Oleh Rakyat Marhaen
SILA CETAK DAN EDARAN SEGERA
Sumber: wargamarhaen.blogspot.com
Khamis, 28 Mac 2013
Sabtu, 23 Mac 2013
LAHAD DATU : Hampir kepada CHECKMATE !
Tarikh : Saturday, March 23 @ 10:00:00 MYT
Topik : Analisis
Senario Lahad Datu semakin menarik dan "panas". Anggota PDRM dan ATM tetap perwira negara.
Aksi 1 : Seorang saspek menyebut nama "seseorang" yang mengupahnya menyerang Sabah.
Aksi 2 : IGP Ismail berang sambil tepuk meja bila wartawan tanya tentang dakwaan mantan KM Sabah Haris Salleh mengenai polis yang rampas dan musnahkan dokumen pengenalan diri orang Sulu di Sabah.
Perhatikan :
1) Polis ambil tindakan awal tentang pencerobohan Lahad Datu.
2) Apabila peristiwa Lahad Datu terjadi, Dr.Mahathir paling banyak bercakap dan sanggup ke sana.
3) Ketua pengganas didakwa pernah menjadi ADO dan warganegara.
TEORI :
Umno begitu takut dan gerun apabila pengganas Sulu menceroboh ke atas Sabah. Takutnya kerana ramai pengundi hantu dari Filipina didaftar dan diberi IC untuk mengundi.
Maka UMNO arahkan PDRM untuk menangani kes ini kerana PDRM dibawa Menteri UMNO. Jika tentera menangani pada awalnya sudah tentu terbongkar segala kes ini .Ini kerana ATM dibawah Yang Dipertuan Agong.
Setelah berlaku anggota keselamatan dibunuh, UMNO panik. Rakyat semakin cerdik dan menyoal cara kerajaan UMNO menangani kes ini. Rakyat pelik,mengapa PDRM yang diambil untuk lawan pencerobohan luar negara bukan ATM ?
Dr Mahathir semakin panas dan takut.Sanggup jejak bumi Sabah untuk "cover" dia punya angkara zamannya.
Semakin ramai bekas pegawai ATM dan PDRM menyoal cara kerajaan UMNO tangani kes ini. Terbaru, mantan KP Kota Kinabali yang menyoal cara PDRM yang bersikap terlalu ikut telunjuk UMNO.
Kita tunggu 2 langkah lagi...siapa dahulu mahu "checkmate"?
Pertama : Samada oleh UMNO melalui suspek yang menyebut nama individu yang mengupahnya....sudah tentu disebut nama Anwar lagi!
Kedua : Ketua Sulu yang berada di Filipina. Beliau akan menyebut nama Najib dan pimpinan atasan UMNO yang janjikan tanah dan memberi IC.
LAHAD DATU : Hampir kepada CHECKMATE !
Petikan dari: sini
Tarikh : Saturday, March 23 @ 10:00:00 MYT
Topik : Analisis
Senario Lahad Datu semakin menarik dan "panas". Anggota PDRM dan ATM tetap perwira negara.
Aksi 1 : Seorang saspek menyebut nama "seseorang" yang mengupahnya menyerang Sabah.
Aksi 2 : IGP Ismail berang sambil tepuk meja bila wartawan tanya tentang dakwaan mantan KM Sabah Haris Salleh mengenai polis yang rampas dan musnahkan dokumen pengenalan diri orang Sulu di Sabah.
Perhatikan :
1) Polis ambil tindakan awal tentang pencerobohan Lahad Datu.
2) Apabila peristiwa Lahad Datu terjadi, Dr.Mahathir paling banyak bercakap dan sanggup ke sana.
3) Ketua pengganas didakwa pernah menjadi ADO dan warganegara.
TEORI :
Umno begitu takut dan gerun apabila pengganas Sulu menceroboh ke atas Sabah. Takutnya kerana ramai pengundi hantu dari Filipina didaftar dan diberi IC untuk mengundi.
Maka UMNO arahkan PDRM untuk menangani kes ini kerana PDRM dibawa Menteri UMNO. Jika tentera menangani pada awalnya sudah tentu terbongkar segala kes ini .Ini kerana ATM dibawah Yang Dipertuan Agong.
Setelah berlaku anggota keselamatan dibunuh, UMNO panik. Rakyat semakin cerdik dan menyoal cara kerajaan UMNO menangani kes ini. Rakyat pelik,mengapa PDRM yang diambil untuk lawan pencerobohan luar negara bukan ATM ?
Dr Mahathir semakin panas dan takut.Sanggup jejak bumi Sabah untuk "cover" dia punya angkara zamannya.
Semakin ramai bekas pegawai ATM dan PDRM menyoal cara kerajaan UMNO tangani kes ini. Terbaru, mantan KP Kota Kinabali yang menyoal cara PDRM yang bersikap terlalu ikut telunjuk UMNO.
Kita tunggu 2 langkah lagi...siapa dahulu mahu "checkmate"?
Pertama : Samada oleh UMNO melalui suspek yang menyebut nama individu yang mengupahnya....sudah tentu disebut nama Anwar lagi!
Kedua : Ketua Sulu yang berada di Filipina. Beliau akan menyebut nama Najib dan pimpinan atasan UMNO yang janjikan tanah dan memberi IC.
LAHAD DATU : Hampir kepada CHECKMATE !
Petikan dari: sini
Jumaat, 15 Mac 2013
Najib Rasmi Projek Perumahan Haram?
KOTA BHARU: Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Ini kerana, sebarang permohonan pembinaan projek perumahan di kampung berkenaan langsung tidak dimaklumkan apa lagi secara bertulis kepada kerajaan negeri. Dengan kata lain, ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BR.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah. Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.
Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.
"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat kampung itu selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Mukim Raja Udang malam tadi. Turut hadir pada majlis itu Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim. Beliau difahamkan sebanyak 1,000 borang akan diberikan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan rumah tersebut.
Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana. Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.
"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.
Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki. Katanya lagi, jika demikian ia akan berlakumasaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan. Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.
"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.
"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.
Menurutnya, Syarikat Perumahan Negara tidak pernah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina Rumah Awam Kos Rendah sejak tahun 1990. Tetapi, tambahnya sekarang tiba-tiba mereka datang untuk membina rumah di negeri ini. Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.
Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)
Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi. Ismail turut menyatakan kekesalannya di atas perkara itu. (hrkh)
Khamis, 14 Mac 2013
Bekas KM dakwa polis musnah dokumen orang Suluk
7:31PM Mac 14 2013 |
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.
Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.
"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.
“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.
“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.
Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.
Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.
"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.MK
Rabu, 13 Mac 2013
SIAPA SEBENARNYA JENDERAL HJ.MUSA?
JENDERAL Haji Musa Abdulla
adalah sebahagian daripada kumpulan yang mahu menyerang Sabah pada era Marcos,
namun Nur Misuarilah yang menghalangnya.
Musa Abdullah adalah seorang
tentera Filipina yang berpangkat Jenderal dan pernah berkhidmat di Vietnam dan
merupakan Komando MNLF pimpinan Nur Misuari.
Selepas bersara daripada
tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi, di mana dia terlibat memberi latihan
di kem latihan tentera Sophia Camp.
Di Simunul lah timbulnya
idea satu operasi yang disebut Oplan Merdeka di bawah naungan Royal Sultanate
Force (RSF)-RSF di bawah perintah langsung Jamalul Kiram III.
Melalui Oplan Merdeka
diwujudkan satu unit yang disebut Unit Komando Jabidah yang diketuai oleh Jenderal
Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas; mereka berdualah yang mengetuai
pencerobohan Lahad Datu pada 9 Februari 2013 menaiki dua kumpit besar bersama
kira-kira 200 yang lain.
Dalam Oplan Merdeka yang
dilaksanakan melalui operasi Jabidah, Jenderal Musa berkerjasama dengan adik
Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram.
Salah satu perancangan Oplan
Merdeka adalah menghantar penceroboh secara berperingkat ke Sabah dan disertai
warga mas, kanak-kanak dan wanita untuk mengabui mata pihak keselamatan negara.
Selain itu, mereka membeli
beberapa rumah untuk dijadikan sarang, sebelum serangan besar-besaran
dilakukan.
Oplan Merdeka mendapat
pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu, dan wang disalurkan ke Tawi-Tawi melalui
perantara di Sabah. Setakat ini, pihak berkuasa Filipina mahupun Malaysia masih
mencari siapa yang memberi dana yang besar kepada Oplan Merdeka.
Perisikan Manila pula mengaitkannya
dengan pemimpin pembangkang negara terutama Anwar Ibrahim.
Banyak kejadian yang
mengarah kepada operasi Oplan Merdeka. Antaranya terkandasnya kapal USS
Guardian di utara Pulau Pahlawan. Kejadian terkandasnya kapal Amerika yang
canggih itu, menyebabkan pengawal keselamatan Filipina bertumpu ke kawasan itu,
sehingga kawasan Tawi-Tawi menjadi kurang kawalan.
Selain itu lawatan mengejut
Duta besar Amerika ke Sabah, serata berlabuhnya kapal perang Amerika di
Sepanggar.
Persoalan yang masih
misteri, bagaimana kewangan yang begitu besar yang disalurkan ke RSF untuk
melaksanakan Oplan Merdeka boleh masuk melalui Sabah? Siapakah yang membawa
wang itu?
Bayangkan jumlah wang itu? Selain
mampu membeli senjata-senjata yang canggih seperti M16 dan pelancar mortar,
juga mampu membeli sembilan buah rumah secara tunai di Kg Sri Jaya, Simunul,
Semporna.
Bukan itu sahaja, dikatakan
setiap komando yang berlayar ke Sabah dibayar USD600 seorang, sebagai upah
untuk menyertai Oplan Merdeka.
Selepas pasukan keselamatan
Negara mengetahui kehadiran kumpulan ini pada malam 12 Februari, pasukan polis
yang diketuai pasukan Komando 69 mengepung kawasan di mana mereka berkumpul,
iaitu Kg Tanduo, Lahad Datu.
Selepas berunding, pasukan
polis menamatkan rundingan pada 21 Februari dan dalam rundingan itu, pasukan
Polis hanya mahu penceroboh itu meninggalkan tanah Sabah secara aman. Kerajaan
Filipina juga menghantar kapal pengangkut kemanusiaan, untuk menjemput pulang
para penceroboh itu.
Masa, ruang, peluang yang
diberikan pasukan polis tidak diambil peduli, sehingga tempoh pengusiran
dilanjutkan sehingga tiga kali.
Perakara yang tidak
diinginkan pasukan polis berlaku pada pagi Jumaat 1 Mac 2013, apabila pasukan
komando 69 diserang dan mengorbankan dua anggota.
Berikutan tindakan kumpulan
yang diketuai oleh Jeneral Musa Abdulla itu, maka pihak polis membalas tembakan
dan berjaya membunuh 12 orang pada hari tersebut.
Berikutan kematian
kawan-kawan kumpulan itu di Kg Tanduo, maka pada 2 Mac, sebahagian daripada kumpulan
mereka membayangkan diri di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, di mana sebelum ini
mereka bersarang di kampung itu dan bergaul dengan penduduk, malah ketua mereka
dipanggil 'Imam'.
Ekoran kehadiran mereka di
Kg Sri Jaya Simunul diketahui oleh penduduk, maka sepasukan polis datang ke
kampung itu pada petang 2 Mac, namun kedatangan pihak polis disambut dengan
serangan hendap, mengorbankan enam anggota polis.
Berpunca daripada dua
kejadian inilah, pasukan keselamatan negara bertindak. Pada 5 Mac, serangan berskala
besar dilakukan.
Hasil serangan berskala
besar itu, sejumlah pengganas maut, dan sehingga kini 53 telah maut dan seorang
budak remaja yang mati semalam, di Kg Tanjung Batu.
Sejak operasi berskala besar
yang bermula pada 5 Mac, dikhabarkan seorang Jeneral telah maut, dan mungkin
Haji Musa Abdulla, kerana menurut keluarganya di Tawi-Tawi, sejak itu, sehingga
kini belum ada berita mengenainya. (Orange Sky).
Teori Senjata Pengganas Sulu Dibekalkan Oleh Kapal Perang US
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang
paling
memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah
pun dikatakan
berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga
lebih
RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal
USS
Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian
dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari
aitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11
Februari 20113.
Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan
asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan
gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi
amaran
kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri
kawasan terumbu
karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang
USS Guardian tetap meneruskan
perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa
hairan dan
tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja
menghampiri kawasan
terumbu karang tersebut.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu
operasi
rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada
pihak berkuasa Filipina
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham
Mitra)
did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did
not know.
The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines)
did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu
tersebut,
ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri
kapal tersebut mereka
diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk
menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship
was on general quarters (alarm),”
Vos Apollo milik Malaysia sedia memunggah
minyak daripada USS Guardian
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan
segala peralatannya
diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika
inilah kali pertama kapal perang
mereka dimusnahkan dalam keadaan aman
bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan
dilakukan dengan
alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah
barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak
keselamatan
Filipina
kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke
Filipina kerana lokasinya paling
hampir
sebaliknya anak-anak kapal USS
Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan
Muhammad
Muizzudin II
pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam
(SSDI) yang menentang serangan
ke atas
Sabah mendedahkan ada pihak yang
lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam
kumpulan
bersenjata
Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
*Baca & cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambik kesempatan"
& 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".
Gambar berikut menunjukkan proses melerai USS Guardian. Ke mana kelengkapan
tentera di hantar?
Kelengkapan diangkut keluar
Kehadiran kren
Melerai komponen kapal
Berita dari: sini
Isnin, 11 Mac 2013
KISAH TRAGIS DISERANG HENDAP PENGGANAS
KISAH di bawah adalah kisah
benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini
beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di
Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Kami terlebih dahulu ingin
memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini.
Namun kami merasakan perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua
bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh
sesetengah pihak.
Dia ditembak, namun dia
bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya, sebaliknya tembakan
itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang
lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan
tetakan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan bahawa
sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superintendan Ibrahim. Yang
lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah
hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi
mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota
yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu. Mereka
mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang
paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib baik kerana
dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga
dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat
ke dalam sebuah rumah yang lain.
Dua puluh jam dia bertahan
menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan
jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR,
diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan.
Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun
sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Airmatanya berlinang. Dia
tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga
tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu.
Mereka terlalu zalim.
Al-Fatihah buat
Pejuang-pejuang yang telah pergi menemui Illahi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan
para syuhada. (Trengganu Today)
Berita dari: sini
Sabtu, 9 Mac 2013
L/Datu: Misteri K/UMNO @ K/Lanun Diseret Polis..
Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai
Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan
ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai
penduduk kampung, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian
seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak
berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang
dikawal ketat polis bantuan FELDA.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.
"Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.
Sumber berkata pihaknya juga percaya lelaki itu menjadi dalang membawa
kumpulan pengganas ke Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu."Dia bersama
pengikutnya diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. ~
Harian Metro
Lihat misteri seterusnya..
Lihat misteri seterusnya..
Oleh MUTALIB M.D
Diangkat dari Sabahkini.net
SELURUH
Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun'
(Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo
menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO
Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take
Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi
iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN
Likas.
Ketika Pasukan
Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu
menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya
tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa
mereka mendarat di sana.
Sebagai
Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402
Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga
Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang
mempunyai akal Abu Nuwas.
Ahmad
yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan
dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan
beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya
seluas lebih kurang 100 hektar.
Ahmad
menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana
usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA
yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.
Sebenarnya
Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat
Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon
Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan
Penempatan Tanah.
Namun
Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat
dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan
buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan
tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada
najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.
Tambahan
pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan
tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan
tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.
FELDA
telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah
saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat
perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan
FELDA.
Ahmad
boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000
sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun
akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba'
sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama
Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.
Dengan
ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu,
Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai
jalan penyelesaian tuntutannya.
Tetapi
bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan
sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan
gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan
perbuatannya yang melampaui batas.
Ahmad
suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke
mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan
surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada
Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.
Ahmad
bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan';
sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai
alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir,
beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA
agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah
yang dituainya daripada ladang FELDA.
Sejak
meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997,
saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota
Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing
sibuk dengan urusan.
Bagaimanapun
Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana
beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan
berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu
beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah
keseluruhan tanah FELDA.
Saya
hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi
menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan
terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan
Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin
menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes
mahkamah.
Sejak
daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah
Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan
mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak
berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat
darah tinggi dan angin ahmar.
Saya
hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa
"Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah
dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di
Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad
yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.
Dalam
keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan
telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan
Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di
Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka
untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.
Secara
kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang
menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja)
dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya
Mohd Ali.
Mengikut
risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan
bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan
serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500
tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu,
Kunak, Semporna dan Sandakan.
Namun
tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat
melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo,
Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke
Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan
Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.
Pasukan
Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya
Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana
mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan
dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya
'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.
Anak
perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan
bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo
mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan
Ahmad dan anaknya Mohd Ali.
Tambahan
pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan
tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah
dengan anak Haji Musa.
Manakala
pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul
Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2,
Hussin Oyung.
Agak
mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram
di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai
Bilis 2.
Oleh
itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak
Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan
remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk
bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan
sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.
Dalam keadaan penuh curiga, orang awam
sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering
menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat
sebagai penjenayah yang bersubahat.
Saya
terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua
pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu
batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk,
Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu';
sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat
Bom.
Mengikut
risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya
mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat
yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan
mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu
ekar di Felda Sahabat 18.
Dikhuatiri
Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di
pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa
dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan
tanah beliau.
Kelicikan
Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar
Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi
saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai
'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan
Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka
pengadilan.
Setelah
tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana
dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan
berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam
kejadian tembak menembak sesama mereka.
Sabahkini.net
mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera
terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi
setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.
Setelah
membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad
Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang,
Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa
jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap,
maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada
mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!
Mungkin
tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis
Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk
bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan
'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat
betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat
Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara
terpinga-pinga dan ketakutan.
Masa
untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu
yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi
peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah
Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada
yang DiPertuan Agong!
Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.
(NOTA
: Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana
hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu
menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)
Begitulah kira-kira. Terima kasih Harianmetro dan Sabahkini.net!
(IH)
Begitulah kira-kira. Terima kasih Harianmetro dan Sabahkini.net!
(IH)
Berita dari: sini
Jumaat, 8 Mac 2013
Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.
5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.
8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.
9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
Kesultanan Sulu sudah tiada, tuntutan Sabah terbatal
KOTA KINABALU - Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo, kata Prof Madya Dr Bilcher Baladari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) itu berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal.
"Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah.
"Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Justeru Dr Bilcher berkata, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan menuntut hak warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah yang boleh disifatkan sebagai serangan pengganas.
Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, beliau berkata ia cuma pampasan atau saguhati perjanjian "sewa mati 1787" yang tertulis pajakan kekal.
"Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian ‘selagi ada bulan dan bintang’)," katanya
Mengupas kembali sejarah Sabah, Dr Bilcher berkata penduduk Sabah telah memilih Malaysia (pada tahun 1963) seperti yang terkandung dalam Laporan Cobbold.
“Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang Sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan Gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Sabah).
"Justeru itu, tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan ulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian sebelum ini.
“Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan "ada hak" untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah
memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” katanya.
Oleh itu, Dr Bilcher berkata tindakan menyerang negara luar adalah jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.
"Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah yang berat, setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas,” katanya.
Di KUALA LUMPUR, semasa menjelaskan isu sama, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bayaran AS$5,000 (RM15,500) setahun oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini bukanlah wang sewaan atau pajakan tetapi merupakan satu bentuk wang penghargaan yang dikenali sebagai "cession".
Katanya beliau sendiri pernah melihat cek dengan jumlah tersebut dibayar kepada waris Kesultanan Sulu ketika menjadi Menteri Luar dari 1999 hingga 2008.
"Wang penghargaan atau cession berkenaan sama seperti duit penghargaan yang dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah apabila pulau itu diserahkan kepada British," jelas beliau kepada Bernama.
Menegaskan Kesultanan Sulu yang ada hari ini bukan kerajaan yang diiktiraf, Syed Hamid berkata, waris keluarga itu tidak layak membawa tuntutan Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ).
"Ini kerana ICJ hanya menguruskan kes-kes yang melibatkan kerajaan yang sah. Kesultanan Sulu bukan satu kerajaan," katanya.
Syed Hamid berkata, kuasa pentadbiran dan politik yang ada pada Kesultanan Sulu dianggap berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada tahun 1915 dengan penjajah Filipina ketika itu iaitu Amerika.
Syed Hamid berkata cubaan menuntut Sabah pernah dibuat oleh Filipina ketika Malaysia dan Indonesia membawa masalah tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan ke ICJ
pada tahun 2001.
"Filipina cuba untuk turut serta dalam tuntutan itu. Bagaimanapun ICJ terus menolak campur tangan Filipina dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan yang terletak dalam perairan Sabah dengan alasan tuntutan itu tidak ada asas. Ini
jelas menunjukkan, Filipina sama sekali tidak mempunyai hak ke atas negeri di bawah bayu itu," katanya.
Syed Hamid menegaskan Sabah merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat kerana Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia melaporkan
bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.
Sementara itu, pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam menyatakan keyakinannya bahawa pihak kerajaan mempunyai dokumen perjanjian wang penghargaan tersebut.
"Kerajaan Malaysia memang menyimpan dokumen itu sebab selepas kita (kerajaan) ambil alih dari British kita ambil alih juga segala perjanjian itu sebab soal 'cession money' itu sangat penting," katanya.
Tambahnya, perjanjian itu menyatakan wang penghargaan akan diserahkan kepada waris bukannya kesultanan Sulu selagi 'ada bulan dan bintang'.
"Perjanjiannya adalah selagi ada bulan dan bintang, bukan ada tarikh, itu cara orang dulu buat perjanjian, saya tidak tengok perjanjian itu tetapi saya
tahu ada perjanjian.
"Ia (wang penghargaan) diberi kepada waris bukan kesultanan. Kesultanan Sulu telah tiada. Itu yang diperkatakan dalam sejarah Sulu. Semasa kita membuat sejarah Malaysia kita tidak pernah menyentuh tentang kerajaan Sulu ia termasuk dalam sejarah Filipina.
"Kita (Malaysia) tidak termasuk, kita hanya anggap ia sebagai kaum Suluk sahaja," katanya. - Bernama
Berita dari: sini
Langgan:
Catatan (Atom)