Walau pun hujan kehadiran tetap tidak berganjak untuk mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah dalam isu-isu Felda
RM600 juta
Digunakan
untuk membeli dan membuka ladang sawit seluas 20,000 hektar dikalimantan
dan lain-lain lokasi diIndonesia secara persendirian dan usahasama
dengan tabung haji .
Sedangkan projek
pembukaan ladang-ladang sawit diIndonesia sememangnya telah felda
mulakan sebelum penyenaraikan FGV lagi.sebahagian kecil daripada jumlah
ini digunakan untuk perbelanjaan pelbagai (operasi dan perbelanjaan
modal).
RM2,200 juta (2.2 Bilion)
Sejumlah
RM1.2 juta billion dibelanjakan untuk membeli saham Pontian United
Plantation Berhad pada harga RM140 sesaham atau dinilaikan kepada harga
ladang M58,300 per hektar. Harga ini 15 kali harga lebih mahal daripada
saham Tradewinds Berhad yang FGV jual.
Peruntukkan
selebihnya dicadangkan untuk meluaskan aset perladangan di
Afrika,Myamar dan Kemboja.Perincian kos projek ini bakal diumumkan pada
akhir tahun 2013 nanti.
RM500 juta
Membeli apartmen mewah,Grand Plaza Service Apartment diBayswater pinggir London.
Sebelum
penyenaraian FGV juga telah membeli kondominium mewah di Braintree
Massachusette Amarika Syarikat melibatkan perbelanjaan sekitar RM9 juta.
RM110 juta
Membeli
Grand Borneon Hotel di Kota Kinabalu Sabah.Pembelian kondominium dan
hotel mewah ini adalah tindakkan yang keluar daripada pelan perniagaan
FGV dan sudah pasti melibatkan habuan komisyen yang begitu lumayan
..Sebaliknya dimanakan peruntukkan
untuk pembangunan untuk perumahan dan kompleks2 perniagaan didalam
kawasan felda untuk warga felda ?Kenapa bagitu senang untuk menyuntikkan
wang dan mewujudkan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi kenegara-negara maju sedangkan anak muda Felda ramai yang mengangur.?
RM800 juta
Membeli kilang yang terlibat
dengan industri hiliran seperti kilang pemerahan sawit,kilang penapisan
minyak sawit didalam dan diluar Negara serta khabarnya turut membeli
kilang yang tidak terlibat dengan bidang minyak sawit seperti minyak soya,minyak conola,minyak jagung dan minyak bunga matahari.
RM780 juta
Meluaskan
penyertaan dalam sector pemprosesan dan pengeluaran produk sampingan
(by-products) minyak sawit dan bukan sawit termasuk produk minyak
lemak,produk kosmetik dan kecantikan ,toiletries dan sebagainya…
RM110.3 juta
Membeli
25% saham iris corporation Berhad ,syarikat yang terlibat dalam kontrak
pembuatan e-passport di Malaysia dan Bangladesh .
Pembelian saham seperti ini adalah bait-out untuk menyelamatkan kroni..
RM 40 juta
Sebahagian besarnya dibelanjakan untuk membeli peralatan computer dan peralatan pejabat bagi meningkatkan kapasiti pengurusan dan kecekapan pengurusan.
Pelancaran Roadshow Selamatkan Felda 2.0
Meskipun hujan, program tetap berlangsung di Nadi Kota, Bandar Jengka. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Rosli Yaakop dan Ust Shahril Azman antara yang berucap.
Selepas ini, kempen melalui media baru, ceramah, dialog, penyebaran risalah, solat hajat dll akan dilaksanakan.
Kita tentang pemerkosaan terhadap harta Felda. Tanah Felda Plantation di pajak, kini, kebun peneroka pula nak dipajak.
Equiti KPF 51% dalam Felda Holding nak dirampas oleh FGVH. KPF akan menempuh zaman gelap...
ANGKUT Felda sekarang ini dikelolakan oleh Tiong Nam.
Isa Samad sedang bermaharajalela!
-Gaya Peneroka .-