilang arah perjuangan, tanpa mampu mempamerkan kekuatan sebenar kuasa ketiga yang diuar-uarkan kebelakangan ini.

Malah sebelum ini dalam beberapa kenyataan diulang-ulang MTRK yang diketuai adik Presiden Perkasa, Azmi Ali mendesak kerajaan negeri menyerahkan pengurusan bekalan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sedangkan SPAN hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengendali perkhidmatan air dengan mengeluarkan lesen kemudahan dan lesen perkhidmatan.

“Jadi MTRK mahu Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada SPAN yang hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen.

“Mereka perlu belajar sikit untuk mengetahui apa perbezaan dengan SPAN dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) yang menjadi pemegang lesen untuk sistem bekalan air di Semenanjung Malaysia.

“Eloknya MTRK melantik Presiden yang lebih berwibawa dan bukan bercakap sembrono sehingga diketawakan orang ramai,” kata seorang guru pencen yang menyertai pra himpunan menyokong tuntutan royalti di hadapan Kota Darulnaim semalam.

Pada perhimpunan anjuran MTRK yang diketuai Azmi semalam, mereka melaungkan kononnya keadaan bekalan air bersih di Kelantan begitu kritikal sehingga jenazah pun tidak dapat dimandikan.

Malah mereka mendakwa Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyeleweng dan mahu kerajaan negeri menyenaraikan semua kontraktor yang mendapat projek meningkatkan bekalan air bersih.

Biar pun deretan senarai nama kontraktor dan projek dikeluarkan AKSB melalui siaran akhbar, namun MTRK masih membangkitkan isu sama.

Lebih memalukan lagi apabila AKSB menjelaskan semua kontraktor ditentukan kerajaan pusat, di mana sebahagian besar difahamkan merupakan syarikat kroni pemimpin Umno.

“MTRK tuduh kononnya wujud penyelewengan dalam peruntukan RM600 juta yang diluluskan kerajaan pusat, sedangkan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan pusat.

“Peruntukan melalui pinjaman mudah yang diluluskan melalui RMK-8 hingga RMK-10 sebanyak RM547 juta, di mana semua pinjaman itu perlu dibayar kembali,” kata AKSB dalam risalah yang diedar pada perhimpunan tersebut.

Lebih melucukan lagi apabila ramai peserta himpunan MTRK meminum air berjenama Darul Naim yang dikilang oleh AKSB di Pengkalan Chepa, diedar percuma semalam.

Sumber Asal: Harakah daily 

Saham FGV melonjak 19% dalam penampilan pertama


9:40AM Jun 28 2012  
Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.
Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.
MalaysianInsider

Rabu, 27 Jun 2012

Rafizi dedah perakuan bersumpah Murad palsu, rekod dipenuhi salah guna kuasa dan rasuah



June 27, 2012
PETALING JAYA, 27 Jun —  Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan, dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai "master akaun" yang membabitkan 20 akaun induk yang mengawal aset, saham bernilai lebih RM3 bilion adalah tidak benar.

Rafizi juga tidak menolak kemungkinan, master akaun itu adalah milik Abdul Murad sendiri memandangkan latar belakang dan rekod beliau sendiri yang tercalar dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
"Perakuan bersumpah yang dibuat beliau itu tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak langsung menyenaraikan harta atau saham yang kononnya dimiliki Anwar.
"Sebaliknya, daripada penyiasatan saya, mengenai latar belakang Datuk Murad Khalid mendapati, beliau bukan sahaja pernah menerima habuan ketika menjawat jawatan pegawai tinggi Bank Negara melalui pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan melalui pihak ketiga sebanyak RM30,000, bahkan turut menerima manfaat dan kepentingan daripada 15 unit kondominium di Pelangi Indah melalui syarikat Kenworth Snd Bhd." kata Rafizi.

Rafizi (gambar) turut menambah, penyiasatan beliau itu turut mendapati insurans kediaman beliau turut dibayar oleh orang ketiga dengan nilai RM3.1 juta.

"Kedua-dua ini adalah melanggar etika dan peraturan Bank Negara," tegas Rafizi.
Abdul Murad sebelum ini mendakwa, Ketua Pembangkang itu telah mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya melalui akuan bersumpah pada kira-kira 13 tahun lepas.

Rafizi juga menuntut Abdul Murad untuk segera menghentikan dakwaan-dakwaan tidak berasas beliau itu sebelum PKR mengambil tindakan drastik dengan membongkar segala salah laku yang pernah dilakukan beliau.

"Saya minta Abdul Murad membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Ketua Umum PKR. Sudah cukuplah, sudah 13 tahun.
"Jika tidak, kami tidak teragak-agak untuk menolak pertimbangan aib beliau, dan mendedahkan segala salah laku beliau," tegasnya, dan menambah," kami turut memberi amaran kepada pemimpin Umno, jangan galak sangat atau kami akan dedah segalanya."
Rafizi juga menjelaskan, beliau turut mempunyai surat tulisan tangan Abdul Murad kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dakwanya mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Safuddin Nasution menegaskan, Abdul Murad juga bukanlah menjadi sasaran PKR, sebaliknya tindakan berdiam diri yang diambilnya sekarang tidak membantu dirinya sendiri.
"Beliau perlu tampil memberi penjelasan. Berdiam diri tidak akan membantu," katanya.
Sumber kat sini------>MalaysianInsider
Lima aktivis Royalti cedera sebelum himpunan
Wartawan Sinar Harian
26 Jun 2012
Lima aktivis Royalti cedera sebelum himpunan
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberi taklimat akhir selepas perhimpunan bersurai.
Lima aktivis Royalti cedera sebelum himpunan
Peserta Himpunan Sedar begitu bersemangat melaungkan tuntutan mendapatkan bekalan air bersih.
Kekecohan Libatkan Dua NGO
Seorang peserta perhimpunan, dari Kumpulan NGO Royalti tercedera ketika kekecohan di hadapan Kompleks Darul Naim, Kota Bharu pagi tadi.

KOTA BHARU - Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.
Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.
“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.
“Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.
‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.
“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya.
Sinar Harian Online

Selasa, 26 Jun 2012

HIMPUNAN OREN, SELAMATKAN FELDA



Benarkah peneroka telah diperdaya?
Ketika riuh rendah 'durian runtuh' dimainkan setiap hari, semasa itulah diedarkan Borang Pinjaman Saham yg dikeluarkan oleh 7 buah bank iaitu Maybank, BIMB, Muamalat, Affin, Ambank, CIMB dan OCBC Bank. Borang yg kebanyakannya dlm bahasa Inggeris adalah perangkap yg sgt jahat. Tidak dinyatakan jumlah pinjaman, namun dianggarkan antara 50k-100k. Wang pinjaman di salur terus kpd FGVH, mereka labur dan guna wang tsb; jika urusniaga saham rugi, peneroka lah yg menanggung bebannya.

Kes ini telah dibawa oleh 154 peneroka yg memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan utk menarik balik borang pinjaman yg mereka tandatangani. Permohonan mereka berjaya, bank telah menarik balik borang pinjaman tsb. Itu hanya tertentu kpd peneroka yg peka. Yg lain2 bagaimana?

Saya tidak bimbang dengan blue form yg nilainya cuma 800 unit, atau pd kadar RM3640. Kalau peneroka ingin sangat melabur, jumlahnya tidak banyak. Kalau rugi pun tidaklah terkilan sgt. Tapi yg sangat merungsingkan adalah borang pinjaman saham yg sebahagian besar peneroka tidak sedar dan menurunkan tandatangan.

Peneroka tiada kena mengena dengan Tanah Felda Plantation?
Persetujuan yg dicapai dan digazetkan melalui Akta GSA 1960, tanah yg dimohon oleh kerajaan Pusat adalah untuk individu rakyat atau koperasi. Tanah milik kerajaan negeri. Tun Dr Mahathir ketika menjadi PM khianat kerana terdpt 360 ribu hektar tanah yg sepatutnya dimasukkan peneroka baru, telah ditukar sebagai estet Felda. Ia telah menutup ruang hampir 100 ribu rakyat yg susah memiliki tanah.

Lebih malang lagi, kini tanah yg begitu luas milik kerajaan negeri di pajak kpd FGVH selama 99 tahun!
Selama ini, pendapatan tahunan dpd tanaman sawit atas tanah berkenaan tidak kurang 2 bilion. Melalui perjanjian pajakan, FGVH hanya membayar sewa pajakan cuma RM251 Juta sahaja setahun. Berapa banyak pendapatan Felda hilang begitu sahaja...

Kesan paling buruk, bajet tahunan Felda merosot teruk. Tahun 2012 sahaja Felda dijangka mengalami defisit pendapatan sebanyak RM600 Juta. Ia menyebabkan banyak komitment sosial kepda warga Felda terjejas. Antaranya skim pinjaman pembesaran rumah peneroka, pinjaman usahawan, Skim Insuran Kematian dan Kelas Tuisyen Felda.

Khabar terbaru, Ibupejabat Felda akan menyemak semula kos2 yg dipotong setiap bulan dpd pendapatan peneroka yg dulunya agak longgar spt kos tanam semula, penyelenggaraan kebun dll. Adalah dijangkakan dengan harga komoditi yg mula jatuh, manakala ketika ini musim melawas....jgn terkejut peneroka akan jatuh miskin. Pendapatan bersih hanya tinggal RM 500 sahaja sebulan. FGVH boleh membantu?
Photo: HIMPUNAN OREN, SELAMATKAN FELDA
Sambungan artikel...

Benarkah peneroka telah diperdaya?
Ketika riuh rendah 'durian runtuh' dimainkan setiap hari, semasa itulah diedarkan Borang Pinjaman Saham yg dikeluarkan oleh 7 buah bank iaitu Maybank, BIMB, Muamalat, Affin, Ambank, CIMB dan OCBC Bank. Borang yg kebanyakannya dlm bahasa Inggeris adalah perangkap yg sgt jahat. Tidak dinyatakan jumlah pinjaman, namun dianggarkan antara 50k-100k. Wang pinjaman di salur terus kpd FGVH, mereka labur dan guna wang tsb; jika urusniaga saham rugi, peneroka lah yg menanggung bebannya.

Kes ini telah dibawa oleh 154 peneroka yg memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan utk menarik balik borang pinjaman yg mereka tandatangani. Permohonan mereka berjaya, bank telah menarik balik borang pinjaman tsb. Itu hanya tertentu kpd peneroka yg peka. Yg lain2 bagaimana?

Saya tidak bimbang dengan blue form yg nilainya cuma 800 unit, atau pd kadar RM3640. Kalau peneroka ingin sangat melabur, jumlahnya tidak banyak. Kalau rugi pun tidaklah terkilan sgt. Tapi yg sangat merungsingkan adalah borang pinjaman saham yg sebahagian besar peneroka tidak sedar dan menurunkan tandatangan.

Peneroka tiada kena mengena dengan Tanah Felda Plantation?
Persetujuan yg dicapai dan digazetkan melalui Akta GSA 1960, tanah yg dimohon oleh kerajaan Pusat adalah untuk individu rakyat atau koperasi. Tanah milik kerajaan negeri. Tun Dr Mahathir ketika menjadi PM khianat kerana terdpt 360 ribu hektar tanah yg sepatutnya dimasukkan peneroka baru, telah ditukar sebagai estet Felda. Ia telah menutup ruang hampir 100 ribu rakyat yg susah memiliki tanah.

Lebih malang lagi, kini tanah yg begitu luas milik kerajaan negeri di pajak kpd FGVH selama 99 tahun!
Selama ini, pendapatan tahunan dpd tanaman sawit atas tanah berkenaan tidak kurang 2 bilion. Melalui perjanjian pajakan, FGVH hanya membayar sewa pajakan cuma RM251 Juta sahaja setahun. Berapa banyak pendapatan Felda hilang begitu sahaja...

Kesan paling buruk, bajet tahunan Felda merosot teruk. Tahun 2012 sahaja Felda dijangka mengalami defisit pendapatan sebanyak RM600 Juta. Ia menyebabkan banyak komitment sosial kepda warga Felda terjejas. Antaranya skim pinjaman pembesaran rumah peneroka, pinjaman usahawan, Skim Insuran Kematian dan Kelas Tuisyen Felda. 

Khabar terbaru, Ibupejabat Felda akan menyemak semula kos2 yg dipotong setiap bulan dpd pendapatan peneroka yg dulunya agak longgar spt  kos tanam semula, penyelenggaraan kebun dll. Adalah dijangkakan dengan harga komoditi yg mula jatuh, manakala ketika ini musim melawas....jgn terkejut peneroka akan jatuh miskin. Pendapatan bersih hanya tinggal RM 500 sahaja sebulan. FGVH boleh membantu?
Dari FB Mazlan Aliman 
---->Rujuk kat sini

Ahad, 24 Jun 2012

FB Aduan Rakyat: Kes Felda CAHAYA BARU Terus dipinggirkan.

Mohd Hifni Mohd Ghazali
Salam 1Malaysia 1Aduan,
Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang terjadi di kampung tumpah darah saya dimana apa yang terjadi tidak diindahkan oleh majlis daerah mahupun kerajaan negeri Johor.


Kisahnya begini, pada tahun1990 lagi penduduk felda telah menerima geran masing-masing. geran ini seperti mana semua tahu bahawa sesiapa yang menetap di felda dan mengusahakan tanaman getah atau kelapa sawit, setelah cukup tempoh tahun, geran tanah kebun dan rumah akan menjadi milik peneroka felda.


Setelah dapat geran pada usia peneroka atuk dan nenek yang telah tua, sudah tentu mereka ingin hidup senang setelah betahun-tahun hidup susah mengusahakan tanaman getah. Oleh itu mereka telah digemparkan oleh sekumpulan pemimpin penduduk yang kononnya ingin memajukan kawasan kebun mereka ditukar kepada pegangan bebas untuk dibangunkan menjadi perumahan. Mereka merancang memohon dari kerajaan Johor untuk mengubah status rizab tanah melayu kepada tanah industri dan tanah bebas. Sewaktu itu YAB Datuk Muhiyidin Yassin yang menjadi Menteri Besar Johor. Kata 10 orang pemimpin-pemimpin yang berhasrat memajukan felda tersebut, mereka boleh membangunkan kawasan felda tersebut dan berjanji akan memberi RM1.5juta kepada semua penduduk yang mempunyai geran dan sanggup mengikuti kempen pembangunan tersebut.


Mereka telah berjaya mengikat penduduk kampung yang telah uzur dan tua untuk menandatangan perjanjian dan menjadi ahli dan pemegang saham didalam syarikat Cahaya Baru Development Berhad dan melantik 10 orang yang diketuai oleh Saudara Nasir. buta-buta peneroka felda tersebut memberi geran mereka kepada syarikat tersebut tanpa mendengar kata anak-anak muda felda. Setelah mereka membuat usaha sama dengan bank-bank yang dilantik, serta contractor-contractor bersekutu, dan tak tahu dari mana mereka dapat wang, mereka telah membayar RM100k kepada setiap peneroka pada tahun 1996. mungkin boleh jadi sebahagia daripada geran telah digadai kepada bank berkaitan untuk membayar penduduk felda dan mengaburi mata mereka.


Tetapi apa yang terjadi setelah kepimpinan YAB Datuk Muhyiddin ditarik ke pusat dan menteri besar johor digantikan oleh YAB Datuk Ghani Osman, perkara ini berpanjangan. Datuk Ghani tak tahu tentang hal ini. apa yang difahami rizab tanah melayu tersebut tidak diluluskan untuk diubah kepada pegangan bebas.


Oleh itu apa yang terjadi sehingga kini penduduk felda bagaikan telah ditipu. dan hanya dapat apa yang diberi. manakala apa yang terjadi, setiap kali menjelang hari raya, pihak syarikat cahaya baru dev. bhd tersebut hanya membayar RM1k kepada semua penduduk. Darimana dapat duit tersebut? apakah semua geran digadai begitu sahaja setiap tahun?


Sehingga kini hal ini tidak dibongkahkan dan semakin hari semakin ramai atuk-atuk dan nenek-nenek meninggal dunia. kehidupan mewah yang diimpikan hanya tinggal mimpi. hanya anak-anak felda yang tinggal mengenangkan nasib mereka dan tak tahu apa yang akan terjadi pada tempat tinggal yang didiami satu masa nanti. takkan nak tunggu cucu pula pun tak selesai.


Tak ada siapa yang berani membongkah hal ini, kerana dikatakan ketua pemimpin tersebut orang kuat parti. Tetapi kami rakyat demokrasi! inginkan hak kami. mana lebihnya janji RM1.4juta?


Tolong lah kami! bawakanlah perkara ini ketengah! masukkan kedalam TV. supaya semua terbongkar. dan kami nak tahu siapa dalang sebenar. kami tak mahu tanah dipijak milik orang. Nenek tua kaya raya akhirnya tumpang dibumi sendiri.


Datanglah ke kampung kami, kami akan sambut dengan hati terbuka.
Kami amat mengharapkan kedatangan tuan! Tanyalah dengan semua penduduk kampung kami. semua akan mengatakan yang sama. mereka siksa. dan ada yang dah jatuh miskin. mana kala 10 orang pemimpin semakin kaya raya.


salam.           Sumber kat sini

Mengapa Kita perlu menolak FGV dan KPF deripada di senaraikan ….??


FGV tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk disenaraikan.
Untuk mengatasi masalah aset dan dana, felda global ventures(FGV) bercadang untuk FELDA HOLDING BERHAD(FHB) memberikan pajakan 99 tahun keatas tanah seluas 360,067 hektar milik FHB kepada FGV. Dan FGV hanya membayar sebanyak RM 251 juta setahun sebagai harga pajakan. FGV juga hanya akan membayar 15% sahaja daripada keuntungan operasi pertaniannya. Pajakan ini adalah keatas tanah dimana FHb diberi  hakmilik (Koperasi Permodalan felda (KPF) memegang ekuiti 51% daripada saham FHB).

Selain  daripada tanah yang dinyatakan di atas FGV juga akan mengambil alih tanah tanah FHB yang belum diberi milik atau sudah diberi milik oleh kerajaan negeri.

Tanah tanah tersebut sebelum ini telah dimajukan dengan menggunakan dana daripada KPF.

FGV juga bercadang untuk mengambil alih kesemua ekuiti milik KPF dalam FHB dan sepuluh anak syarikat FHB yang terdiri daripada:

  1. Felda Palm Industries Sdn Bhd.
  2. Felda Agriculture Services Sdn Bhd.
  3. Felda Vegetable Oil Product Sdn Bhd.
  4. Felda Marketing Sdn Bhd.
  5. Felda Rubber Industries Sdn Bhd.
  6. Felda Transport Services Sdn Bhd.
  7. Felda Kernel Products Sdn Bhd.
  8. Felda Prodata Sdn Bhd.
  9. Felda Engineering Services Sdn Bhd.
  10. Felda Security Services Sdn Bhd.

Selain Anak syarikat FHB, KPF juga mempunyi pelaburan dalam anak-anak syarikat FHB yangbakal diambil alih oleh FGV.
  1. Felda Holding Sdn Bhd                         RM200,000,000.00
  2. Felda Palm Industries Sdn Bhd             RM202,000,000.00
  3. Felda Marketing Sdn Bhd.                    RM   17,000,000.00
  4. Felda Rubber Industries Sdn Bhd.         RM   42,000,000.00
  5. Felda Transport Services Sdn Bhd         RM   30,000,000.00
  6. Felda Kernel Products Sdn Bhd.            RM   24,000,000.00
  7. Felda Engineering Services Sdn Bhd       RM   10,000,000.00
  8. Felda Trading Sdn Bhd                         RM   30,000,000.00
  9. Sutrajaya Shipping Sdn Bhd.                 RM100,000,000.00

KPF juga ada melabur didalam syarikat syarikat di luar Negara yang bukan anak syarikat FELDA yang bakal dilupuskan ekuitinya kepada FGV.
Dianggarkan keseluruhan ekuiti KPF yang bakal dilupuskan kepada FGV adalah sebanyak 3.13 Billion.
Maka FGV akan kelihatan unggul dan berupaya untuk disenaraikan didalam BSKL.
Sebagai Balasan  kepada pelupusan ekuiti milik KPF  dalam FHB dan 10 anak syarikat milik FHB kepada FGV, KPF akan diberikan ekuiti sebanyak 57.8% dalam FGV tanpa sebarang bayaran tunai.
Akibat daripada peralihan ekuiti seperti yang dinyatakan diatas, 28 anak syarikat milik FHB terpaksa disusun semula. Felda Plantation Sdn Bhd dan Felda Palm Industries Sdn Bhd Terpaksa Bergabung.
Felda Merketing Services Sdn Bhd, Felda Securities Sdn Bhd, FSS dan Felda Prodata Sdn Bhd runtuh dan 8 lagi anak syarikat terpaksa diarah semula (divest) Kepada Felda Plantations Sdn Bhd. Atau kepada KPF atau kepada pihak ketiga.

EGM KPF

Satu Mesyuarat Agung Perwakilan Khas pada 5/1/2012  lepas yang Berjaya dihalang adalah bertujuan untuk membincangkan 3 perkara.
a)      Cadangan untuk lupus ekuiti milik KPF dan FHB serta 10 anak syarikat milik FHB kepada FGV
b)      Cadangan pelaburan KPF dalam FGV Semasa peringkat Pra-Penyenaraian.
c)       Cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam FGV pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian dan penjualan ekuiti kepada pelabur.
Ini bermakna, pemberian ekuiti sebanyak 57.8% kepada KPF hanyalah satu helah untuk mengaburi ahli KPF yang kurang peka, kerana terdapat cadangan untuk melupuskan ekuiti tersebut kepada pelabur sebaik sahaja FGV disenaraikan. Dalam arti kata lain, KPF akan kehilangan ekuiti bernilai RM3.13 billion dalam FGV sebaik sahaja penyenaraian dilaksanakan.
Mesyuarat Agung Perwakilan Khas ini juga tidak memenuhi kehendak Undang- Undang kecil KPF dan peruntukan Akta Koperasi, 1993.
Kesannya kepada ahli KPF adalah segala pelaburan dan kepentingan ahli didalam KPF akan terhapus.
Adalah tindakan kurang bijak apabila ekuiti 3.13 Billion daripada 11 entiti berbeza dilonggokkan dalam satu entiti sahaja dan diapungkan di pasaran terbuka.



Untuk Melaksanakan Kerja Kerja tidak bijak diatas.

FGV telah melakukan beberapa tindakan yang penuh kontrolversi  apabila Setiausaha sulit Perdana Menteri  telah memaklumkan kepada Isa Samad bahawa PM telah bersetuju untuk melantik Isa sebagai Pengerusi KPF.

Bersandarkan kepada keputusan PM Najib, Isa samad pada 25/8/2011 telah melantik diri beliau sendiri untuk menggantikan Datuk Dzulkefli bin Abd Wahab yang pada ketika itu sedang mengerjakan Umrah.
Kemudaiannya Isa Samad telah memohon kepada Perdana Menteri agar Dato, Dzul diberi cuti antara 6 hingga 9 bulan untuk menjalani kursus Advance Management bermula daripada November, 2011 dan permohonan tersebut diluluskan.

Seterusnya bagi melicinkan kerja kerja kurang bijak ini , Timbalan Pengarah FELDA yang juga Setiausaha KPF juga telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam walaupun bakal bersara cume beberapa bulan saja lagi .

Dijangkakan lebih 20 org kakitangan FELDA bakal menerima nasib yang sama tidak lama lagi .
Tindakan ini bertujuan untuk menghapuskan pengurusan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini dan digantikan dengan pegawai – pegawai kaki ampu dan sanggup dicucuk hidung bagi menyokong pelaksanaan penyenaraian ini .

FELDA merupakan satu satunya syarikat yang dipunyai  sepenuhnya oleh Bumiputera,
Jika penyenaraian ini Berjaya dilaksanakan milikan melayu didalam Felda sedikit demi sedikit akan terhakis dan terhapus. FHB yyang merupakan syarikat Induk kepada Felda Plantation Sdn Bhd, sebuah syarikat perladangan milik melayu yang menguruskan tanah ratusan ribu hektar bakal dimiliki oleh org asing termasuk pelabur pelabur dari Negara luar.      Berita Asal Rujuk Sini

Khamis, 21 Jun 2012

Presiden PAS ketuai Himpunan Oren 14 Julai ini



Khairil Abdul Rahim, 21 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai ini dijangka akan disertai 20,000 orang dan akan diketuai sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata himpunan raksasa melibatkan warga Felda serta NGO lain itu sebagai kemuncak kepada tuntutan agar kerajaan membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

“Pihak kami juga sedang mempertimbangkan kemungkinan menghalang penyenaraian FGVH di Mahkamah kerana bagi Anak, apa sahaja akan dilakukan demi untuk menyelamatkan Felda dan kepentingan warganya daripada golongan pengkhianat yang berselindung di sebalik nama transformasi.

“Kami sedar ujian dan cabaran cukup hebat menanti, namun kepada Allah kami memohon pertolongan,” tegasnya.

Jelasnya lanjut, perhimpunan di luar masjid di Jalan Duta itu akan turut disertai lain-lain NGO iaitu Bersih, PPSMI, GMI dan lain-lain akan mula berarak pada jam dua petang.

Berdasarkan pengumuman Najib sebelum ini, FGVH akan mula menyenaraikan saham pada 25 Jun ini.

Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata kemenangan terbaru keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) sekali gus menggagalkan usaha Isa menjadi Pengerusi KPF, sangat menggembirakan Anak.

Jelasnya lagi, tindakan mahkamah selanjutnya ialah 100 orang lagi peneroka akan memfailkan pembatalan Borang Pinjaman Saham.

Mazlan berkata, ia akan diikuti saman malu ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghina peneroka dengan ungkapan ‘haram jadah’ berjumlah RM80 juta akan difailkan tak lama lagi.

“Pendek kata, perisythiharan 'perang' yang saya umum sebelum ini bukan olok-olok dan yang kami tentang bukan calang-calang iaitu daripada Isa Samad, Ahmad Maslan hinggalah kepada Najib sendiri,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Mazlan, road show sedang bergerak merata Felda oleh penceramah-penceramah Anak bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain sedang rancak berceramah, berdialog selain daripada edaran risalah dan VCD telah beredar.

Beliau berkata, Anak berkeyakinan penyenaraian FGVH akan gagal dan Mesyuarat Agung KPF hari ini di Dewan Perdana Felda bukti jelas Isa Samad tersungkur.

Sementara itu media melaporkan, mesyuarat agung ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi tidak meneruskan pelantikan Isa sebagai anggota lembaga pengarahnya.

Keputusan tersebut diambil berikutan keahlian Isa yang dibekukan sementara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.-HD

Rabu, 20 Jun 2012

Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun : Kenyataan Terlajak Mengampu

by Ahmad Fadhli Bin Shaari on Wednesday, 20 June 2012 at 11:33 ·

                                         
Ahmad Fadhli Bin ShaariSaya menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar yang mendakwa bahawa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir oleh PAS merupakan satu kenyataan yang terlajak mengampu. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jun 2012.

Saya hakikatnya amat bersimpati dengan profesor ini yang barangkali hanya membaca akhbar-akhbar pro UMNO tanpa cuba menyelidiki fakta yang sebenar. Seharusnya sebagai seorang yang bergelar profesor, tentunya sudah mahir dengan kaedah penyelidikan yang menuntut sesuatu fakta itu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan.

Barangkali profesor ini sudah lama tidak memasuki bandar Kota Bharu yang menyaksikan pelbagai pembangunan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemunculan hotel-hotel, pusat-pusat membeli belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya sedang mewarnai seluruh negeri Kelantan yang tentunya menafikan sama sekali dakwaan profesor ini bahawa Kelantan mundur 40 tahun. Apa yang tidak ada di Kelantan ialah kedai nombor ekor dan rumah urut. Jika profesor ini bermaksud bahawa Kelantan seolah-olah sedang berada pada tahun 1972 iaitu 40 tahun ke belakang, ia boleh menumbuhkan rasa sangsi tentang bagaimana gelaran prosefor itu diperolehi!

Saya ingin mengajak profesor ini membuka laman web Unit Perancang Ekonomi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di sana terdapat jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. Profesor tentunya boleh membaca bagaimana indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding dengan Perlis yang mencatat indeks yang lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2). Atau profesor boleh meninjau jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0, sama seperti Sarawak dengan tahap indeks yang sama dan jauh berbanding dengan Sabah sebanyak 4.7.

Jika profesor berhujah tentang jalanraya dan lebuhraya, maka sukalah diingatkan kepada profesor bahawa tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini yang membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat. Dan projek lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang telah dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1986 dan sehingga kini belum dilaksanakan. Siapakah yang memungkiri janji jika bukan kerajaan pusat? Justeru, dengan segala kekangan kewangan yang ada, Kelantan menggagahkan diri untuk melancarkan sendiri projek pembinaan lebuhraya untuk fasa pertama dari Machang ke Kuala Krai baru-baru ini. Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek ini?

Atau mungkin profesor berhujah bahawa ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri untuk mencari pekerjaan kerana Kelantan sudah mundur ke belakang. Saya ingin membentangkan fakta yang terkandung di dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2007. Pada halaman 2-16, tercatat fakta bahawa pada tahun 2003, in-migration (penghijrahan masuk) ke Kelantan ialah seramai 24,460 orang berbanding dengan out migration (penghijrahan keluar) dari Kelantan seraai 21,950 orang. Jelasnya, lebih ramai yang memasuki Kelantan berbanding dengan yang keluar daripada Kelantan! Jika daftar penghijrahan ini menjadi ukuran, adakah benar dakwaan bahawa Kelantan tidak mempunyai peluang pekerjaan? Atau angka mana yang menjadi rujukan Profesor?

Saya simpati kepada Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar, barangkali terlajak ingin mengampu sehingga kenyataan sebegini dangkal keluar. Berpada-padalah dalam membuat bandingan, jangan sampai ia menjadi bahan ketawa. Saya teringat kepada seorang aktor kelahiran County Durham, England iaitu Rowan Atkinson. Beliau memegang waktak Mr Bean. Beliau juga dikatakan merupakan seorang Profesor sebelum menjadi pelakon lawak jenaka. Jika benar berita angin ini, ertinya tidak mustahil seorang  profesor boleh menjadi pelakon lawak jenaka.

Ia tiada kaitan dengan Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar.

Salam hormat,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 20 Jun 2012.
Rujuk kat sini

KPF tak teruskan lantik Isa Samad dalam AGM


  • Ahmad Fadli KC
 
 
Walaupun dicatat dalam agenda mesyuarat, mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya.

Keputusan itu dicapai dalam AGM ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.

NONEMenurut perwakilan, nama Isa cuba dicalonkan perwakilan sewaktu agenda memilih anggota lembaga berlangsung namun ditolak kerana keahliannya dibekukan mahkamah buat sementara waktu.

Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF.

Dalam buku agenda mesyuarat, Isa antara tiga calon yang dinamakan Felda untuk menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2012/2013. Dua lagi nama yang dicalonkan, dilantik dalam mesyuarat hari ini.

NONEKeahlian Isa dibekukan sementara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Pembekuan keahlian Isa sekaligus menghalang beliau daripada dicalonkan sebagai Anggota Lembaga KPF.

Sekiranya berjaya menganggotai Lembaga KPF, Isa dijangka oleh ramai pihak, akan menjadi pengerusi KPF baru menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Gambar 2 Menteri Besar di kedai gunting rambut low class



Addin
Mengikut FB nih, Tuan Guru Nik Aziz datang secara mengejut bila nak bergunting rambut, tak perlu appoinment berbagai..

Manakala, gambar kat bawah nih pulak MB Kedah, Ustaz Azizan di sebuah kedai gunting rambut di pinggir bandaraya Alor Setar.

Inilah sikap sederhana (wasatiyyah) 2 MB yang berjiwa rakyat. Tak perlu kepada tempat high class seperti sesetengah pemimpin. Beb!! ini baru janji ditepati..
Sumber ~ FB-KERENGGA

Mahkamah: Nalla buat kenyataaan fitnah terhadap Anwar



 
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa  Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
  
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.
  
Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar gantirugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut.
  
Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Dalam pembelaannya, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada di bawah perlindungan bersyarat.

- Bernama

Aset NFC RM49.7j disita bantu siasatan



 
 
Empat aset milik National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
  
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFC di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya.

Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.

Empat aset yang disita itu ialah dua unit 'One Menerung' kondominium di ibunegara untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya.

"Bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya.

Ramli berkata kegagalan mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86 AMLATFA 2001.
  
Pada 12 Mac lepas, Pengerusi eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 November 2009.

- Bernama

Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF



  • Koh Jun Lin
 
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.
   
Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.
   
"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
   
Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
     
Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.
     
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.
   
Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.-MK

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya



Harakahdaily, 20 Jun 2012

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul diginakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara.

Menurut beliau lagi, demonstrasi aman adalah dijamin perlembagaan dan merupakan salah satu cara bagi menegur pihak pemerintah apabila teguran melalui ruang-ruang lain yang ada tidak diendahkan.

Apatah lagi dalam keadaan negara kita yang masih belum sampai tahap demokrasi yang sempurna, maka demonstrasi katanya salah satu cara untuk menjadikan demokrasi lebih matang.

"Kita masih belum sampai satu sistem yang sempurna tapi sedang menuju ke arah kesempurnaan.

"Jika negara menerima demonstrasi ia adalah pengukuhan untuk negara, tapi sekiranya tidak, ia adalah keruntuhan bagi sesebuah negara," tambah ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

Dalam pada itu beliau memberitahu, demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya demokrasi diamalkan secara adil dan ruang yang cukup diberikan terhadap semua parti.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka,"

Pada masa sama, beliau menafikan siri himpunan Bersih yang beberapa dianjurkan NGO sebelum ini adalah untuk mencetus huru-hara dan cuba mengguling kerajaan.

"Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara.

"Yang jadi huru-hara sebab ada tembakan gas, tu yang jadi huru hara.

"Cuba ambil seekor ular, dan campak ditengah-tengah orang ramai dewan ini, apa akan jadi pada dewan ini," soalnya.

Baginya, hanya kerajaan yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi sahaja yang takut dengan demonstrasi rakyat.-HD


Isnin, 18 Jun 2012




Terkini: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran pula menyertai PAS

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam

Menyedihkan! Ini sekolah tadika atau reban Ayam?


 
SALAH seorang sahabat di facebook yang enggan namanya didedahkan mengirim sekeping gambar salah sebuah sekolah tadika yang menurutnya diambil sendiri oleh beliau.

Sungguh menyedihkan, jangan tersilap, ini bukan reban ayam kerana berdasarkan teknologi yang ada sekarang, contohnya reban ayam "close house" jauh lebih cantik dari ini kerana reban ayam hari ini pun sudah dilengkapi dengan penghawa dingin.



Di manakah terletaknya sekolah tadika ini?

Ia terletak di salah sebuah negeri yang mana kerajaan negerinya mendakwa mereka dan hanya merekalah yang pandai mentadbir negeri. Hanya merekalah yang pandai memerintah dan hanya merekalah yang boleh membawa kemajuan di negeri itu.

Malah sudah berpuluh tahun mereka memerintah negeri itu, dan kini negeri itu yang suatu masa dahulu pernah menjadi negeri kedua terkaya di Malaysia, pada saat anda membaca artikel ini ia sudah menjadi negeri paling miskin dalam Malaysia.





ReJaM© "Negeri miskin, pemimpinnya sahaja yang kaya raya... "

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/menyedihkan-ini-sekolah-tadika-atau.html?

PAS lancar stesen TV internet, ajak rakyat pilih yang terbaik



Hazayani Zakaria,

Abdul Hadi melancarkan TV Impian dengan dilihat oleh semua pimpinan PAS Selangor dan Dr Hatta Ramli-Gambar

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan stesen TV berasaskan internet dan sekaligus mengajak semua ahlinya bersaing untuk mengajak rakyat memilih pemimpin yang betul.

Pelancaran stesen TV Impian itu dibuat beliau di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 peringkat negeri Selangor.

Stesen ini sebuah stesen televisyen internet yang menyediakan lima saluran alternatif untuk dinikmati rakyat Selangor dan lain-lain negeri.

Pengguna hanya perlu membeli dekoder untuk mendapatkan siaran dan tiada bayaran bulanan dikenakan.

TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan.

Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul

Menurut Abdul Hadi, PAS bukan parti yang bersaing untuk menonjolkan kehebatan sendiri tetapi bersaing untuk menyedarkan rakyat agar memilih pemimpin yang betul pada pilihan raya umum.

Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia sedang menghidapi penyakit 'rakyat diperbodoh' dan menjadi tanggungjawab PAS sebagai parti Islam untuk mengubati penyakit ini.

"Zaman Firaun dahulu, mereka berjaya memperbodoh rakyat. Hanya Firaun yang boleh beri ini, boleh beri itu. Kerajaan lain tidak boleh.

"Rakyat diperbodoh merupakan bencana yang dihadapi dunia Islam," kata beliau ketika berucap pada majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Fasa 1 Peringkat Negeri Selangor, di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, dekat sini petang tadi.

Abdul Hadi juga berkata, PAS tetap memilih demokrasi kerana demokrasi memberi peluang kepada PAS untuk menyampaikan hidayah Allah kepada rakyat.

"PAS mempunyai moral yang tinggi dan diyakini banyak pihak.

"Umno pun puji tapi puji senyap-senyap. Kalau PAS buat salah, masuk muka depan akhbar. Kalau Umno BN buat salah, muka belakang.

"Sebab kalau PAS buat salah nampak pelik sebab pemimpin Islam. Umno kata, takkanlah pemimpin Islam nak buat salah, ini menujukkan mereka pun tahu PAS susah nak buat salah," katanya di hadapan kira-kira 2,000 jentera parti yang hadir.

Ahli Parlimen Marang itu juga mengingatkan jentera berhubung tanggungjawab menjalinkan hubungan baik dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

"PAS kena bersatu dengan NGO Islam untuk melawan BN.

"Ada NGO Islam yang berminat dengan politik, ada yang langsung tak minat. Minat atau tidak, kita harap mereka tidak menjadi alat parti politik," katanya.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja mengenai maklumat pilihan raya.-HD

KESAN ISA SAMAD JADI PENGERUSI JKPP ?


Kabar dari wisma...isa samad sudah menguasai kepimpinan peneroka dgn mengambil alih pengerusi jkuasa perunding peneroka atau jkpp.
Mungkin orang lama yg jaga Pembangunan Masyarakat lebih arif peruntukan siapa yg sepatutnya menjadi pengerusi jkpp.
Apa yg jelas ialah pengerusi2 yg lepas tidak pernah pun mencampuri urusan dgn ketua peneroka. Hanya pengurusan felda saja yg duduk semeja dgn peneroka. Hanya org dalam felda saja yg menyelesaikan apa2 yg menjadi kebuntuan jika ada. Melalui jkpp segala yg berkaitan peneroka dibincang dan diselesaikan. Tidak ada pihak luar boleh mencampuri urusan keluarga felda. Itu dinamakan mesyuwarah keluarga felda yg jadi benteng felda dan peneroka.

Selama bertahun2 pengerusi jkpp ialah pengarah besar. Ahlinya pula ialah pengawal wilayah atau org no 1 di wilayah atau skrg pengurus besar dan semua naib pengerusi gabungan dan pengerusi gpw gabungan. Mesyuarat jkpp tidak boleh diwakilkan sesiapa jadi pengerusi. Tidak pernah pun dalam sejarah pengerusi felda ambil aleh jkpp kecuali berjumpa saja bila perlu.
Bila isa samad tiba2 melantik dirinya mempengerusikan mesyuarat, ini dinamakan rampasan kuasa.!! Ahli barunya pula ialah sabri ahmad fgvh dan pengarah seranta. Bukan kah pelik ahli yg tak berkaitan dilantik dlm jkpp? Apa kaitan fgvh? Seranta? Bukankah fgvh tidak berkaitan dgn peneroka, kenapa pulak si sabri amad jadi ahli? Seranta? Nak rancakkan program politik ke? Nak guna ketua peneroka ke utk kepentingan seranta supaya senang buat kerja arah itu dan ini??? Sabri amad pulak memikirkan untung rugi syarikat.

Kilang difahamkan untung tak seberapa...kos diakui tinggi dari dulu. Sabri sudah nampak platform peneroka akan dijadikan penyelamat kalau syarikat mengalami kerugian. Entah apa kertas akan dibentang nanti, sudah pasti sabri akan jadikan jkpp kuda tunggangan utk kepentingan sabri. Langkah mengambil jkkp adalah utk menjerat peneroka sebenarnya. Isa samad dan sabri masing2 sehaluan ada agenda tersendiri.
Semakin kuat nampaknya cengkaman isa ke atas peneroka. Semakin kuat pula sabri mengaut untung dan ambil kesempatan dgn menggunakan ketua peneroka.
Seranta pula nak perhebatkan dan mudahkan kerja. Nampaknya ketua peneroka dah terjebak dengan jerat isa samad. Jgn terkejut satu hari nanti ada formula baru hasil peneroka jual di kilang.

Bila peneroka bantah....isa dan sabri akan pusing cakap dan putar belit ' JKPP DAH SETUJU...KETUA PENEROKA TAK BANTAH PUN..!!!! inilah penyangak2 yg bakal memusnahkan masa depan felda dan peneroka...fikirlah semasaknya!!!!-GP

Ahad, 17 Jun 2012


Gambar No. Plat Kereta Sultan Kelantan, Apa Bezanya Dengan Sultan Johor?

Addin
Alhamdulillah Sultan aku tak beli no plat mahal!Kisah nombor plat kereta sejak dua menjak ini sangat hebat diperkatakan sehingga berlaku himpunan menyatakan taat setia dan kasih mereka pada rakyat.

Itu kisah di negeri orang lain.Di negeri aku juga punya cerita pasal no plat kereta. Jika di Johor popular dengan no plat WWW1, Sultan kami Sultan Muhammad ke-5 juga punyai nombor yang glamer.

Tuanku kami menggunakan no plat jawi MUHAMMAD 5 dan nombor plat hanyalah percuma. Seseorang Raja tidak punya masalah untuk menguna apa pun nombor plat kereta dan menurut seorang kawan, di Johor ada juga nombor plat TMJ kepunyaan kerabat Johor.

Ini menunjukkan Sultan boleh menggunakan nombor plat secara percuma (betul atau tidak aku tidak pasti) Namun begitu, aku merasa kagum dengan Sultan aku, Sultan Muhammad ke-5 bila sanggup menggunaka nombor plat tulisan jawi yang hampir sekian lama tidak diguna kecuali di billboard kelantan yang masih mewajibkan penggunaan tulisan jawi.

Allahamdullillah kami punya Sultan yang sealiran dengan Kerajaan Negeri kami yang dicintai Negeri Kelantan. ~jkkkfanclub
.....
Isu Felda: Kami tidak biadap, kata Pengerusi Anak
Jamilah Hamzah
17 Jun 2012
SHAH ALAM - Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) menegaskan, tindakan pihaknya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia satu tindakan yang wajar dan bukannya biadap seperti didakwa Umno.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, persatuan mereka melakukan perkara yang betul bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara bagi menghalang penyenaraian FGVH.

"Kami tak rasa salah dan biadap kalau kami cuba menyelesaikan isu ini melalui Yang di-Pertuan Agong kerana baginda ketua negara.

"Kami juga yakin Majlis Raja-raja akan memperkenankan usul yang diperjuangkan Anak ini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Anak yang cuba mengheret istana dalam isu penyenaraian FGVH sebagai satu tindakan biadap dan perjuangan yang tidak jujur.

Beliau berkata, tindakan Pengerusi Anak yang mahu membabitkan Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan bagi menghalang penyenaraian itu, adalah satu percubaan mengheret istana dalam kancah politik pihak pembangkang.

"Anak tidak jujur dalam perjuangannya, Mazlan merupakan ahli parti pembangkang, dan cubaan itu amat tidak menghormati Perlembagaan Negara apabila cuba melibatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menghalang penyenaraian FGVH di Bursa Saham," katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan menyatakan tindakan siapa lebih biadap apabila melakukan sesuatu tanpa berunding terlebih dahulu dengan Majlis Raja-raja.

"Kalau itu biadap, mana lebih biadap memajakkan tanah Felda kepada syarikat FGVH tanpa membuat rundingan dengan Majlis Raja-raja terlebih dahulu atau cuba untuk membuat rundingan dengan Majlis Raja-raja?

"Anak hanya ingin serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Majlis Raja-raja supaya batalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia," katanya.

Katanya lagi, Anak telah menghantar memorandum kepada pelbagai pihak termasuk  Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Perdana Menteri sendiri dalam tempoh lapan bulan lalu, namun tidak mempunyai sebarang respons daripada pihak kerajaan.

"Langkah untuk hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 14 Julai ini dibuat setelah kerajaan tidak memberi sebarang maklum balas kepada kami.

"Kami tak mahu kejadian tak diingini berlaku kemudian hari dengan isu penyenaraian FGVH, masa itu siapa yang akan dipersalahkan," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan turut mendesak Ismail yang juga seorang anggota Kabinet iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya memperjelaskan status kedudukan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam majlis koperasi Felda.

"Saya desak Datuk Seri Ismail, beritahu kami bagaimana Tan Sri Isa boleh menjadi ahli koperasi sedangkan beliau bukan terdiri daripada ahli Felda," katanya lagi.-SH

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA...SEKITAR CERAMAH-CERAMAH DAP JOM UBAH YANG MEMBUAT UMNO/BN PENING KEPALA....MANDI TAK BASAH TIDUR TAK LENA....JELAS SEKALI SOKONGAN KAUM CINA TIDAK MEMIHAK KEPADA MEREKA....PRU 13 NANTI BERSIAP SIAGALAH MENJADI PEMBANGKANG PULA.