Selasa, 30 Oktober 2012

Misteri harga minyak masak mahal sedangkan harga sawit mentah makin jatuh terjawab!

Best Blogger Tips


Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977, ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebulan, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.

Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tinggal 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.

Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products (FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll.

Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.
Sejak kemasukan CEO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yang berlaku kepada anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing.

Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.



Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati, matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.
Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali.

Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%.

ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pengorbanan pekerja tempatan.

Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya.

Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan.

Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. Ia tidak diendahkan.

Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH.

Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2, sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya, siapa khianat?

Sumber dari Mazlan Aliman

Berita dari: King Of Goblok

Bekas timbalan menteri jangka BN tewas PRU13



Nazri Abdullah, 30 Okt 2012
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya.

Berita dari: Harakah daily

Isnin, 29 Oktober 2012

Perang PRU' DAP Serang Guna Trelar

DAP pula lancar treler 'perang' PRU



SELEPES PKR dengan bas jelajahnya, DAP pula semalam melancarkan jentera kempen serbagunanya semalam untuk memudahkan kempen pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Treler merah yang dilancarkan di Seremban oleh setiausaha agungnya Lim Guan Eng itu dihiasi gambar enggang besar - UBAH- yang juga maskot DAP berserta tulisan "Ubah! Bersihkan Malaysia".

NONE"Secara asasnya, treler ini akan menjadi pentas ceramah mudah alih yang dilengkapi latar belakang besar dan sedikit tata cahaya," kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke kepada Malaysiakini.

Loke yang juga ketua Pemuda DAP negeri berkata, treler yang diberi nama "Dream Machine" (Jentera Impian) itu juga bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai apabila melalui jalan raya terutamanya semasa tempoh berkempen pilihan raya.

Ditanya mengenai nama jentera itu, Loke menjawab: "Nama ini dicipta oleh setiausaha agung kami. Ia membawa maksud trak ini akan memberi kami harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan." (MK) 
 
Berita dari: Ibnu Hasyim

Ahad, 28 Oktober 2012

Bagaimana Mengesan Sistem Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android?




Melayukini.net – Bagaimana Mengesan Sistem Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android? | Semenjak beberapa minggu yang lalu, heboh di dalam media massa dan elektronik mengenai pelan kerajaan pusat dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai pemasangan kamera perangkap laju, Automatic Enforcement System (AES) di sepanjang jalan raya di negara kita.  Kalau kita lihat, majoriti daripada rakyat Malaysia menentang kaedah tersebut yang dianggap sama seperti ‘saman ekor’. Menyedari mengenai masalah ini, seorang warganegara Malaysia yang prihatin telah mencipta satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar mereka.
  • Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.
  • Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.
  • Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.


Berita dari: Melayukini

Isnin, 22 Oktober 2012

Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?

daily :
Harakahdaily,




KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu  iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.



Berita dari: Harakah Daily

Piala Malaysia hadiah untuk Sultan Kelantan



KOTA BHARU - Kejayaan pasukan Kelantan merangkul kejuaraan treble musim ini akan dijadikan hadiah istimewa kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena ulang tahun keputeraan baginda yang akan disambut pada 11 November ini.

Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Rosmadi Ismail berkata, kejuaraan merangkul tiga piala merupakan sejarah baru dalam dunia bola sepak Kelantan, dan ia seharusnya dikongsi bersama Sultan Kelantan bagi menghargai sokongan baginda selama ini.

"Kami juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong di atas sokongan yang diberikan kepada pasukan ini setiap tahun, sama ada semasa beraksi di Kota Bharu mahupun di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan merangkul Piala Malaysia, Rosmadi berkata, kejayaan tersebut melengkapkan kegemilangan bola sepak Kelantan tahun ini selepas meraih Piala FA dan Liga Super.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama semua barisan pemain dan jurulatih serta sokongan padu para penyokong.

Menurutnya, kejayaan tersebut cukup bermakna buat seluruh pemain dan peminat setia The Red Warriors selepas mengharungi tentangan sengit dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk meneruskan kecemerlangan pada musim hadapan," katanya.
Dalam pada itu, lebih 10,000 peminat setia The Red Warriors (TRW) berhimpun di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), untuk menyambut kepulangan skuad kesayangan rakyat Kelantan tersebut.
Walaupun penerbangan mereka ditunda beberapa kali, tetapi penyokong tetap setia menunggu dan tidak berganjak demi melihat wajah-wajah wira kesayangan mereka.
 
Penyokong mula memenuhi LTSIP bermula jam 2 petang, dan sebahagian daripada mereka sanggup menunggu di bahu jalan raya di sepanjang lapangan terbang tersebut iaitu kira-kira tiga kilometer semata-mata demi TRW.
Tiba pada jam 6.45 petang, kepulangan mereka disambut oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussain serta Bendahari Umno Negeri, Datuk Hanapi Mamat.
Skuad kendalian Bojan Hodak itu kemudian dibawa menaiki bas menuju ke Kelantan Trade Center (KTC) untuk menghadiri majlis ringkas, diiringi oleh pasukan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan beberapa kenderaan pacuan empat roda.
 
Sepanjang perjalanan menuju ke KTC mereka diraikan dan disambut oleh para penyokong yang berbaris di sepanjang laluan, dari LTSIP ke sana sambil mengibarkan bendera negeri dan TRW sebagai tanda sokongan kepada pasukan.
Sementara itu, seorang penyokong setia Kelantan Rohana Mokhtar, 45, menyifatkan kejayaan treble yang dilakar oleh skuad bimbingan Hodak cukup membanggakan.
"Ini kali pertama kita menjulang kejuaraan treble dan kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh penyokong setia The Red Warriors.
 
"Saya akui perlawanan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cukup sengit, walaupun tanpa Mohammad Ghaddar dan Norfarhan kita masih mampu melakar kejayaan," katanya yang sanggup menunggu selama empat jam untuk merakamkan gambar kenangan bersama skuad Kelantan tersebut.
Seorang lagi penyokong, Abdul Aziz Johani, 14, berkata, kejayaan menjulang kejuaraan treble, bakal menjadi kenangan terindah buat seluruh rakyat di negeri ini.
"Sejarah ini akan dikenang sampai bila-bila kerana bukan mudah untuk berada pada tahap ini, dan saya berharap kita dapat mengekalkan kejuaraan ini pada musim hadapan," katanya.
 
Wan Azyyati Wan Omar,27, berkata, walaupun terpaksa menunggu lama iaitu seawal tengah hari dan hampir jam 7 malam, baru berpeluang melihat wajah wira kebanggaan tetapi ia cukup menggembirakan dirinya.
"Syabas dan tahniah buat seluruh pemain, pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan penyokong setia di atas kejuaraan ini," katanya.
Sumber : Sinar Harian 
Berita dari: Kelab Penyokong TRW

Rabu, 17 Oktober 2012

Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus



  • Aidila Razak

 
Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.
Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

NONERancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang membuat "tuntutan palsu" – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.

Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.

Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.

Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".

NONEDalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit, MyFranchise berkata syarikat itu hanya diberi masa dua minggu untuk membuka restoran di Tokyo dan tidak dapat menemui lokasi sesuai.

Restoran di Tokyo itu bertukar pengurus beberapa kali, termasuk seorang yang menggunakan restoran tersebut untuk menipu sebuah lagi syarikat sebanyak 7.3 juta Yen (RM278,904 mengikut kadar pertukaran Disember 2009).

Menurut laporan itu, individu berkenaan membuat tuntutan bayaran dengan menggunakan dokumen palsu dan MyFranchise kemudiannya memremitkan sepenuhnya bayaran tersebut.

Berita dari: Mk

Hutang dijamin k'jaan sudah melepasi paras RM100b



  • Kuek Ser Kuang Keng
  •  Okt 17 2012
 
 
LAPORAN AUDIT Pinjaman terkumpul yang dijamin kerajaan persekutuan meningkat sebanyak RM19.85 bilion atau 20.5 peratus pada tahun 2011 dan buat pertama kalinya telah melepasi paras RM100 bilion untuk mencecah RM116.76 bilion, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Angka ini telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun dan mengalami peningkatan pesat sejak tahun 2008. Peningkatan dari tahun 2008 kepada 2011 adalah 69 peratus atau RM47.52 bilion.

Pinjaman dijamin kerajaan adalah pinjaman yang diambil oleh badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat tetapi dijamin oleh kerajaan persekutuan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.
NONE
Pinjaman ini adalah berasingan daripada hutang kerajaan persekutuan dan tidak dicerminkan dalam bajet tahunan, dan sering digambarkan sebagai sebahagian daripada "hutang tersembunyi" negara.

Menurut laporan audit, hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2011 mencecah RM456.12 bilion, atau 51.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beberapa peratus di bawah siling hutang digubal 55 peratus.

Jika RM116.76 bilion pinjaman kerajaan terjamin dimasukkan ke dalam hutang persekutuan, maka jumlah hutang akan menjadi RM573 bilion atau 65 peratus daripada KDNK, yang jauh melebihi siling hutang.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah berhujah bahawa kerajaan tidak mengambil kira liabiliti luarjangka seperti pinjaman off-budget, dalam nisbah hutang-kepada-KDNK.

Pinjaman PTPTN
NONE
Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa RM116.76 bilion yang terkumpul pada tahun 2011 merupakan jumlah pinjaman dalam dan luar negeri dua badan berkanun dan 23 syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin Putrajaya pada akhir tahun 2011.

Kenaikan sebanyak RM19.85 bilion dari tahun 2010 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan pinjaman untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), gergasi perladangan Felda dan Jambatan kedua Sdn Bhd

Kerajaan juga menjamin pinjaman baru yang diambil oleh Syarikat Govco Holdings Bhd, Pengurusan Air SPV Bhd dan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2011.

PTPTN, yang telah menambah pinjaman dengan ketara sejak tahun 2007, mengambil 17 peratus atau RM20.35 bilion daripada jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan, diikuti oleh Pengurusan Air SPV Bhd (RM9.5 bilion atau 8 peratus) dan Felda (RM3.42 bilion atau 3 peratus).

Pinjaman tertunggak PTPTN meningkat lebih dua kali ganda -  daripada RM7.5 bilion pada tahun 2007 kepada RM20.35 bilion pada tahun 2011 -  peningkatan tertinggi di kalangan semua peminjam yang dijamin kerajaan persekutuan.
NONE


Berita dari: Mk

Selasa, 16 Oktober 2012

(BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!

by Staff Berita Semasa 
Laporan Ketua Audit 2011 (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!
Laporan yang sentiasa ditunggu oleh rakyat malaysia dan kalangan ahli-ahli parlimen yang sentiasa “dahagakan” laporan yang dipanggil Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen, itupun selepas 2 minggu parlimen bersidang. Apa sebabnya?
Kata menteri, beliau mahu kalangan ahli parlimen menumpukan kepada perbahasan pembentangan Bajet 2013 terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara 1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan

  • Semakan kami terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan di sini kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan
  • Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
  • Dalam banyak-banyak projek itu, hanya satu dijalankan dengan tender terbuka, yang selebihnya siapa dapat?
  • Termasuklah enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL (kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd)
  • Sedangkan Laporan ketua Audit Negara 2011 ada mengatakan USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.
  • Erm….jahanam duit rakyat.
Kenapa tiada pengalaman pun boleh dapat? Mungkin mereka tiada pengalaman yang luar biaasa tetapi mungkin ada tangan “yang lur biasa” yang meluluskan”. Seterusnya…

Laporan Ketua Audit Negara 2 : Indah Water Rugi Hampir RM1 bilion

  • Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta
  • Antara sebab kerugian adalah disebabkan kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion
  • Yang menariknya walaupun IWK terus menerima subsidi kerajaan bagi membantu operasi syarikat, tetapi prestasi kewangan IWK masih lagi kurang memuaskan sehingga tidak mampu menjana keuntungan.
  • Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya. “Tahniah”
Owh…IWK dapat subsidi kerajan juga, ingatkan rakyat sahaja dapat. Sudah tiba dan ketikanya IWK juga perlu dikenakan rasionalisasi subsidi yang dikenakan kepada rakyat sekarang ini. OK. Laporan seterusnya…..

Laporan Ketua Audit Negara 3 : Keuntungan Syarikat GLC Menurun 13.4%

Dalam bahasa mudahnya apabila pendapatan syarikat-syarikat GLC ini menurun, automatiknya pendapatan negara juga bakal terjejas juga.
  • Hanya 23 syarikat yang memperolehi keuntungan sebelum cukai daripada 47 syarikat GLC yang ada. Itu pun daripada 23 syarikat tersebut, hanya 10 syarikat yang membayar dividen kepada Kerajaan.
  • Jikalau disemak semula prestasi keseluruhan keuntungan syarikat GLC menurun sebanyak 13.4% iaitu berjumlah RM39.788 Bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 4 : Lain-lain

  1. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta yang mana sekarang ini diletakkan di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dengan pegangan ekuiti 100%. Hakikatnya, Rekodnya prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun 2009. Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah RM293.82 juta.
  2. PNS Francais Sdn. Bhd. (PNSF) yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2001 telah menukar namanya kepada Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun 2007. MyFranchise adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional Berhad dengan modal dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal berbayar berjumlah RM27 juta. Objektif penubuhan syarikat adalah sebagai alat untuk meningkatkan keuntungan dengan melabur dalam perniagaan francais di luar negara dan dalam negara untuk mewujudkan pendapatan dan meningkatkan keuntungan syarikat. Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian berturut-turut bagi 3 tahun tersebut. Nasihat kami, syarikat yang mengalami kerugian seperti ini tidak patut diteruskan andai tidak mendapat trasnformasi sewajarnya. Kerugian RM 16 juta.
  3. Kementerian Pertahanan (Kementerian) telah menyediakan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) meliputi 4 perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TD) dan Angkatan Bersama (Markas ATM) dengan melaksanakan 38 projek RKAT dengan kos asal RM1.740 bilion. Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 46,880 unit RKAT pelbagai kelas telah dibina untuk keempat-empat perkhidmatan tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan kurang memuaskan. Antaranya disebabkan peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1.3 bilion berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1.12 bilion. Kerugian minima RM 174.43 juta.
  4. Hospital Information System (HIS) telah dibangunkan pada bulan Mac 2002 (Fasa 1) secara reka dan bina (turnkey) meliputi 13 hospital dengan kos berjumlah RM588.11 juta. Pelaksanaan Fasa 2 pula hanya melibatkan penyenggaraan sistem bagi 12 hospital dengan kontrak bernilai RM334.02 juta. Antara sebabnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan projek ini tidak memuaskan kerana terdapat beza RM 15 juta antara kroni dan bukan kroni. Ditambah pula dengan lebihan bayaran RM540 000, kemudian tipu selenggara RM 1 juta dengan anggaran tipu selenggaraan sebanyak 72.5 kali ganda. Rugi minima RM 30 juta.
  5. Projek Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan dianugerahkan kepada Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. – RIS Capital Sdn. Bhd. secara rundingan terus dalam tempoh 30 bulan iaitu dari 18 Jun 2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal RM143 juta. Bagaimanapun, projek ini telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah mendapat persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak adalah 76.5%. Nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan. Nampaknya, sekali lagi duit rakyat tidak diurus dengan baik angkara Rundingan terus menjadi faktor utama kroni yang tidak berpengalaman dilantik meski terpaksa menggadai kualiti. Itulah punca kos meningkat, projek lewat dan sebagainya. Projek yang sepatutnya siap pada Disember 2009, namun hari ini Oktober 2012, rakyat Kelantan masih belum dapat menggunakan jambatan tersebut. Rugi RM 34.76 juta.
Senang-senang sahaja dileburkan duit negara & rakyat. Rugi juta sana, rugi juta sini. Rugi bilion sana, rugi bilion sini. Jikalau diuruskan dengan baik kewangan negara, berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya?
Semakan secara kasarnya, kami dapati jumlah kerugian yang sekitar RM42.138 bilion berdasarkan rujukan kami terhadap laporan ketua audit negara 2011.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebenarnya bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Sedangkan, lapran yang ada sekarang ini hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Hakikat yang sebenarnya? Wallahualam.
Berita dari:Berita Semasa

K'tan: Bonus Sebulan Setengah Gaji -N/Aziz

KOTA BHARU: Kelantan hari ini mengumumkan membayar bonus satu bulan setengah gaji kepada semua kakitangan awam negeri, di mana setengah bulan gaji dibayar Ogos lalu. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan perkara itu ketika membentang Bajet Kelantan 2013.

Teks belanjawannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa. Menteri Besar berkata, baki selebihnya akan dibayar pada bulan Disember ini dan Januari 2013.

Katanya juga budaya Kerja Berprestasi Tinggi yang berpegang Ubuddiyyah, Masuliyyah dan Itqan membolehkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memperolehi empat bintang dalam penilaian “Star Rating” dan menduduki tangga ke empat daripada 13 pejabat SUK di negara ini pada 2011.

Manakala dalam bidang ICT Pejabat SUK juga mencapai taraf lima bintang bagi persembahan Portal Rasmi Kerajaan Negeri dua tahun berturut-turut. Kerajaan negeri juga melalui bahagian ICT mewujudkan RTV Kelantan membabitkan kos sejumlah RM257,000 bagi menyalur maklumat kerajaan kepada orang ramai.

Menteri Besar juga berkata, bagi memberi keselesaan kepada anggota perkhidmatan awam peruntukan sebanyak RM42.5 juta disediakan bagi membina bangunan Blok 8 dan ia kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap tempoh tiga tahun.

Mengenai pencapaian dalam bidang pendidikan katanya, kecemerlangan pelajar di bawah kelolaan Yik memberangsangkan, di mana pada 2011 seramai 379 pelajar berjaya mendapat keputusan 9A dalam PMR, 1,384 mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU).

Manakala tiga pelajar mendapat 12A, 49 orang (11A) dan 43 (10A) dalam peperiksaan SPM pada 2011. Pada 2012 Yik mengurus seramai 364 pelajar menyambung pengajian ke luar negara iaitu Mesir, Jordan, Kuwait, Maghribi dan Arab Saudi.

“Kerajaan juga menyediakan RM2 juta kepada Yayasan Kelantan Darulnaim bagi meneruskan kesinambungan menyalurkan penajaan dan bantuan kepada anak-anak Kelantan,” katanya. (Hrkh)

Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN benar


(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.
Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.
“Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.

Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.
Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.
Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.

Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37928

Buke nyo ore tino Kelate jah pandai nego, ore jate pung pandai jugok




Husam Musa
KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut.
Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.

Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.
Pembentangan bajet dilakukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil masa hampir sejam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.


Bajet dianggarkan dengan perolehan hasil sebanyak RM581.77 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM535.95 juta.
Anggaran hasil sebanyak RM581.77 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM296.80 juta, hasil bukan cukai RM171.57 juta, manakala terimaan bukan hasil (RM113.41 juta).

“Peningkatan hasil pada 2013 berpunca daripada tuntutan hasil royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebanyak RM200 juta atau sebanyak 34.38 peratus daripada hasil negeri.
“Kerajaan negeri memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan dari royalti petroleum, di mana sebelum ini diletak sebagai token sebanyak RM10.

“Ini bertujuan untuk melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas di telaga Kamelia yang akan memulakan pengeluaran Isya-Allah pada Mac 2013,” kata Menteri Besar.
Medan tersebut berada dalam Blok PM 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan, di mana pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu setahun.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, tidak salah untuk memasukkan  hasil daripada sumber royalti petroleum sebanyak RM200 juta memandangkan ia adalah hak Kelantan.
Katanya, perkara itu pernah berlaku di Terengganu ketika di bawah kerajaan PAS apabila perolehan daripada royalti turut dimasukkan dalam anggaran bajet negeri.

“InsyaAllah kita akan mendapat hak tersebut kerana sumber gas dan minyak terbabit berada di perairan Kelantan,” ujarnya. - Harakah

Ahad, 14 Oktober 2012

Kelantan isytihar 21 Okt cuti peristiwa




Mohd Nor Yahya, 14 Okt 2012
KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan 21 Oktober ini cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan negeri itu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober di Shah Alam.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.

“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” ujar beliau.

Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.

Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.

Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.
Berita dari: Harakahdaily

Isa: Penurunan saham FGV hanya sementara


4:38PM Okt 13 2012  
 
Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara kerana ia bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dunia, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata harga saham tersebut dijangka meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna.

isa samad interview 150509"Situasi ini tidak membimbangkan kerana ia merupakan bahan makanan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna," katanya pada Program Sihat Felda di Felda Lembah Klau dekat Raub hari ini.

Harga saham FGVH di pasaran ialah RM4.74 seunit hari ini.

Isa berkata pemegang saham FGVH mempunyai masa depan yang cerah kerana harga saham laris dan mendapat permintaan banyak dari pelbagai pihak termasuk dari negara Arab untuk membelinya kerana ia boleh membawa keuntungan yang besar kepada pemegang.

"Ketika saham ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia beberapa bulan yang lalu, harganya sudah meningkat dan memberi keuntungan besar kepada pemegang sahamnya.

"Penurunan harga saham adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan dan ia dijangka akan naik semula tidak lama lagi," katanya.

Isa turut menafikan bahawa Felda membuat potongan ke atas pemegang saham FGVH seperti yang didakwa sebilangan peneroka dan pihak pembangkang.

Katanya Felda tidak membuat sebarang pemotongan bagi pembelian unit saham ke atas peneroka dan jika berlaku, ia mungkin atas sebab-sebab lain.

Beliau juga memberitahu Felda akan melaksanakan projek perumahan di atas tanah seluas 5,000 ekar di seluruh negara membabitkan 20,000 rumah pasang siap yang akan dimulakan awal tahun depan.

"Pada masa ini pihak pentadbiran Felda di tanah rancangan terpilih telah mengenal pasti kawasan untuk pelaksanaan projek tersebut, dengan harga rumah yang mampu dibeli oleh warga Felda termasuk golongan generasi kedua.

"Sebagai permulaan, sebanyak 5,000 unit rumah akan mula dibina tahun depan bagi fasa pertama, manakala 15,000 unit rumah lagi akan dibina selanjutnya sehingga siap 20,000 unit tersebut," katanya.

- Bernama

Sabtu, 13 Oktober 2012

Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah


  • Abdul Rahim Sabri
  • Okt 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.
Berita dari: MK

Khamis, 11 Oktober 2012

Jalani Hukum Penjara Bermula Hari Ini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.

Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.

"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.

"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.

Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu - Bernama

Imam Hoslan Husin: Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara. Dengan kehendak Allah Taala dibebas.





 Imam Hoslan Husin
KUALA LUMPUR 11 Oktober: Imam Hoslan Husin yang dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melempar selipar ke arah panel hakim dibebaskan dari penjara Kajang hari ini selepas didapati berkelakuan baik.
Beliau dilepaskan bersyarat di bawah perintah Parol dari Pejabat Parol Daerah Cheras di bawah Jabatan Penjara Malaysia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas menjalani hukuman penjara tujuh bulan tiga hari mulai 8 Mac lalu.
Hoslan dikehendaki melapor diri setiap minggu ke pejabat parol, atau pada bila-bila masa dikehendaki pegawai parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November 2012.

Hoslan turut perlu melapor diri jika ingin keluar dari daerah Cheras.
Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, bergegas hadir dari Hospital Kuala Lumpur dari menjaga anaknya akibat demam denggi.
“Syukur. Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara. Dengan kehendak Allah Taala dibebas. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peguam Karpal Singh; Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat kerana membelanya secara terbuka.
Hoslan menambah, beliau memaafkan pihak yang menganiainya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya.
Imam Hoslan Husin: Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara. Dengan kehendak Allah Taala dibebas.“Tidak ada yang lebih baik dari memaafkan. Kerana Rasulullah sendiri pun sentiasa memaafkan,” kata Hoslan memaklumkan, diberi kebenaran menyampaikan tazkirah kepada banduan dalam himpunan harian pagi ini.
Hoslan berkata, beliau akan meneruskan kehidupan dengan berniaga kitab-kitab agama.
“Kita jalankan kehidupan. Tidak ada masalah. Tidak baik sekiranya ada penyakit hasad dengki,” kata bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan ini.
Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.
Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.
Berita dari: Kerajaan Rakyat

Rabu, 10 Oktober 2012

(KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?


by Staff Berita Semasa on October, 2012
Kos Kereta di Malaysia (KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?
Kami tidak pasti, adakah orang-orang MITI merasakan yang rakyat malaysia sekarang ini masih “diselimuti dengan peluru-peluru di udara” daripada askar Jepun dan British, seperti yang berlaku di zaman penjajah sehingga menyebabkan rakyat lama tak keluar dari rumah dan terputus hubungan telekomunikasi? Adakah orang MITI merasakan rakyat masih mempunyai satu saluran maklumat sahaja seperti di era 90 an dahulu?
“Sekarang ini, adalah zaman iPhone, Google, iPad. Zaman penyaluran maklumat yang cukup pantas….”

Kajian MITI : Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah di ASEAN?

KUALA LUMPUR: Kos keseluruhan pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asean, demikian menurut satu analisis perbandingan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam satu kenyataan hari ini, Miti berkata kos keseluruhan pemilikan kenderaan tersebut mengambil kira kos kenderaan, minyak petroleum, insurans dan cukai jalan.
  • Harga petrol Gred Ron95 di Malaysia dengan subsidi adalah RM1.90 seliter, lebih rendah berbanding Thailand (RM3.80 seliter), Indonesia (RM3.35 seliter), Singapura (RM5.10 seliter), Vietnam (RM3.60 seliter) dan Filipina (RM3.20 seliter).
  • Analisis itu juga menunjukkan purata cukai jalan dan insurans tahunan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini, dengan cukai jalan tahunan RM398 dan insurans tahunan RM3,062.
  • Cukai jalan dan insurans tahunan di Singapura menunjukkan bacaan tertinggi iaitu RM2,756 dan RM7,960, berbanding Indonesia (RM1,837 dan RM4,593), Thailand (RM459 dan RM6,736) dan Filipina (RM306 dan RM2,847).
  • Hasil analisis itu menunjukkan kos pemilikan kenderaan antarabangsa popular seperti Honda City, Toyota Vios, Honda Civic Toyota Altis, Honda Accord dan Toyota Camry di negara ini berada pada kedudukan terendah berbanding Indonesia dan Thailand.
  • Antaranya, kos pemilikan kenderaan berjenama Honda City di Malaysia, mengambil kira subsidi petrol, adalah RM126,491, lebih rendah berbanding Thailand (RM147,875) dan Indonesia (RM159,963).
  • Kos pemilikan kenderaan berjenama Toyota Vios di sini adalah RM125,361, lebih rendah berbanding RM146,475 di Thailand dan RM147,283 di Indonesia. – BERNAMA
Harga Minyak Kereta (KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah? Sebenarnya kami tidak pasti sebenarnya, apa motif sebenarnya berita seperti ini dimuatkan di media arus perdana termasuklah media elektronik dan media cetak. Adakah……..? Erm.
Kenapa semasa nak buat kajian, masih lagi mahu memutar belitkan fakta yang sedia ada. Sepatutnya bandingkan harga kereta dengan harga kereta. Kenapa mahu pusing dengan cuba membandingkan dengan minyak, insurans, cukai kereta….Untuk apa? Apa tujuannya?

Perbandingan Berita Semasa Mengenai Kos pemilikan Kereta di Malaysia Dengan negara ASEAN Yang Lain 

Walaubagaimanapun, jika MITI mahu mengajak rakyat membuat perbandingan seperti yang mereka mahukan, kami akan juga membuat sedikit contoh pengiraan dan perbandingan bersama-sama pembaca Berita Semasa di sini…..
1) Sekarang mari kita bandingkan model Toyota Vios, 1.5 TRD (highest spec) yang mana sumbernya kami semak dan ambil daripada laman web Toyota Malaysia
  • Harga kereta di Malaysia bagi 1.5 TRD Sportivo (AT) : RM92,013.20 (Sumber : http://www.toyota.com.my/vios/#price_details)
  • Harga kereta di Filipina bagi 1.5 TRD A/T : P865,000.00 (Sumber : http://www.auto-searchphilippines.com/ToyotaPriceList.html)
Oleh itu, bagi model kereta 1.5 TRD A/T dengan harga yang dijual di Filipina sejumlah 865,000 Peso, selepas ditukarkan matawangnya kepada Ringgit malaysia adalah sebanyak RM63,687.
Jadi berapa bezanya?
  • Beza RM92,013 – RM63,687 = RM28,326
Nampaknya, bermain kira-kira kita hari ini.
Seterusnya, harga minyak RON95 di Filipina. Mahal, lebih mahal daripada Malaysia. Logik, sebab Filipina tiadak minyak. Malaysia, ada minyak. Berapa harga minyak di sana?
  • secara puratanya sekitar P54/L = RM4/L (Sumber : http://www.alternat1ve.com/philippine-gas-prices.php)
Beza harga minyak RON95 antara Malaysia dengan Filipina (Manila) :
  • RM1.90/L berbanding P54/L(RM4/L) = RM2.10
Berdasarkan dua perkiraan di atas, kita boleh perhatikan di sini beza harga vios di Filipina berbanding dengan Malaysia adalah sebanyak RM28,326 dan beza harga ron95 sebanyak RM2.10 yang mana mampu menampung sehingga 13,488L pembelian RON95 sebelum mencapai tahap “break even” kos penggunaan kereta vios antara Filipina dan Malaysia. Jelas?
Secara puratanya penggunaan minyak bagi model kereta Vios contohnya adalah sekitar 13.5km/L. Adakah pemilik kereta Vios di sini?
  • Toyota Vios 1.5G Mixed-HWay + city 13.5 km/L (sumber : http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=22279&st=280)
Ini bermakna pemanduan Vios di Filipina boleh dipandu sekurang-kurangnya sejauh 13,488L  x 13.5 = 182,088km sebelum Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh merumuskan bahawa kos penggunaan kereta di Malaysia lebih murah berbanding dengan negara Asean yang lain.
  • Kos pembayaran tol MITI ada masukkan di Malaysia dalam pengiraan perbandingan kos pemilikan kereta di malaysia. Sila bandingkan dengan negara Thailand. Boleh?
  • Adakah MITI tidak mengetahui yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini terpaksa membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Pinjaman kereta tidak kira “interest”?
  • Mengapa MITI menukarkan matawang mereka kepada Ringgit Malaysia? Adakah gaji mereka dalam Ringgit Malaysia?
  • Adakah MITI tidak sedar semasa membuat perbandingan seperti apa yang mereka mahukan, di mana rakyat Thailand hanya perlu bayar cukai jalan sekali sahaja seumur hidup untuk kereta tu bukannya setiap tahun.
  • Dan kenapa membuat perbandingan harga minyak dengan negara pengimport minyak? Malaysia pengeksport minyak. ada beza di situ. Kenapa menyisihkan Brunei dalam perbandingan seperti ini?
Berkenaan negara Singapore, apa yang kami ingin sentuh di sini jikalau nak membuat perbandingan janganlah menukarkan matawang mereka kepada matawang Malaysia.. Sepatutnya pengiraan dibuat mengambil kira pendapatan per kapita rakyat negara Singapore dahulu menggunakan Sing dolar.
  1. Mereka tinggal di Thailand, mereka menjana pendapatan melalui matawang Baht baht. Mereka berbelanja pun dalam Baht.
  2. Mereka tinggal di Filipina, mereka menjana pendapatan  melalui matawang Peso. Mereka berbelanja pun dalam peso.
  3. Mereka tinggal di Singapore, mereka menjana pendapatan  melalui matawang Sing Dolar. Mereka berbelanja pun dalam Sing Dolar.
Isu utamanya isu utamanya hanyalah harga kereta yang terlalu mahal disebabkan cukai yang melampau yang dikenakan ketika ini.
  • Penyelesaian pertama >>>> ….rakyat boleh membayar harga kereta selama 9 tahun @
  • Penyelesaiaan kedua >>>> ….rakyat boleh membeli kereta pada kadar berpatutan apabila cukai eksais & duit import diturunkan
Kami lebih senang jika perbandingan dibuat berdasarkan harga kereta antara negara untuk mengetahui harga kereta “on the road”. Maksudnya untuk mengetahui harga kereta yang sepatutnya telah memberikan keuntungan kepada syarikat..dan untuk mengetahui cukai yang dikenakan oleh kerajaan kerana nilai cukai ini menggambarkan prestasi, pengurusan dan halatuju oleh sesebuah kerajaan.
P/S : Apa kata pengguna kereta di Malaysia pula? Benarkah kos pemilikan kereta berpatutan bagi anda?
Petikan dari:Berita Semasa