Rabu, 27 Februari 2013

Fir'aun Pernah Bagi BRIM -A/Hadi. BN Ikut Firaun?


SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sejak tahun lalu, bukan satu perkara baru kerana sejarah telah menunjukkan bahawa ia pernah dipelopori kerajaan Firaun.

"Cerita BR1M bukan cerita baru, sejak zaman Firaun pernah bagi BR1M, Firaun jadikan rakyat ringan akal (diperbodohkan).


"... tanggungjawab kita (pemimpin) untuk bijakkan rakyat bukan diajar menjadi pengemis, mereka (Umno) bukan nak bela rakyat pun,” kata beliau dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini semalam.

Kata Hadi, menerusi manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam, banyak masalah rakyat yang gagal ditangani oleh BN sepanjang lima dekad lalu dapat diatasi.


“Buktikan dahulu kerajaan itu bersih, kita (Pas) perintah Kelantan lebih 20 tahun, walaupun banyak sekatan peruntukan, banyak cabaran tapi kita mampu bersabar.

“... jauh sekali untuk khianat hasil bumi negeri, malah mampu tadbir negeri dengan bersih dan bebas rausah serta salah guna kuasa,” kata beliau sambil memberi amaran kepada Umno-BN bahawa masalah penggangguran yang kian meningkat di negara ini tidak mungkin diselesaikan dengan pemberian insentif terbabit.


Hadi turut menyindir slogan perdana menteri yang dilaungkan ‘Janji Ditepati’ yang tidak bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan kepada mereka sejak 50 tahun lalu tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi rakyat.


“Janji akan ditepati bukan janji 50 tahun, kita tak nak rakyat dihina dan diperkudakan lagi, Buku Jingga selesaikan masalah yang ditinggalkan Kerajaan BN,” tegasnya.


Pada ucaptamanya, Hadi menggariskan lima dasar utama dalam Manifesto PR kali ini yang bertemakan “Pakatan Rakyat Harapan Rakyat”, antaranya perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih. (SH)


Dipetik dari: sini

Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.
Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.
menifesto pakatan rakyat 2013Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.
Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.
Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
“Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia,” dokumen manifesto itu dipetik.
Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46073

Jumaat, 22 Februari 2013

Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi…


Cukai Eksais Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Harga kereta turun? Sebenarnya by hook or by crook, kerajaan tiada pilihan lain lagi mesti membuka pasarannya. AFTA sudah terlalu lama ditangguhkan. Tiada lagi kebenaran untuk memanjangkan tempoh penangguhan.
Walaubagaimanapun, kerajaan dilihat sudah menjumpai mekanisme dan sedang berusaha sekarang ini untuk menurunkan harga kereta di Malaysia dengan cara…….

Harga Kereta Turun Dijangka Menjelang 2015

Harga kereta turun tidak lama lagi dijangka menjelang 2015 berikutan usaha kerajaan  mengadakan perbincangan dengan lebih banyak syarikat pengeluar kereta untuk  mengurangkan harga kereta mereka yang dijual di negara ini.
Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, berkata ketika ini beberapa model seperti Honda dan Toyota sudah pun dijual pada harga lebih rendah di negara ini selepas syarikat pengeluarnya mengambil langkah mengurangkan kos pengeluaran bagi merendahkan harga diatas jalan (OTR) model terbabit.
Harga Rendah Berbanding Thailand
Malah, katanya, harga bagi model Honda dan Toyota yang terbabit adalah lebih rendah berbanding di Indonesia, dan berdasarkan rundingan yang terus berlangsung, beliau yakin pada masa depan harga kereta di negara ini akan lebih rendah daripada di Thailand.
“Ketika isu harga kereta turun ditimbulkan, kami sebenarnya sudah lama berbincang dengan pengeluar kereta meminta mereka mengurangkan harga kereta masing-masing tanpa memerlukan kerajaan mengurangkan cukai eksais.
Kurangkan kos pengeluaran
Kami berpendapat pengurangan cukai eksais tidak akan mengurangkan harga OTR, jadi kami meminta OEM (pengeluar kereta) mengurangkan kos pengeluaran supaya harga OTR kereta keluaran mereka dapat direndahkan secara kekal.
“Tahun ini, kami akan mengadakan rundingan lebih banyak OEM (pengeluar kereta) bagi meyakinkan mereka keperluan mengurangkan harga kereta sekarang sebelum kerajaan melaksanakan liberalisasi (industri automotif),” katanya.
Sumber : Berita Harian
Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang membuat usaha untuk menjadikan harga kereta turun. Tetapi….tetapi kami agak pelik sedikit dengan mekanisme yang ingin digunapakai untuk menurunkan harga kereta di Malaysia.
  • Kerajaan lebih suka menggunakan cara rundingan dengan pengeluar kereta semata-mata untuk membuatkan harga kereta turun. Yang lebih teruk lagi menurunkan harga kereta dengan cara merendahkan lagi kos pengeluaran?
  • Apabila kos pengeluaran dikurangkan, adakah selepas ini kebanyakannya berasaskan plastik?
  • Bukankah kos sudah banyak dikurangkan untuk keselamatan? Airbag? ABS? Hendak dikurangkan apa lagi? Mengapa mahu dikorban aspek keselamatan pengguna kereta semata-mata mahu harga kereta di Malaysia turun?
  • Mengapa perlu menggunapakai cara sukar untuk membuatkan harga kereta turun di Malaysia?
Kenapa tidak mengurangkan cukai kereta yang sedia ada banyak dikumpulkan setiap tahun. Tahun lepas sahaja kerajaan berjaya mengaut keuntungan cukai kereta sejumlah RM7 bilion.
  1. Bukankah harga kereta mahal disebabkan cukai tinggi? Mengapa Berita Semasa tergamak mengatakan cukai kereta di Malaysia sangat tinggi? Cukai eksais kereta antara 65-105% masih dinggap murah lagi? 
  2. Kenapa mahu letakkan 100% kesalahan kepada pengeluar kereta semata dek kerana realiti harga kereta di Malaysia yang ada ketika?
  3. Bukankah kerajaan ada kuasa untuk menurunkannya?
Jikalau sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri tempoh hari ada mengatakan andaikata harga kereta diturunkan, Malaysia bakal bankrap, segala macam bencana bakal  menimpa rakyat Malaysia, penjual kereta terpakai ramai yang akan muflis dan macam-macam lagilah.
Termasuklah….
Cukai Kereta Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Termasuklah, pandangan Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) :
  • Apabila harga kereta murah, kereta akan banyak,  jalanraya akan bertambah sesak 
Harga Kereta Turun Muflis Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...Walaubagaimanpun realitinya sekarang ini, kerajaan sudah mula bercakap usaha-usaha untuk mengurangkan harga kereta di Malaysia sedikit demi sedikit. Maknanya boleh sebenarnya kita menyaksikan harga kereta di Malaysia turun.
Jikalau dahulu turun sahaja harga kereta, terus dikatakan “bangkrap”, “sesak” dan lain-lain lagi, sekarang tiada lagi kedengaran….
Cuma seperti yang kami katakan tadi, untuk apa berbincang dengan pengeluar kereta? Sepatutnya bincangkanlah isu ini dengan menteri yang bertanggungjawab dan kerajaan supaya cukai kereta diturunkan?
Apabila cukai turun, pendapatan kerajaan melibatkan  cukai kereta semestinya akan berkurang daripada RM7 bilion kepada RM4 bilion tetapi boleh meringankan beban rakyat Malaysia setiap bulan seterusnya meningkatkan disposable income (pendapat boleh guna rakyat Malaysia)
Masih lagi boleh bankrap?
Cukai Import Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Harga kereta Persona di Malaysia sekitar RM51 ribu, manakala harga kereta Persona di Arab Saudi hanya RM36 ribu sahaja. Jikalau cadangan CEO MAI ini digunapakai, bila agaknya Proton pernah ada kilang di Arab Saudi?
Sekarang ada dua pilihan untuk menurunkan harga kereta di Malaysia. Ada yang mencadangkan cukai eksais diturunkan. Dan sekarang ada cadangan untuk mengurangkan kos pengeluaran dengan harapan harga kereta dapat diturunkan lagi. Mana satu pilihan anda? Apa kata anda pula?
Berita dari: sini

Isnin, 18 Februari 2013

UMNO/Beer eNd Rompak Peneroka Felda..!

Reactions: 
Parti KeADILan Rakyat bersama jenteranya  berjaya mendedahkan wajah sebenar perasuah yang terpalit pada peribadi Isa Samad dan kepimpinan UMNO negeri Negeri Sembilan.
Testimonial Pertama daripada Encik Saparudin Mohd. Yasin (70), Peneroka Felda Sendayan Generasi Pertama menjelaskan, lebih 80 keluarga sebenarnya tidak bersetuju dengan rundingan tertutup antara broker tanah dan JKKK yang juga pemimpin UMNO tempatan.

Namun, tanah rakyat tetap dirampas secara profesional.
  • “Saya kata mereka rampas tanah kami di Felda. Kalau kami tak beri (jual), mereka tetap ambil (membeli secara paksaan) dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah, itu rompak namanya… perompak itu UMNO.”
  • “UMNO (kerajaan) sanggup rampas tanah kami, guna Akta Pengambilan Tanah… dua ekar tanah kita dijual dengan harga RM3 sekaki, tapi kerajaan paksa kita beli semula tanah itu dengan harga RM4 sekaki.”
  • “Bila Mohamad Hassan jadi Menteri Besar, dia tawar pakej yang lebih baik… (seperti) tanah dibeli dalam lot-lot tertentu. Apabila kita pergi lihat sendiri tanah-tanah lot itu, ada yang di paya, ada di hutan dan ada di atas jalan. Tanah asalnya sudah tidak ada, sebab Mohamad Hassan dan Isa Samad telah rompak.”
Beliau mengatakan bahawa 2 ekar tanahnya sudah dbeli semula dengan harga RM34, 000, tetapi beliau dihalang mengutip hasil pertanian di tanah Felda mllik keluarganya sendiri.
Testimonial kedua daripada Encik Thinshem (54), seorang peneroka Felda Sendayan berbangsa India mendakwa Isa Samad sendiri turun memaksa penduduk di Feldanya menjual tanah, pada tahun 1996.
  • “Berpuluh tahun tanah jadi milik rakyat, satu sen pun tarif harga tanah tidak naik. Tetapi, apabila PKNS mengambil tanah itu, tiba-tiba sahaja ianya menjadi begitu mahal.”
  • “Selama 10 tahun tersebut juga, rakyat tidak mendapat apa-apa hasil. Semuanya dikaut oleh pemaju.”
Beliau juga mencabar untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Adakah Felda itu untuk manfaat rakyat atau kroni-kroni UMNO?

Tegasnya lagi, lebih 40 tahun rakyat Felda amat untuk sukar mendapatkan semula tanah Felda, tetapi warga asing dan penduduk luar dengan mudah sahaja dapat memiliki tanah tersebut kerana ada wang dan boleh melakukan rasuah.
Testimonial ketiga daripada Hj. Mokhtar Maidin (82) dari Felda LBJ pula menyifatkan Isa Samad dan Mohamad Hassan sebagai pengkhianat rakyat.

Beliau yang juga bekas pemimpin UMNO tempatan berasa kecewa dengan sikap rasuah dan pentingkan diri beberapa kroni-kroni Isa Samad.

Beliau juga menasihatkan rakyat di Bagan Pinang agar menolak Isa Samad kerana Isa Samad ialah seorang perasuah serta banyak menjual tanah-tanah milikan rakyat kepada kroni-kroni UMNO.

Beliau yang baru sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru orang-orang Melayu meninggalkan UMNO kerana parti itu mengutamakan kroni dari kepentingan rakyat.

Berdasarkan beberapa testimonial rakyat malang di Felda Sendayan dan LBJ, sudah tentu menggamit perhatian pengundi Bagan Pinang untuk tidak lagi mengundi Isa.

Jika Isa sewaktu di gigi kekuasaan Menteri Besar dahulu pun, sanggup mengkhianati harapan dan tanah rakyat, tidak mustahil selepas terpilih menjadi Adun Bagan Pinang atau mungkin Menteri Besar kelak; menjadikan Isa kembali rakus mengamalkan kronisme dan rasuah sebagaimana sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau mendapat duit raya Felda baru-baru ini, Mokhtar menjelaskan bahawa duit raya Idulfitri yang diumumkan Perdana Menteri tersebut suatu pembohongan belaka.

Suara rakyat kedua-dua Felda sudah kedengaran mengkritik peribadi Isa Samad yang dipalitkan rasuah. pengundi N31 diseru menolak Isa Samad kerana rasuah demi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat kian berubah bersama Pakatan Rakyat.

Melalui pendedahan PKR dan peneroka-peneroka yang jelas nyata dianiaya ini, PAS menyerahkan kepada rakyat di Bagan Pinang ini menilai siapakah pemimpin yang mereka mahukan, sama ada pemimpin yang membela rakyat atau mencekik duit rakyat.

Sabtu, 16 Februari 2013

Anak beranak pemimpin Umno paling kaya


16 Feb 2013


KUALA LUMPUR: PAS melalui lidah rasminya Harakah mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.

Menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.

Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp.

Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron.

Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan dari Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.

Ayahnya anugerahkan kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan Harakah adalah adik Perdana Menteri,  Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.

Laporan penuh Harakah edisi Isnin ini.

Berita dari: Harakahdaily

Rabu, 13 Februari 2013

Gempar ~ Projek ic,Satu setengah juta ringgit ‘dilonggokkan’ sehingga mencecah siling bilik setor!

Best Blogger Tips


Ditahan dan diarahkan untuk membayar pas kerja secara tunai – notis dalam masa satu bulan dikeluarkan menjelang pilihanraya 2011.
Ramai di kalangan orang awam khuatir bahawa penubuhan suatu program yang dinamakan Malaysia 6P merupakan amalan pendaftaran pengundi baru, sejajar dengan Projek IC di negeri Sabah.
Ianya dianggap sebagai penubuhan suatu dana oleh kerajaan BN menggunakan pekerja-pekerja asing tanpa izin, di mana para PATI ini dibenarkan untuk mengisytiharkan status mereka dengan menjelaskan sejumlah fi sebagai membolehkan mereka diberikan sebuah permit rasmi untuk duduk di Malaysia selama dua tahun.
Namun Sarawak Report telah mendapati menerusi agen-agen yang diupah untuk memproses permit-permit itu sebagai suatu amalan untuk mengisi dana pilihanraya BN.
Diancam – terdapat banyak aduan mengenai layanan buruk dan peras ugut semasa program 6P Malaysia dijalankan.
Di bawah program itu seramai lebih 372,000 pekerja asing dihimpunkan di kawasan-kawasan lapang, kilang-kilang dan tapak-tapak binaan dan dihantar dengan bas-bas ke pusat-pusat pendaftaran. Mereka atau majikan-majikan mereka dikehendaki membayar RM4,000 seorang untuk mendapatkan permit-permit bagi mengelakkan dari dihantar pulang ke negara-negara asal mereka dan pembayaran yang dilakukan itu seharusnya menggunakan wang tunai. Dengan amalan di mana suatu proses digunakan oleh kerajaan untuk mengarahkan sebanyak 340 agensi-agensi swasta dalam masa pemberitahuan yang singkat, keseluruhan program itu telah menwujudkan kekeliruan dan berkontroversi.
Ramai di kalangan pekerja asing itu ditipu, dan ada juga diugut atau diancam untuk dihantar pulang ke negara-negara asal mereka.
Terdapat juga kerisauan timbul bahawa butir-butir peribadi para pendatang itu berkemungkinan besar digunakan pada apa yang didakwa sebagai wujudnya nama-nama bermisteri dan alamat-alamat baru yang mengisi daftar-daftar pemilih di kawasan-kawasan yang disasarkan oleh BN.
Namun, Sarawak Report turut diberitahu bahawa tujuan utama program itu adalah untuk mendapatkan ribuan juta ringgit dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan oleh UMNO pada pilihanraya umum yang akan diadakan nanti.
Satu setengah juta ringgit ‘dilonggokkan’ sehingga mencecah siling bilik setor!
Dengan seramai 370 ribu orang membayar RM4,000 seorang, kita mengandaikan sejumlah RM1,500,000,000 atau 1.5 ribu juta ringgit dalam bentuk wang tunai terpakai!
Semua wang tunai dilonggokkan tinggi-tinggi di dalam bilik-bilik!
Suatu sumber yang memberitahu Sarawak Report bahawa seorang agen melonggokkan wang itu di dalam sebuah bilik kecil di sebuah rumah dan dikhaskan untuk dikutip oleh bos-bos politik mereka. Dengan dakwaan yang dilemparkan, maka jelaslah bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab melaksanakan program Malaysia 6P dengan telus mengenai amaun dan kos program dan juga berapa jumlah wang yang telah dikutip oleh Negara.
Irene Fernandez dari Tenaganita, sebuah NGO yang mempertahankan hak asasi pekerja-pekerja yang terjejas, berkata terdapat tiada perincian dalam kos dan perbelanjaan yang terlibat setakat ini.
“Kami faham bahawa sistem biometric itu bernilai RM335, dan RM300 dikaut oleh para agen yang terlibat,” katanya, “dan kami juga tahu bahawa RM180 untuk yuran menjalani ujian perubatan, itu sahaja”.
Irene Fernandez telah juga mengesahkan bahawa kesemua pekerja yang diwakilinya itu dikehendaki menjelaskan wang tunai kepada agen-agen mereka bagi mendapatkan permit-permit yang diperlukan. Irene memberitahu Sarawak Report bahawa dia tidak terkejut bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan sejumlah besar dari wang itu dikhaskan untuk BN.
Dengan 10,000 orang pekerja asing yang berdaftar itu berhadapan dengan kemungkinan dihantar pulang ke negara-negara asal mereka, menghadapi penipuan dan amalan-amalan kurang adil oleh pihak agensi yang diupah oleh BN, kini terdapat banyak makumat telah didedahkan mengenai hubungan antara agensi-agensi yang dipilih oleh Jabatan Imigresen dan BN/UMNO.
Ditahan
Suatu contoh yang ketara mengenai hubungan kroni adalah SNT Universal Corporation, di mana para pegawai mereka menganiaya pekerja-pekerja asing yang sepatutnya diberika pas-pas kerja.
Seorang Pengarah syarikat, yang merupakan seorang bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang telah mendapat kedudukannya sebelum pengisytiharan pengampunan pada bulan Mei 2011 itu.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Free Malaysia Today, SNT juga dikaitkan dengan badan-badan korporat yang lain yang didakwa menyamar sebagai pekerja palsu bertujuan untuk menahan pendatang-pendatang tanpa izin dan mendaftarkan mereka di bawah program Malaysia 6P itu.
Maka, adakah kesemua wang itu akan diagih-agihkan kepada UMNO dan kroni-kroni mereka? Jika betul, maka ianya dilihat sebagai memperjudikan nasib orang-orang miskin di Malaysia. Adakah orang-orang miskin itu akan disogokkan dengan sedikit dari wang kutipan itu pada musim pilihanraya nanti?

Sumber : Sarawak Report 
Diambil dari: King Of Goblok

"Mana janji kerajaan Kelantan pada kami" - peserta Ladang Rakyat



GUA MUSANG, 11 Feb (Bernama) -- Isu Ladang Rakyat yang menghantui penduduk di Hulu Kelantan rupanya tidak pernah selesai malah ia semakin menimbulkan banyak tanda tanya yang memerlukan penjelasan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Sejak diperkenalkan pada 2006, isu Ladang Rakyat terus panas kerana didakwa tanah yang diambil atas nama pembangunan pertanian itu tidak pernah direstui penduduk.

Ada penduduk yang mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun dan merupakan sumber rezeki mereka selama ini dirampas begitu sahaja tanpa sebarang pampasan dan penjelasan.

Bukan sahaja penduduk tempatan yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan itu tetapi ia juga melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa tanah yang diambil itu merupakan tanah adat mereka.

Terbaharu, peserta Ladang Rakyat sendiri pula mengeluh dan menuntut kerajaan negeri terutama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat melunaskan janji terhadap mereka sejak 2008 lagi.

Bagi mereka ia merupakan satu penipuan dan demi menuntut kebenaran, mereka sanggup membawa kes itu sehingga ke muka pengadilan.

Bagi 56 peserta Ladang Rakyat di Paloh 4 yang membabitkan tanah seluas hampir 400 hektar di sini, janji untuk diberikan tanah 4 hektar dan sebidang tanah bagi membina rumah untuk setiap seorang diibaratkan seperti menunggu buah yang tidak gugur.

Mereka juga turut dijanjikan menerima gaji RM750 sebulan dan insentif lain yang dikira mereka mampu untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Harapan peneroka generasi kedua dan ketiga itu dilihat semakin kusut apabila melihat ladang berkenaan yang ditanam pokok kelapa sawit seolah-olah menjadi "ladang hantu" tanpa diselenggara sejak tiga tahun lalu.

Lebih membingungkan hanya ada kira-kira lima atau enam pekerja rakyat asing termasuk tempatan yang diletakkan menjaga ladang seluas mata memandang itu.

Bagi Mustafa Mohd Daud, 60, harapan untuk melihat anaknya diberi sijil perakuan sebagai peserta generasi kedua dan ketiga oleh perbadanan itu mungkin lebur.

"Pakcik ada keluarga yang besar dengan dua anak sudah berkeluarga..cuba bayangkan semuanya 16 orang tinggal dalam satu rumah tiga bilik ini. Kalau seorang anak pakcik diterima duduk (menjadi peserta generasi kedua dan ketiga) di ladang ini legalah pakcik.

"Pakcik rasa ini tipu belaka. Tipu anak pakcik macam tipu pakcik jugalah. Semuanya untuk berpolitik bagi menggelapkan mata kami ketika tanah ini diambil kononnya ia untuk kami juga," katanya.

Beliau berkata seorang anaknya yang ditawarkan menjadi peneroka benar-benar merasa tertipu apatah lagi janji yang dibuat pada ketika itu hanya untuk meredakan kemarahan kerana tanah yang diambil selain bertujuan memancing undi ketika pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Dulu tok guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kata tanah ini hak tuhan dan boleh sesiapa sahaja untuk menerokanya. Saya jahil tapi saya tahu halal haram kalau janji menipu ini," katanya.

Ketua peserta Mohd Fauzi Mohamad, 43, yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gua Musang berkata kesemua peneroka yang mendapat sijil perakuan sebagai peserta itu merupakan penyokong kuat pembangkang.

"Semua kami ditemuduga exco-exco kerajaan negeri ketika itu untuk dipilih menjadi peneroka. Janji mereka selepas tiga tahun, semua ini akan kami dapat. Mana dia janji mereka? Malah ladang semakin semak," katanya.

Beliau bersama peneroka yang lain bercadang untuk membuat laporan polis dan mengheret mereka yang berjanji itu ke muka pengadilan termasuk membawa isu itu ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kami sudah tidak percayakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS lagi. Cukuplah mereka memperdayakan kami," katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Ripin, 30an, berkata pada 2008, beliau ditawarkan tanah ladang seluas 4.046 hektar serta sebidang lot rumah oleh kerajaan negeri, namun sehingga kini janji tinggal janji.

"Kerajaan negeri berjanji dalam masa tiga tahun nak serah tapak ladang dan rumah, tapi sampai sekarang tak dapat apa-apa. Saya sekarang tinggal menyewa di Paloh 2 bersama isteri dan tiga anak yang berusia di antara 12 tahun dan 10 bulan," katanya.

Ripin berkata jika kerajaan negeri menunaikan janji tersebut, kehidupannya sekeluarga bakal berubah kerana ladang kelapa sawit seluas lebih empat hektar tersebut boleh mengeluarkan dua tan sawit setiap bulan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah mendakwa bukan sahaja peneroka yang teraniaya dengan cara pembahagian tanah oleh kerajaan negeri, malah agensi kerajaan, terutama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) turut menerima tempias.

"Kerajaan negeri menganggap tanah itu tanah dia sedangkan sudah dibayar premium (oleh Kesedar), dan bukannya premium ini dibayar setahun dua, tapi sudah berpuluh-puluh tahun, sudah menjadi hak Kesedar sepatutnya," katanya.

Nozula berkata kerajaan negeri sepatutnya menyerahkan pembangunan Ladang Rakyat tersebut kepada Kesedar ataupun Felda jika mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus atau melaksanakan program tersebut agar ia dapat memberi manfaat kepada peserta.

"Dari dahulu lagi kita bangkitkan kepada kerajaan negeri banyak tanah-tanah kerajaan negeri yang tergadai tetapi tidak mendapat hasilnya kepada rakyat Kelantan. Kita bagi contoh Umno telah melaksanakan perancangan tanah Felda, Kesedar, dan beri manfaat kepada beribu-ribu rakyat," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat Kelantan bangkit mengubah landskap politik di negeri ini dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat.

Bagi ADUN Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani, kerajaan negeri sering tidak mendengar keluhan masyarakat apabila sesuatu isu timbul, terutama berkaitan pengambilan tanah di beberapa tempat di negeri ini.

"Rakyat mengeluh, memberontak, namun kerajaan negeri buat tak endah. Mereka tak dengar suara rakyat. Ramai penduduk di sebelah utara Kelantan datang ke sini untuk teroka tanah, tapi akhirnya dirampas walaupun premium telah dibayar," katanya.

Sementara itu, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad bersedia membantu para peneroka yang merasakan diri mereka tertipu itu ke muka pengadilan.

"Kami sedih rakyat yang juga peneroka generasi kedua ini telah diperdaya begini rupa dan kami bersedia menyediakan khidmat guaman kepada mereka," katanya.

Beliau meminta rakyat sedar akan tindakan kerajaan Kelantan yang sememangnya tidak berupaya membangunkan Kelantan dan isu Ladang Rakyat itu merupakan antara contoh kegagalan yang nyata," katanya.
Berita dari: Yahoo