Khamis, 24 Disember 2015

Malaysia tempat ke5 aliran wang haram

Malaysia sekali lagi tersenarai antara lima negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram tertinggi sepanjang dekad ini.
Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.
Pada tahun 2013 sahaja, Malaysia kehilangan sejumlah AS$48.25 bilion, kata pemerhati kewangan global itu.
Aliran keluar modal haram, kata laporan itu, berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
Malaysia juga kekal pada kedudukannya sebagai antara lima negara dengan aliran keluar kewangan haram tertinggi.
Selepas menduduki tempat kedua paling teruk pada tahun 2010, kedudukannya "bertambah baik" dengan berada di tempat keempat pada 2011 dan kekal di tempat kelima sejak 2012.
Bagi tahun 2013, Malaysia sekali lagi berada di kedudukan di belakang China, Russia, Mexico dan India.
Sumber:MKini

Khamis, 10 Disember 2015

51 Dalil Mengapa PM Najib Razak Sudah Tidak Layak

Perhimpunan Agung Umno 2015 yang sedang berlangsung kali ini dijangka akan menjadi semakin panas dengan tersebarnya satu rakaman video yang mendedahkan tentang kelemahan Najib Razak dan kegagalan beliau sepanjang pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Video tersebut menyatakan ada 51 dalil mengapa PM Najib sudah hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
1) Tidak berupaya mengawal isteri boros berbelanja
2) Matawang ringgit jatuh mendadak dengan prestasi terburuk tahun ini
3) Mengenakan GST bagaikan pukat harimau menjerat semua peringkat rakyat
4) Kos sara hidup meningkat
5) Memfitnah para pengkritik dgn mengatakan mereka ingin menumbangkan kerajaan padahal yg patut berundur cuma dia seorang sahaja.
6) Mengampu Amerika dgn menerima TPPA
7) Menggunakan pendekatan Cash Is King.Tabur duit untuk mendapat sokongan.
8) Menangkap orang tak bersalah
 9) Menggalakan kewujudan anasir-anasir samseng seperti Ali Tinju dan Jamal Ikan Bakar Sekinchan 10) Hubungan antara kaum tegang
11) Meranapkan semangat muhibbah antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak
12) Syarikat 1MBD berhutang sehingga RM42 Bilion
13) Menjuat asset-aset stratejik Negara
14) Pentadbiran mengamalkan rasuah
15) Memecat orang yg menyiasat beliau
16) Melantik pengampu dan mereka yg mencari makan sebagai ganti untuk menyiasat beliau.
17) Memecat orang yg cuba menasihati dan mengkritik beliau.
18) Penakut – Tidak hadir di acara #Nothing 2Hide dan di parlimen untuk menjawab soalan pasal RM2.6 bilion.
19) Tidak menepati janji Pilihanraya 2013.
 20))Menaikan Tol.
21) Menaikan kadar elektrik
22) Tambang teksi, morel, LRT dan ERL dinaikkan
 23) Menipu sesuka hati
 24) Tak boleh dipercayai. Tak ada kredibiliti .Tak ada integriti
25) Lupa sejarah diri sendiri – Kacang lupakan kulit
26) Menghapuskan sabsidi beras dan gula
27) Membiarkan Singapura mengambil tanah KTM di Tanjung Pagar tanpa pampas an setimpal
28) Mengambil Jho Low dan Stedlen menjadi penasihat
 29) Menghabiskan berbilion ringgit untuk konsultan separuh masak
30) Mempunyai barisan menteri cabinet yang lesu dan bercakap seperti orang bodoh
31) Kata nak pulangkan duit GST kepada rakyat tapi tak buat pun
32) Terima scara peribadi RM2.6 bilion secara peribadi tapi tak bagi bukti siapa bagi dan untuk apa dibelanjakan
33) Terima secara peribadi RM42 juta rakyat dari SRC international tapi tak bagi bukti untuk apa dibelanjakan
34) Dia adalah hipokrit
35) Tak tahu malu selalu mungkir janji
36) Terus menerus menghina Tun Dr Mahathir. Tidak mahu mendengar nasihat
 37) Sekutunya Jho Low, Nik Faisal dan lain-lain dibiarkan melarikan diri dari siasatan
38) Gagal mendapatkan undi 2/3 untuk BN di Pilihanraya 2013
39) Hilang sokongan dari kaum bukan Melayu, sokongan dari Melayu makin menurun
40) Gaya hidup mewah melebihi kemampuan gaji perdana menteri
41) Mengguna pakai kuasa polis untuk menangkap orang yg melaporkan kesakahn dia
 42) Membelakangkan titah Raja-Raja Melayu untuk mempercepatkan siasatan salahlaku 1MBD
43) Menyekat kebebasan media, mengharamkan suratkhabar The Edge tapa sebab kukuh
44) Tidak pandai mengurus ekonomi Negara – Perbelanjaan kementerian dipotong
45) Menyalahgunakan institusi kerajaan seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM
 46) Terlalu banyak program transformasi tapi hasil diragui
 47) Menukar UMNO menjadi UBNO – United Bugis National Organisation
48) Kemudian menjadi Untuk Mohd Najib Only (UMNO)
49) Terlalu mengejar populariti – Ah Jib Gor, 1M4U, I Love PM dll
50) Malaysia menjadi negara paling korup dalam dunia
51) Reputasi Malaysia jatuh dan dipandang hina oleh masyarakat dunia kerana masalah yang dia cipta sendiri.

Credit untuk: Alhusseys51

Selasa, 27 Oktober 2015

ADUN mana didakwa terima rasuah kes balak di Kelantan ni?


Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.

Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang ADUN Kerajaan Negeri

· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang ADUN kerajaan negeri

· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan

· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih pelik lagi kegiatan ADUN Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, ADUN terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas ADUN ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.

Mohd Afiq Bin Ayob

Credit untuk:http://darisungaiderhaka.

Jumaat, 11 September 2015

KEADILAN Alu-alukan Kemasukan Dato’ Kamaruddin dan TS Muhammad Muhd Taib ke dalam KEADILAN

KENYATAAN MEDIA

Sidang media mengalu-alukan kemasukan Dato’ Kamaruddin Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam KEADILAN pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana.
Negara hari ini sedang mengalami krisis yang parah dan defisit keyakinan. Kesannya, ekonomi semakin gawat dengan nilai ringgit terus menjunam tanpa tanda-tanda dapat dipulihkan dalam waktu terdekat.

Dalam masa sama, rasuah terus berleluasa dan kewibawaan institusi-institusi negara terus terhakis.
Malaysia tidak akan dapat diselamatkan melainkan melalui proses reformasi menyeluruh. Sebagai sebuah parti politik reformasi yang bertanggungjawab, kami mahu menggembleng kekuatan untuk menjadikan reformasi sebagai satu kenyataan bagi rakyat Malaysia.

Untuk melaksanakan reformasi tersebut tentunya memerlukan kekuatan politik. Justeru itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan terus meningkatkan kekuatan dengan penyertaan generasi muda dan juga golongan veteran yang komited dengan cita-cita perubahan.
Sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihanraya umum lalu, KEADILAN meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia.

Untuk itu, pada hari ini kita mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan YB Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Tumpat dan YBhg Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar Parti Keadilan Rakyat.
YB Dato’ Kamaruddin Jaffar akan memperkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum KEADILAN. Beliau juga akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Sebelum menceburkan diri dalam politik, YB Dato’ Kamaruddin pernah menjadi Setiausaha Agung ABIM. Justeru itu, beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan NGO Islam untuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara-negara Islam dan serantau.

Tan Sri Muhammad Taib adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Sepertimana yang umum maklum, beliau adalah mantan Menteri Besar Selangor ke-11 dan pernah menyandang jawatan Naib Presiden UMNO.
UMNO yang merupakan tonggak BN kini dilanda masalah dalaman yang parah akibat dari skandal 1MDB yang gagal dijelaskan selain pengaliran dana berjumlah $2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Presiden parti tersebut.

Setiap hari kita mendengar suara tokoh dan aktivis UMNO sendiri yang hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan tertinggi mereka. Gejala ini pasti akan mendorong mereka mencari wahana yang boleh dipercayai untuk meneruskan perjuangan.
Dalam konteks ini, penyertaan Tan Sri Muhammad Taib tentunya tidak sendirian selain beliau boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya di desa dan luar bandar serta menarik penyertaan dan sokongan mereka terhadap KEADILAN.

Beliau juga akan berperanan memperkasa Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meraih sokongan luar bandar selepas lebih sedekad KEADILAN menjadikan bandar sebagai teras sokongan.
Penyertaan Tan Sri Muhammad Taib ini diyakini dapat membantu memperkukuh Pakatan Rakyat bagi melakar kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
11 September 2015

http://www.keadilandaily.com

Selasa, 18 Ogos 2015

Temu bual Mat Sabu dengan Sinar Harian

Pas sudah Rosak dan tidak boleh 'reform' - Mat Sabu
Posted on Tuesday, August 18 @ 13:05:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Berita

Kenapa hendak tubuh Harapan Baru?

Pada abad 15 Hijrah, dikatakan abad kebangkitan semula Islam dan umatnya. Berlaku dua peristiwa besar di awal abad. Pertama Rusia masuk Afghanistan dan munculnya mujahidin atas nama Islam mereka lawan Rusia.

Kedua, revolusi Islam di Iran yang meletakkan tidak barat dan tidak timur, Islam yang terbaik. Mujahidin berjaya lawan Rusia dan Rusia berundur dari Afghanistan.

Tapi mujahidin gagal mentadbir. Antara kumpulan-kumpulan mujahidin berlaku pergaduhan dan pertempuran yang ada pihak mengatakan rakyat Afghanistan terbunuh lebih banyak daripada ketika Rusia menyerang.

Kegagalan itu menyebabkan munculnya Taliban yang memerintah dengan kasar dan tiada ulama muktabar dirujuk. Maka berlakulah pelbagai bentuk hukuman atas nama syariat dengan berbagai-bagai cara termasuk mengebom tempat sejarah seperti patung Buddha.

Perbuatan pemerintahan Taliban itu mengundang tentangan semua pihak termasuk Barat yang amat curiga dengan gerakan Islam. Akhirnya Taliban dijatuhkan oleh AS, sekutunya dan negara Islam yang lain.

Kononnya diberikan demokrasi di Afghanistan tetapi pertelagahan sehingga hari ini walaupun dua presiden sudah berlalu. Keamanan tidak berlaku di sana. Antara kumpulan Islam bertelagah menyebabkan negara huru-hara, rasuah begitu tinggi dan kemiskinan berleluasa. Iran terus membina kekuatan dalaman dan luaran.

Di Timur Tengah berlaku ‘Arab Spring’ di mana rejim-rejim diktator jatuh, termasuk di Tunisia dan Mesir. Ikhwanul Muslimin keluar daripada pengharaman terlibat dalam pilihan raya dan menang dalam pilihan raya di peringkat parlimen dan presiden. Ikhwan juga memerintah lebih kurang satu tahun lepas itu, ditumbangkan oleh rejim tentera.

Sebelum itu, golongan NGO membuat demonstrasi menentang pemerintahan Ikhwan. Di Timur Tengah muncul kumpulan-kumpulan kecil. Mula-mula dianggap pertembungan sesama mazhab di Syria, tetapi ia berterusan kepada pertembungan antara kumpulan-kumpulan dan satu kumpulan mengkafirkan kumpulan yang lain, dengan panggilan takfiri.

Sehingga ada tujuh lapan kumpulan di Syria, berbelas kumpulan di Iraq bertelagah satu sama lain dan mengkafirkan satu kumpulan lain yang mereka tidak suka. Timur Tengah dilanda huru hara, di Iraq, Syria, Mesir, Tunisia, Yaman, Somalia, Pakistan, Afghanistan. Boleh dikatakan dunia Islam berada dalam keadaan berkeceramuk, penyakit takfiri ini melanda gerakan Islam.

Kalau tidak dikawal ia juga akan melanda parti Islam di Malaysia. Walaupun belum lagi parah , tetapi bunga-bunganya telah ada. Oleh itu saya merasakan gerakan Islam perlu membuat tajdid (perubahan) di  Malaysia dan seluruh dunia.

Maka selepas muktamar Pas (Jun lalu), apabila sekumpulan aktivis ditolak dalam muktamar melalui perancangan yang rapi, maka ia menjadi satu peristiwa yang mendatangkan satu perkara baru. Iaitu kami merasakan perlu untuk membuat satu pembaharuan kepada parti Islam. Begitulah juga dengan gerakan Islam yang lain termasuk Ikhwan di Mesir dan di mana-mana supaya Islam ‘rahmatan lil alamin’ itu dapat diangkat kembali.

Dengan dasar Islam dikekalkan tetapi pendekatan kita akan dibuat atas sifat rahmatan lil alamin. Tajdid ini perlu dan barangkali 10 hingga 50 tahun lagi Harapan Baru ini perlu kepada tajdid baru.

Tetapi buat masa sekarang kami (Harapan Baru) perlu kepada pembaharuan dalam pendekatan Islam itu kepada orang ramai khasnya kepada bukan Muslim.

Maka inilah yang lahirnya Harapan Baru dan Harapan Baru hanya nama sementara dan darinya akan lahir sebuah parti yang sifatnya inklusif. Kita anggap tajdid kepada parti Islam yang juga diperlukan di seluruh dunia sekarang ini.

Idea penubuhan Harapan Baru daripada siapa?

Saya telah pun melihat perkara ini ketika saya berada dalam parti Islam lagi. Munculnya unsur-unsur takfiri yang meletakkan ini kumpulan liberal, ini munafiq haraki, ini peguam neraka, ini peguam syurga. Gelaran-gelaran itu mempunyai unsur awal takfiri yang kalau dibiarkan ianya merbahaya kepada parti, umat Islam dan negara.

Oleh itu, langkah untuk mengelakkan perkara ini salah satunya perlu tajdid dan pembaharuan. Inilah kita kemukakan Harapan Baru di samping kita terus merujuk kepada pandangan-pandangan tokoh terkenal seperti Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan Maududi.

Dalam masa yang sama kita turut merujuk kepada ulama kontemporari seperti Yusuf Qardawi, Tariq Ramadan dan pandangan dari Barat dan Timur, yang perlu kita rujuk, di samping pandangan pada 14 Hijrah.

Dan tajdid perlu dibuat sebab satu perkara yang cukup penting saya lihat ialah akhlak Islam iaitu intergriti dilaksanakan oleh orang-orang bukan Islam. Contohnya kita ambil orang Umno, Pas yang ucap dua kalimah syahadah dan saya tidak kategorikan dasar pegangan politik mereka.

Kalau kita hendak melihat negera yang paling rendah rasuah semuanya negara bukan Islam, di Sweden, Finland, Denmark, Singapura, New Zealand. Sedangkan negara Islam yang keluarkan  graduan agama itu antara paling tinggi rasuah. Sifat integriti ada pada orang Jepun dan Barat tetapi tidak ada pada orang Islam.

Bagi saya perjuangan mencantumkan semula akidah dan akhlak ini menjadi keutamaan di abad ini, iaitu budaya Islam seperti era kerajaan Umar Abdul Aziz. Dengan kelemahan yang ada pada saya, saya nampak usaha ini perlu dipertegaskan kembali.

Kita lihat integriti Tok Guru Nik Abdul Aziz, beliau dipuji oleh semua pihak tetapi di sudut pemerintahan kita belum sampai ke tahap integriti  tertinggi. Kalau dibandingan dengan mereka yang bukan beragama Islam, intergriti mereka adalah amalan Islam seperti di negara Barat, maju, yang menyebabkan mereka meninggalkan jauh negara Islam dan orang Islam.

Sedangkan ajaran Islam paling tinggi dan mulia tetapi diamalkan oleh orang lain. Usaha ini mesti diperteguhkan.

Teruk sangatkah Pas sampai hendak tubuh Harapan Baru?

Sebelum jadi seperti negara Timur Tengah, amalan takfiri, dan sebagainya biar kita tonjolkan kepada masyarakat untuk membuat pembaharuan. Supaya ia tidak sampai ke peringkat parah, seperti mana yang berlaku di Syria, Iraq. Sehinggakan satu kumpulan dapat menyembelih satu kumpulan yang lain, menjual wanita di pasar, mengebom rumah ibadat orang lain.

Kita belum sampai ke peringkat itu. Jadi biarlah kita buat satu tajdid, bila satu keadaan belum parah lagi. Kalau tengok keadaan yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini entah berapa tahun mereka hendak keluar daripada kemelut yang ada.

Harapan Baru bawa konsep baharu?

Ya, bahkan saya menyeru kepada gerakan Islam yang lain di seluruh dunia, kita bincang supaya ada pembaharuan. Tidak kira sama ada di Jordan, Mesir, (bawa model baharu untuk disebarkan). Misalnya di Mesir, bila
Ikhwan memerintah macam juga di sini, syariat dalam pengertian menghukum itu ikut yang awal, bukan keadilan sosial.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW menekankan syariat dan keadilan sosial. Contohnya, satu perlima rampasan perang digunakan semaksimum mungkin, hingga Nabi tiada harta ditinggalkan demi keadilan sosial.

Sedangkan di negara orang Islam, keadilan sosial tidak menjadi agenda utama. Kita ambil contoh Sweden, pelarian apabila didaftar sahaja sebagai pelarian mereka diterima di Sweden seperti ada hak untuk hidup, berlindung, rumah dan sebagainya disediakan.

Dibandingkan negara Islam melayan pelarian, dan bagaimana Nabi Muhamamad di Madinah menjaga orang yang datang ziarah termasuk diberi makan oleh Nabi di Suffah, keluarganya dan para sahabat. Model sosial ini kita lihat dalam gerakan Islam kurang dititik beratkan kalau dibandingkan dengan NGO dan negara Barat, yang praktiskan sebahagian ajaran Islam.

Inilah yang kita akan utarakan, saya sudah sebut dalam muktamar. Kenapa apabila isu kemiskinan orang mencari Arutchelvan (Parti Sosialis Malaysia), orang tidak mencari kita, ulama, ustaz. Apabila sebut isu kekotoran
orang cari Wong Tack, kenapa orang tidak mencari golongan Islam.

Sedangkan Islamlah agama yang menitik beratkan soal kebersihan, alam sekitar. Perkara inilah yang perlu kita utarakan. Sebab itu Harapan Baru mengundang semua pihak termasuk Abim, Ikram, aliran kiri, kanan muslim dan non muslim memberi pandangan dan terlibat, dan kita kekalkan dasar Islam, jadi bersifat inklusif ini yang kita tekankan.

Harapan Baru sebarkan dasar Islam yang lebih inklusif. Adakah ini bermakna parti Islam di negara ini gagal laksanakan?

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Saya kata kita perlu reform kerana kita tidak tekankan soal keadilan sosial, lebih kepada syariat dalam bentuk hukum. Itu bukan kita kena ketepikan. Tetapi soal ini, kita
lihat A Samad Said kenapa pilih DAP, Aziz Bari pilih DAP? Di antaranya soal integriti.

Intergriti ini adalah ajaran Islam yang paling tinggi, yang dibuat oleh pemerintah sama ada Nabi Muhammad, Umar al-Khattab, Saidina Ali dan lain-lain. Di sudut membina integriti pemerintah, inilah yang kita lihat
gerakan Islam kurang menekankan. Bahkan atas nama Islam kita lihat, di Malaysia bila mendapat kuasa terlibat dalam skandal lembu, Tabung Haji dan penyelewengan itu dan ini.

Kalau dibandingkan dengan negara bukan Islam yang dahulunya buruk tetapi mereka mengamalkan nilai Islam. Ini yang kita hendak utarakan kembali. Itu yang kita hendak tekankan semula. Saya pun sudahtunggu lama perkara ini. Saya ingat dalam 10 ke 15 tahun saya cakap mengenai perkara ini. Saya nampak mesti ada wadah baru untuk jelmakan perkara ini.

Kalau ‘reform’ tidak boleh dengan Pas? Mengapa perlu tubuh platform lain?

Saya tidak nampak boleh. Saya nampak pelantikan Majlis Syura Ulama Pas tidak ke arah untuk membuat reform. Tetapi cadangan penubuhan parti ini bukan dari saya. Saya baru balik dari Timur Tengah dan rakanrakan
saya berkumpul di Johor. Mereka panggil saya untuk bincang dan merekalah yang cadangkan penubuhan wadah baru dan saya lihat ada keperluannya.
Maknanya idea ini sebenarnya sudah lama diusahakan ketika masih bersama Pas?

Rungutan tidak berpuas hati terhadap perjalanan gerakan Islam di dunia ini memang dah lama. Malah, saya dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mempunyai pandangan yang sama dalam isu politik antarabangsa. Cuma dalam pendekatan masyarakat awam ini barangkali di situ ada sedikit perbezaan.

Sebelum ini anda kata Pas sudah tidak relevan, kenapa sebelum bertanding relevan, selepas kalah tidak?

Saya tidak bercakap seperti itu. Apabila saya kata perlu reform pergerakan Islam, mereka (wartawan) kata ia bermaksud Pas tidak relevan. Tafsiran wartawan, bukan dari mulut saya. Saya tidak menyebutnya. Saya
kata semua pergerakan Islam perlu reform termasuk Pas.

Adakah DAP punca perbalahan dalam Pas sehingga wujudnya Harapan Baru?

Saya tidak mahu komen itu, bohong semua itu. Itu pembohongan yang nyata, orang yang bankrap politik yang cakap begitu.

Harapan Baru nak tarik siapa?

Tidak kira kita akan tarik semua orang, termasuk ahli Pas, Umno, tiada parti dan non muslim. Malah, kami dapat sambutan yang amat baik dari kalangan orang bukan Islam. Kita tidak letak sasaran angka, tetapi saya
yakin ramai (sokongan). Anak-anak muda juga selalu bertanya bila mahu jadi parti.

Jadi bagaimana anda menerangkan kepada ahli Pas yang mungkin kecewa dengan penubuhan Harapan Baru?

Tidak apa, jiwa Pas saya lagi tinggi. Saya hampir 40 tahun dalam parti. Orang kata pengkhianat parti tetapi hampir 40 tahundalam parti. Mereka (ahli Pas) faham, insya-Allah. Tengoklah bila parti daftar nanti kita umpama buka ‘pintu bah’ untuk semua orang.

Adakah Harapan Baru bakal senasib dengan parti serpihan Pas yang lain?

Tidak sebab parti itu jalankan kerjasama dengan Umno. Misalnya Berjasa dengan Umno, Hamim juga dengan Umno. Kami tidak. Kami bekerjasama dengan pembangkang.

Sebagai ahli Pas yang telah menyertai parti itu sejak 1978, bagaimana anda melihat mengenai isu bai’ah dalam Pas?

Isu bai’ah ini saya tidak mahu ulas dari sudut hukum hakam sebab saya bukan berlatar belakang agama. Saya berpandu kepada pandangan Mufti Perlis, Mufti Pulau Pinang dan pandangan ulama-ulama luar dan sebagainya. Jadi, saya pandu pandangan mereka itu sebab saya sendiri tidak mahu pandangan peribadi sebab saya bukan dari bidang agama.

Selepas Harapan Baru ditubuhkan, adakah anda ada menerima sebarang ugutan atau cemuhan?

Ya, hampir setiap hari. Tetapi saya sudah ‘mangli’ (lali). Macam-macam gelaran saya terima. Paling teruk saya digelar ‘anjing DAP’. Kebanyakannya yang mengecam itu tiada nama, mereka berselindung. Tetapi saya tiada
masalah dengan kecaman itu kerana saya meletakkan kebergantungan tinggi kepada ALLAH serta yakin dengan perjuangan.

Bagaimana hubungan anda dengan pemimpin Pas yang menang dalam muktamar lalu? Masih berhubung?

Saya tidak tumpu kepada itu. Saya tumpu kepada usaha bertemu orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam untuk minta sokongan dan pandangan. Ini yang saya buat sekarang.

Ada tak ahli atau pemimpin Pas yang mahu pujuk anda kembali ke parti itu?

Tiada. Tetapi bagi saya Pas telah meninggalkan satu perjuangan yang besar. Saya nampak jasa Pas lebih banyak kepada saya berbanding jasa saya kepada Pas. Saya berterima kasih untuk itu tetapi saya berpandangan perlu ada wadah baru.
 

.....
wawancara wartawan Sinar Harian, SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI serta juru foto ROSLI TALIB bersama Mat Sabu bagi memahami hala tuju beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru serta perasaan beliau mengenai hubungannya dengan Pas yang kini tinggal sejarah.
sumber

Alahai Pening-pening

KANTOI!! IS Tak Wujud Lagi Ketika Najib Terima Derma RM2.6 Billion tu..


Betullah kata orang-orang lama yang dah lama berkecimpung dalam politik di Permatang Pauh ni.. kata depa "Orang bodoh jadi makanan orang cerdik dalam politik", "Kalau dah bodoh memang mudah untuk diperbodohkan"..

Tapi itu dulu.. generasi sekarang bukannya mudah untuk diperbodohkan kecuali kelompok yang taksub dengan pemimpin tertentu..

Ini mengenai 'Derma RM2.6 Bilion' yang dikatakan telah diterima oleh Najib dan menurut Ketua Bahagian UMNO Kuantan derma tersebut adalah derma politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu .

“Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,”

Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Menurutnya lagi, penjelasan itu sudah membuatkan semua ketua bahagian berpuas hati dan mengharapkan perkara ini tidak lagi dipanjangkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan berterusan di kalangan ahli parti dan rakyat.

Itu kata Wan Adnan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di SINI

Dah jadi derma untuk Najib pulak dah.. hari tu kata derma untuk dana pilihanraya UMNO/BN.. Jadi derma itu bukanlah derma politik?

Presiden ABIM tak berapa nak percaya kenyataan Wan Adnan di atas tapi, jika benar sekalipun, derma itu seharusnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana perjuangan Islam itu adalah secara kolektif.

Ia tidak seharusnya diberikan kepada seorang individu bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

ABIM minta Najib sendiri berikan penjelasan kerana penjelasan seperti itu hanya menambah kekeliruan rakyat dan langsung tidak membantu imej Najib yang semakin teruk.

Betul apa yang dikatakan oleh Presiden ABIM itu.. perjuangan Islam adalah kolektif.. bukannya secara individu..

Kalau difikirkan, berapa banyak sangatlah sumbangan peribadi Najib kepada Islam selama 4 tahun menjadi PM untuk menerima sumbangan peribadi sebanyak RM2.6 billion sebagai penghargaan ?

Paling menarik ialah bila Wan Ahmad mengatakan "Wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS)

Menarik sebab ianya adalah satu kenyataan untuk memperbodohkan orang-ramai.. kerana derma RM2.6 billion itu masuk akaun Najib pada 21 Mac 2013.. IS pula baru nak bermula pada 8 April 2013... .

On 8 April 2013, having expanded into Syria, the group Islamic State of Iraq (ISI) adopted the name Islamic State of Iraq and the Levant, also known as the Islamic State of Iraq and al-Sham.

Starting in April 2013, ISIL made rapid military gains in northern Syria, where according to the Syrian Observatory for Human Rights, it was "the strongest group" ~ Wikipedia

Macam mana pulak Arab Saudi boleh salurkan derma RM2.6 Billion kepada Najib untuk menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS) itu sedangkan IS belum wujud lagi ketika Najib terima derma itu?

Arghhhhh!!!... makin pening aku..

Itulah nak nak tutup satu pembohongan dengan satu lagi pembohongan begitulah jadinya.. kah.. kah.. kah..

sumber


Jumaat, 14 Ogos 2015

Surat Husam kepada Exco bakal berasap

TERKINI

Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang bersifat pelik.

Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB tidak nyenyak tidur.

Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya hari ini.

Carta berkenaan dinamakan "Surat Husam Pada Exco" menimbulkan enam persoalan berhubung dengan dakwaan ke atasnya dan mendedahkan isu baharu di Kelantan yang belum tersembur.

Carta surat Husam dari twiternya.
Persoalan dibangkitkan ialah mengenai kelulusan kawasan balak kepada syarikat Baldah, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek pembinaan Lebuh Rakyat Rakyat Kelantan dimana beliau pernah menjadi pengerusinya sebelum kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz semua jawatan dipegang Husam berkaitan kerajaan dilucutkan oleh Menteri Besar Ahmad Yaakub.

Perkembangan semasa dalam syarikat itu yang mungkin tidak diteliti oleh pembuat fitnah menyebabkan fitnahnya tersasar kepada pihak lain. Pihak tertentu cuba mengaitkan Husam dengan kelulusan kawasan balak kepada Baldah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRRK).

Apa yang dapat difahami daripada carta berkenaan syarikat Baldah telah mendapat kelulusan untuk menebang balak di kawasan melibatkan pembinaan lebuh raya berkenaan bagi membiayai projek berkenaan. Lesen itu diluluskan pada 27 Januari 2015 dengan tempoh sahnya hingga April hingga Oktober 2015. No lesen ialah DT 01(P)-16-15Tahun 2015).

Yang menjadi persoalan ketika lesen itu diluluskan Husam tidak lagi menjadi Exco Kelantan. Beliau tidak disambung perkhidmatan dalam lantikan semula selepas pilihan raya umum Mei 2013. Secara absah beliau tidak ada kaitan dan kuasa meluluskan lesen berkenaan.

Serentak itu juga ekoran peralihan kepimpinan kedudukannya sebagai Pengerusi Baldah juga tidak disambung lagi. Yang menghairankan kenapa kelulusan itu terus dikaitan dengan dirinya? Inilah faktor kenapa Husam terpaksa mengutuskan surat kepada Exco memberi penjelasan dan meminta beberapa penjelasan mengejutkan. Tuduhan dan fitnah terhadap Husam itu tidak ubah seperti kerja menjolok sarang tebuan yang sarangnya melentang mentari.

Misalnya mengenai penyitaan 1,000 tan balak oleh Pejabat Perhutanan di kawasan lebuh raya berkenaan. Dari penjelasan itu balak yang dirampas itu adalah milik Baldah. Ini memelikkan? Mengapa Pejabat Perhutanan boleh menyita balak milik agensi kerajaan?

Daripada carta surat berkenaan beliau menimbulkan enam persoalan berkaitan perkara itu.

1. Siapa yang memilih kontraktor pembalakan itu dan siapa mendapat keuntungan (komisyen) daripadanya.
2. Apa terma dan kriteria dan apakah ia tender terbuka atau tertutup? Benarkah syarikat yang mendapat tander itu syarikat Lucky Wong?
3. Kenapa Pejabat Perhutanan menyita balak yang dikeluarkan kepada Baldah sebanyak 1,000 tan?
4. Apakah Baldah yang membuat laporan berhubungan kegiatan pembalakan haram berhampiran dengan kawasan miliknya. Kalau ada, apakah laporan polis atau laporan ke Pejabat Perhutanan? Jika tidak kenapa?
5. Adakah pengerusi Baldah mengetahui siapa bertanggungjawab melakukan pembalakan haram berhampiran kawasannya? Jika tidak mengapa?
6. Adakan kawasan R n R yang direzebkan untuk lebuh raya itu juga hutannya ditebas tebang.

Enam persoalan dibangkitkan Husam itu perlu dijawab dan diberi penjelasan oleh Exco khasnya Menteri Besar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah yang dianggap zuhud dan sangat adil dalam pemerintahannya.

Sudah pasti rakyat Kelantan ingin mengetahui kedudukan perkara itu. Bagi Husam pula beliau mahu membersihkan dirinya dari segala sangka buruk yang diterimanya tidak habis-habis selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekiranya apa dibangkitkan oleh Husam itu belum ada dalam pengetahuan kerajaan negeri ia hendaklah disiasat secara serius dan tindakan kepada mereka terlibat hendaklah diambil. Jangan bersikap berat sebelah dan pilih kasih. Mereka yang memfitnah Husam juga perlu bertaubat.

Sehubungan itu juga mana-mana pihak di Kelantan, sama ada parti, badan NGO perlu membuat laporan kepada SPRM agar menyiasat apa yang dipersoalkan Husam itu. Mereka bertanggungjawab "mentankedarah" harta rakyat wajib dihukum. Saya percaya sikap dan amalan bekas MB sebelum ini yang sedia disiasat diteruskan oleh MB kini. [wm.kl.11:07 am 13/08/15]

sumber 

Ahad, 9 Ogos 2015

Berita lama tapi logiknya ada dengan penemuan MH370

MH370 ditembak jatuh tentera AS - dakwa bekas CEO syarikat penerbangan


Marc Dugain. - Foto Getty Images
SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.
Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.
Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.
Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.
"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph
sumber 

Rabu, 29 Julai 2015

Baru kamu tahu umno itu jahat..ABU

Umi Hafilda: Saya malu jadi ahli Umno

Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.

"Atas apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, saya Umi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi pertama kepada kerajaan dalam kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno.

"Saya keluar dari Umno hari ini. Saya malu, saya malu menjadi ahli Umno,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman Muhyiddin.

Sebaliknya Umi berkata beliau bangga menjadi rakyat yang berani menegakkan kebenaran dan meminta rakyat Malaysia lain turut bangun.

"Saya malu mengaku saya ahli Umno kerana apabila kebenaran itu ditentang dengan cara yang kotor sebegini. Saya malu menjadi ahli Umno," katanya.

Tanda kejatuhan

Mengulas apakah Muhyiddin juga akan bertindak keluar Umno, Umi berkata beliau tidak berhak untuk bercakap bagi pihak beliau.

"Itu hak dia (keluar parti), saya tak boleh bercakap bagi pihak dia (Muhyiddin).

"Jiwa dia masih dengan Umno, dia masih timbalan presiden Umno dan kalau orang jemput  dia masih akan hadir," ujarnya.

Dalam pada itu Umi yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa Umno akan berkubur dengan pemecatan Muhyiddin hari ini.

"Bagi saya pemecatan Muhyiddin hari ini adalah tanda-tanda akan jatuhnya kepimpinan yang ada hari ini.

"Pemecatan Muhyiddin hari ini menunjukkan... maaf cakap, ini apa yang saya rasakan akan berkuburnya Umno selepas 16 tahun.

"Kalau kamu sebagai pemimpin tidak sensitif dengan apa yang berlaku dan tidak mendengar suara rakyat kamu akan hancur," tegasnya.

Luahan isu hati

Ujar Umi, jika suara orang nombor dua negara pun tidak didengar bagaimana pula dengan keluhan rakyat hari ini.

"Kalau orang nombor dua bercakap pun tidak diterima apatah lagi rakyat," katanya.

Ditanya bagaimana keadaan ahli Parlimen Pagoh itu, Umi berkata beliau begitu tenang dan reda dengan apa yang berlaku.

"Dalam mesyuarat tadi beliau kelihatan tenang dan beliau cakap dia dah buat yang terbaik, Muhyiddin juga sudah berjumpa dengan Najib dan meluahkan segala rasa hatinya," tambahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemecatan Muhyiddin sebagai timbalannya, yang dispekulasi susulan berbeza pendirian berhubung kontroversi 1MDB.
 
 
Berita dari: sini
 

Selasa, 28 Julai 2015

Akhirnya..Najib singkir Muhyiddin


Selain Muhyiddin, empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Berikut adalah transkrip ucapannya..

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:
(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Persekutuan: 
(i) YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
(ii) YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
(iii) YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed; 
(iv) YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki; 
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican; 
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

2. Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

3. Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

4. Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

5. Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

6. Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

7. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

8. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

9. Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

10. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.


Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015

................................................................................................................................................................

BERIKUT ADALAH SENARAI KABINET KERAJAAN MALAYSIA 28 JULAI 2015


Perdana Menteri 
- Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri 
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
- Datuk Mah Siew Keong
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Datuk Seri Idris Jala
- Tan Sri Joseph Kurup
- Nancy Shukri
- Datuk Seri Abdul Wahid Omar
- Datuk Dr Wee Ka Siong
- Datuk Seri Azalina Othman Said
- Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
- Datuk Razali Ibrahim
- Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Kewangan 
- Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan II
- Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan
- Datuk Chua Tee Yong
- Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Dalam Negeri 
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Dalam Negeri 
- Datuk Nur Jazlan Mohamed
- Masir Anak Kujat

Menteri Pengangkutan 
- Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri Pengangkutan 
- Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan 
- Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Timbalan Menteri Kesihatan 
- Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan
- Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri Pelancongan 
- Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan 
- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri Pertahanan 
- Datuk Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II 
- Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Datuk Ahmad Maslan
- Senator Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
- Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
- Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
- Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
- Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Datuk Alexander Nanta Linggi
- Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar
- Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri Luar
- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Abdul Rahman Dahlan

Tim. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Datuk Hamzah Zainudin

Tim. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Datuk Hamim Samuri

Menteri Pendidikan
- Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri Pendidikan
- P. Kamalanathan - Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Datuk Jailani Johari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
- Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
- Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Azizah Mohd Dun
- Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya
- Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri Kerja Raua
- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
- Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan
- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
- Datuk Dr J. Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi
- Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan menteri Pengajian Tinggi
- Datuk Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
- Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Datuk M. Saravanan

Dipetik dari UTUSAN.ONLINE
Copy dari:sini

Rabu, 1 Julai 2015

Fakta Ringkas Pas Akan Kalah Kelantan PRU 13

ramziredang,
semua bandar di malaysia PR menang kecuali Johor Bharu dan Kangar.
Di Kelantan semua pekan utama PR menang kecuali Air Lanas(Jeli), Galas(Gua Musang) dan Kok Lanas (Kota Bharu).
Rumusan: pengundi bandar bermaklumat, berubah kepada PR.
Rumusan: Facebook, twitter, media elektronik memainkan peranan penting.
Rumusan: Bukan melayu total menolak BN. Di bawah saya sertakan fakta ringkas supaya mudah difahami tanpa ayat panjang panjang.
Kelantan
 1. PRU 13 dari 33 kerusi di menangi PR, 14 telah mengalami kemerosotan majoriti.
 2. Kok Lanas merosot -71%, gual ipoh -16%,selising -87%,air lanas -94%,dabong -59% (semua ini kawasan kalah)
 3. Manakala kemerosotan majoriti di kawasan PR menang: kelaboran -5%, tendong -41%, chetok -26%, tawang -5%, jelawat -90%, bukit panau -11%, kemahang -26%, limbonngan -36%, gaal -65%, pulai condong -40%, temangan -12%, mengkabang -44%, guchil -51%.
4.Jumlah keseluruhan kawasan merosot adalah 17.
5. Ini tidak dikira kawasan yang majoritinya 'posible' kalah iaiu majoriti rendah.
6. Jumlah yang saya kira majoriti yang tidak selesa adalah 21 kawasan.
 Value added services
  1. Banjir rakyat menderita, rumah lambat, kerajaan negeri lembab:bakal jadi dendam
  2. Legasi Nik Aziz cuba dihapusikan terus.(Termasuk Nik Abduh mungkin bakal terima tempias )  
  3. Husam musa dilenyapkan dari arus politik kelantan.(Sedangkan Husam adalah MB swasta: bakal jadi dendam
  4. Faktor utama yang membawa kemenangan, pengundi bukan Islam dan golongan ketiga atau non partisan akan beralih arah:bakal jadi dendam
  5. Faktor fitnah memfitnah di media maya merosakkan keyakinan pengundi cerdik: bakal jadi dendam    6. Faktor mempolitikkan hudud akan terdedah juga nanti walau berapa lama beri tempoh kepada UMNO: bakal jadi dendam
  7. Perangai pemimpin PAS yang cuba menghulur bunga kepada UMNO seolah olah memperkecilkan dan memperlekehkan kepercayaan pengundi PAS:bakal menjadi dendam
  8. Anak muda di perantauan yang balik ke kampung sangat kecewa melihat orang tua mereka masih berteduh di bawah kemah: bakal jadi dendam
  9. Husam musa, DAP, NGO dan penderma swasta terlihat lebih proaktif dari sebuah kerajaan negeri yang besar.(kesilapan lagi besar bila menendang husam dari politik kelantan): bakal jadi dendam
 10. Putar belit fakta konon penduduk tidak mahu berpindah ke 10 rumah yang diserahkan oleh kerajaan negeri, sedangkan media maya mendedahkan rumah tidak ada kelengkap elektrik dan sebagainya, sebahagiannya belum siap sempurna. Sekarang sudah heboh betapa busuknya 'pemimpin baru kelantan sekarang': bakal jadi dendam.
  11. Nik aziz seorang yang sederhana, tetapi pengganti sekarang pakai range rover evoke yang nilai asal harganya RM888 ribu.(sama harga 30buah rumah mangsa banjir)
  12. Pemecatan intelektual tanpa sebab, konon orang Husam: bakal jadi dendam
  13. Negeri sudah kekurangan wang. Lebih pandai berlagak dari buat kerja. Pelaburan tah apa apa. Hasil negeri tak pandai cari.
  14. Balak, balak, balak
  15. Kat situ pengarah kat sinun pengarah, kat situ timbalan kat sinun timbalan
  16. Tidak ada perubahan ketara pembangunan baru, berbanding semasa nik aziz.
  17.BN dijangka akan membangun rumah mangsa banjir secara drastik bila hampir PRU 14. (Bodoh tak habis habis pemimpin PAS masih tak kenal UMNO)  
Nasional
0. Semua orang faham pemilihan cara 'chai' bukan keadilan di dalam islam.
1. Tidak ada sebab pemimpin profesioanl patut dipinggirkan. Why? Why?
2. Semua orang dah ada fb, semua boleh baca fitnah memfitnah cara Islam PAS.
3. Gerak kerja para profesional yang selalu aktif mendekati rakyat dan menyelami derita rakyat.
4. Golongan ustaz asyik duk ceramah haid dan nifas dalam masjid dengan jubah putih yang tak kotor.
5. Semua rakyat kuala krai tahu hatta ramli, bila sampai musim persekolahan round dengan kereta penuh dengan baju dan alat alat sekolah, kau pergi tendang dia yer...siap kau
6. Depan rakyat, beribu kali nafi taknak berbaik dgn UMNO, tapi asyik kenyit kenyit mata, cakap asyik puji UMNO hensem, perangai ok
7. Perancangan sulit mereka pasti terdedah bila hampir PRU 14, ingat rakyat terima ke?
8. PAS ...boleh mungkin janji, boleh fitnah, mungkin tikam kawan.
9. Ayat popular anugerah maharaja lawak..UMNO tidak sejahat firaun( apa ingat DAP sejahat kaum quraisy zaman nabi ker?)
10. Mula mula nak hancurkan PR, sekarang baru nak kukuhkan PR yer? Macam mimpi mimpi je PR masih ada kan?
11. Macam dengar ada orang cakap PAS boleh gerak sendirian? Sekarang nak cari kawan yerr?
12. Ramalan saya PR akan berkembang di negeri lain di malaysia, tetapi BN akan menawan kelantan PRU 14.
13. Sekarang baru nak jelajah seluruh negara supaya ahli PAS bersatu yer?
14. PR akan perintah malaysia, samada bersama parti islam baru atau pun tidak . G18 jangan lembab macam ulama pulak nak tubuh parti baru. Rakyat takkan tunggu kamu kalau kamu serba salah. rakyat dah berkobar kobar nak jatuhkan UMNO dan PASNO. Jangan jadi sama bengap dengan MSU

Copy: http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/07/fakta-ringkas-pas-akan-kalah-kelantan.html

Khamis, 25 Jun 2015

Mara..oh..Mara

Pengerusi MARA!! jawab sat soalan-soalan Rafizi ni..


Pendedahan eksklusif yang dibuat akhbar Australia The Age yang bertajuk “Corrupt Malaysia money distorts Melbourne market” bukan sahaja memalukan nama baik Malaysia tetapi juga menimbulkan persoalan integriti dan sejauh mana wang amanah rakyat Mara disalahgunakan.

Menurut laporan tersebut, pembelian hartanah The Dudley yang sepatunya berlaku pada harga RM51.5 juta dibeli pada harga RM 65.4 juta yang mana lebihan RM 13.8 juta daripada nilai sebenar diselewengkan.

Siasatan yang dijalankan National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi ini mengesahkan syarikat ini didaftarkan di Kepulauan British Virgin.

Thrushcross dipercayai dikawal Mara melalui anak syarikat iaitu Mara Inc yang mana salah seorang pengarah utama Thrushcross adalah Datuk Mohammad Lan Allani iaitu pengerusi MARA Inc.

Datuk Mohammad Lan Allani adalah seorang pemimpin Barisan Nasional yang merupakan bekas ADUN Sulabayan yang terletak dalam Parlimen Semporna selama dua penggal dan juga bekas pengerusi Kelab Backbenchers Sabah.

Ini menimbulkan pelbagai kecurigaan dan tanda tanya tentang bagaimana wang amanah rakyat terlibat dalam skandal ini.

1. Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini iaitu Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai? Mengapa ianya tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?

2. Selain daripada The Dudley, benarkah Mara melalui Mara Inc juga dikatakan mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?

3. Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga 4 hartanah ini menelan belanja RM 244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?
Persoalan-persoalan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu merungkaikan tuduhan berat yang dilemparkan The Age.

Kami juga menyambut baik komitmen yang diberikan Datuk Seri Najib Razak untuk menyiasat skandal pembelian hartanah Mara.

Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, Perdana Menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah-hartanah yang lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat.

Link: sungaiderhaka.blogspot.com/

Khamis, 4 Jun 2015

Risalah Wajah Perosak PAS Disebar!!


Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.

Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.

Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.

Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS. 

Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.

Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat lapor mStar
Berita dari :sungaiderhaka

Rabu, 3 Jun 2015

Fakta-fakta Tentang Kerugian MAS Yang Anda Mesti Baca.


Bermula bulan September nanti, apa yang ada ialah MAS Newco. MAS dengan jenama Malaysian Airlines telah berakhir riwayatnya pada ketika itu.

Kesan kematian MAS ialah ;

1. 6,000 kehilangan pekerjaan.

2. 6 b ialah pelaburan dari wang pembayar cukai melalui Khazanah Nasional untuk memulihkan syarikat baru (MAS NewCo = Malaysian Airlines Berhad, previously Malaysian Airlines System Berhad) secara berperingkat sehingga disenaraikan semula pada tahun 2019 (jangkaan).

Pekerja MAS diberhentikan kerja.
Rakyat Malaysia tetap kena keluar modal dan serap kerugian.

Imbasan semula sejarah kerugian MAS ;

1. Bermula pada tahun 1994.

2. Tajuddin Ramli membeli kepentingan MAS (saham) melalui pinjaman dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan sebanyak 1.79 billion.

3. Kemudiannya, beberapa tahun selepas itu Tajuddin terjejas dengan krisis kewangan 1997.

4. Pada ketika inila kerajaan campurtangan dan membeli semula kepentingan Tajuddin di dalam MAS.

5. Pada tahun 1994, Tajuddin membeli saham MAS pada nilai 8 ringgit seunit.

6. Pada tahun 1998, proses pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan dari Tajuddin juga dibeli pada harga 8 ringgit saham untuk seunit!

7. Pada tahun 1994 ketika Tajuddin membeli kepentingan MAS, syarikat itu sangat stabil dan membawa keuntungan.

8. Tetapi ketika kerajaan membeli kepentingan semula dari Tajuddin Ramli, MAS sebenarnya hampir bankrupt dan rosak disebabkan salah urus tadbir Tajuddin Ramli sepanjang masa dia menjadi CEO kepada MAS.

9. Harga seunit saham yang dimiliki oleh Tajuddin Ramli ialah 3.68 sen sahaja (mengikut harga pasaran) tetapi kerajaan membayar sehingga 8.00 untuk seunit saham. (Atas alasan bagi memastikan projek KLIA boleh terus berjalan pada ketika itu)

10. Pada tahun 1998, MAS mencatatkan kerugian 256 juta.

11. Pada tahun 2000, MAS terus kekal rugi sebanyak 255.7 juta.

12. DANAHARTA kemudiannya menggunakan penyelesaian luar mahkamah bagi menyelesaikan hutang Tajuddin sebanyak 589 juta.

13. 589 juta ialah pinjaman Tajuddin menerusi MAS yang mana pinjaman itu dilupuskan selepas berakhirnya proses tuntutan di mahkamah (DANAHARTA memohon penyelesaian luar mahkamah).

14. Pada tahun 2005, kerajaan akhirnya mengumumkan yang operasi MAS mencatatkan kerugian 1.3 billion dan langkah strategik akan diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

15. Pada tahun 2007, MAS mencatatkan keuntungan 852 juta.

16. Pada tahun 2009, MAS mencatatkan keuntungan 522 juta.

17. Pada tahun 2013, MAS kembali mencatitkan kerugian sebanyak 1.16 billion. Selepas Idris melaksanakan pelan pemulihan ke atas MAS yang disifatkan sebagai GAGAL.

18. Pada ketika itu MAS dinyatakan rugi di antara 4 hingga 5 juta sehari.

19. Bermula pada tahun 1994, 20 billion wang pembayar cukai telah digunakan demi menyelamatkan operasi MAS.

20. Pada tahun 2014, MAS mencatitkan kerugian 7 juta setiap hari.

21. MAS mempunyai liabliti sebanyak 12 billion (2014).

22. Pada tahun 1985, harga seunit saham MAS pernah mencecah 11.50.

23. Tetapi selepas MAS mencatitkan kerugian, harga saham MAS jatuh sehingga 27sen seunit.

24. Tindakan itu juga menyebabkan MAS menjual banyak bangunan (aset syarikat) dalam dan luar negara bagi menampung operasi syarikat dan menyerap kerugian.

25. 9.4 billion ialah angka kerugian terkumpul yang berpunca dari Tajuddin Ramli bermula pada tahun 1994.  

26. Ketika Tajuddin menerajui MAS, syarikat itu mempunyai 600 juta rizab tunai.

27. Dan selepas Tajuddin meninggalkan MAS sepenuhnya pada tahun 2001, MAS mencatitkan kerugian terkumpul pada 9.4 billion banyaknya.

28. Untuk rekod, Tajuddin juga gagal membayar hutang2nya terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan ketika mengambilalih MAS pada tahun 1994.

29. Konflik pengurusan paling teruk dihadapi oleh MAS apabila ;

- Audit mendedahkan bahawa berlakunya salah guna kuasa di dalam pengurusan MAS.

- Proses tender dan pengagihan projek yang tidak terbuka dan menepati proses ketelusan.

- MAS kehilangan 2 pesawat penting MH370 dan MH17 pada tahun 2014 di mana MH370 hilang tanpa dikesan manakalanya MH17 jatuh ditembak dalam ruang udara Ukraine.

- Pentadbir MAS gagal membawa keuntungan semula kepada MAS bahkan proses pembaharuan MAS juga gagal oleh Idris Jala.

- MAS membayar gaji terlalu tinggi terhadap beberapa pengurusan walaupun terbukti pengurusan MAS gagal menyelamatkan dan membawa keuntungan kepada syarikat.

- Campurtangan politik dalam menentukan jawatan tertinggi MAS membawa kesan yang lebih teruk terhadap prestasi syarikat itu.

- Tender2 berat sebelah, yang tidak membawa keuntungan kepada MAS. Tender yang diwujudkan atas nama politik dan kronisme.

30. Pada tahun 2014, dalam satu wawancara bersama CEO pertama dan individu yang bertanggungjawab mewujudkan MAS, Abdul Aziz Abdul Rahman, 81 tahun memaklumkan ;

- Telah beberapa kali berjumpa dengan Khazanah Nasional bagi proses mengambilalih MAS demi tujuan membetulkan semula syarikat penerbangan negara melalui syarikat Jentayu Danaraksa.

- Namun proposal dan kertas cadangan tersebut ditolak oleh Khazanah Nasional.

- Sedangkan Tan Sri Abdul Aziz mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun menerajui MAS dan tahu selok belok operasi MAS sebelum dirosakkan oleh dasar penswastaan Mahathir dan Tajuddin Ramli. Rujuk sini.

- Dalam wawancara itu juga Abdul Aziz turut mengulas tentang langkah Khazanah Nasional yang mahu membuang 6,000 kakitangan MAS (ketika itu, kini MAS dah pun memecat 6,000 kakitangan mereka pada 1 Jun 2015) ;
Yang pertama, saya tak puas hati kerana (mereka) nak buang kakitangan seramai 6,000 orang. Ramai pekerja yang kenal saya dulu, yang kerja di bawah saya dulu, datang jumpa saya mengadu.

Saya pun rasa simpatilah. Jadi saya tanya Khazanah, macam mana dia dapat angka MAS terlebih 6,000 orang sekarang ini? Saya soal lah, ini pengurusan apa benda? (Seolah-olah ada) 6,000 (pekerja) tiap-tiap hari tidur, dan pengurusan tak buat apa-apa.

Tapi yang sebenarnya saya tak percaya MAS lebih 6,000 pekerja. Kalau lebih 500 atau 1,000 orang mungkinlah. Sebab apa saya tak percaya, sebab kakitangan MAS ada jumpa saya, mereka sendiri pun persoal yang dikatakan lebih 6,000 orang.

Sebab kebanyakan mereka bekerja lebih masa, sesetengah daripada mereka tak nak kerja overtime sebab terlalu letih tetapi terpaksa kerja juga. Jadi kalau kakitangan lebih, kenapa kerja overtime? Itu satu.


Yang kedua, katanya, MAS masih nak pekerja, keluar iklan minta pekerja baru. Macam mana begini kalau dia (kata) lebih (pekerja)? Saya juga tanya (Khazanah) bagaimana dia dapat angka (hanya perlukan) 14,000 pekerja itu.

Pada permulaan perjumpaan saya dengan wakil Khazanah, dia kata mereka buat perbandingan dengan syarikat lain, maknanya jumlah kapal terbang lebih kurang sama (dengan MAS), syarikat itu (ada) lebih kurang 14,000 pekerja, terutama Singapore Airlines. Itu satu perbandingan yang salah, kita tak boleh banding begitu. Orang Inggeris kata it’s not apples to apples.

Tambahkan Abdul Aziz lagi ;
Sebabnya, Singapore Airlines yang ada 14,000 orang itu, untuk operasi penerbangan sahaja, tak termasuk pekerja kejuruteraan, perkhidmatan lapangan terbang, katering, kargo. Kalau masuk semua, Singapore Airlines ada 23,000 pekerja, saya dah semak.

Satu lagi, kita tak boleh banding dengan Singapore Airlines (kerana) operasi dia laluan yang jauh, pesawat badan lebar, 10 hingga 15 jam dia pergi tak balik. Kita sini (MAS) dua pertiga laluan ialah laluan singkat, domestik dan serantau.

Jadi jumlah kakitangan (perlu) lebih ramai sebab lebih banyak take-off, perlepasan, ketibaan, landing. Ada beza di situ. Jadi perbandingan ini adalah satu kesilapan besar. Jadi macam mana saya nak percaya.
Dan tambahan lagi ;
Semasa saya bersara pada 1992, kita sudah capai semua ini. (Cabang) kejuruteraan kita besar, kita punya rangkaian (laluan), kita pergi seluruh dunia. Boleh kata seluruh dunia sudah kenal kita, sudah kenal MAS. Kita banyak dapat anugerah. Tiba-tiba jadi begini. Masa bersara dulu, saya rasa alhamdulillah, kita dah capai semua ini.

Saya harap ia akan jadi lebih besar dan lebih maju. Saya beritahu semua kakitangan semasa saya ucap selamat tinggal: “Saya serah kepada tuan-tuan sekalian, ini syarikat kita, negara kita, kita kena jaga”. Cuma dalam masa tiga empat tahun sahaja selepas itu, (MAS mula bermasalah).

Ini kita kena siasat. Bukan semua orang buat tak betul. Saya rasa kalau kita buat suruhanjaya itu, ramai orang nak tahu (apa punca masalah MAS). Tak adil juga semua salahkan pekerja dan kesatuan pekerja. Kalau saya cakap salah, beritahu saya. Kalau saya salah, saya mengaku.

Macam cabang kejuruteraan (MAS) saya nak pertikaikan. Beberapa tahun lalu saya diberitahu MAS nak batalkan (perkhidmatan) penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga walaupun pada masa itu MAS buat untung dalam bidang itu.

MAS hanya nak buat MRO untuk (pesawat) sendiri sahaja. Pada hal masa saya (buka MAS) dulu, kita rancang khusus, latih orang dan cari pelanggan untuk adakan MRO dengan kita.

Kita dapat kelulusan Amerika Syarikat, Kanada, Australia supaya kejuruteraan kita boleh buat penyelenggaraan untuk pihak ketiga. Dan sekarang ini nak tutup terus. Kalau kita buat MRO untuk orang lain, kita boleh buat keuntungan. Kita ada kepakaran, alat semua.

Orang lain berikhtiar sedaya upaya nak dapat pelanggan. Sekarang Singapore Airlines lebih maju daripada kita (dalam MRO), dulu kita lebih maju daripada dia.

Pendapat aku tentang Muller pula ;

31. Muller dipersalahkan sedangkan peranan Tajuddin, BN (selalu pentadbir pusat), perdana menteri seperti Mahathir dan Abdullah Badwi serta Idris Jala yang merugikan MAS dilenyapkan begitu sahaja.

32. Memang Muller dibayar gaji yang tinggi tetapi itu bukan bermaksud Muller dibayar melalui MAS. Silap2 wang pembayar cukai yang tanggung gaji tinggi Muller dalam pelan pemulihan MAS.

33. Peranan Muller hanyalah sementara waktu sahaja bagi melepaskan MAS dalam saat-saat genting. MAS membeli pengalaman dan kepakaran Muller dalam menyelamatkan sebuah syarikat yang dah muflis dan menanggung kerugian yang teruk. Ini kerana, siapa pun kerajaan lantik jika dia ialah orang Malaysia kita akan menilai bahawa perlantikan tersebut ialah perlantikan atas dasar politik.

34. Dan sebelum ini, berkali2 kita dah mengetahui MAS akan menamatkan perkhidmatan ribuan kakitangannya sebelum Muller memasuki MAS lagi.

35. Aku tak bersetuju juga dengan tindakan menamatkan khidmat 6,000 kakitangan MAS yang sepatutnya ditekankan ialah ;

- Kurangkan gaji pengurusan tertinggi yang dilihat tidak masuk akal.

- Untuk seimbangkan jurang pendapatan atas bawah.

- Dan juga untuk mengekalkan kuantiti pekerja bawahan yang sepatutnya.

- Tidak sepatutnya MAS tamatkan khidmat pekerja yang sedang cuti bersalin.

- Tidak sepatutnya juga MAS memberhentikan kakitangan yang menjadi tunggak utama keluarga.

- Tidak sepatutnya juga MAS memberhentikan suami isteri yang berkhidmat dalam MAS.

Sepatutnya. Untuk proses berhentikan pekerja, ia perlu dibuat oleh pihak ketiga yang bebas. Jika orang2 dalam MAS sendiri yang buat, sudah tentu wujudnya unsur2 favoritism. MAS pun sepatutnya sediakan garis panduan tertentu sebelum bertindak membuang pekerja. Dan pekerja2 yang perlu dibuang haruslah menepati garis panduan tersebut. Ini main buang aje. Orang yang laki bini kerja dengan MAS pun kena buang. Orang tua pun kena buang. Fikir sikitla. Orang tua kan susah nak dapat kerja. Biarlah ada belas ihsan sikit. Lagipun, bukan mereka yang buat MAS rugi. MAS rugi disebabkan pihak pengurusan tertinggi yang salah urus tadbir. Yang buat keputusan perniagaan yang salah. Bukan salah kakitangan bawahan. Kehilangan MH370 dan ditembak matinya MH17 ialah wake up call. Kalau tidak sampai sekarang agaknya MAS akan menyusahkan rakyat untuk bail out mereka dari tahun ke tahun dan teruskan lantikan politik atas nama kronisme. 

Namun sayangnya, untuk menyedarkan MAS, kita perlu kehilangan 2 pesawat, korbankan ratusan nyawa dan 6,000 kakitangan pekerja MAS menjadi mangsa. Harga sebuah ketidaktelusan bermula tahun 1994. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan ; 

http://www.sinarharian.com.my/rencana/cari-siapa-perosak-mas-1.343720

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/the-21-years-of-mismanagement-that-brought-mas-to-its-knees

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/22/cari-siapa-perosak-mas-abdul-aziz/

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/siapa-perosak-sebenar-mas-muhammad-ali-hashim

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mas-masih-cari-pekerja-baharu-menurut-laman-rasmi

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekerja-mas-cuti-bersalin-juga-diberhentikan-dakwa-nufam


Copy dari: amenoworld