Selasa, 31 Julai 2012

PR akan laksana bidaan AP tampung perbelanjaan mansuh duti eksais

TERKINI @ 02:49:01 PM 31-07-2012
July 31, 2012
PETALING JAYA, 31 Julai — Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk melaksanakan penjualan Permit Import (AP) secara bidaan umum  bagi mendapatkan sumber pendapatan daripada permit berkenaan  selepas melaksanakan cadangan pemansuhan duti eksais kereta sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh antara tiga tahun bermula 2013 sehingga sebelum AP dimansuhkan pada 2015, PR telah mengemukakan cadangan yang bakal menyaksikan negara menjana pendapatan sehingga RM2.8 bilion setahun daripada bidaan umum AP tersebut.
“AP di bawah Umno - Barisan Nasional (BN) hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan mereka.

“Sebab itu PKR mencadangkan supaya kerajaan akan datang, tidak kira BN atau Pakatan, supaya menghapuskan AP menjelang 2015 supaya tidak melanggar WTO (Perjanjian Perdagangan Antarabangsa) dan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas Asean),” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Rafizi Ramli: “AP di bawah Umno -Barisan Nasional hanya menguntungkan sesetengah pihak.” — Foto fail
Melalui mekanisme yang dicadangkannya, Rafizi menjelaskan, AP yang akan dijual itu akan dibezakan mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api bagi membolehkan lebih banyak kereta jenis sedemikian diperkenalkan. “Harga bidaan umum ini bermula pada kadar RM10,000 untuk kereta biasa, RM20,000 kenderaan biasa, dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi dan menggunakan lebih bahan api.
Harga terkini AP yang dijual kepada pengusaha kereta adalah berjumlah RM10,000, dengan sebanyak 66,608 AP dikeluarkan pada 2011.
“Kami percaya, purata AP yang dikeluarkan bakal mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada bidaan,” katanya dan menambah,”dengan anggaran 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, hasil berjumlah RM2.8 bilion akan dapat diterima kerajaan.”
“Harga bidaan umum ini bermula pada kadar RM10,000 untuk kereta jimat bahan api, RM20,000 kenderaan biasa, dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi dan menggunakan lebih bahan api.
“Melalui kaedah ini, pengedar kereta akan bersaing sesama mereka untuk mendapatkan AP. Sekarang ini hanya ada sekitar dua, tiga syarikat sahaja yang mempunyai AP.
“Kami mahu tukar sistem AP sedia ada,” katanya lagi.
Harga terkini AP yang dijual kepada pengusaha kereta adalah berjumlah RM10,000, dengan sebanyak 66,608 AP dikeluarkan pada 2011.
“Kami percaya, purata AP yang dikeluarkan bakal mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada bidaan,” katanya dan menambah, “dengan anggaran 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, hasil berjumlah RM2.8 bilion akan dapat diterima kerajaan.”
“Pendapatan tambahan daripada hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM 2 bilion hingga RM 3 bilion setahun bagi mengimbangi penurunan kutipan duti eksais,” katanya lagi.
Rafizi juga turut menjelaskan, walaupun AP ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapat hasil terbaik kepada negara, penghapusan duti eksais secara berperingkat juga bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.
Rafizi juga sebelum itu berkata, melalui pemansuhan duti eksais kereta, sejumlah RM8 bilion cukai yang sekarang ini dikenakan kepada rakyat akan dipulangkan kepada rakyat.
“RM 8 bilion itu lebih baik berada dalam poket rakyat ... ia dalam ekosistem kita.
“Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas mendadak hasil pemansuhan duti eksais secara berperingkat,” tambahnya lagi.
Sumber: Malaysiainsider

Johor: Bunyi kaya tetapi hanya indah kabar



Salmah Mat Husain,
JOHOR BAHRU: “Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan (gambar) ketika dihubungi.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk turun ke bawah termasuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.

katanya, beberapa tempat telah beliau turun bersama pimpinan PKR negeri termasuk  PAS  untuk menyumbang pada mereka yang memerlukan.

Beliau memberitahu, hasil sumbangan dari rakan-rakan termasuk sumbangan zakat, beliau kumpul untuk diagihkan pada masyarakat di negeri itu.

Pada masa yang sama beliau turun untuk berkempen bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU 13) akan datang di negeri itu.

Selain menyampaikan ceramah, beliau turut menyampaikan risalah-risalah berkenaan Pakatan Rakyat dan mendedahkan korupsi yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Jelasnya, dalam soal ini ada yang memberi respon yang baik ada yang sebaliknya.

“Tetapi tak apalah, kita doakan saja semoga yang tidak boleh menerima akhirnya dapat bersama kita, insyaallah perbanyakkan doa di bulan Ramadan,”ujarnya.

Sehubungan itu, Intan turut mengingatkan penceramah Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR supaya menjaga perilaku serta menggunakan bahasa yang lunak sepanjang Ramadan sewaktu berceramah.

Semoga kebaikan bulan Ramadan yang diamalkan dapat diteruskan sebaiknya selepas itu, katanya.
Sumber: Harakahdaily

HEBAT ! INSPEKTOR INI DIDAKWA MELAKUKAN 3 KESALAHAN DIMAHKAMAH DENGAN 6 TUDUHAN

Ini Dia Polis Yang Mengamuk Hari Itu, Mengapa Beliau Tidak Digari?

Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah

SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.

Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA
Sumber: UPN

Isnin, 30 Julai 2012

Soo Wincci Nekad Puasa Sebulan

25 Jul – Bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang juga merupakan penyanyi, Soo Wincci berazam mahu berpuasa selama sebulan tahun ini sebagai cara mendekatkan diri dengan peminat daripada bangsa Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

"Ini adalah kali pertama saya ingin berpuasa dan sangat teruja dengan kedatangan bulan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia ini bersama para peminat di kalangan kaum Melayu. Dengan belajar berpuasa dapatlah saya mendekatkan diri dengan mereka," ujar Wincci yang mengakui meraih ramai peminat daripada komuniti Melayus selepas menyertai program MasterChef.

Malah menurutnya lagi, dia mahu mencabar diri untuk membuat perkara baru iaitu pertama kali berpuasa. Meskipun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa namun dia yakin dapat menghadapinya berbekalkan kata-kata semangat dan dorongan daripada rakan-rakan dan peminat. Apatah lagi niatnya juga berlapikkan hasrat mahu menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat.

"Saya mendapat beberapa tips daripada rakan-rakan berbangsa Melayu dan yakin mampu melakukannya. Malah rakan-rakan juga ada menasihatkan saya agar tidak memaksa diri dan berpuasa mengikut kemampuan pada peringkat permulaan. Mereka (rakan-rakan) menjadi pendorong dan semangat inilah yang mahu saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap agar dapat berpuasa selama 30 hari," ujar bekas Ratu Cantik yang pernah mewakili Malaysia dalam Ratu Dunia 2008 di Afrika Selatan.

Wincci dalam kenyataan yang dipetik dari laman mStar turut memberitahu bahawa setakat ini akaun Twitter miliknya telah meningkat sebanyak 2,000 pengikut dalam masa seminggu dan majority daripadanya adalah kaum Melayu.

"Saya sangat gembira dengan perkembangan terbaru ini kerana ini adalah buki kehadiran saya diterima baik dikalangan peminat bukan Cina.

"Saya berharap populariti yang diraih ini dapat memberikan manfaat kepada saya untuk melakukan sesuatu yang disukai oleh semua kaum di Malaysia," jelas Wincci.

Jurucakap rangkaian penjagaan muka Avon Anew Skin Care buat tiga tahun berturut-turut ini mula meraih populariti meluas selepas menjadi salah seorang daripada 16 peserta program masakan popular berkenaan dan Wincci kemudiannya muncul dengan single pertamanya berjudul 'Terus Teranglah' duet bersama Joe Flizzow.
Sumber: Yahoo.com

P/S...Orang bukan Islam cuba untuk berpuasa bagi menjaga kesihatan kita yang Islam dapat pahala yang dijanjikan Allah pun belum tentu cukup sebulan

Najib umum RM43.2j untuk duit raya Felda


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.

Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

"Ini prinsipnya adil. Dia tak jual buah (hasil) kepada Felda, dia jual di luar, dapat RM200. Yang jual pada Felda, taat pada Felda, dapat RM400," katanya pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di Sik.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.

"Semua janji kita tunaikan... itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka," katanya.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dalam kunjungan ke Parlimen Sik hari ini, Perdana Menteri turut melancarkan program bantuan Kasih Felda kepada kampung tradisional yang berhampiran kawasan Felda.

Program ini berbentuk pembaikan rumah uzur yang perlu dinaik taraf.

Di Kedah, sebanyak 1,000 rumah dikenal pasti menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap rumah dengan jumlah bantuan sebanyak RM5 juta.

Perdana Menteri kemudian berbuka puasa bersama peneroka Felda dan penduduk di kawasan Parlimen Sik.

- Bernama ~ Malaysiakini

Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Bah 1

by Staff Berita Semasa 
MM2H Car Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?
Bukan niat kami untuk mengatakan program MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :
Mana-mana warga asing yang layak menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H) ini harga kerea bebas cukai. Ulang suara, bebas cukai. Rakyat Malaysia dapat?
  • Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton
  • Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda
  • Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan
  • Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?
  • Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai
  • Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya
  • Logik?
MM2H Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?Kami tidak mempersoalkan kalangan warga asing yang menikmati dan boleh memiliki harga kereta yang murah di Malaysia. Tetapi janganlah dibiarkan jurang terlalu besar antara kalangan kami rakyat Malaysia dengan peserta program MM2h Malaysia ini? Adakah kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah tiada hak untuk menikmatinya sedikit kelebihan selama menjadi warganegara Malaysia?
Ya…memang benar program MM2h Malaysia ini mampu menarik kehadiran ramai warga asing yang kaya-raya untuk tinggal di Malaysia. Itu satu rancangan yang bagus sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya mana-mana warga asing yang mempunyai simpanan yang banyak dan mahu menghabiskan hari-hari tua mereka, dipelawa untuk tinggal di Malaysia.
Itu sebablah kami yakin dan percaya, harga kereta yang ada sekarang ini masih ada ruang untuk diturunkan sebenarnya.  Untuk permulaan, kami masih lagi realistik, di mana kami tidaklah mengharapkan harga kereta yang dijual selepas ini sama seperti yang dinikmati oleh warga asing yang menyertai program Malaysia MySecond Home ini. Tetapi apa yang diharapkan sebenarnya ialah jurang harga kereta yang agak keterlaluan ketika ini antara orang kaya (peserta MM2H) dengan rakyat Malaysia dikurang dan dikecilkan.
MM2H Car Price List Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?Sebabnya, apa yang kami perhatikan keutamaan seolah-olah  diberikan kepada warga asing yang membawa masuk aliran tunai ke Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia yang mempunyai nilai tunai yang sama + kelebihan dan kepakaran “dibiarkan” selama ini sehingga mereka-mereka ini mula berhijrah ke luar negara  untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Sehingga akhirnya kerajaan terpaksa menubuhkan Talent Corporation untuk mencari dan “mengejar” semula rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran & berbakat tetapi sudah tinggal bertahun-tahun di luar negara untuk diajak & dipelawa pulang berkhidmat di Malaysia. (Baca hasil tulisan & pandangan Allahyarham Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden BSKL))
Jika melihat kepada peserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, mereka ini kalangan yang kaya-raya. Orang kaya raya jarang melihat kepada penjimatan, tetapi kepuasan. Kepuasan daripada segi yang bagaimana? Kepuasan daripada aspek persekitaran, prasarana dan juga kehidupan yang lebih baik termasuklah mereka merasa selamat selama mereka tinggal di Malaysia. Itu yang paling penting sebenarnya.

Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011

Rekod di bawah ini merupakan jawapan lisan yang diberikan sendiri oleh Menteri pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai prestasi program Malaysia MySecond Home (MM2H).
  • Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).
  • Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.
  • Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :
Bil
Negara
Jumlah
(2002 -2011)
1.
China
2857
2.
Bangladesh
2082
3.
United Kingdom
1789
4.
Jepun
1629
5.
Iran
1037
6.
Singapura
804
7.
Taiwan
724
8.
Pakistan
698
9.
India
631
10.
Korea
613

Cuma kata menteri, antara halangan utama yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negatif ke atas usaha yang dijalankan untuk menjayakan program Malaysia MySecond Home (MM2H) 

Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)

Mari kita semak senarai harga kereta yang ditawakan melalui program MM2H Malaysia ini :
Harga Kereta Honda Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Kereta KIA Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Toyota Vios Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Harga Kereta Proton Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Kalau di Malaysia ada :
  • Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia
  • Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia
  • Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?
Kami tiada masalah untuk program MM2h Malaysia diteruskan. Tetapi…..ada tetapinya. Harapan kami setakat ini jelas bahawa harga kereta di Malaysia sememangnya ada ruang untuk diturunkan lagi. Tidak kisah untuk harga kereta diturunkan, kalau itulah caranya kerajaan mahu menarik mereka (warga asing yang kaya-raya ini) untuk tinggal di Malaysia tetapi janganlah harga kereta untuk rakyat sendiri membebankan. Itu sahaja.
Bagaimana? Apa pendapat anda selepas melihat senarai harga kereta yang ditawarkan antara anda dengan warga asing yang menyertai program Malaysia Mysecond Home (MM2H) ini? Patut atau tidak? Mengapa?
Sumber: BERITA SEMASA

Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!

Bah 2

by Staff Berita Semasa 
Harga Kereta Arab Saudi Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Kami merasakan kalangan pembaca di sini, sudah biasa melihat keratan akhbar di atas yang menunjukkan realiti harga kereta Proton di Arab Saudi.
Ramai yang mempertikainya, kenapa harga kereta Proton yang diangkat sebagai kereta Nasional lebih mahal berbanding di negara sendiri.  Tidak kurang juga ada yang menyokong strategi sebegini rupa. Walauapapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ada jawapan untuk anda semua.
Setakat ini, Proton melalui jawapan menteri di Dewan Rakyat, telah menerima RM494 juta dalam bentuk geran R&D yang mana Proton boleh menggunakan geran R & D tersebut untuk tujuan R & D daripada tempoh tahun 2006 sehinggalah tahun 2010. Itu yang pertamanya.
Dan kalau sebelum ini kalangan daripada anda sudah pun membincangkan harga kereta Nasional Proton yang boleh dijual pada harga bebas cukai kepada warga asing melalui program MM2H melalui laporan berita bertajuk, Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Maknanya di situ sudah menunjukkan harga kereta Proton boleh sebenarnya dijual pada harga yang lebih rendah seperti yang ditawarkan sekarang ini kepada rakyat Malaysia.
Persoalan yang kedua yang sering bermain di pemikiran rakyat Malaysia, mengapa harga kereta proton terdapat perbezaan harga jualan di antara pasaran tempatan dengan harga kereta Proton yang dijual di negara Teluk ataupun di UK, Thailand dan lain-lain. Dan berdasarkan jawapan menteri di Dewan Rakyat pun, beliau sedar dengan persoalan dan situasi sebegini rupa.
Harga Kereta Arab Saudi1 Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Dan….semakan kami terhadap Kadar Tukaran Matawang Asing ini menunjukkan :
Harga kereta Proton Mahal Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Datuk Seri Mustafa Muhamad sendiri mengatakan di Dewan Rakyat yang harga jualan kereta Proton di luar negara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya :
  • duti import
  • cukai dalaman
  • kos pengangkutan
  • insurans
  • kadar faedah pinjaman dan sebagainya
  • dan…strategi pemasaran
Jadi itu sebablah kata menteri harga kereta Proton berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor kos dalaman pengangkutan berkenaan. Begitulah lebih kurang jawapan menteri. Anda boleh semak sendiri soalan yang dikeutarakan di Dewan Rakyat berkaitan isu perbezaan harga jualan kereta Proton di Malaysia dan di Arab Saudi

Jawapan di Dewan Rakyat : Beza Harga Kereta Proton di Malaysia VS Arab Saudi?

Harga Kereta Proton Arab saudi Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Harga Kereta Proton Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Hansard di Dewan Rakyat
P/S : Apa pendapat anda pula? Pengguna-pengguna kereta Proton?
Sumber: BERITA SEMASA

Ahad, 29 Julai 2012

Ni betul punya HARAM JADAH.....


Para peneroka yang membantah penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia sekali lagi menjadi sasaran cacian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Jika pada satu ketika dulu Najib memaki hamun peneroka-peneroka tersebut sebagai haramjadah, dalam lawatannya ke Felda Chini hari ini beliau menyifatkan peneroka tersebut mereka sebagai 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengcop peneroka-peneroka berkenaan sebagai pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan peneroka Felda di peringkat global.

"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," laungnya dalam nada menyindir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini hari ini.

Umum mengetahui, di sebalik penyenaraian tersebut bukan peneroka yang hanya diberikan 800 unit saham yang untung, tetapi Pengerusi Felda yang sedang hebat dipertikaikan yang mengaut durian runtuh sebenar iaitu Tan Sri Isa Samad, yang dianugerahkan sebanyak 180,000 unit saham.

Begitu jugalah dengan Pengerusi FGVH Datuk Sabri Ahmad. Barangkali Najib tidak sedar, peneroka-peneroka Umno juga turut mempersoalkan kenapa mereka diberi jumlah saham yang sangat kecil sehingga tidak padan untuk menjadi kaya raya sebagaimana diisytiharkan.

Sudahlah hanya diperuntukan tidak sampai satu lot (1,000 unit) saham bagi membolehkan mereka berjual beli, peneroka dipaksa pula berhutang dengan mengisi borang pinjaman yang tidak tahu berapa jumlahnya yang sebenar.

Sebaliknya Najib dengan bangganya pada majlis tersebut menguar-uarkan bahawa transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.

"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.

Najib bercakap besar dengan penyenaraian tersebut namun pada hakikatnya terpaksa menyandarkan ratusan ribu ekar Tanah Rizab Melayu yang dipajak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada FGVH. Jadi tidak boleh dipersalahkan kepada peneroka jika mereka menentang kerana apabila tanah-tanah milik Melayu tersebut diniagakan di pasaran saham, bermakna sesiapa sahaja boleh membelinya termasuk pemain-pemain saham luar.

Itupun, nasib baiklah FGVH gagal mengheret Koperasi Permodalan Felda (KPF) setelah dilakukan oleh injunksi oleh peneroka.

Sayugia diingat peneroka telah membangunkan tanah Felda daripada hutan belantara sejak setengah abad yang lalu dengan titisan keringat, darah dan air mata maka sudah tentu mereka tidak ingin hak mereka tergadai di depan mata.

Sebagai mana diketahui, tidak ada yang percuma bagi peneroka yang memasuki tanah rancangan. Baik tanah ladang mahupun rumah, baja dan racun, jalan ladang, pinjaman sara hidup hinggalah kepada kereta tolak dan sarung tangan, semuanya dikira hutang, dicaj dan dipotong melalui hasil yang dihantar ke kilang.

Mungkin ada pemimpin Umno yang mengungkit, jika tanpa tanah Felda 112,000 peneroka seluruh negara tidak bertanah. Namun semua itu didapati bukannya secara percuma. Malah hasil penat jerih komuniti tersebutlah Felda muncul menjadi estet terbesar di dunia dan mengaut hasil kedua terbesar untuk negara selepas Petronas.

Kenapa tidak mahu langsung mengiktiraf peranan peneroka?

Sebab itu apabila Najib mengumumkan pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang yang akan dibayar mulai esok, ia sebenarnya bukan duit poket pemimpin negara malah duit peneroka juga.

Bagi peneroka yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas, jika benar-benar Felda mahu mengangkat martabat mereka sudah cukup dikembalikan wang kadar perahan gred (KPG) yang ditipu sejak tidak kurang 15 tahun yang lalu. Ini dibuktikan dengan saman peneroka seluruh negara terhadap Felda. Jumlahnya difahamkan menjangkau puluhan ribu ringgit seorang.

Peneroka juga tidak dikembalikan wang tabung tanam semula (TTS) yang dipotong sejak hampir 30 tahun yang jumlahnya tidak kurang daripada RM17,000 seorang. Malahan banyak lagi Felda ‘terhutang’ kepada peneroka.

Justeru jika benar-benar pemimpin negara mahu melihat martabat peneroka terangkat, generasi kedua dan ketiga Felda juga tidak boleh diabaikan. Bayangkan, masih ada warga Felda yang tinggal bersama sehingga tiga generasi dalam sebuah rumah.

Masalah sosial di kalangan warga Felda juga amat digeruni pada masa ini. Bayangkan, tidak ada satu tanah rancangan pun yang tidak dijangkiti masalah dadah. Semua orang tahu anak-anak peneroka yang berjaya berada di luar Felda maka tinggallah yang kurang bernasib baik di situ.

Kenapa Najib bercakap tentang kekayaan saham Felda di pentas dunia sedangkan nasib warga Felda tidak dibela sewajarnya?

Sebab itu tawaran Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan iaitu tanah Felda Plantation (yang sudah dipajak 99 tahun kepada FGVH) akan diagihkan kepada generasi kedua Felda yang layak. Kerana pelaburan melalui pemilikan tanah adalah lebih menguntungkan daripada main saham kerana hasilnya boleh dimakan hingga ke anak cucu!

Tidak Seinci pun tanah Felda Akan tergadai ...

Mazlan Aliman

Tanah Felda Plantation

Saya menyarankan kepada rakan Fb dan teman2 agar membaca hansard Parlimen bertarikh 27 April 1960. Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd Razak ketika membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act 1960.

Perlu difahami, tanah adalah tertakluk haknya di bawah Kerajaan Negeri. Di bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan iaitu:-

a. Kawasan Petempatan Luar Bandar- Rural Settlement Areas(seksyen 5)
b. Kawasan Petempatan Bandar- Urban Settlement Areas(seksyen 6)

GSA adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan Berkelompok tersebut.

Di bawah Seksyen 37 GSA, Felda hanya boleh membuat apa2 peraturan/polisi/undang2 kecil di setiap Rancangan selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

Barang diingat, di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu(seksyen 7(2) dan 11(1) dan melalui Koperasi yang diuruskan Felda(seksyen 35)

Ketika Tun Dr Mahathir mansuhkan pembukaan felda baru tahun 1990, beliau telah khianat pada rakyat, Kerajaan Negeri dan derhaka pada Baginda Sultan Negeri2.

Tanah seluas 360,000 hektar dipohon daripada kerajaan negeri utk rakyat; tiba2 di buat ladang Felda. Ia bukan sahaja tidak sah, tapi khianat dengan segala persetujuan yg dimeterai perjanjiannya sejak zaman Tun Razak.

Sebagaimana beradabnya Tun Razak dulu; mengadap ke Bawah Duli Sultan Negeri2 dan Menteri Besar utk memohon tanah dan Dasar Felda- menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan; Tun Mahathir bersikap biadap dan diktator dgn tidak menghormati hak kerajaan negeri.

Antara Negeri yg membangkang dasar Mahathir adalah Johor. Ini diceritakan sendiri Dato Ghani Othman, MB Johor kepada saya sewaktu saya menyerahkan memorandum kpd beliau beberapa tahun lalu. Namun, siapa yg berani menentang kemahuan Tun Dr Mahathir?

Lebih buruk dan sgt malang, tanah Felda Plantation yg seharusnya menjadi milik rakyat yg tidak bertanah; dipajak pula selama 99 tahun kpd FGVH. Bayarannya pula cuma RM251 juta setahun?

Hak rakyat dirompak oleh Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan konco2nya!!!
Dangkalnya hujah kita,...ini tak ada kena mengena dengan rakyat, gen 2 felda!
Sudah lah hak kita di khianati pemimpin BN, suruh bersyukur pulak.
BERSYUKUR KEPADA PEROMPAK DAN PENYAMUN???
Felda kini sudah tukar nama atau Mempaga 4 kini milik Felda Global Ventures


KEPEKAAN SEMUA PIHAK SANGAT DI HARGAI



Saya sangat gembira kerana isu penyenaraian FGVH menarik minat banyak pihak. Golongan pro Umno dengan hujah mereka. Dulu susah, sekarang dah selesa nak apa lagi. Durian runtuh dapat pulak. Takkan lah PM nak tipu kita. Pembangkang sj yg tak tau bersyukur, jd penghasut tak habis2. Untung FGVH, kita dpt dividen 20% melalui Tabung Amanah Peneroka.

Bagi yg menentang penyenaraian FGVH di Bursa Msia pula ada hujah mereka. Saya hargai segala pandangan dan kritikan berbagai pihak. Setidak2nya keprihatinan masyarakat jauh lebih baik dari dulu. Soal samada hujah yg dikemukakan relevan atau tidak, itu soal lain.

Saya paparkan pada kali ini mengenai perjanjian pajakan yg harus dipatuhi. Adalah pelik apabila Kerajaan Negeri Kelantan, Selangor dan Kedah tidak di rundingi mengenai status tanah Felda Plantation di negeri mereka. Ia jelas ada dlm prospektus FGVH. Apabila Isa Samad menghantar surat kpd MB Terlibat; dan Kerajaan Negeri tidak berminat memajak kpd FGVH selama 99 tahun tanah mereka, seharusnya FGVH menghormati pendirian Kerajaan Negeri. Ini belum lagi di lihat dlm konteks tanah tersebut sudah ada hakmilik atau belum.

Untuk pengetahuan, Kerajaan BN Johor, Sabah dan Perak pun tak setuju mengenai status pemilikan tanah Felda Plantation. Bila saya sebut banyak golongan pak angguk dlm Felda, ramai yg tersentuh dan marah dengan saya. Ketika saya bersama Lawyer Razak Ahmad, Hassan Karim dan Salleh Ahmad mempertahankan Felda Cahaya Baru dari di faraidkan beberapa kerat pimpinan Umno tempatan; berapa ramai peneroka dan anak peneroka yg sedar?
Kami serah memo kpd MB Johor dari zaman Muhyiddin sampai ke Ghani Othman, siapa yg bersama? Nasib Felda Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan dan Bkt Cerakah....menang sorak kampung tergadai!

Dari awal lagi, memang saya dan ANAK membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Walaupun boleh dipertikai dakwaan yg mengatakan yg membangkang golongan minoriti. Saya yakin, kalau secara demokratik dibuat forum, dialog, debat mengenai baik buruk penyenaraian FGVH selama beberapa bulan dengan menampilkan pakar2 ekonomi kedua2 belah pihak; kalau dibuat referendum belum tentu memihak kerajaan BN. Soalnya, selama 8 bulan sejak Najib umum melalui pembentangan Bajet tanggal 7 oktober 2011; adakah pendekatan telus dan bebas dibuat?

65% pengurusan tertinggi Felda melalui kajian di bawah FGVH sendiri tidak bersedia dengan penyenaraian FGVH, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, En Shamsudin Othman bersama Jawatankuasanya buat sidang media di KL membantah, Tan Sri Rozali Ismail ambil inisiatif wujudkan GEMPAK. Saya baca memo GEMPAK kpd PM. Sebahagian besar kandungannya senada dengan pemdirian ANAK. Dua kali saya temui YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Penentangan dan pandangan beliau sgt keras. Penyenaraian FGVH akhirnya akan menjadikan peneroka Felda sehelai sepinggang!
Siapa kita nak sanggah Tengku Razaleigh Hamzah...
Apapun, kepekaan banyak pihak terutamanya Gen 2 dan 3 Felda amat saya alu2kan. Akhir2 ini pula bukan sahaja minat dari media dan blogger, penyelidik dari IPTA, IPTS dan Ngo menemui saya. Tokoh2 VIP dan penganalisis ekonomi turut berbincang dengan kami. Kita bertukar2 pandangan. Selepas hariraya ini ada banyak event penting akan dijayakan.
Moga usaha kita diberkati Allah. 
Sumber ~ Meneroka Rasa

Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol

KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.

Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.

Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.

Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.

Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.
Sumber~keadilandaily

Sabtu, 28 Julai 2012

Tuan Guru kepalai Konvoi Royalti Kelantan



Harakahdaily, 27 Jul 2012

(Tuan Guru berselendang merah 'Tuntut Royalti R' sebelum melepaskan konvoi di Kota Bharu pagi tadi)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengepalai Konvoi Royalti yang dianjurkan sebuah NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti).

Tuan Guru mengepalai hampir 150 buah kereta dan 50 motosikal berkuasa besar bergerak dari Kota Bharu pagi tadi menuju ke Gua Musang.

(Kenderaan Tuan Guru berada di hadapan mengepalai konvoi Royalti)

Konvoi akan melalui beberapa jajahan termasuk Keterah, Machang dan Kuala Krai sebelum tiba di Gua Musang.

Menurut kenyataan NGO Royalti hari ini, konvoi tersebut antara lain sebagai satu mekanisme Kempen Rakyat Kelantan yang memprotes tindakan Kerajaan Malaysia yang menyekat pembayaran royalti 5 peratus minyak dan gas Kelantan yang tunggakannya sejak 2005 yang kini berjumlah lebih  RM7 Billion.

Ianya juga sebagai bantahan terhadap hasrat kerajaan yang ingin memindahkan gas yang berada di perairan Kelantan iaitu di Blok PM302, PM325 dan  PM 326B ke Kemaman, Terengganu dan Pekan, Pahang.

"Konvoi ini juga sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Negeri Kelantan terus kepada ‘grass root’ khususnya masyarakat di kawasan pedalaman negeri ini.

"Ini juga sebagai usaha Rakyat Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Titah Sultan Muhammad V pada Sidang DUN ke 12, hujung Disember 2011 agar gas didaratkan ke Kelantan," kata presidennya Nazri Deraman.

Selain itu, konvoi itu juga sebagai manifestasi dan simbolik rakyat Kelantan inginkan lebuhraya baru daripada Kota Bharu ke Gua Musang sejauh 180 kilometer.

Program yang dijadual memakan masa dua hari itu akan mengadakan program kemuncaknya di Gua Musang esok.

Di sana, mereka akan menganjurkan majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan dan penerangan berkenaan royalti kepada masyarakat Gua Musang.

Pada malamnya akan diadakan sesi perdengaran dua hala antara NGO Royalti dengan rakyat Gua Musang bagi menyampaikan maklumat dan mendengar apa yang rakyat mahukan sekiranya royalti dan gas diberikan kepada Negeri Kelantan.~ Harakahdaily

FGVH: Fahami tawaran Pakatan, bukan andaian

a


Oleh:Khairil Abdul Rahim,
Wartawan yang mahu menulis tentang isu-isu berkaitan Felda termasuk penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding FGVH) diminta memahami isu tersebut betul-betul, bukan sekadar merujuknya daripada sumber sebelah pihak bagi tulisan yang ‘mengampu’.
Ini penting kerana jika isu yang dibicarakan sekadar ‘menggula-gulakan’ pembaca, persoalan sebenarnya yang melingkari peneroka dan perlukan penyelesaian tidak akan terungkai.

Semalam (Khamis) sebuah rencana dalam akhbar Berita Harian bertajuk ‘Isu FGV: Waspada gula-gula pembangkang’ yang ditulis sendiri oleh Ketua Biro Negeri Pahang akhbar berkenaan, menunjukkan beliau sendiri tidak faham dengan isu yang dibangkit oleh Pakatan Rakyat dan Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Jusoh Darus berkata, ketika Timbalan Menteri Hal Ehwal Felda Datuk Ahmad Maslan berhujah di parlimen satu ketika dulu berhubung penyenaraian saham FGVH, beliau memberitahu bahawa tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup peneroka.

Atas alasan tersebut, peneroka sepatutnya diberikan keutamaan dalam agihan saham. Namun apa yang terjadi selepas penyenaraian tersebut 28 Jun lalu ialah seramai 112,635 warga peneroka hanya mendapat 5% saham iaitu masing-masing 800 unit. Itupun dengan hutang melalui beberapa buah bank. Bakinya dijual kepada bukan peneroka dan pelabur-pelabur luar negeri.

Jadi setelah ‘bagaikan langit nak runtuh’ dengan pelbagai janji yang muluk-muluk kononnya peneroka akan mengalami tranformasi besar dalam kehidupan baru mereka apabila saham kedua terbesar selepas Facebook itu disenaraikan, rupa-rupanya hanya itulah yang mereka dapat.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan beberapa kroni lain yang bukan dari komuniti peneroka dapat berapa? 180,000 unit! Jadi berbalik kepada ucapan Ahmad Maslan di parlimen tadi, inikah maksud beliau peneroka akan dapat manfaat besar?

Sudahlah peneroka yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas itu dipaksa berhutang, apa pula yang mereka tahu tentang bermain saham? Malah hasil pinjaman peneroka bukannya mereka yang untung tetapi bank, peguam dan broker.

“Inilah yang Pakatan dan  GSF perjuangkan sekarang,” kata Jusoh.

Takdirnya saham terus menjunam dan peneroka tidak mampu membayar balik hutang bank, apa yang akan terjadi? Oleh itu jangan diperkecilkan jika peneroka berasa bimbang dengan tergadainya tanah ladang 10 ekar dan tapak rumah kerana jumlah hutang bank tidak pernah dinyatakan.

“Jadi apabila penulis artikel tersebut mengatakan Pakatan menimbulkan keraguan mengenai niat murni kerajaan, itu tak betul sedangkan apa yang kita beritahu tidak mahu komuniti peneroka menjadi ibarat ayam terlepas tangan bau tahi”.

Apa yang tidak disebut dalam artikel berkenaan ialah untuk mengapungkan saham FGVH itu, kerajaan-kerajaan negeri terpaksa mencagarkan Tanah Rizab Melayu seluas 36,000 ekar. Bagaimana sekiranya takdirnya pemilikan saham bertukar tangan kepada pelabur asing?

Kenapa ini tidak diulas langsung oleh penulis artikel berkenaan?

“Satu lagi, Felda sudah jauh tersasar daripada matlamat asal penubuhannya. Semasa penubuhannya dulu ialah fungsinya ialah ‘land for the landless’ iaitu penduduk kampung yang tidak memiliki tanah diberi peluang menjadi warga Felda.

“Tetapi bermula pada era Tun Dr Mahathir iaitu melalui dasar penswastaan matlamat Felda telah berubah menjadi korporat sehingga tanah yang sepatutnya menjadi ‘land for the landless’ telah diubah kepada Felda Plantation.

“Sebab itu apa yang Pakatan Rakyat tawarkan jika diberi peluang memerintah ialah membuka lebih besar ladang Felda kepada warga negara Malaysia dan tidak statik kepada jumlah 112,635 peneroka sahaja,” katanya.

Dasar Pakatan mengisi peneroka Felda ini juga sebenarnya menguntungkan orang Melayu sendiri dari segi jangka panjang kerana pertambahan peneroka Felda di penempatan-penempatan baru sekali gus akan menambahkan pula parlimen dan Dun Melayu.

Artikel tersebut juga jelas memetik daripada sumber yang salah apabila mengatakan  “Selain itu, pelbagai taktik digunakan pembangkang untuk mendorong generasi kedua FELDA memihak kepada mereka seperti isu pemberian tanah seluas 2.02 hektar (lima ekar) secara percuma kepada golongan itu seandainya berjaya memenangi pilihan raya umum nanti.”

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, berkata barangkali penulis tersebut tidak penahpun menatap Buku Jingga yang mengandungi tawaran Pakatan Rakyat, jika dinilai daripada tulisannya.

Sebenarnya tawaran tanah Felda Plantation ialah kepada golongan iaitu buruh atau peserta Felda Plantation, generasi kedua dan ketiga Felda yang berkelamin dan memenuhi kriteria seperti tiada tanah, bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah oleh Kerajaan (janji yang tidak dilunaskan),  kakitangan Am Rendah Felda dan anak tempatan yang mendiami kawasan berhampiran Felda Plantation.

Jadi tekaan penulis bahawa jika janji memberi tanah ini kepada generasi kedua Felda dilunaskan Pakatan terpaksa menyediakan tanah seluas 1,139,544 juta hektar tanah bersamaan 11,395.56 kilometer persegi (kerana lojik beliau setiap 112,635 peneroka mempunyai lima orang anak, bermakna terdapat 563,175 generasi kedua iaitu 5 x 112,645) itu langsung tersasar kerana berdasarkan lojik penulis semata-mata.

Tanah hanya diberikan kepada yang betul-betul memerlukan. Adakah anak peneroka yang sudah berjaya seperti Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Syabas) Tan Sri Rozali Ismail (anak peneroka Felda Gedangsa, Hulu Selangor) dan selebriti terkenal Che Wan (anak peneroka Sungai Koyan, Raub) masih perlukan tanah Felda Plantation?

Sebab itu kita katakan penulis hanya menulis berdasarkan lojik dan andaiannya sendiri semata-mata tanpa merujuk kepada sumber sebenar.

“Dengan demikian Anak Pahang bersedia pada bila-bila masa memberikan penerangan terperinci sekiranya penulis berkenaan benar-benar mahu faham tentang isu-isu peneroka. Atau jika merasakan diri sudah begitu pandai, masuklah politik!

“Lagi satu, tidak wajar melabelkan tawaran dan manifesto Pakatan sebagai ‘jarum’ dan ‘gula-gula’ seperti disebutkan dalam artikel berkenaan kerana ia merupakan janji dan komitmen Pakatan apabila berjaya Ke Putrajaya”, katanya.~Harakahdaily

Rabu, 25 Julai 2012

Presiden Korea Selatan Minta Maaf ..M'sia ada buat Iktibar?




SEOUL - Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak semalam memohon maaf kepada rakyatnya berhubung kes rasuah melibatkan abang kandung dan beberapa penasihat kanannya.

"Saya menundukkan kepala dan memohon maaf kerana membuatkan rakyat bimbang berhubung insiden ini," kata Myung-Bak dalam satu kenyataan ringkas yang dibaca di depan kamera televisyen.
"Saya sedih kerana perkara dikesali ini berlaku dalam kalangan mereka yang rapat dengan saya," tambahnya.

Insiden itu dilihat menggugat kewibawaan partinya yang memerintah Korea Selatan sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada Disember depan. Abang Myung-bak, Lee Sang-Deuk ditangkap dan ditahan pada awal bulan ini sementara menunggu perbicaraan kes rasuah berkenaan.

Pendakwa raya menyatakan, bekas wakil rakyat berusia 76 tahun itu menerima suapan 600 juta won (RM1.67 juta) daripada pengerusi dua buah bank bermasalah antara 2007 hingga 2011 sebagai balasan untuk membantu mereka mengelakkan proses audit dan terlepas daripada hukuman.

Skandal itu adalah kes rasuah terbaharu melibatkan mereka yang rapat dengan Myung-bak.
Penggal Presiden Korea Selatan itu akan berakhir pada Februari 2013. - AFP

Selasa, 24 Julai 2012

Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan


  • Ahmad Fadli KC
 
Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

NONEPeratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.
Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais
Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

toyota car manufacturer loss of sales report 221208 03"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.
Berita dari ~ sini

Isnin, 23 Julai 2012

Tips Puasa Unt Pemain Bola Sepak Pula..



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

KALI ini saya akan persembahkan tips puasa Ramadhan untuk ahi sukan atau pemain bola sepak pula. Di bulan puasa ini, seorang pemain bola sepak yang sedang bertanding pasti akan merasa bimbang, antara profesyennya atau niat puasa semata-mata hanya untuk menegakan ajaran Allah SWT. Terutama atlet bola sepak kini sedang bertarung di beberapa liga top Eropah yang memiliki penduduk non-muslim.

Banyak klab-klab secara terang-terangan melarang pemainnya menjalankan ibadah puasa hanya takut pemainnya kekurangan tenaga dan lemah fizikalnya kerana sedang berpuasa semasa latihan mahupun bertanding.  Namun begitu, banyak juga pemain secara sembunyi-sembunyi tetap menegakan ajaran Allah tersebut meski didera dengan cubaan sangat berat.

Ada juga yang tidak berpuasa semasa bertanding atau berlatih dan akan gantikan puasa itu pada waktu yang lain. Subhanallah! Di era moden ini semakin ramai pemain Muslim Eropah bangga beridentiti Islam dan terus berpuasa meski di tengah-tengah orang non-muslim yang kurang mengerti apa itu Islam sebenarnya. Siapa mereka yang hebat itu? Antaranya..

1. Samir Nasri

Pemain kebangsaan Prancis ini sekarang membela Manchester City Klub asal Kota Manchester tersebut berjaya meraih trofi Premier League pada musm kemarin. Dia adalah pemain yang merupakan keturunan Aljazair dan tentunya dia adalah seorang Muslim. Di interview semasa klubnya City berjaya menjuarai Liga Inggeris 2011/2012, Nasri secara yakin dan penuh rasa syukur mengucapkan kalimat takbir, “Allahu Akbar“. 

Kalimat yang ia ucapkan itupun membuat warga Muslim di Eropah yang sedang menyaksikan pertandingan terkahir City merasa bangga kerana Nasri masih menyedari bahawa dirinya adalah seorang Muslim.

2. Rami Shaaban
Mungkin hanya sedikit orang yang mengenal dengan pemain ini. Ia merupakan kiper dari Swedia yang juga pernah membela Arsenal dan West Ham United di Liga Inggeris. Dia merasa bangga menjadi seorang Muslim. Di luar lapangan, dia tidak lupa untuk senantiasa membaca dan mengkaji Al Qur’an. 


Secara terang-terangan, dia pernah megeluarkan pernyataan bahawa Al Qur’an ia jadikan sebagai panduan hidupnya yang berkarya di Bola Sepak Eropah. Selain itu, ia juga mengaku selalu membaca ayat-ayat Al Qur’an baik sebelum pertandingan mahupun masa sedang bertanding.

3. Kolo Toure

Mengawali karyanya bersama klub ASEC Mimosas. Kolo Toure mungkin merupakan salah satu Muslim yang selalu bersyukur atas kejayaannya membawa klub Manchester City menjuarai Liga Premier Inggeris di musim 2011/2012. Mantan pemain Arsenal tersebut mengaku kejayaan diraihnya bersama City adalah berkah dari doan yang selalu dipanjatkan kapada Allah SWT. Satu hal yang membuat pemain ini terbilang istimewa adalah ia adalah seorang guru mengaji di London semasa dirinya masih memakai seragam Arsenal.

4. Franck Ribery

Franck Bilal Ribery (nama Islam) atau biasa kita kenal dengan sebutan Franck Ribery ini adalah seorang muallaf berkebangsaan Perancis. Dia memeluk Islam semasa berkahwin seorang perempuan keturunan Maroko yang sudah menjadi seorang Muslimah. Beliau sedar bermain di Eropah yang majoriti non-muslim adalah sebuah cubaan berat. Namun dengan niat yang baik, ia mengaku Islam hanya akan membuatnya menjadi lebih kuat baik semasa bermain di lapangan mahupun di luar lapangan. Islam telah membuat bidangnya semakin bersinar dan kerana itulah dia selalu taat untuk menjalankan ibadah wajibnya sebagai seorang Muslim.

5. Nicolas Anelka
Anelka merupakan seorang muallaf. Masa ini dia bermain di Liga China. Dia memeluk agama Islam saat dirinya bermain di Fenerbahce dan juga memiliki nama Abdul-Salam Bilal. Saat masih bermain di Chelsea, ia mengaku tetap menjalankan ibadah puasa. Meskipun banyak godaan, ia tetap berpuasa selama 30 hari penuh. Ia sempat kecewa dengan pelatihnya di Chelsea kala itu. 


Lepas latihan, pemain Chelsea diharapkan untuk makan bersama dan perlu berada di dalam meja makan. Padahal Anelka dalam berpuasa, ia hanya melihat dan menahan nafsunya untuk makan saat rakan-rakan di klubnya menikmati hidangan makanan. ”Islam adalah sumber kekuatan saya di dalam mahupun di luar padang. Saya menjalani tugas berat. Saya kemudian tetap hati untuk menemukan kedamaian. Dan akhirnya saya menemukan Islam”, ucap Kanaoute dalam majalah Match dari Perancis.

6. Ibrahim Afellay
Pemain muda milik FC Barcelona ini adalah seorang pemain Muslim yang pernah mendapatkan gelar ”Moslim van het jaar” atau muslim  tauladan di Belanda. Ia dulu pernah sedikit dikecewakan rakannya di klub, Cesc Fabregas. Hal itu terjadi kerana beradarnya isu rasisme yang dilakukan oleh Fabregas kepada Frederic Kanaoute yang merupakan seorang Muslim masa Barcelona menghadapi Sevilla di Liga Spanyol.

7. Momo Sissoko

Mohamed Lamine “Momo” Sissoko Gillan, begitulah nama panjang dari seorang Momo Sissoko yang lahir di Perancis namun lebih memilih membela negara Mali. Berposisi sebagai gelandang bertahan, Sissoko adalah salah satu bintang bola sepak Mali yang berjaya di Liga-liga Eropah. Mantan pemain Liverpool tersebut adalah pemain yang tetap menjalankan ibadah puasa di tengah kompetisyen sedang berlangsung. Menurutnya, dengan berpuasa dia lebih memiliki kekuatan dari dalam diri sendiri.

8. Sulley Muntari

Pemain yang sekarang telah dikontrak AC Milan secara tetap ini memiliki nama lengkap Alfred Salomon “Ali Sulley” Muntari. Dia adalah salah satu pemain Muslim yang sekarang di kompetisi Seria A. Saat masih membela Inte Milan, Muntari tetap menjalankan ibadah puasa. Sempat mendapat kritikan, namun dirinya sudah membuktikan dengan berpuasa ia lebih merasa kuat dan bermain cemerlang. 



Saat dia mencetak gol, tidak jarang ia selalu bersujud sebagai rasa syukurnya atas karunia Allah SWT. Selain itu, ia juga selalu membuat huruf  ”C”. Ada yang menilai itu adalah inisiatif dari kekasihnya, namun banyak juga yang menganggap itu merupakan simbol bulan sabit yang merupakan simbol Islam.

9. Robin van Persie
Siapa yang tidak mengenali pemain satu ini. Pemain muallaf dari Belanda ini adalah sosok pemain yang luar biasa dan patut dibanggakan oleh umat Muslim. Banyak beredar isu yang menyebutkan bahawa meskipun ia menikahi seorang Muslimah, ia tidak masuk Islam. 

Masa beliau diwawancarai oleh media Inggeris, ia berkata “Itu tidak benar. Saya bukan seorang Muslim, bukan pula seorang Kristen, dan bukan juga seorang Yahudi.  Saya telah dibesarkan secara bebas. Jika kamu ingin menjadi seorang Muslim, itu harus datang dari hati”.

Oleh kerana itu, mungkin sampai kini dirinya belum siap untuk sepenuhnya masuk Islam. Ia tidak ingin masuk Islam, hanya kerana berkahwin dengan seorang Muslimah. Meski begitu, banyak orang yang menilai perkataan itu hanyalah sekedar menutup-nutupi diri, yang sebenarnya memang seorang muallaf. Ada yang beranggapan itu salah satu tindakan RvP agar tidak ada diskriminasi terhadap dirinya. 

Selain itu ada juga yang berpendapat, ia tidak masuk Islam, kerana ia masih dalam tahap belajar dan jika sudah siap ia akan menjadi seorang muallaf. Dan benar atau tidaknya hanya waktu yang dapat menjawab!

10. Demba Ba
Sebelum tampil di Liga Inggeris bersama Newcastle United. Pemain berkebangsaan Senegal ini memang belum banyak yang mengenalnya. Namun saat dirinya bergabung dengan Newcastle pada Jun 2011 namanya seakan dikenal oleh para pecinta bola sepak, khsusnya di Inggeris Apalagi dirinya adalah seorang Muslim yang taat dan bangga selalu bersujud syukur atas kejayaan mencetak gol.

11. Pappise Cisse

Sama seperti Demba Ba, pemain yang bernama lengkap Papiss Demba Cisse ini meruapakan Muslim yang taat dan membela klub Newcastle United. Ia juga berkebangsaan Senegal dan memiliki rekor jumlah gol terbanyak sebagai pemain yang berasal dari Afrika. Bersama Demba Ba, Cisse selalu bersujud syukur atas karunia Allah SWT masa dirinya merobek gawang lawan. Di Liga Inggeris, Cisse sekarang menjadi idola baru sekaligus pamain Muslim yang sangat disegani juga ditakuti oleh lawan-lawannya.

12. Hatem ben Arfa

Tidak jauh beda dengan Demba Ba dan juga Pappise Cisse, mantan pemain Lyon dan Marseille ini juga seorang Muslim yang sekarang bermain untuk Newcastle United. Nama Ben Arfa seakan memecut melalui  skill bolanya yang luar biasa dan menjadi pemain yang sukar dihentikan lawan-lawannya. Bersama ke dua kawan Muslimnya Demba Ba dan Cisse, ia membawa Newcastle berjaya berada di posisi lima klasemen akhir Liga Premier Inggeris musim kemarin. 



Mungkin ini adalah kata-kata dari Ben Arfa yang saya kutip dari Republika Online (ROL), siapa tahu dapat menginspirasi anda. “Saya percaya pada Tuhan (Allah SWT). Tapi saya tidak menunjukkannya. Ini adalah sesuatu dari hati, sesuatu yang intim antara aku dan diriku. Saya percaya pada Allah SWT, Allah Always In My Heart!”.

13. THE SPECIAL !! Frederic Kanoute
Siapa yang tidak megenal pemain Muslim yang taat ini ? Frederic Kanoute mungkin adalah satu-satunya pemain yang paling berani membela agama Islam di Eropa. Saat masih bermain di Sevilla, secara tegas ia menolak untuk memakai seragam klub tersebut yang pada waktu itu disponsori oleh rumah judi. Pada suatu pertandingan ia pernah menutupi sponsor rumah judi tersebut dengan plester warna hitam sebagai wujud protes kepada klubnya yang masih disponsori oleh rumah judi.

Masjid di Sevilla yang meruapakan masjid sewaan, dikhabarkan telah dibelinya seharga USD 700 ribu. Masjid itu merupakan satu-satunya masjid yang menjadi tempat ibadah kaum Muslim di wilayah tersebut.

Bukan hanya itu, kawan pembaca mungkin masih ingat semasa dirinya mencetak gol. Ia membuka kostum yang bertuliskan Palestin dan menentang penajajahan yang dialami oleh warga Palestin. Hal itu memang membuat orang Eropah kaget dan secara mengejutkan, dia mendapat hukuman dari pihak penyelenggara Liga Spanyol. Syabas!
Kanoute juga tidak pernah sungkan untuk melaksanakan solat lima waktu dimanapun dan dalam kondisi apapun. Tidak jarang dia menyempatkan diri slat masa pertandingan memasuki turun minum. Di ruang ganti yang notabene diisi oleh para pemain yang non-muslim, dirinya tetap menjalankan ibadah wajibnya tersebut.
Subhanallah!

Akhirnya...

Sebenarnya masih banyak lagi pemain-pemain Muslim yang sedang bersinar di tanah Eropah dan sedang kesulitan untuk menegekan ajaran agama Islam di wilayah yang majoriti non-muslim. Semoga tulisan ini bermanfaat, terutama kepada atlet-atlet sukan Malaysia di bulan Ramadhan ini. Kementerian belia dan sukan di negara ini perlu buat perinciaan untuk menauladani ruh Islam pejuang-pejuang bola sepak yang baru atau lama  masuk Islam di Eropah.
Petikan dari ~ sini