Sabtu, 31 Mac 2012

Inikah sebabnya UMNO Pulau Pinang mahu Guan Eng wakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara?

Di Pulau Pinang selepas selesai solat Jummat semalam, beberapa orang yang kononnya mendakwa diri mereka mewakili berbagai NGOk telah mengadakan deonstrasi bagi mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang mewakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara.

Gambar-gambar dari demo tersebut sila lihat di ( SINI )
Tanah tersebut kini adalah milik pihak Ivory Group, yang memperolehinya melalui tender terbuka yang telah disertai oleh empat Syarikat.

Penjelasan mengenainya sila baca di ( SINI )

Perlu kita ketahui macai-macai yang bertempik ditepi jalan itu hanyalah sekumpulan manusia yang telah berjaya diperbodohkan oleh segelintir pemimpin UMNO Pulau Pinang.

 Ini kerana telah terjadi di Pulau Pinang satu kawasan tanah wakaf iaitu Tanah Wakaf Abdul Qauder Jalan Mengkuang, Bagan Luar.

Penduduk di situ yang kebanyakkannya adalah penyokong tegar UMNO sendiri telah dihalau keluar oleh pemimpin UMNO kawasan tersebut, kerana tanah tersebut akan dimajukan..

Baca pendedahan oleh Cats Thinker ini..



Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe.

Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman.

"Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).


CT cuma nak tanya Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan?

Bukankah beliau telah berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!!

Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?


CT nak membangkitkan nostalgia lama tapi tak lama sangat le!hehehehehe..

Orang Melayu di Tanah Wakaf Abdul Qauder Jalan Mengkuang, Bagan Luar dihalau keluar daripada tanah yang diduduki dengan rakus sekali. Siapa yang halau? UMNO yang halau!!!

Sebab nak buat Projek Pangsapuri bernilai RM50 Juta. Siapa yang dapat projek? teka la sendiri!!!


Penduduk-penduduk di Jalan Mengkuang memang kuat semangat. Hampir kesemuanya adalah ahli UMNO yang tegar.

Penyokong kuat UMNO. Tetapi akhirnya Pemimpin UMNO jua lah yang mengorbankan mereka demi mendapat dan mengejar kekayaan!!!

Siapa yang mendapat laba dalam hal ini kalau bukan pemimpin UMNO sendiri?



Petikan: Anak Sungai Derhaka


Ramalan Muram Mahathir Musnah Keyakinan Najib Altantuya?

Menjelang Pilihan raya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihan raya beliau semenjak tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang, termasuklah untuk merampas kembali negeri Selangor dari pucuk pimpinan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Populariti Najib yang kelihatan meningkat 10 poin kepada 69 peratus berikutan peranan baru beliau sebagai “Santa Claus” dengan pemberian tunai RM500 Najib kepada golongan yang berpendapatan rendah dan deretan kontrak yang bernilai jutaan ringgit serta peruntukan-peruntukan yang telah diagihkan seiring dengan dasar falsafah beliau “I help you, you help me”.

Namun demikian, kadar populariti Najib tidak dapat dibandingkan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.


Minggu lepas sahaja, Najib telah menyebut dengan bangga maklum balas rakyat yang sangat menggalakkan dan kononnya rakyat jelata telah memaklumkan kepada beliau bahawa sokongan rakyat telah dikembalikan kepada Barisan Nasional semenjak pilihan raya 2008.

Semuanya sudah kelihatan siap sedia untuk menghadapi Pilihan raya Umum Ke-13 pada bulan Jun.

Tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku dalam beberapa hari yang lepas di mana momentum untuk pilihan raya diadakan pada bulan Jun tiba-tiba kelihatan goyah.

Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir?

Kelmarin, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional, Mahathir telah menyatakan bahawa “Tiada kemenangan yang mudah”, dan supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh menikmati kemenangan pilihan raya yang terjamin, terutama sekali kerana Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online:

“Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan”.

Sehari sebelum itu, Umno telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni Umno tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui “Sudah berdekad, Umno “tidak membenarkan” golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai ahli parti”.

Kini Mahathir memberi sokongan kepada Umno bahawa parti tersebut perlu mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, mencalonkan “calon yang bermutu”, sama ada yang dicalonkan itu mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.

Dengan keyakinan awal Umno untuk meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 yang semakin terhakis dan peluang untuk merampas kembali pentadbiran negeri Selangor serta pengekalan negeri Perak di bawah jajahan mereka, mood pilihan raya nampaknya sudah ditetapkan bagi Najib, menjelang ulang tahun ketiga sebagai Perdana Menteri, untuk berdolak-dalik menundakan tarikh pilihan raya pada masa yang lebih lewat.

Lim Kit Siang ialah Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

PANAS!! Gambar Anwar Bersama Wanita Di Dalam Hotel mula disebar..



Berkatalah Ummi Hafilda yang cuba menumpang glamour ketika sidang Media Nallakaruppan, beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.


Beliau mendakwa, gambar yang dirakam pada 30 Jun 1997 itu menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan.

Jika gambar yang menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan dikatakan bukti Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin aku pasti gambar yang disiarkan diakhir entry ini sudah pasti lebih teruk lagi.

Ini kerana gambar-gambar yang dirakam secara kandid ini menunjukkan Anwar Ibrahim bersama wanita di dalam Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah..

Sebelum itu korang baca laporan dari Lidah Rasmi UMNO ini dulu..

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali hari ini mengisytihar 'perang nuklear' terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa akan mendedahkan lebih banyak aktiviti tidak bermoral membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Bagi saya misi perang nuklear sudah bermula, lebih banyak pendedahan akan saya letuskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Pendedahan ini akan membuatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar lari tak cukup tanah," katanya pada sidang akhbar bersama Datuk S. Nallakaruppan di sini hari ini.

Ummi Hafilda berkata, beliau kini hanya menunggu masa dan saat yang sesuai untuk mendedahkan bukti-bukti yang boleh mengaitkan Anwar dengan kegiatan biseksual.

"Saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana mahu tunggu bila pilihan raya diumumkan, dalam tempoh itu saya akan tembak habis-habisan.

"Saya, Ezam dan Anuar akan bersama-sama mendedahkan salah laku Anwar. Sebab itu hari ini kami bersama bagi menyatakan sokongan kepada Nallakaruppan," katanya.

Sebagai 'permulaan' perang, Ummi Hafilda hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Beliau mendakwa, gambar yang dirakam pada 30 Jun 1997 itu menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan.

"Kita harap Anwar saman saya, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor dan Anuar Shaari supaya lebih banyak pendedahan dapat dilakukan," katanya - Lidah Rasmi UMNO


Berikut adalah gambar-gambar Anwar bersama Wanita di dalam hotel seperti yang dimaksudkan..

Hotel tempat gambar dirakam



Tiga orang wanita yang bergambar bersama DSAI diatas adalah Rakyat Singapura yang hadir ke Alor Setar bagi menyaksikan perlawanan bolasepak antara Singapura dan Kedah suatu ketika lalu..


Kah..kah..kah.. Anwar Bersama Wanita di Dalam Hotel lah tu kannn???

Adakah lagi manusia bengong yang akan mempercayai cerita rekaan Ummi Hafilda itu? Bila kecoh pasal video seks lelaki yang dituduh sebagai Anwar, Ummi Hafilda kata dia ada lebih banya video dan akan didedahkan..

Videopun dia tak dedahkan lagi.. ni dia kata ada bukti Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan Shamsidar pulak..

Hmm.. semoga Ummi Hafilda disambar petir ketika melemparkan fitnah terhadap DSAI dan Shamsidar diatas pentas hendaknya..

Inipun gambar Anwar bersama wanita juga.. Nallakarupan kelihatan di belakang.. he..he..

Jahat sungguh org UMNO ni...bergambar dengan penyokong bolasepak Singapura pun nak dijadikan isu- ADMIN

Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk Anak saya kata Nazri Aziz



KUALA LUMPUR,  Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.


“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,” katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. “Tidak ada kene mengena dengan saya.”

Menteri itu turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan.

Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis,” katanya.

Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.

PKR mendakwa semalam, sekiranya polis “berusaha mempertahankan” pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas membersihkan Nedim dalam dakwaan pergaduhan tersebut selepas empat hari insiden tersebut.

Ketua Polis Brickfield ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Sabtu lalu “kes itu jelas” hanya melibatkan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi Nedim.

“Saya tak tahu mengapa dan bagaimana ada orang lain boleh terlibat (Mohamad Nedim) dalam perkara ini,” menurutnya.

Namun Naib Presiden PKR N Surendran berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenyataan Wan Abdul hanya dibuat selepas empat hari kejadian tersebut adalah “mencurigakan”.

“Adakah pihak polis cuba melindungi Umno dan reputasi kerajaan?” kata peguam tersebut. “Kejadian itu turut dilaporkan telah di rakam oleh CCTV di kawasan tersebut. Apa kandungan CCTV itu?”

Beliau turut mendesak polis mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan dengan lebih lanjut kerana kes ini melibatkan “ anak menteri kanan”.

Ini adalah kali kedua anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dengan kejadian jenayah.

Pada 2004, Nedim dituduh terlibat dengan kematian Darren Kang, pelajar jurusan undang-undang di United Kingdom, yang dibunuh di Sri Hartamas.

Pada masa itu, Nazri mengakui anaknya berada di lokasi tersebut namun menegaskan anaknya tidak terlibat dengan jenayah tersebut, yang mana lima peniaga Thailand mengaku salah atas tuduhan membunuh.


The Malaysian Insider

Guan Eng jual tapak Masjid?.. Shaik Hussein!! Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang ..



Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri.

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju ini sekali lagi mereka menyerlahkan kebodohan mereka.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Ini sikit penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..

Bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu ‘Master Plan’ tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang .

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Oleh itu tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan..

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Itulah… aku kata kat hangpa orang bodoh saja dalam UMNO ni, hangpa tak percaya.. tengok bodoh tak Ketua Pemuda UMNO tu??

Mahathir pun kata dalam UMNO sekarang cuma ada golongan bodoh saja.. tak percaya baca kat SINI

Berkenaan dengan pemilikan tanah oleh Ivory tu pula kalau nak tahu samada ianya diberikan secara rundingan terus (direct nego) atau tender terbuka sila baca di SINI 

Shaik.. takkanlah pasai depa dah scrap pelan Masjid yang hang lukis untuk PDC dulu tu hang nak marah kot.. apa susah hang bawak balik plan tu, hang buatlah Masjid yang dah lukis tu di Bagan..

*****************************************

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012
Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang Yang Berulang-Ulang Tetapi Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Untuk Mencegah UMNO, Utusan Malaysia Dan Akhbar-Akhbar Lain Daripada Mengapi-Apikan Sentimen Perkauman Dan Agama Untuk Melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.
Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.
Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.
Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.
Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.
UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.
Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Lim Guan Eng

PENJUALAN TAPAK MASJID DAN SEKOLAH ADALAH SATU FITNAH OLEH PEMUDA UMNO


                   Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang IR Shaik Hussein
 
Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak UMNO menyerlahkan ketidak prihatinan mereka dalam hal pembangunan.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.


Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.


Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.


Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.


Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.


Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta).


Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.


Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.


Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.


Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.


Namun begitu ‘Master Plan’ tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.


Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.


Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.


Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.


Tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.


Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan.


Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..


Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!


Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.


Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..


Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.


AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamirkan pelan pembangunan induk (Master Plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.


Dan disamping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan dizaman pemerintahan UMNO/BN dulu.


Amir Haji Ghazali

Ketua AMK Pulau Pinang






Jumaat, 30 Mac 2012

Perarakan ke pejabat PM bantah penyenaraian Felda


 
Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONEPerhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.

Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".

NONEBagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

"Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.

NONE"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.

"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.

Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH-MK.

Sepetang bersama Dato Sri Anwar Ibrahim di DUN Paloh

            Para penduduk bergotong royong memotong dan memasang bendera Parti
 Pasukan penerangan bersiap sedia untuk bergerak kekampung2 dan serata tanah rancangan Felda    menghebahkan  kedatangan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Felda Ciku Tiga Gua Musang.
    Penduduk Kampung bergotong royong memasak lauk pauk untuk hidangan selepas Jumaat
              Kaum Hawa juga tidak ketinggalan bersemangat membantu kerja2 didapur
  Banner yang tergantung megah menyambut ketibaan Dato Seri Anwar Ke Pejabat Keadilan DUN Paloh
            Pasukan penerangan yang baru tiba dari menghebahkan kedatangan Dato Seri
 Dalam kekalutan memasak dan persiapan menyambut pembesar negara ada lagi kerja2 kotor yang cuba menghina Dato Seri yang dilakukan oleh pengkianat UMNO
 Dua antara empat banner yang berjaya kami rampas dan dijadikan kain untuk mengelap sisa2 makanan  diatas meja..
                      Antara penduduk kampung yang sedang menikmati rezeki Allah
                                      Saifudin Nasution memberikan ceramah
 Sebahagian dari penduduk kampung yang khusuk mendengar ceramah dari Saifudin. Kehadiran yang tidak disangka oleh pihak penganjur begitu ramai yang dalam agakan Admin mencecah 600 orang
                   Penyerahan borang keahlian seramai 135 orang oleh saudara Hamdan
              Dato Seri memberikan bantuan pada penduduk perkampungan Felda dan Kesedar
Dato Seri Anwar memberikan ceramah mengajak rakyat supaya menolak UMNO yang banyak menindas rakyat. Harga minyak akan diturunkan dalam masa 24 jam setelah pakatan berjaya ke Putrajaya begitu juga PTPTN akan dihapuskan untuk membantu rakyat mendapat pelajaran percuma di Malaysia

Khamis, 29 Mac 2012

Info dan gambar-gambar gua garam terbesar di dunia!


Gua garam yang bernama 3N ini terletak di sebuah pegunungan di Iran. Gua garam tersebut tercatat sebagai gua garam yang terbesar di dunia. Gua garam ini memiliki panjang 6580 meter dan lebar yang mencapai 40 meter. Salah satu keunikan dari gua garam ini adalah proses terbentuknya yang terjadi secara alami. Jalan lintasan di gua ini selalu berubah sesuai keadaan dari waktu ke waktu. Lebar sesungguhnya dari lintasan gua tersebut tidaklah diketahui secara pasti tetapi diperkirakan, ukurannya bisa mencapai beberapa puluh meter bahkan ratusan meter!
Sungai Gua 3N
Selama terjadinya badai, aliran sungai memotong dinding gua di satu sisi dan pada waktu yang bersamaan aliran sungai tersebut mengisi ruang yang kosong dengan sendimen di sisi lainnya. Gua juga berfungsi sebagai dasar aliran sungai yang berkelok-kelok.
Lokasi Gua 3N
Gua garam tersebut terletak di bagian timur dari Pegunungan Zagros dan Teluk Persia. Seperti yang sudah diketahui bahwa daerah Pegunungan Zagros tersebut merupakan tempat di mana banyak bermunculan gunung-gunung dan gua-gua garam (disebut juga dengan istilah “diapir”, yang berarti penerobosan (intrusi) batuan karena perbedaan tekanan dan bouyancy). Jumlah diapir garam yang terletak di pegunungan tersebut berjumlah lebih dari 200 buah dan dinyatakan sebagai daerah pembentukan karst (karst adalah sebuah bentukan di permukaan bumi yang pada umumnya dicirikan dengan adanya depresi tertutup, drainase permukaan, dan gua) yang terbesar dan terbaik di dunia.
Proses Pengendapan Garam
Garam yang membentuk pegunungan tersebut tersimpan /terendapkan lebih dari setengah milyar tahun di sebuah cekungan lembah. Garam yang diendapkan tersebut berada pada iklim yang kering dan hangat. Setelah puluhan milyar tahun endapan garam tersebut telah ditutupi oleh batuan sendimen lainnya (batu kapur dan batu pasir) serta oleh batuan vulkanik. Dengan begitu garam-garam tersebut telah “dikuburkan” di kedalaman beberapa kilometer dari permukaan bumi. Karena mendapatkan tekanan yang tinggi pada kedalaman tersebut dan karenan plastisitas yang tinggi, garam mulai muncul ke permukaan bumi dalam bentuk silinder yang memiliki diameter hingga beberapa meter. Dan inilah awal mulanya terbentuk gua garam.

Berikut Adalah Foto-Foto Keindahan Gua 3N









Para jurugambar dengan aksi-aksinya


Tu dia coverlah sikit muka tu..kalau yer pun teruja sesangat apa ke benda sampai cam ni  kah3....


Baik punya lentok  kah3.......



Ini pulak terlampau berani........
 

PANAS - Polis Digunakan Untuk Pukul Peneroka Felda



29 March 2012


Gengster FELDA pukul dan halau peneroka di Lahad Datu

Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.









Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya.
tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah

Inilah kerja UMNO dulu kini dan selamanya...

Dipetik dari - http://sahabatblogsabah.blogspot.com/2012/03/gengster-felda-pukul-dan-halau-peneroka.html

Gambar2 TG Nik Abdul Aziz Mengendalikan Senjata Api... Tabik Spring!!!






Tok Guru Nik Aziz sempat singgah menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Padang Tembak dalam perjalanan pulang ke rumah beliau.Keseluruhan tembakan beliau tidak tersasar,kemahiran diusia mudanya masih belum hilang.









Sumber

Terima Kasih Sahabat : Addin77

Pemuda gagal sertai polis kerana telinga besar


MOHD RIZAL ABDULLAH
29 Mac 2012
Kamarudin
BALING - Hasrat seorang anak muda untuk menyertai pasukan polis tidak tercapai apabila panel ujian fizikal bagi jawatan konstabel mendakwa telinganya besar dan tangannya bengkok.

Kamarudin Osman, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil terkilan selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya dikatakan tidak memenuhi syarat diperlukan.

“Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi saya, minat dan komitmen itu lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.

Bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun itu pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah.

“Saya terlalu meminati bidang kepolisan. Saya pernah ponteng sekolah untuk menghadiri kursus menembak. Saya tahu, perkara itu salah, tetapi minat saya mengatasi segalanya,” kata anak bongsu daripada enam beradik ini.

Kamarudin, yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai kesihatan yang baik selain aktif dalam bidang sukan ketika di bangku sekolah.

Menurutnya, panel pemilihan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit menilainya sebelum mengatakan dia gagal untuk meneruskan ujian seterusnya.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi saya agak terkilan kerana tidak dapat meneruskan ujian seterusnya gara-gara dikatakan mempunyai telinga besar.

“Siapa yang inginkan telinganya besar, itu adalah takdir Tuhan. Tinggi, berat badan, ukur lilit dada dan pernafasan saya mengikut syarat yang ditetapkan, tetapi masih gagal meneruskan ujian lanjut," katanya lagi.

Katanya, panel penilai itu turut menasihatinya memohon semula untuk menduduki ujian berkenaan.

“Apa salahnya saya diberikan peluang dan membuktikan yang saya mampu untuk menjadi seorang anggota polis,” katanya kepada kepada Sinar Harian.

Kamarudin berharap sempena Hari Polis ke-205 ini, pihak terbabit dapat mempertimbangkan hasratnya.

“Saya kagum melihat disiplin dan komitmen anggota polis menjalankan setiap tugas mereka. Justeru, saya amat berharap, dapat menjadi salah seorang daripada anggota keselamatan ini.

“Sejak kecil saya meminati bidang kepolisan ini. Saya yakin mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang ini,” katanya yang nekad untuk terus memohon menyertai bidang berkenaan.-SH

Penyenaraian FGVH terus dibantah


RUWAIDA MD ZAIN
29 Mac 2012
Suhaimi Said
SHAH ALAM – Langkah kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia terus mendapat tentangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlatarbelakangkan anak dan keluarga Felda di seluruh negara.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said berkata, penyenaraian tersebut didakwa merugikan golongan peneroka serta generasi kedua dan ketiga dalam jangka masa panjang.

“Felda sudah tiada peruntukan daripada kerajaan tetapi yang ada sekarang ini melalui outfit Felda sendiri seperti Felda Plantation dan Felda Holding. Melalui outfit ini, sebanyak RM2.4 bilion setiap tahun diperuntukkan kepada Felda dan hasilnya Felda boleh memberikan berbagai imbuhan kepada peneroka dari sudut kos pentadbiran, pembangunan, penanaman semula,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Suhaimi berkata, sebahagian usaha membantah penyenaraian tersebut, satu ceramah bertajuk ‘Bantah Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia’ akan diadakan malam ini di Kompleks Belia dan Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Selain itu, satu perhimpunan bagi menyatakan pendirian Pakatan Rakyat (PR) dan NGO yang menentang akan diadakan di Putrajaya, esok.

Sementara itu, Presiden Warga Felda Prihatin, Muhamad Kamel Yassin pula menolak penyenaraian tersebut kerana tidak mahu melihat kesukaran hidup warga Felda seperti apa yang berlaku selepas penjualan tanah Felda Sendayan dan Felda LBJ.

“Saya mengambil iktibar apa yang berlaku di Sendayan, lihat peneroka yang diambil tanahnya, keadaan mereka lebih teruk apabila ada yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat), Mohd Naquib Carmeil Roseli berkata, penyenaraian tersebut bertentangan dengan matlamat asal penubuhan Felda.

Menurutnya, Prorakyat mengambil ketetapan akan bersama rakyat Selangor dan warga Felda menentang usaha menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Sementara itu, Nasaie Ismail mewakili Anak pula mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak begitu berhajat meneruskannya dalam keadaan modal tidak mencukupi.

Malah, beliau menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin yang mementingkan imej dan diri sendiri berbanding menjaga aset negara dan rakyat walaupun mendapat tentang luar biasa termasuk warga Felda sendiri