Khamis, 30 Ogos 2012

Kes WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar


  • Salhan K Ahmad
 

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

NONESehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.
"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. 
Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.
Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.
"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.
ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.  Petikan dari: MK

P/S: Suka buat fitnah ini jadinya.

Rabu, 29 Ogos 2012

Felda ambil alih hutang peneroka beli saham


5:37PM Ogos 29 2012  
 
Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu
lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.
  
NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (kiri) berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik  pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.
  
"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari  ini.
  
Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.
  
Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.
  
Beliau berkata dengan itu, pihak peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu, sekaligus merugikan sekiranya harga saham  pada masa itu rendah.
  
Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka,"  katanya.
  
Sementara itu Ahmad turut menafikan tuduhan pihak pembangkang bahawa pemilikan peneroka terhadap saham FGV terlalu sedikit, malah Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham itu 39.5 peratus.
  
Beliau berkata 17 peratus saham itu adalah milik Felda, dan 22.5 peratus lagi milik peneroka iaitu 2.5 peratus daripada pemilikan 800 unit saham dan 20 peratus tabung amanah.
  
Saham itu juga turut dimiliki syarikat atau organisasi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7 peratus, Tabung Haji 7 peratus dan kerajaan Sabah serta Pahang masing-masing 5 peratus, sekaligus menafikan dakwaan bahawa  saham itu banyak dimiliki oleh syarikat asing, katanya.

- Bernama

Apa masalahnya DAP tanding di 90 kerusi parlimen?


Aku tahu ramai orang tatau. So sekarang aku nak bagitau satu rahsia. Sebenarnya aku bakal bertanding di 100 kerusi bakal dan akan memenangi kesemua kerusi2 tersebut. Tak caya korang tunggu dan lihat oke.

kah kah kah


Gini. Dalam akhbar utusan terbitan hari neh ada bagitau bahawa 90 akan bertanding dalam 90 kerusi. Siap letak tanda soal. Which mean dia tak pasti lah benda tue betul ke auta ke apa. Sebab tue dia letak tanda soal dan bukan tanda noktah. Lepas tue yang buat aku rasa sedikit kelakar mengenai artikel tersebut ialah utusan secara tidak langsung telah membayangkan bahawa ;

1. DAP confirm menang ke atas kesemua 90 kerusi parlimen yang dorang bakal tandingi.

2. PR memang confirm akan menang besar dalam pru - 13 seterusnya dap akan berkuasa.
Taktau lah samada utusan memang tak yakin bahawa bn boleh menang besar ataupun memang dia tak faham apa sendiri yang dia tulis tetapi satu benda yang aku pasti ikut cara mana pun dia menulis, bn juga yang kena sindir akhirnya. Itu satu bab. Sekarang kita cakap pasal pecahan parlimen pula. Logik ke dap tanding 90 kerusi?

Kalau tanya pada aku memang logik. Usah kata dap, bahkan pkr dan pas juga logik bertanding lebih dari 90 kerusi parlimen. Tetapi masalah sekarang bukan isu logik tetapi isu fakta. Jika dap bertanding di 90 kerusi parlimen maka ini bermaknanya berlakunya pertidihan calon di satu2 kawasan. Jika bukan pertidihan calon, korang fikir ada penambahan kerusi parlimen ka?

Ini kerana PAS telah menyatakan hasrat bertanding di 80 kerusi dan PKR juga menyatakan akan bertanding lebih kurang di 86 kerusi. Jika dap 90 maka ;

90 dap 
80 pas
86 pkr

= 256 kerusi. Kenapa ada lebihan sebanyak 34 kerusi parlimen? Untuk rekod, pkr telah meletakkan calon di 97 kerusi parlimen pada pru-12 yang lepas. Dap meletakkan 47 calon di kerusi parlimen. 

Dari 47 calon tersebut dap menang 28 kerusi. Dan dari 28 kerusi tersebut tiada satu pun kerusi yang dap menang bergaya melebihi 20% majoriti undi. Tetapi pas ada 6 kerusi menang bergaya melebihi 20% majoriti. 

Pada pru-12, dap bukan berada di kedudukan yang terbaik. Kedudukan terbaik ialah pkr. Dengan hanya 1 kerusi pada pru 2004, mereka dapat 31 kerusi pada pru 2008 sebelum beberapa ekor mangkok ayon melompat. Ini bermaksud PKR telah mengubah senario politik di malaysia, bukan dap dan bukan pula pas. Atau lebih tepat kita cakap Anwar Ibrahim.

Ini fakta yang utusan cuba mislead. Sebenarnya apa yang berlaku dari 2008 hingga ke prk 2011 ialah undi kaum melayu dan india berbelah bagi. Namun undi kaum cina konsisten. Sebab itu dap dilihat menonjol namun bukanlah berada di prestasi yang terbaik. Ia hanya nampak terbaik sebab itu yang umno nak korang nampak.

Apakah korang fikir 

Contoh ;

Kawasan A.

Wakil yang bertanding ; BN, DAP dan PAS.

Agak2 korang nak ke PR buat begini? Sedangkan dap dan pas sekarang dalam side yang sama? Buat apa dorang nak pecahkan undi ?  

Berapakah jumlah kerusi parlimen di malaysia? = 222 kerusi. Namun di dewan sekarang 221. Kerusi dr.lolo kosong selepas arwah meninggalkan kita tak berapa lama dulu. Dan semata2 di semenanjung jek, kita ada 97 kerusi parlimen.


Mengikut pecahan kerusi ikut parti pula ;

Umno paling selesa dengan 78 kerusi. MIC dan MCA berada di kedudukan terburuk mereka. Tetapi ini bukan kedudukan terburuk umno walaupun ini memang kedudukan yang teruk bagi bn. Namun kedudukan ini tidak akan bertahan lama. So memang patut pun korang bimbang wokey?

kah kah kah

Habis bab kedua. Kita cakap pasal bab ketiga. Utusan petik info dari blog suarapakatanrakyat.org . Lihat printscreen kat bawah neh ;


Sebenarnya tak salah dia nak petik info kat mana2 pun. Akhbar dia, dia punya pasal larh. Maklumat sahih ke tak sahih pun dia punya pasal larh juga. Kalau kena saman sendiri tanggung. 

Tapi yang salah ialah menganggap info tersebut direct dari sumber dalaman pr. Ini tak betul. Suarapakatanrakyat tue dah lama kita war2kan blog yang bukan mewakili pakatan pun. Tapi tak sangka ramai gak yang terkena dan percaya info2 dalam tue mewakili pr padahal takde kena mengena langsung. Siap p sebarkan dan kali neh siap masuk paper pula.

Orang2 yang baca utusan, mungkin ada di antara mereka yang memilih owhh takmo percaya arh utusan, utusan suka cakap tipu. Takan suarapakatanrakyat cakap begitu. Itukan blog pr. Then bila mereka check internet ehh sahih la ada blog suarapakatanrakyat. Betul ka pr yang sahkan info tersebut? Betul ke dap akan mendominasi dalam pr sekaligus memperdayakan pkr dan pas?

Cuba fikir apa kesan dan impaknya disitu? Kita yang selalu main internet takdak hal. Sebab dah tahu benda betul. Tapi mereka yang jarang main internet dan hanya check internet utk perkara2 yang perlu jek macam mana? Tidak kah mereka akan terpedaya dan akhirnya menyampaikan isu tersebut dari mulut ke mulut?

Bukan sekali dua aku cakap pergilah pemimpin pr buat satu kenyataan rasmi bagitau suarapakatanrakyat tue takde kaitan dengan pr. Buatlah satu statement rasmi. Orang mahu tahu. Setakat mana blog aku boleh cover? Setakat mana kbsb boleh cover? Kita ada ramai pengguna internet. Insya-Allah apa yang kami tak boleh cover, portal berita macam malaysiakini dan themalaysianinsider boleh cover. Dan akhirnya ramai orang akan alert bahawa suarapakatanrakyat tue bukan blog pr. 

Ini tidak, setiap kali pun ada orang inbox, meenoo betul ke ini pr yang cakap. Blalablana.. then kena explain. Taklah der.. bukan ada kaitan dengan pr pun. Itu buat yang sudi tanya. Sudi amek tahu. Sudi cari kebenaran. Buat yang tak sudi tanya? Yang tak sudi cari kebenaran dan tak sudi amek tahu? Macam mana dengan persepsi dorang?

Sekurang2nya bila aku datang kepada ko, aku terus terang di sini dimanakah garisan yang aku pijak. Berbanding dengan suarapakatanrakyat. Mereka tak terus terang dan mereka memanipulasi. Tak caya? Meh tengok bawah neh sendiri oke ;


Member siap bersumpah tue der. Tak boleh blah betul. Sebenarnya kita nak tulis or rasa apa pun kita punya pasal larh. Cam aku. Ini amenoworld punya pasal larh. Tapi apa yang tak betul kat blog suarapakatanrakyat neh ialah NAMA blog itu sendiri.

Dia pakai nama blog SUARA PAKATAN RAKYAT seolah2 dia adalah SUARA rasmi dari PAKATAN RAKYAT walhal dia bukan ada kaitan dengan media pakatan rakyat pun. Cuba terus terang jek cam amenoworld, cam tpu, cam aduka, cam lain2 blogger. Guna nama sendiri. Nak kutuk ka nak puji ka apa ka at least orang boleh faham oooowhh ini pemikiran blogger SENDIRI bukan ada kaitan dengan pemikiran pemimpin.

Ini ko guna nama suarapakatanrakyat lepas tue ko letak info palsu, siap bersumpah bagai macam ko ada kaitan dengan pr padahal takde langsung. Ini yang membuatkan orang jadi hangin. Papa gomo pun tak bebal cam ko. Dia pun terus terang jek pakai nama dia. Dia neh lebih teruk dari papa gomo. WTF!
Petikan dari: Ameno World

Mahathir Vs Musa Hitam

 

Kini Mahathir terpaksa berhadapan dengan seorang lagi bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, buat kawan-kawan yang belum baca, jom baca sikit coretan dari Khalid Samad bila dia bersembang dengan Tun Musa Hitam mengenai mahathir, pilihanraya dan undinya.

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya.

Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu.

Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”.

Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!”

Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia - KHALID SAMAD

Petikan dari: Tukang Lawan

Rabu, Ogos 29, 2012

PENEROKA DAPAT PENGARAH BESAR FELDA BARU ?


TERKINI...DATO DZUL, PENGARAH BESAR FELDA DI TUKAR
28/8/2012
Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Felda pagi ini telah membuat keputusan penukaran Dato' Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.
Beliau akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa 1 September ini.
Dato Dzul akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome Itali.
Faizoull adalah orang kepercayaan Isa Samad, hanya berjawatan gred N54 dan beliau terpilih mengantikan Dato' Dzulkifli Abd Wahab walau pun sepatutnya beliau (Faizoul) ke gred Jusa C dahulu sebelum naik ke gred Turus 3.

Mazlan Aliman telah memberi kata dua kepada Faizoul dalam facebooknya bahawa beliau (Faizoul)
adalah pegawai yang korup dan banyak maklumat mengenai beliau…. mengapa orang seperti ini diambil oleh Isa Samad.

Isa akan maklumkan perlantikan ini pada PM. Jika PM ikut kehendak Isa, satu lagi tragedi hitam tercatat. CEO yang baik dan berdedikasi diganti dengan calon korup!

Tunggu, saya akan dedah dalam Sidang Media 30 ogos ini jam 2.30 petang di Pejabat Agong PAS KL. Kata Mazlan Aliman dalam facebooknya..
Petikan dari: Gaya Peneroka.

Rabu, 15 Ogos 2012

Dapat RM2 juta keluarkan fatwa haram undi DAP



MINGGU lepas, pada 8 Ogos 2012, seorang pengasas pondok Geting, Abdullah Sa'amah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam mengundi DAP.

Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.



Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta.



ReJaM© "Jual beli fatwa lebih untung daripada jual unta... "

Sumber: MiloSuam

Selasa, 14 Ogos 2012

Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?


Seksyen 114A adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.

Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu? 
Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya.

Mudah begitu. Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah.

Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘.

Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.

Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum 

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal.

Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.
Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang.

Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

 Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil.

Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.

Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik.

Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A? 

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012.

Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya.

Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya.

Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka. Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku… 

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

 Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas.

Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah.

Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah.

Di mana lagi kami semua nak lepak minum teh tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma? Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya.

Ini pemerintah jenis apa ini?

Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang.

Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas. Ini halal pula?

Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu?

Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.

Roketkini...Petikan dari: ASD

Ahad, 12 Ogos 2012

Kes Timbermine: Minta Rakyat K'tan Solat Syukur -N/Aziz

Oleh
Nik Abdul Aziz Nik Mat
MB Kelantan.



Bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim ayat 7).
PADA hari Isnin, 3 Ramadhan (23 Julai 2012) Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta oleh syarikat Timbermine Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Penghakiman itu dibuat berikutan pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah mengemukakan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu, 30 Disember 2009.


Berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu, Kerajaan Negeri diarah RM800 juta kepada Timbermine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Saya pernah mengulas perkara ini semasa kuliah Jumaat di Medan Ilmu (1 Januari 2010) kerana saya agak terkilan dengan apa yang berlaku. Ini kerana kes saman tersebut adalah kerja orang lain, kerja kerajaan BN dulu. Kerana orang lain buang sampah, kita kena sapu. Inilah penyakit bila kita beri tugas jaga negeri kepada orang yang tidak pandai.

Mengenang kepada cerita di sebalik kes saman Timbermine ini, memanglah berlaku perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan syarikat ini tahun 1964. Tetapi ketika kerajaan campuran tahun 1975, ia dibatalkan kerana campurtangan pihak tertentu yang bukan daripada PAS. Justeru Kerajaan Negeri selepas itu (sekitar 1977) mengalami darurat, maka PAS dituduh menjual negeri kepada pihak Singapura.

Namun, selepas itu BN yang mendapat kuasa dari rakyat, mereka gagal menyelesaikan isu itu secara baik hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman pada tahun 2004. Sedangkan, timbul cerita ketika itu tuduh PAS yang gadai tanah balak kepada tauke Singapura, iaitu Timbermine dan pihak BN tuduh kata nak tebus balik jika undi BN, kalau tak undi akan digadai selamanya.

Ayat kempen puak BN ketika itu telah masuk dalam kepala rakyat. Sebab itulah BN dapat undi dan menang tahun 1978. Kita sangka bila menang, BN sudah tebus balik. Namun apa yang berlaku kita Kerajaan sekarang ini kena saman RM800 juta. Ia suatu penipuan kepada rakyat Kelantan.

Bersyukurlah, kerana tergerak hati kita untuk rayu. Maka Kerajaan Negeri telah merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu tersebut.  Justeru saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, Dato’ Sulaiman Abdullah yang arif menghujah bagi mengenepikan saman. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, saya mohon seluruh rakyat Kelantan dapat menunaikan solat sunat syukur dua rakaat bagi menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mudah-mudahan dalam semangat Ramadhan yang mulia ini, kita semua ditambah nikmat dan keredhaan-Nya jua.
Allahu Akbar. (IH)

Parti-parti politik Sabah ‘seperti mati’ selepas era Dr Mahathir



Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Parti-parti politik di Sabah seperti “sudah mati” selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menjadi perdana menteri dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin ke negeri itu, kata timbalan pengerusi Parti Perubahan Negeri (Star), Daniel John Jimbun.
Beliau mendakwa projek IC Dr Mahathir telah menyebabkan ramai warga asing menjadi pengundi dalam pilihan raya dan kepentingan penduduk asal tidak lagi diambil kira.

“Kenyataan Dr Mahathir pada hari Rabu yang lalu tentang warga asing yang sudah tinggal di Sabah harus mendapat kewarganegaraan sangat membahayakan, dan Star mencabar parti-parti komponen BN di Sabah supaya keluar agar dapat membela warga tempatan,” katanya lagi.
“BN Sabah tidak seharusnya mempertahankan kenyataan Dr Mahathir, kerana kenyataan ini mendahului
Suruhanjaya Di Raja (RCI)  mengenai isu ini,” kata Jimbun lagi.
Katanya, dalam tulisan blog terbaru, Dr Mahathir seolah-olah menghalalkan mereka untuk datang ke negeri Sabah dan seterusnya mengenepikan warga asal Sabah.
“Seharusnya kita mempunyai Perlembagaan yang baru untuk tahun 1963, tetapi sebaliknya

Perlembagaan yang digunakan adalah Perlembagaan Malaya yang kemudiannya ditukar menjadi Perlembagaan Malaysia.
“Tulisan beliau dalam blog menunjukkan beliau terlibat dalam Projek IC yang memberi MyKad kepada warga asing tanpa izin di Sabah,” kata Jimbun lagi.
Jimbun memberi contoh seperti Majid Kani yang dilahirkan di Tamil Nadu, dan tidak pernah tinggal di Sabah lebih dari sepuluh tahun mengikut perjanjian semasa Sabah menyertai Malaysia, namun diberikan
MyKad dan dibenarkan mengundi.

“Pendatang tanpa izin tidak seharusnya diberikan kewarganegaraan hanya kerana kebolehannya bercakap bahasa Malaysia, tetapi kewarganegaraan harus diberi jika dia hanya memasuki negara ini dengan sah dan bukan dari jalan belakang,” kata Jimbun lagi.
Jimbun bagaimanapun berkata, pendatang tanpa izin ini perlu diberi pengampunan dan dilayan dengan penuh kemanusiaan, seperti menghantar mereka pulang, atau hanya mengenakan denda sekurang-kurangnya RM300 seperti di tahun 1965 di Semenanjung Malaysia, dan nama mereka perlu dibuang dari senarai pemilih pilihan raya.

“Adalah lebih baik pengampunan ini dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 sejak banyak nama mereka berada dalam senarai pemilih, bahkan mereka ini ada yang bekerja dalam sektor kerajaan, termasuk di Jabatan Tanah dan memegang jawatan di jabatan-jabatan negeri dan persekutuan,” kata Jimbun lagi.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Misteri Altantuya: Siapa sebenarnya PI Bala?


  
Print Friendly

Pada mukasurat 4 dari dokumen 146, salah satu daripada 153 dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat kes kapalselam Scorpene, polis Perancis berkata,
“Dalam bab yang bertajuk “Rakan Niaga”, Didier Arnaud berkata, “Pada 1 Ogos 2000, kami menandatangani satu kontrak usahasama dengan Thomson International Asia memperincikan tanggungjawab masing-masing. Apa saja pun persepsi tentang perjanjian tersebut, yang pasti ianya perlu diwujudkan untuk memastikan kejayaan operasi tersebut. Pengurusan Perimekar telah berubah sepanjang tahun lalu , dimana Tan Sri Razali dan kumpulan Pintar telah disingkirkan, manakala Suhadi bin Sulaiman, Rosli Rahman dan BALA SUBRAMANIAM mengambil alih pengurusan Perimekar. Perimekar juga disokong oleh Ismail Noor yang menyingkirkan Jasbir Chahl.
Kalau kita masih ingat, Cynthia Gabriel dari SUARAM mendedahkan nama Jasbir Singh Chahl pada 16 Jun 2012 dalam laporan berikut..

“Jasbir Singh is a central figure in the negotiation and procurement process. He is the first person to be served with a subpoena,” said Suaram directo
A right hand man of defence analyst Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl, is the first Malaysian to be subpoenaed as a witness in the Scorpene case hearing currently underway in France.
Jasbir Singh is a central figure in the negotiation and procurement process. He is the first person to be served with a subpoena,” said Suaram director Cynthia Gabriel during Suaram’s Ops Scorpene fund raising dinner held at Petaling Jaya Civic Centre last night.
Gabriel claimed that Jasbir would be required to cooperate and reveal information on what had transpired in the Scorpene submarine deal that was purchased in 2002 via French submarine maker DCNS. (READ MORE HERE)
Jasbir Singh Chahl merupakan penggerak utama idea untuk membeli kapalselam pada tahun 1999 bila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Tun Daim Zainudin menjadi Menteri Kewangan dan Najib Razak sebagai Menteri Pertahanan. Polis Perancis telah menamakan ketiga-tiga nama diatas dalam laporan mereka kepada mahkamah Perancis.
Walaubagaimanapun, Jasbir telah disingkir tidak lama selepas itu. Dia kemudiannnya menyaman Perimekar dengan jumlah beberapa juta ringgit dan kes tersebut telah diselesaikan diluar mahkamah. Menurut laporan, dia dibayar sejumlah wang sebagai penyelesaian.
Diketika inilah, Abdul Razak Baginda muncul, selepas Jasbir disingkirkan.
Walaubagaimanapun, ada sesuatu misteri disini. Pertama sekali, Razak dikatakan mucul selepas Jasbir disingkirkan. Lantas, bagaimanakah Jasbir diktakan sebagai orang kanan Razak Baginda?.
Kedua, Jasbir marah terhadap syarikat Perimekar kerana disingkirkan dan menyaman syarikat. Syarikat kemudiannya menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah dengan membayar sejumlah wang, yang menunjukkan terdapat asas kukuh dakwaan Jasbir – bahawa dia adalah penggerak awal pembelian kapalselam ini.
Keseluruhan episod ini kelihatan tidak lebih dari  “pengambilalihan kuasa” syarikat. Dan pengambilalihan kuasa ini menjurus kepada tindakan mahkamah yang kemudiannya diselesaikan diluar mahkamah. Bagaimana yang dikatakan bahawa Jasbir adalah orang kanan Razak Baginda? Ada sesuatu yang tak kena disini.
Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah nama Abdul Razak Baginda tidak terdapat didalam senarai nama-nama “Team Perimekar” yang dilaporkan kepada polis Perancis. Walaubagaimanapun, terdapat nama PI Bala Subramaniam. Paling menarik, nama Bala subramaniam ditulis dengan huruf besar dan dibesarkan.
Mengapa nama Bala di’highlight” kan? Mengapakah polis Perancis cuba menarik perhatian mahkamah tentang nama Bala Subramaniam? Ini yang menarik.
Satu lagi perkara menarik ialah Didier Arnaud memberitahu polis Perancis bahawa Bala merupakan salah seorang daripada Team Perimekar sejak tahun 2000. Tapi pada tahun 2000, Altantuya Shariibu dan Razak Baginda belum lagi bertemu.
Mereka hanya bertemu buat kali pertama pada penghujung tahun 2004. Kemudian, pada tahun 2006, Razak mencuba untuk memutuskan hubungannya dengan Altantuya tetapi Altantuya tidak mahu. Dan kita menganggap, itulah kali pertama Razak bertemu Bala (pada tahun 2006) apabila Bala diperlukan untuk membantu masalah Razak dengan Altantuya.
So, Razak bertemu dengan Altantuya pada tahun 2004 dan ini adalah permulaan perhubungan mereka. Kemudian Razak bertemu Bala pada tahun 2006 apabila Bala diperlukan untuk “membantu” Razak menamatkan hubungannya dengan Altantuya. Tetapi Didier Arnaud telahpun berjumpa dengan Bala sebelum itu, iaitu pada tahun 2000 dan dia mengenalpasti Bala adalah salah seorang daripada Team Perimekar.
Ada sesuatu yang tak kena dengan cerita ini. Tapi apa yang tak kena? Apakah Didier berbohong kepada polis Perancis? Ataupun ada orang lain yang berbohong?
bersambung…
..
EXTRACT OF THE FRENCH NATIONAL POLICE REPORT TO THE COURT (document D146)
Cotes 51 à 54 : un compte rendu mensuel de avril 2001 de Didier ARNAUD (Kuala-Lumpur) dans lequel ce dernier informe sa hiérarchie (CASTELLAN, KURKDJIAN, FOUGERON, MENAYAS, FAURA…) de la situation avant le début des négociations : «Depuis A POU le début, il est clair que les quatre acteurs principaux sont : Le Premier Ministre (Tun Dr Mahathir Mohamad), le Ministre des Finances Tun Daim, le Ministre de la Défense Dato Sri Najib et le Chef d’Etat Major de la Marine. Les contacts avec les trois premiers sont efficaces à en juger par les résultats tangibles obtenus. La situation olitique, un certain nombre de rumeurs persistantes sur d’éventuels changements, militent pour une action rapide denotre part; notre partenaire PERIMEKAR insiste beaucoup sur ce point… les contacts avec la marine me semblent pouvoir être améliorés…une action dans ce sens va être menée auprès de PERIMEKAR. » Dans le chapitre intitulé « partenaires commerciaux » Monsieur Didier ARNAUD indique « Le ler aout 2000, nous avons signé un contrat de cooperationcommerciale avec THOMSON INTERNATIONAL ASIE qui définit nos responsabilités respectives. Quoi que l’on puisse penser de l’opportunité d’un tel accord, il me semble certain que tout doit être entrepris pour le succès de l’opération entamée… L’équipe PERIMEKAR a évolué depuis un an avec l’éviction de de Tan Sri razali et du groupe Pintar : Suhaidi bin sulariman, Rosli Rahman et BALA SUBRAMANIAM, la prise en main de PERIMEKAR par Ismail Noor a aussi accompagné la mise sur la touche de JASBIR CHAHL. L’articulation d’une partie du groupe Mafira, dato Jaffar principalement et de l’ancienne équipe Pakar Logistik : Dato Ramli et Captain Koh dans le groupe TERASASI me semble devoir être reconsidérée et une concertation de ma part avec François DUPONT va se faire ces iours ci.
Sumber
Razak Baginda bertemu Altantuya pada tahun 2004 dan meminta bantuan Bala pada tahun 2006. Tapi polis Perancis sudah pun mengenali Bala sejak tahun 2000 sebagai salah seorang ahli pengurusan Perimekar!!


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/09/misteri-altantuya-siapa-sebenarnya-pi-bala/
Rayuan Khairy ditolak, saman RM100 juta Anwar dibicara


Khairy Jamaluddin
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
  
Panel tiga hakim mahkamah itu, yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan Khairy agar saman itu diketepikan.
  
Hakim Ramly berkata mengikut Peraturan Mahkamah Tinggi, kes itu tidak wajar diketepikan.
  
"Kes ini perlu dibicarakan kerana terdapat beberapa ketidakpastian mengikut Seksyen 43 Akta Bukti," katanya.
  
Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Dis tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman fitnah itu.
  
Beliau memohon mengetepikan saman berkenaan dengan memberi alasan bahawa saman sivil itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinater, memerintah Khairy membayar RM10,000 kos guaman kepada Anwar.
  
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Nov dan 20 Nov untuk perbicaraan saman itu.
  
Pada 7 Mac, 2008, Anwar, yang genap berusia 65 tahun esok, memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
  
Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada atau kira-kira pada 20 Feb, 2008.
  
Dalam pernyataan bela diri yang difailkan pada 8 Okt, 2010, Khairy berkata beliau bersandar pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
  
Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. -Bernama

Sumber: Sinar Harian

Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum


  • Abdul Rahim Sabri
 

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.

Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.

NONE"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing
dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.

"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.

"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.

"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.

Mengimbau pertembungan kedua-dua parti itu, Fauzi berkata ia berlaku apabila kedua-dua parti itu sebelum ini saling menggelar dan mengecam, khususnya melibatkan isu hukum hudud.

'Apa beza hudud dan Kanun Keseksanan?'

Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Fauzi berkata, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung  Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang –  semakin memahami isu hudud.

"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan," kata Fauzi.

Mengulas mengenai penentangan Karpal terhadap hukum Islam itu, Fauzi - yang berkhidmat dalam polis selama 32 tahun - menganjurkan supaya semua pihak "berlapang dada" dan meninggalkan "aliran pemikiran lama".

Fauzi juga mempersoalkan penolakan “hudud Allah” oleh sebahagian rakyat Malaysia sedangkan mereka boleh menerima undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan yang diwarisi daripada British.

“Apa beza (hudud) dengan Kanun Keseksanan? Ia (Kanun Keseksaan) bukan kamu tulis. Ia berasal daripada British,” katanya lagi.

Fauzi menegaskan, hukum hudud juga tidak boleh dilaksana  selagi PAS gagal meyakinkan rakan gabungan yang lain.

Menyentuh hubungan dalam Pakatan, Fauzi juga berkata “salah faham” yang timbul sebelum ini ekoran tidak ada interaksi untuk saling memahami.

Justeru, beliau menegaskan pentingnya kesepaduan antara parti-parti pembangkang - yang mempunyai ideologi politik yang berbeza - memudahkan rakyat membuat pilihan untuk bersaing dengan BN.

Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin.

Sumber: MK

Apa hubungan Anwar dengan Bala?


  Print Friendly
Saya mula bertemu dengan Balasubramaniam a/l Perumal pada 2 julai 2008. Sehari sebelum itu, pada 1 Ogos 2008, Bala menandatangani satu Akuan Bersumpah yang didedahkan pada 3 Julai 2008 di Ibupejabat PKR semasa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Subang dan pengasas Suaram, Sivarasah Rasiah, menelefon saya dan meminta saya pergi kerumah  seorang peguam dan berjumpa dengan M. Puravelan untuk berbincang tentang pembunuhan Altantuya Shariibu.
Dan itulah kali pertama saya bertemu Puravalen, Bala dan seorang lagi bekas pegawai polis.

Bala dan rakanya, seorang bekas pegawai polis mengaku bahawa mereka juga melakukan kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh Azilah danSirul. Dihadapan Puravalen, mereka dengan bangga menceritakan bagaimana mereka pernah membunuh dan membuang mayat penjenayah. Azilah dan Sirul sebenarnya dalam satu pasukan dengan Bala.

Jadi, menurut pengakuan Bala sendiri, dia  dan ramai lagi sebenarnya sudah mengenali diantara satu sama lain dan pertemuan di hadapan rumah Abdul Razak Baginda pada hari Altantuya dibunuh bukanlah kali pertama seperti yang cuba digambarkan dalam Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008. Dan mereka mengaku bahawa tugas mereka adalah untuk menghapuskan sesiapa saja asalkan mendapat upah.
Persoalan yang perlu dijawab sekarang ialah, apabila Sirul dan Azilah tiba dirumah Razak, apakah Bala tahu apa yang akan terjadi memandangkan dia mengenali kedua-dua pegawai polis ini yang merupakan ahli-ahli “skuad pembunuh”? Bala sendiri mengaku ketika bertemu di rumah Puravalen bahawa mereka semua adalah dalam satu pasukan dan melakukan perkara yang sama…membunuh orang.

Puravalen, yang juga merupakan peguam  Razak, adalah rakan dari kecil dan menurut Polis Perancis, Bala sudahpun terlibat dengan isu kapalselam ini sejak tahun 2000. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah mengenali sejak lama. Puravalen juga rapat dengan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, orang yang telah mencipta perlbagai kontroversi ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga arkitek kepada ECM Libra yang penuh kontroversi.

Selepas perjumpaan dirumah Puravalen, kami terus ke sebuah restoran itali untuk makan malam dan membincangkan tentang sidang media yang akan diadakan keesokan harinya. Sivarasa memberikan tunjukajar kepada Bala tentang apa yang perlu dicakapkan dan apa yang perlu disorokkan dalam sidang media nanti. Bala diberitahu supaya mengelakkan memberi terlau banyak jawapan dari media dan sekiranya media bertanyakan soalan yang susah, maka peguam akan menjawab soalan tersebut. Mereka khuatir, Bala akan berkata sesuatu yang bercanggah.

Pada hari berikutnya, 3 Julai 2008, satu sidang media diadakan di ibupejabat PKR dimana Akuan bersumpah Bala didedahkan dan pada hari berikutnya, Bala membuat satu lagi Akuan Bersumpah yang bercanggah sama sekali dengan Akuan Bersumpah yang pertama.

Ini amat menghairankan. Hanya sehari sebelum itu kami bertemu dirumah Puravalen dimana Bala dan Sivarasa berjanji bahawa semua apa yang dikatakan didalam Akuan Bersumpah tersebut adalah benar. Mengapa buat U-Turn? Jadi, yang mana satu betul? Akuan Bersumpah pertama atau kedua?

Lama selepas itu barulah Bala mengakui bahawa dia dijanjikan RM5 juta ringgit untuk membuat U-turn tetapi dia juga risau akan keselamatannya dan juga keluarganya sekiranya dia enggan membuat U-turn. Mereka telah menawarkan RM5 juta ringgit dan menjanjikan perjalanan ke India untuk keluarganya sekiranya dia membuat U-turn.

Bala mendedahkan dalam temurmah di Singapura itu bahawa dia hanya dibayar sebanyak RM700,000 dan bukan RM5 juta seperti yang dijanjikan pada awalnya. Bala mengulangi perkara ini dalam sidang media di London termasuk temuramahnya dengan Malaysiakini baru-baru ini.”Sebanyak RM5 juta telah dijanjikan supaya Bala membuat U-turn. Bala memberitahu bahawa dia hanya menerima RM700,000 secara ansuran, diamana akhirnya pembayaran dihentikan..”
Hanya apabila pembayaran ini dihentikan dan dia menyedari bahawa dia tidak akan mendapat selebihnya seperti yang dijanjikan, maka barulah Bala memutuskan untuk “mendedahkan” apa yang berlaku dalam siri video diatas. Walaubagaimanapun, untuk mendedahkan perkara ini, maka seseorang perlu membayar harga yang ditetapkan oleh Bala.
Sivarasa membawa perkara ini ke pengetahuan Anwar Ibrahim yang menguruskan seorang tauke Cina untuk membayar Bala sebanyak RM20,000 sebulan. Mereka juga membayar harga rumah Bala di Chennai, India. Membayar harga keretanya dan juga insuran termasuk kos persekolahan anak-anaknya disebuah sekolah antarabangsa yang ekslusif di Chennai.

Dalam masa itu, Bala berunding secara rahsia dengan Datuk Hamzah Zainuddin, seorang Timbalan Menteri dari Umno. Bala rindukan kampong halamannnya dan mahu kembali dengan selamat, walaupun dia pernah lari dan pernah juga kembali ke Malaysia beberapa kali seperti yang diakuinya. Bala juga mengalami masalah dengan visanya dan India tidak mahu memanjangkan visanya ke India. Lambat laun, Bala terpaksa keluar dari negara tersebut.

Bala mahukan baki RM5 juta yang dijanjikan kepadanya dan memberitahu Hamzah Zainudin bahawa dia akan membuat Akuan Bersumpah ketiga. Hamzah memberitahu Bala kalau dia mahukan baki RM5 juta tersebut, dia perlu menandatangani Akuan Bersumpah ketiga dan mendedahkan bahawa Sivarasa dan Anwar dibelakangnya dan menanggung segala keperluan kewangannya selama ini. Bala juga perlu mendedahkan bahawa Suaram mengatur perjalanannya ke Paris dan mengajarnya tentang apa yang perlu disebut kepada penyiasat Perancis.

Bala kemudiannya kembali kepada tauke Cina dan mendedahkan bahawa Umno bersedia membayar RM5 juta sekiranya dia membuat U-turn. Bala mahu tahu sama ada tauke Cina tersebut bersedia membayar lebih dari itu. Apabila tauke Cina tersebut mengetahui bahawa Bala bermain kayu tiga, dia menghentikan bayaran kepada Bala dan ini membuatkan Bala tersepit.

Bila saya tahu, saya membocorkan rahsia ini kepada orang saya didalam Umno dan memberi amaran untuk mendedahkan semua ini.  Memang seronok kalau saya dapat mendedahkan bahwa Hamzah Zainudin terlibat dalam cubaan untuk ‘membeli’ Bala. Apabila ini berlaku, walaupun Bala menandatangani Akuan Bersumpah ketiga, tiada siapa yang akan percaya dan RM5 juta akan hangus begitu saja.

Hamzah diarahkan supaya berundur dan menghentikan rundingan dengan Bala. Perundingan dengan Bala dihentikan sementara tauke Cina yang membiayai Bala juga menghentikan semua pembayarannya. Bala tersepit dan terpaksa melutut kepada Sivarasa.
Sivarasa menjanjikan kepada Bala mereka akan menguruskan seorang lagi penaja untuk membantunya tetapi dia perlu melakukan satu temuramah dengan Malaysiakini dimana Bala mendedahkan “kebenaran” tentang rundingannya dengan Hamzah tentang rundingan untuk membolehkannya kembali ke Malaysia.
Sebenarnya, Bala adalah orang  upahan. Walaubagaimanapun, kali ini dia terperangkap dengan terlalu banyak percanggahan dengan akuan bersumpahnya. Tidak jelas siapakah Tuannya yang sebenar. Apa yang kelihatan, Bala cuba menggunakan ramai orang dalam satu masa.
Terjemahan bebas dari artikel asal oleh Raja Petra.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/10/apa-hubungan-anwar-dengan-bala/

Khamis, 9 Ogos 2012

Merdeka: Kedah guna logo dan tema bersama



Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini.

"Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa.

Menurut Mustafa yang meruapakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam.

"Alhamdulillah hari ini Kedah sudah membuat keputusan menggunakan logo bersama yang diputuskan Pakatan," kata beliau.

Bagi Mustafa (gambar), keputusan Kedah ini menunjukkan betapa hebatnya demokrasi dalam Pakatan Rakyat.

"Kami jawatankuasa peringkat pusat telah bersetuju menerima Kedah dan Kelantan menggunakan tema dan logo mereka sendiri untuk sambutan Kemerdekaan ini walaupun kita ada logo kita sendiri.

"Ini kerana, mereka telah membuat keputusan awal dari keputusan Pakatan tentang pemilihan logo itu.

"Sekarang, mereka (Kedah dan Kelantan) yang membuat keputusan sendiri untuk menggunakan logo dan tema yang sama," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Semalam Kelantan membuat keputusan untuk menggunakan logo dan tema merdeka yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' walaupun memutuskan tema mereka sendiri sebelum ini iaitu 'Kelantan Menerajui Perubahan'.

Kedah telah membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Terus Berbakti' sebelum ini kerana ia diputuskan sebelum Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema tersendiri.

Pakatan memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'.

Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini.

Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said.

Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat esok.

Bayar royalti sekarang, buktikan 'janji ditepati'



Aspan Alias, 09 Ogs 2012
Isu pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca oleh banyak pihak dengan mudah.


Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.

Hanya yang perlu dilakukan ialah pihak Petronas menghormati perjanjian itu sebagaimana yang telah dipersetujui dan di tandatangani itu. Pembayaran yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah secara tunai sebanyak dua kali setahun sebanyak 5 peratus dari harga FOB minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Pembayaran itu wajib dibayar pada setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun dan setakat ini Petronas belum lagi menghormati perjanjian itu. Anggaran jumlah tunggakkan yang perlu dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan sekarang ialah sebanyak RM7 billion.

Apa yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah membayar sahaja jumlah itu kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Tidak perlu lagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk pembayaran ini kerana segala tata-cara dalam perjanjian itu sudah lengkap dan dengan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan dapat mengelakkan sesiapa untuk beranggapan yang itu hanyalah sebagai satu ‘political ploy’ pihak BN untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Kelantan dalam PRU yang akan datang ini.

Penubuhan jawatankuasa itu belum pasti lagi dapat menentukan yang perjanjian yang telah ditandatangani itu akan dilaksanakan. Helah yang dibuat oleh Perdana Menteri ini ibarat menyorok di belakang pelita yang terang atau menyuluh di sebalik telunjuk. Inilah masalahnya jika pemimpin kita masih berfikir yang rakyat khususnya rakyat Kelantan masih boleh diperbodoh-bodohkan.

Pada pandangan saya, rakyat Kelantan tidak boleh berganjak walau seinci dari perjuangan untuk mendapatkan hak mereka dalam isu royalti minyak ini. Selagi pembayaran tidak sampai ke perbendaharaan negeri Kelantan, mereka (rakyat Kelantan) wajib untuk menolak keengganan kerajaan Persekutuan untuk membayar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap Kelantan.

Tubuhlah apa-apa jawatankuasa sekali pun, jika pembayaran tidak sampai sebelum pilihanraya, jawatankuasa itu hanyalah merupakan satu helah politik yang sangat dangkal dan mudah dibaca dengan jelas oleh kita, lebih-lebih lagi oleh rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka selama ini. Najib nampaknya menubuhkan jawatankuasa untuk menepati janji-janji yang telah pun tertulis dalam perjanjian yang sudah lama dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

Najib dan BN tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perasaan curiga mereka terhadap kepimpinan beliau (Najib), kerana rakyat bersandarkan penilaian mereka dari apa yang telah mereka alami dikelirukan oleh UMNO sejak pimpinan Dr Mahathir lagi.

Oleh itu, janji Najib dan kerajaan Persekutuan akan hanya diakui jujur apabila sejumlah yang tertunggak untuk dibayar kepada kerajaan Kelantan itu sungguh-sungguh sampai kepada perbendaharaan rakyat dan kerajaan pilihan mereka di Kelantan….titik!

Najib mesti laksanakan slogan yang sedang dimainkan, ‘janji ditepati’ semasa merayau-rayau di seluruh negara berkempen dengan menggunakan slogan itu. Inilah masanya yang paling sesuai untuk menepati janji yang tidak pernah ditepati itu.

Jika pembayaran yang telah dipersetujui itu tidak dibayar sekarang maka tindakan merayau-rayau ke seluruh negara berkempen slogan ‘janji ditepati’ itu akan hanya berakhir dengan menghabiskan karipap sahaja. Sekali pergi puluhan ribu karipap dibuat untuk memberi ‘refreshments’ kepada yang telah dipunggah dengan bas untuk menunggu kedatangan PM yang sedang dalam kekeliruan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Ustz Fathul Bari mahu bertanggunggung jawab tak sekiranya ada yang bunuh orang DAP?



oleh: Cenangau
Sinarharian melaporkan:

KUALA LUMPUR – Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
“Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa’amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa. – Sinarharian.

Kalau ikut ayat warna merah tu, jelas sangat yang Ust Fathul Bari, Ketua Ulama Muda Umno istihar pemimpin dan DAP sebagai kafir harbi.
Walaupun dah selalu dengar dan jumpa statement macam ni sebelum ni, tapi aku tak peduli sangat pasainya selama ni yang kata macam tu cuma cubertroopers penchachai Umno BN termasuk yang heboh pasai kantoi dengan arak hari tu.

Macam tu jugak aku tak berapa peduli bila Dr. Hasan Ali pun pernah sebut pasai dia ni pun tak berapa nak ada autoriti nak bagi label macam tu.
Tara Guru Pondok macam Ust Abdullah Sa’amah kata pun pada aku tak berbalui nak layan pasai dia ni walaupun tok guru pondok tapi tara TG Nik Aziz pun dia sanggup kata sesat.
Tapi bila keluar dari mulut Ust Fathul Bari, tokoh Ulama’ Muda Umno yang juga anak kepada bekas

Mufti Perlis, rasanya dah tak patut kalau kita buat-buat tak dengar.
Pasainya istilah ‘kafir harbi’ ni bukan boleh dibuat main-main, satu istilah yang bawak maksud yang cukup berat. Ada ulama’ yang mentakrifkan ‘kafir harbi’ ni sehingga tahap untuk hidup tak layak atau dalam bahasa mudahnya mesti diperangi dan dibunuh.

Agak-agak Ust Fathul Bari sanggup dak bertanggungjawab kalau ada yang buat gila pi bunuh pemimpin atau ahli DAP. Ataupun lebih teruk lagi kalau jadi macam kat Burma tu. Tobat lahon dia tak berani nak bertanggungjawab.
Majlis Fatwa Kebangsaan macam biasa akan buat-buat tak dengar, buat-buat tak nampak.

Lagi satu yang aku mushkil jugak, macamana boleh tokoh ulama’ muda Umnoo ni boleh kata MCA “tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya”, padahal kalau dalam bab hudud contohnya MCA pun tak pernah setuju.
Malah Presiden MCA sendiri pernah kata Adun Umno dari Johor ‘hilang akal’ bila Adun tu cadangkan Johor laksanakan undang-undang hudud.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/08/ust-fathul-bari-nak-bertanggungjawab.html#ixzz22zfAZTQ0

Rabu, 8 Ogos 2012

Anwar di Google Hangout, cuba dapatkan sokongan orang muda

August 08, 2012
Google Hangout #BorakAnwar boleh didapati di http://youtu.be/1wmUB_m1DwE
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia “celik teknologi” yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia. Program “Borak Bersama Anwar” chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.
Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber.
“Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam bentuk sambungan video dan soalan video YouTube.
Halaman Facebook dan Google + menerangkan program “Borak Bersama Anwar” sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin “de facto” PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube.
“Kami menggalakkan orang ramai untuk menghantar soalan video mereka melalui Youtube dan berkongsi pautan pada Facebook atau laman acara Google Plus. Kami juga akan menyemak nota dan soalan-soalan anda untuk  menentukan topik kami untuk malam itu.
“Jika kami mendapati soalan-soalan anda menarik, anda akan dijemput untuk menjadi salah seorang panel kami dan akan bersama disiarkan secara langsung. Terima kasih, dan kami berharap untuk bertemu anda di program Borak Bersama Anwar,” kata satu kenyataan yang disiarkan di kedua-dua halaman.
Laman Facebook adalah di sini manakala halaman Google + pula adalah di sini dengan #BorakAnwar sebagai hashtag rasmi laman Twitter.
Sumber dari PKR memberitahu, Anwar akan mengumumkan program Google Hangout dalam sidang akhbar Khamis ini, di mana beliau dijadual untuk bercakap tentang logo Merdeka Pakatan Rakyat (PR) dan tema kemerdekaan.

Anwar Ibrahim: Mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut di laman Twitter, berbandingkan PM Najib, yang mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di Twitter. — Foto fail
The Malaysian Insider juga difahamkan, PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo. Tapak YouTube Malaysia telah dilancarkan pada awal tahun ini dan dilawat sebanyak 2 juta sehari dengan pengguna menghabiskan purata 30 minit satu sesi, menghampiri hampir dua juta penonton yang menonton program yang paling popular di Malaysia pada waktu prima iaitu Buletin Utama TV3 pada setiap lapan malam.
Usaha Putrajaya untuk liputan internet yang lebih menyebabkan kadar penembusan bagi isi rumah meningkat kepada 62.9 peratus pada yang pertama suku tahun ini daripada 62.3 peratus pada tahun 2011, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bulan lepas. Malaysia mempunyai kira-kira 6.69 juta isi rumah.
Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka dalam laman Twitter.
Walaupun kehadiran yang meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil “Saya Pilih Malaysia” telah menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis blog pro kerajaan.
Anwar yang tidak diberikan peluang di media arus perdana telah menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej akan tetapi, kehadirannya dalam talian Internet masih lagi kurang berbanding pesaing beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semakan di laman pemantauan media sosial www.socialbakers.com pagi ini menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di laman Twitter berbanding Anwar yang mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut Twitter.
Pengikut-pengikutnya berharap acara di Google Hangout akan mengembangkan pengikut Anwar di kedua-dua laman Facebook dan Twitter.
“Kita perlu mendekati golongan muda kerana terdapat kira-kira tiga juta pengundi pertama dari 12 juta pengundi berdaftar,” kata seorang pegawai PKR kepada The Malaysian Insider, sambil menambah “Google Hangout hanya salah satu daripada cara kita akan gunakan untuk mendapatkan untuk lebih mengenali orang-orang yang menghabiskan banyak masa di dalam siber”.

Sumber: MalaysiaInsider