Khamis, 31 Mei 2012


Penyenaraian FGVH: Siapa dia Bunge Limited

Oleh:Dr. Rosli Yaakop,
Siapakah Rakan Kongsi Strategik FGVHB?


Dalam satu siaran akhbar bertarikh 12 Disember 2011 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, diumumkan bahawa syarikat Bunge North America (BNA), anak syarikat Bunge Limited (BL) yang menguasai operasi syarikat Bunge Limited bagi Amerika Utara telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dengan TRT ETGO di Kanada.

Syarikat usahasama itu dinamakan Bunge ETGO L.P. yang akan menyatukan aktiviti komersial kedua-dua syarikat berkaitan operasi penglumatan (crushing) dan penafisan (refining) di Kanada, iaitu, kilang milik Bunge Limited di Hamilton, Ontario dan TRT-ETGO di Becancour di Quebec.  Kilang ini boleh digunakan untuk melumatkan biji canola atau kacang soya.

Kombinasi kedua-dua kilang ini menghasilkan kapasiti penglumatan sebanyak 2 juta ton se tahun. Tidak diumumkan struktur pemilikan saham di dalam syarikat usahasama yang baru ditubuhkan itu. Juga, terma-terma kewangan berkaitan dengan penubuhan syarikat usaha berkenaan masih dirahsiakan.

Oleh kerana FGVHB telah pun memulakan usaha sama di Amerika Utara, maka bolehlah dianggap bahawa yang akan menjadi “rakan kongsi strategik” bagi FGVHB apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia nanti ialah Syarikat Bunge Limited ini yang bakal diberi milikan saham sebesar 20% di dalam syarikat tersenarai FGVHB. Usahasama di antara FGVHB dan Bunge Limited di Amerika Utara telah dimetrai dalam bulan Disember 2011.

Siapakah Dia Bunge Limited (BL) Ini?


Bunge Limited (BL) adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam perniagaan agrobusiness dan makanan dengan kakitangan berjumlah 32,000 orang di lebih dari 30 buah negara. BL menjual, membeli, mensetor dan mengangkut pelbagai jenis oilseed dan bijirin gandum di seluruh dunia. Ia juga memproses oilseed untuk menghasilkan protin untuk makanan ternakan dan pelbagai produk edible oil untuk pelanggan komersial dan pasaran pengguna (melalui rangkaian pasar raya), menghasilkan gula dan ethanol dari tebu (sugarcane) dan mengisar dan mengilang gandum dan jagong (corn) sebagai ramuan (ingredient) yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemprosesan dan pengeluaran makanan dan menjual baja di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada masa ini, BL beribu pejabat di White Plains, New York.

BL adalah pengisar (miller) jagong kering (dried corn) Nombor 1 di Amerika Syarikat (melalui anak syarikatnya, Lauhoff Grain) menguasai 18% pasaran, pengeksport gandum (grain) Nombor 1 di Brazil, pengeksport produk-produk kacang soya Nombor 2  di Amerika Syarikat (soymeal dan soyoil), pengeksport gandum Nombor 3 di Amerika Syarikat, pemeproses kacang soya Nombor 3 di Amerika Syarikat., pengeksport gandum Nombor 4 terbesar didunia, pemiliki grain elevator capacity yang ke 4 terbesar di Amerika Syarikat dan pengeksport gandum Nombor 7 di Argentina.

BL memiliki 50 buah grain elevator di Amerika Syarikat kebanyakannya di kawasan sepanjang Sungai Mississipi dari St. Louis ke New Orleans. Ia memiliki sebuah grain export elevator yang amat besar di Quebec City, Kanada.

BL ini adalah sebuah syarikat milik orang Yahudi yang di mana sahaja ia beroperasi dan menjalankan perniagaan matlamatnya ialah “ia mahu menguasai dan memonopoli.” Ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat “food cartel” dunia. Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit. Apabila ianya kelak menjadi “rakan kongsi strategik” kepada FGVHB, maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia.

Dari segi sejarahnya, BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 di asaskan oleh keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Selepas satu abad menguasai perdagangan yang amat lucrative ini, pada tahun 1850, Charles Bunge memindahkan perniagaan keluarga ini ke Antwerp, Belgium.

Di sini, dua anak lelaki beliau menubuhkan syarikat perkapalan yang menguasai pelayaran komersial di Lautan Atlantik. Edouard Bunge menetap di Antwerp sementara Ernest Bunge  berpindah ke Argentina pada tahun 1876.  Bersama abang iparnya, George Born, beliau menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Pada tahun 1897, seorang pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch menjadi rakan kongsi mereka. Pada tahun 1927, Hirsch menjadi presiden syarikat Bunge and Born dan kekal selama 30 tahun.

Hirsch dan lain-lain ahli keluarga Bunge and Born melaksanakan strategi “menguasai dan memonopoli” dengan cara menyalahi etika perniagaan termasuk melalui korupsi dan konspirasi. Di Argentina, mereka berjaya membolot estancias - tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu malah berjuta-juta ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains. Mereka berjaya menguasai ekonomi Argentina. Parahnya penguasaan syarikat Bunge and Born ke atas ekonomi Argentiana terdedah pada tahun 1974 apabila kumpulan Pemberontak Argentina (Montoneros Terrorists) berjaya mencolek Jorge Born dan Juan Born. Dari mereka diketahui bukan sahaja syarikat Bunge and Born ini menguasai dan memonopoli sektor pertanian Argentina tetapi syarikat-syarikat milik Bunge and Born menguasai 40% pengeluaran cat (paint), 67% pengeluaran bekas tin (can), 20% pengeluaran tektil dan senarainya terlalu panjang untuk diturun semuanya di sini.

Bila Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946, beliau cuba untuk mengurangkan dominasi Bunge and Born ke atas ekonomi Argentina, khasnya di sektor pertanian yang mengakibatkan petani-petani hidup dalam keadaan tertindas dan melarat. Beliau telah cuba mengurangkan dominasi dan kuasa grain cartel (yang dikuasai oleh Bunge and Born dan beberapa buah lagi syarikat lain) dengan kerajaan sendiri, melalui penubuhan “Institute for the Promotion of Trade (IAPI),” membeli gandum terus dari petani dan mengeksportnya. Mendapati kuasa mereka mula terhakis, ahli-ahli “grain cartel” lalu mengatur konspirasi menjatuhkan kerajaan Peron.

Dalam tahun 1955, Peron dijatuhkan dan IAPI yang beliau tubuhkan ditutup. Juan Peron kembali berkuasa pada tahun 1973 lalu menubuhkan National Grain Board untuk membebaskan petani gandum dari penindasan oleh “grain cartel.” Sekali lagi Peron mendapat tentangan kuat dari syarikat-syarikat “grain cartel.” Bila Juan Peron meninggal dunia pada tahun 1974, isteri beliau, Evita Peron mengantikan beliau dan meneruskan perperangan ke atas grain cartel. Beliau kemudian digulingkan (1976) dan NGB dibubarkan dan syarikat-syarikat cartel kembali menguasai pengeksportan gandum dan daging  Argentina. Petani-petani Argentina sehingga kini terus hidup tertindas.

Parahnya dominasi syarikat Bunge dan Born ke atas Argentina terbukti apabila dua orang eksekutifnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kerajaan Carlos Menim dengan memegang jawatan Menteri Ekonomi, iaitu, mula-mula Mor Roig diikuti Nestor Rapanelli.

Bagi rakyat Argentina, “nasi telah menjadi bubur.”  Dominasi Bangsa Yahudi di dalam kehidupan mereka sudah parah, bukan sahaja mereka menguasai ekonomi Argentina tetapi juga politik dan kerajaan Argentina.

Persoalannya: Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan jenarasi mereka yang akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan, yang ketamakan dan kerakusannya tiada tolok bandingan dan yang matlamatnya tidak lain untuk “menguasai dan memonopoli” sudah berada di ambang pintu? Mahukah dan bersediakan peneroka Felda untuk berkongsi tanah dna kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi?-HD

*Penulis adalah bekas Timbalan Pengarah Bank Negara merangkap Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Akta Bukti 2012 – Sempit dan Terhimpit


Akta Bukti (Pindaan) (No.2) 2012 akan mula berkuatkuasa dalam masa dua hari saja lagi iaitu pada 1 Jun. Kesan undang-undang ini yang dilakukan secara tergesa-gesa dalam senyap-senyap boleh mendatangkan kesan buruk kepada masa depan internet negara atau cara manusia berfikir.
Mengikut laporan akhbar tempatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan bahawa pindaan kepada Akta Keterangan itu adalah satu cara bagi kerajaan untuk mengekang perbezaan pendapat secara online dengan membuat internet lebih sukar atau mengekalkan 'kejahilan' yang digunakan sebagai alasan.
Sebaliknya, Nazri mendakwa bahawa undang-undang telah diperketatkan kerana tidak mahu orang dengan samaran berleluasa memberi komen dengan fitnah atau mengancam orang lain. Terdapat pemimpin pembangkang yang berpendapat sebaliknya seperti dilaporkan iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan alasan tersebut.
Lim berkata bahawa pindaan yang telah diluluskan semasa persidangan terakhir Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan memudahkan kerajaan untuk memulakan pendakwaan pilih bulu termasuk ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil.
Sebetulnya, seseorang yang secara tradisinya dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah tetapi akta baru ini memberi impak yang lain. Contohnya, kita bertanggungjawab untuk apa-apa jua yang dipaparkan di laman web yang kita miliki dan beban kepada kita untuk membuktikan yang kita tidak bersalah, tidak pada pihak pendakwaan ia terus membuktikan salah.
Misalnya, seseorang memberi komen yang dianggap bertentangan atau menghasut atau fitnah tetapi kita tidak boleh membuktikannya kerana orang tersebut menulis atau menaip komen di lokasi yang tidak diketahui. Salahnya kepada pemilik laman web dan bukannya orang tersebut dan tugas pemilik laman web membuktikan mereka yang tidak menulis komen tersebut.
Bayangkan seseorang yang berada di Brazil atau Belgium atau Jepun yang menulis komen dengan IP berlainan, kita perlu membuktikan sendiri yang kita tidak terlibat. Timbul juga nanti isu double standard dalam menjalankan peruntukan-peruntukan undang-undang ini.
Dalam kenyataan Nazri, di bawah Akta yang dipinda, bebannya beralih kepada pemilik komputer riba itu atau akaun supaya kita boleh mendapatkan sumber itu (yang komen fitnah atau hasutan).
Apa yang anda fikir pindaan kepada akta yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan lepas? Dalam satu aspek, ia bertujuan membawa penghantar dan 'stalker' yang menghantar komen benci tetapi agak lain apabila pengguna internet yang tidak bersalah perlu bertanggungjawab bagi sesuatu perbuatan yang mereka tidak ada kena mengena langsung.
Pada asasnya, ia bererti pemilik akaun Internet akan bertanggungjawab bagi apa-apa jua yang disiarkan di laman blog beliau, halaman Facebook, Twitter dan sebagainya. Betul, ia turut meliputi Facebook dan Twitter malah kalau anda komen di ruangan bawah ini pun, kami yang kena!
Pindaan tersebut antara lain mempunyai ketetapan berikut:
> Jika nama anda, gambar atau nama samaran muncul di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai pengarang, anda dianggap telah menerbitkan kandungan tersebut.
> Jika posting datang dari Internet atau akaun telefon anda, anda disifatkan sebagai penerbit melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang diterbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penerbit melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
Menjawab kritikan yang berkata pindaan itu adalah tidak adil dalam menolak beban bukti tertuduh, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia , Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, berkata bahawa pemilik akaun Internet di mana benci mesej telah didapati diutlis dalam laman itu dengan mudah dapat menangkis tuduhan terhadap mereka jika mereka yang tidak bersalah.
"Sebagai contoh, jika anda boleh membawa saksi mengatakan bahawa anda langusng tiada di tempat yang berhampiran dengan komputer anda atau mana-mana peranti lain berkomunikasi ketika masa mesej itu dihantar, anda tidak bersalah," kata Sharil.
Cakapnya memang mudah. Kita berada di zaman internet dengan sepatutnya pemikiran lebih terbuka perlu diterapkan tetapi bermacam akta baru yang diperkenalkan menampakkan kita bersedia mundur ke belakang.
Ia menunjukkan sebenarnya sesiapa saja yang menghasilkan akta ini tidak percaya pemikiran masyarakat Malaysia mampu menapis maklumat berunsur tipu, fitnah dan sebagainya. Ia juga menunjukkan masyarakat Malaysia semakin dihimpit kebebasan bermaklumat dengan pelbagai sekatan yang pelik.
Sememangnya kita bukanlah mahu kebebasan bermaklumat itu mengubah jati diri sebagai masyarakat tetapi sesetengah pihak perlu sedar, kebebasan bermaklumat terutama di dunia internet mengajar masyarakat menerima, berfikir dan memberi pandangan berkenaan topik tertentu secara kritis dan logik.
Kalau ruang komen Facebook atau blog perlukan tapisan, bagaimana pula dengan media 'mainstream' yang seolah-olah mudah memberi pandangan sebelah pihak?-Yahoo.com
a

Tangan ghaib di sebalik polis halal samseng?

KPRU, 31 Mei 2012
Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.
Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama?

Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau perbuatan provokasi yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal tahun; kini telah menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana kecoh ketika Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau aktiviti. Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk mencetuskan huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi kepada para hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng tersebut. Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan samseng menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?

Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)
Tarikh
Acara/Tempat
Insiden
25 Mei
Lembah Pantai
v  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
v  Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
v  Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
v  Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka
v  Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei
Pulau Pinang
v  Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei
Pahang
v  Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
v  Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
v  Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
v  Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
v  Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
v  Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
v  Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
v  Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap.
v  Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
v  Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
v  Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
v  Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Pada perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perlakuan ganas sesetengah pegawai polis yang bertugas. Sesetengah wartawan tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan sesetengah pegawai polis yang bukan sahaja, merampas dan menghancurkan kamera wartawan, tetapi juga membelasah mereka.

Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada prinsip keadilan untuk semua kaum.[6] Menerusi konsep 1Malaysia, nilai murni didokongi oleh nilai hormat-menghormati antara semua kaum. Pada 16 April 2012[7], Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Akan tetapi, transformasi yang didambakan oleh kerajaan BN di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah berbaur retorik berikutan peristiwa-peristiwa  semasa.

Transformasi Hak Asasi, Angan-angan Siang?
Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri bersifatkan retorik apabila diingatkan semula kepada insiden keganasan polis terhadap bukan sahaja peserta perhimpunan aman Bersih 3.0, malah kepada para wartawan yang meliputi perhimpunan tersebut. Kerajaan BN dilihat menghalalkan perlakuan melampau sekelompok polis semasa menjalankan tugas.

Polis pula pasca perhimpunan Bersih 3.0 telah mengeluarkan gambar-gambar para peserta yang dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 sebagai sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Ironinya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan sebaliknya.[8]

Ini telah menanam perasaan tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang merasai Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tidak berada dalam muka surat yang sama mengenai apa itu SOP polis menangani perhimpunan aman. Lantas, ketidakpercayaan terletak pada polis untuk menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan dalam negara. Pelepasan tembakan ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 merupakan kesalahan polis kerana ini mengakibatkan tindak balas rantai yang memburukkan lagi keadaan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0. Sementara itu, apakah Menteri Dalam Negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan, cuba menghalalkan budaya keganasan selagi rejim UMNO dapat dipertahan?

Walaupun dengan kemajuan sosio-ekonomi yang dinikmati oleh negara bertahun lamanya, semua itu hanyalah sebuah retorik apabila demokrasi rakyat dilanyak oleh kerajaan yang rakus dalam memegang kuasa yang dinikmatinya melebihi setengah abad lamanya. Pemodenan bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi dan industrialisasi, ia seiringinan dengan kebebasan rakyat menikmati hak-hak sebagai rakyat negara ini. Fahamkah pemimpin UMNO erti sebenar pembangunan dan pemodenan?

Penghalalan Kekejaman Polis di bawah Akta Perhimpunan Aman
Peruntukan seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa budi bicara terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman, terutamanya perhimpunan Bersih 3.0, di mana, kelakuan melampau sesetengah pegawai polis dihalalkan oleh seksyen ini.  Lantas, peruntukan seperti Seksyen 20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun mahupun masyarakat yang berwawasan 2020 ataupun bercirikan semangat 1Malaysia. Mengapa Perdana Menteri 1Malaysia terus membisu dalam hal ini?

Akibat keganasan polis yang tidak mengenali bangsa, agama, umur dan jantina, 113 orang menerima rawatan hospital di Hospital Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 40 orang lelaki dan 25 orang wanita. Seorang daripadanya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami oleh polis.[9] Di antara yang tercedera termasuklah wartawan. Lantas, mencemari lagi nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara juga.

Kesan kekejaman sesetengah pegawai polis ke atas rakyat Malaysia yang tidak berdosa hanya menambah minyak ke dalam api yang sedang membara. Rakyat kini tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada institusi polis untuk mengekalkan keamanan dalam negara selagi rejim yang menghalalkan budaya keganasan terus berkuasa. Malah, insititusi polis kini dilihat sebagai hamba kerakusan kerajaan BN. Rakyat menghormati institusi polis yang profesional dan cintakan rakyat, bukan institusi yang dihambakan oleh rejim yang sedang kehilangan kuasa akibat kekejamannya menekan rakyat.

Transformasi atau slogan 1Malaysia yang begitu didahagakan oleh rakyat bukanlah hanya sebuah retorik. Akan tetapi, kehendak rakyat tidak perlu kekal sebagai retorik. Perubahan rejim dapat menangani masalah integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis semula, antara cabarannya adalah untuk mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Sebuah kajian oleh Transparency International bagi tahun 2012 menerbitkan sebuah laporan di mana di antara semua institusi di Malaysia, institusi polis merupakan di antara institusi negara yang paling tidak bersih. (sila lihat Jadual 2)

Jadual 2: Pendapat Orang Awam mengenai Institusi Dalam Negara Terkotor[10]



Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, polis tidak akan mngambil tindakan terhadap para peniaga yang membuka gerai menjual burger di hadapan rumah Datuk Ambiga Sreenevasan kerana menurut beliau, tindakan peniaga-peniaga tersebut bukan suatu tindakan pencerobohan privasi Ambiga. Beliau bersambung bahawa pembukaan gerai tersebut dilakukan di kawasan orang awam lantas tidak mengganggu privasi Ambiga.[11]

Sikap pihak atasan polis bertindak prejudis terhadap Ambiga mencerminkan bahawa institusi polis berada dalam poket kerajaan BN yang sering menyalahkan Ambiga  ke atas perhimpunan Bersih 3.0.  Berlakunya perlakuan ”double standard” apabila polis sehingga kini gigih mencari dan menghukum peserta perhimpunan Bersih 3.0 tapi pada masa yang sama gagal menghukum pegawai polis yang berlaku ganas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap demonstrasi ”punggung” oleh veteran tentera,  gangguan-gangguan oleh pihak-pihak tertentu dan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang melakukan pencerobohan privasi ke atas Ambiga dan keluarga beliau.

Pendeknya, di mana integriti institusi polis apabila mereka yang terlibat dengan budaya samseng dibiarkan tetapi yang cintakan negara dan mahukan pembaharuan yang lebik baik dihukum?

Prejudis ”double standard” ini juga berlaku apabila baru-baru ini pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap para pengganggu[12] yang bukan sahaja mengakibatkan kacau bilau di sebuah acara Parti Keadilan Rakyat (KEADLAN) di Lembah Klang yang melibatkan lontaran bata yang mencederakan dua orang yang hadir di acara KEADILAN tersebut dan lontaran telur oleh penyokong UMNO.

Pada April 19 yang lalu[13], aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan samseng di mana pihak polis yang hanya berada beberapa meter dari tempat kejadian bergerak perlahan sambil melihat keganasan oleh kumpulan samseng ke atas mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan samseng itu menyebabkan seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut.

Nyata sekali Perkara 8 Perlembagaaan Persekutuan tidak dihormati oleh sesetengah pegawai polis dan apakah wujud tangan ghaib di belakang institusi polis yang membenarkan serangan ke atas kesucian undang-undang negara ini dan demi memegang kuasa sebagai kuasa politik memerintah negara ini?

Integriti institusi polis haruslah dipelihara dengan cara bukan sahaja membasmi gejala rasuah, tetapi dengan memisahkan kuasa politik dan tugas utama polis; iaitu menjaga keamanan negara dan rakyat negara. Tugas polis bukan untuk menjaga kepentingan rejim tetapi kepentingan rakyat dan negara. Demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi polis, pembersihan dari virus rasuah adalah perlu untuk membawa kepada pemisahan campur tangan politik ke dalam institusi polis.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berpendapat bahawa Majlis Peguam ’menghukum’[14] institusi polis kerana membantah sekeras-kerasnya kekejaman polis sewaktu perhimpunan aman Bersih 3.0; ia adalah tugas institusi polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan bukannya menyerang rakyat yang berhimpun dengan aman dengan tujuan yang jujur. Dan untuk menghadapi PRU-13, pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dengan serta memupuk politik dan budaya samseng.

Tindakan polis berikutan peristiwa-peristiwa semasa menggambarkan tangan ghaib di belakang institusi polis begitu dambakan kuasa sehingga melupai dan tidak mengendahkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Penghormatan kepada Perkara 8 yang sewajarnya adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap institusi polis negara. Ia tidak mustahil untuk dilakukan. Ia cuma persoalaan sama ada institusi polis negara atau PDRM ingin memikul tanggungjawab dan melakukan apa yang betul untuk mencari dan menghukum sekelompok samseng yang sering membuat kacau bilau seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di atas lantas memberi ketelusan peluang kembali kepada integriti institusi polis negara.

IPCMC Harapan Transformasi Polis?


Bagi memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba masanya  dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) pasca perhimpunan Bersih 3.0. Suruhanjaya ini merupakan suatu keperluan sebelum PRU-13 untuk mengembalikan kepercayaan institusi polis.  IPCMC merupakan suatu badan yang bebas[15], adil dan tegas menyiasat segala perbuatan yang melanggar undang-undang oleh pihak polis dan mana-mana agensi yang berkenaan dan kadangkala, jika merupakan suatu keperluan; memerintahkan hukuman bagi perbuatan yang melanggar undang-undang ini. Rakyat amat memerlukan suatu proses diinstitusikan untuk menangani penyelewengan oleh agensi-agensi pihak berkuasa, khususnya yang melibatkan kuasa politik. Akan tetapi, sehingga kini, harapan ini masih tidak diendahkan oleh kerajaan BN.

Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kelihatan sebagai hanya sebuah slogan yang retorik apabila Datuk Seri Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Setiausaha Agong UMNO dalam memberi pendapat mengenai pembangunan politik di negara jiran, Indonesia mengeluarkan kenyataan bahawa ’...salah satu masalah dengan Indonesia adalah terdapat kebebasan yang terlalu banyak.’[16] Ini merupakan suatu fakta yang merisaukan apabila seorang ahli politk berpendapat terdapatnya terlalu kebebasan dalam sebuah negara apabila ia sudah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan hak-hak asasi rakyat Malaysia seperti kebebasan untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata serta kebebasan bersuara merupakan hak setiap rakyat Malaysia. Jenis kenyataan ini oleh seseorang yang berpengaruh yang memberi ruang kepada pihak polis untuk bertindak sebegitu prejudis dan bersifat politik.

Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis?
Apabila kita membicarakan kuasa polis, kita membicarakan SOP polis dalam menangani situasi berkenaan keamanan dan keselamatan rakyat dan negara.  Ketua Polis Ismail Omar[17] sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 bukan sebahagian daripada SOP.

Apabila institusi polis tidak menghormati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,  tidak memberikan perlindungan yang sama rata kepada semua rakyat negara tidak kira agama, kaum, dan pemahaman politik,  ”mesra, cekap dan beramanah”, tangan ghaib di belakang tadbir tindakan polis menjadi persoalan. Ia adalah tangan ghaib yang menghalalkan sekumpulan samseng membelasah kumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka. Ia juga merupakan tangan ghaib yang menghalalkan sekelompok samseng yang sering membuat kacau bilau semasa ceramah.

Bicara kembali ke atas serangan ganas kumpulan samseng ke atas mahasiswa Occupy Dataran mendatangkan persoalan samada hak-hak asasi mahasiswa tersebut tidak dilindungi oleh undang-undang apabila pihak polis mengambil tindakan lambat justeru membenarkan serangan ganas tersebut.  Pihak polis telah menjalankan siasatan efektif dan pantas ke atas Irene Fernandez berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing yang memasuki Malaysia untuk bekerja, akan tetapi ketiadaan tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang tidak putus mengganggu acara-acara pihak oposisi dan NGO serta perhimpunan-perhimpunan aman rakyat mempersoalkan di manakah terletaknya kuasa melindungi keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.

Permainan politk yang jijik telah melihatkan kuasa polis dipermainkan oleh Kerajaan BN untuk menghukum rakyat yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka ke atas pentadbiran dan pada masa yang sama melindungi pihak-pihak yang jelasnya melanggari kesucian perundangan negara yang sedia ada.  Tangan ghaib di sebalik institusi polis telah mencemari integriti institusi polis apabila Kementerian Dalam Negeri dan institusi polis tidak berada dalam pemahaman yang sama mengenai perundangan. Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab ke atas kegagalan polis menjaga keselamatan rakyat negara dari budaya samseng yang menyerap ke dalam permainan politik kotor.  Apabila keselamatan rakyat terancam dan pihak polis mengutamakan gangguan terhadap tokoh politik pembangkang, nilai integriti institusi polis sudah hilang maknanya.

Campur tangan politik ke dalam polis sudah lama berlaku dalam negara untuk memastikan kuasa pemerintah dilindungi.  Campur tangan politik dan polis tidak hanya berlaku dalam negara. Malah, ia sudah lama dilaporkan perkara yang sama berlaku di luar negara. Akan tetapi, perkara seumpama tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Dalam sebuah laporan luar negara, Suruhanjaya Wickersham 1931[18], campur tangan politik dan institusi polis telah di ringkaskan seperti berikut:

”...tidak syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan dalam apa-apa berhubing di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan dibuat oleh kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan melaluinya gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam butir-butir operasi.”

Petikan asal berbunyi seperti berikut: -

”...no doubt this influence of politics is inevitable in any connection where very large sums of money are to be made by manipulation of administration, and where control of patronage and through it of interference or noninterference with highly profitable activities may be made to yield huge funds for political organizations and as means to political power. In the enforcement of prohibition politics intervened decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of the enforcing organization and in the details of operation.”

Kenyataan tersebut memberitahu bahawa campur tangan politik dan institusi polis merupakan perkara semula jadi kerana menurut Aristotle, ”manusia adalah haiwan berpolitik”. Petikan tersebut juga menyatakan bahawa akibat campur tangan politik ke dalam institusi polis tidak dapat diselami atau difahami oleh pihak yang memanipulasi institusi polis demi menjaga kuasa politik mereka kerana pada akhir hari, yang akan merasai akibatnya adalah rakyat dan negara secara keseluruhan.

Selepas semua telah dikatakan dan dilakukan, manipulasi politik ke dalam institusi polis sendiri yang bertindak sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.  Transformasi Perdana Menteri melalui slogan 1Malaysia serta penggubalan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pemindaan Atka Mesin Cetak dan Penerbitan, pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri akhirnya menjadi transformasi kosong.


Penutup Kata


Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara.  Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik. Bagi mengembalikan kredibiliti mereka sebagai institusi polis negara, maka perlu adanya pemisahan kuasa yang nyata dari campur tangan politik dan polis. Perkara ini tidak boleh dirundingkan kerana pengabaian pelanggaran hak asasi rakyat oleh institusi polis menghala ke suatu keadan yang kritikal di mana rakyat sudah tidak boleh ditipu dan kebenaran sudah tidak boleh dimanipulasikan sejak adanya perkhidmatan internet yang bebas dan media alternatif.

Perbincangan atas mengutarakan langkah-langkah polis untuk menebus profesionalisme polis dan PDRM mempunyai tanggungjawab menghormati kehendak rakyat. Tidak mengendahkan kehendak rakyat hanya merugikan PDRM kerana pasca pilihanraya umum, rakyat mempunyai kuasa untuk menukar mana-mana pihak atasan PDRM yang bersekongkol dengan kuasa politik yang korup kerana ia sudah dilupai oleh PDRM, PDRM merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.

Kalau tidak wujud tangan ghaib, pihak polis sewajarnya mengambil tindakan segera berhubung insiden keganasan politik bersifatkan budaya samseng. Maka penghormatan diberikan kepada institusi polis yang berpegang teguh kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa polis dengan kuasa politik. Polis cintakan rakyat. Rakyat sanjung polis.





**


Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.-HD

http://kpru2010.wordpress.com/



[1] http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/05/pakatan-ceramah-in-bangi-disrupted-by.html
[2] http://www.keadilandaily.com/khianat-punca-ibu-pejabat-keadilan-pahang-diceroboh-fauzi/
[3] http://www.selangorku.com/?p=8322
[4] http://www.keadilandaily.com/samseng-umno-ganggu-sambutan-pakatan-rakyat/
[5] http://www.keadilandaily.com/samseng-upahan-umno-cuba-kasari-nurul-izzah/
[6] http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf
[7] http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1676&news_id=591&speech_cat=2
[8] http://www.freemalaysiakini2.com/?p=27393
[9] http://www.freemalaysiakini2.com/?p=27403
[10] http://www.transparency.org/country#MYS_PublicOpinion
[11] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/burger-protest-outside-ambigas-home-legal-say-police
[12] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/despite-video-evidence-umno-insists-pkr-instigated-ceramah-violence
[13] http://classifieds.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-mahasiswa-kata-diserang-samseng-di-dataran-merdeka/
[14] http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=33182:igp-cops-punished-by-bar-council&Itemid=2
[15] http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/24/focus/4380145&sec=focus
[16] http://pdrmbrutal.files.wordpress.com/2012/05/interim-report-international-fact-finding-mission-april-2012-bw.pdf
[17] http://www.malaysiadaily.net/2012/04/polis-ganas-rakaman-bukan-sop.html
[18] http://www.ethicsinstitute.com/pdf/Stopping%20Political%20Interference.pdf

Tidak puas hati, Orang Asli pulang wang RM200

Oleh:Khairil Abdul Rahim,

TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Leleh, Lanchang semalam bertindak membantah dan memulangkan kembali wang sebanyak RM200 kepada Risda kerana dianggap tidak munasabah.

Menurut mereka, wang tersebut dikembalikan demi maruah mereka berikutan didapati berlaku ketidakadilan dan mungkir janji pihak kerajaan kepada persetujuan asal berdasarkan minit mesyuarat.

Mereka mendakwa, mesyuarat diadakan antara wakil penduduk dengan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh tahun lalu itu, diadakan berikutan projek mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Mining Sdn Bhd yang memusnahkan ladang sawit Tanam Semula Kelompok (TSK) milik penduduk.

Pengerusi jawatan kuasa bertindak penduduk, Rawi a/l Gaud berkata, berdasarkan minit mesyuarat mereka sepatutnya menerima RM350 sebulan, 15 peratus keuntungan hasil pelombongan bijih besi dimasukkan ke akaun dan tanah seluas 50 hektar sebagai gantian kerosakan tanaman akibat aktiviti perlombongan bijih besi.

Namun begitu, katanya, semua janji tersebut tidak ditepati sejak lebih dua tahun yang lalu kecuali yang mereka dapat sebanyak RM200 beberapa hari lalu.

“Ladang sawit kami habis musnah apabila syarikat Mentiga masuk melombong besi sejak 2010. Air sungai tercemar teruk, sekarang kalau hari panas kami dapat habuk kalau hari hujan kami dapat jalan becak.

“Bila keadaan dah jadi macam ini mereka nak bayar kami RM200. Sekarang kami nak pulangkan semula duit tu sebab tidak munasabah dan tidak setimpal dengan kerugiannya,” katanya tegas.

Kampung Orang Asli Sungai Leleh meliputi kawasan tanah seluas 365 hektar dan 95 hektar daripadanya ditanam dengan sawit dengan 86 orang peserta. Terdapat kira-kira 100 keluarga daripada suku Temuan dengan lebih 400 penduduk.

Rawi menjelaskan, mula-mula dulu penduduk mengusahakan kebun sawit sendiri sehingga mampu meraih pendapatan RM1,000 sebulan. Tetapi apabila diambil alih oleh Risda jadi TSK dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mereka hanya dibayar RM500 sebulan.

Tambahnya, apabila syarikat perlombongan masuk ke situ tanah kebun mereka musnah sehingga menghadapi kesempitan untuk mencari sumber rezeki.

“Kami kesal orang lain yang tidak berkuasa ke atas tanah kami telah tanda tangan bersetuju menggali kawah lombong besi di sini sehingga 40 kaki ke bawah tanah.

“Lebih menakutkan, kalau diikutkan pelan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri kawasan perlombongan bijih besi akan meliputi sehingga ke semua kawasan penempatan dan rumah penduduk.

“Itulah yang menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang tiada kawasan lagi untuk penduduk diami dan kawasan hutan sudah semakin pupus untuk mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk tua di kampung berkenaan, Gaud a/l Batin Kang, 72, berkata penduduk hanya menuntut hak mereka sahaja yang sepatutnya diiktiraf sebagai warganegara serta penghuni asal dan tidak mahu meminta hak kepunyaan orang lain.

Menurutnya, kampung berkenaan telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu dan ayah beliau sendiri iaitu Batin Kang, pernah menjadi pembantu kepada Orang Kaya Semantan Datuk Bahaman.

Turut hadir memberi semangat kepada Orang Asli peguam Ahmad Nizam Hamid dan pelakon Abdul Kadir Abdul Manap atau Pak Jabit.-HD

Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah

Oleh:Abdul Aziz Mustafa,
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.

"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.

"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.

Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.

"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 bilion.

"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.

"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.

"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.

Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut,  Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.-HD

INFO DARI FACEBOOK FELDA


Betul kah Puan Rohana Abd Rahman, Pengarah Kontrak ditukarkan ke Jbt Sumber Manusia SERTA MERTA........????

KENAPA dia ditukarkan....????
APA kesalahan dia....????

Bukankah dia seorang pegawai kanan yg jujur & amanah dlm menjalankan tugas....???? MENGAPA DIA DIPERLAKUKAN DEMIKIAN? DI MANA MARUAH DAN MORAL PEGAWAI FELDA SEHINGGA BOLEH DIBUAT SESUKA HATI? INI ADALAH PEGAWAI KANAN FELDA KE 3 YANG DIJATUHKAN HUKUMAN KEJAM TANPA DINYATAKAN SEBAB2...JIKA INI REALITI YANG BERLAKU DI FELDA .... MALANG MALANG, SUNGGUH MALANG SEKALI. Dato Omar, Presiden CUEPECS tolong lah tenguk2kan apa yg terjadi di Felda kebelakangan ini semenjak ketiadaan DG, Yg baik2 dihukum, yg jahat & tak ikut peraturan, yg boros, yg tak amanah dibelai, dibela dan diberi bermcm2 kemudahan ????

Ya Allah selamatkan Felda....
 ----------------------------------------------------------------
Klu kita ingat tahun lalu KPF kena belasah oleh bekas2 org Anuar Ibrahim,,,, Roslan Kasim, Hamidon, Anuar Sungip, Ezam Md. Nor, dll menuduh KPF menyeleweng dan bermcm2 fitnah yg keji dilempahkan. Konon Ahli Lembaga KPF salah guna kuasa sehingga pengarah Seranta pun dok sibuk2 mengadu kat SKM. ????

Pelik jugak kebelakangan ini berduyung2 org Anuar join Isa, Mcm ada SATU TARIKKAN, lepas satu2 sokong Isa Samad, apa saja yg dikatakan Isa semua membabi buta setuju dan tambah komen2 mereka dlm UTUSAN, seolah2 mereka tahu & mahir tentang Felda & KPF dan mereka tahu apa yg terbuku dlm setiap hati Warga Felda. ???? Knapa jadi bergini seolah2 Isa sudah tak ada lagi org2 UMNO yg suka atau menyebelahi beliau ????? .... atau mungkin luka & kebencian org2 UMNO ini terhadap Isa Samad masih belum pulih setelah Isa didapati bersalah mengamal RASUAH dlm PAU yg lalu, perbuatan Isa telah mengaibkan UMNO di mata parti2 komponen yg lain secara Amnya dan memalukan UMNO N9 Khasnya ????

Kesian tak pasal2 nama KPF amnya dan nama Ahli Lembaga khasnya tercemar. Yg peliknya knapa SPRM tak masuk menyiasat tuduhan2 ini. ???? Knapa lah pulak saat2 akhir nak Listing barulah Isa Samad nak bersuara dan memberitahu yg KPF sedang disiasat oleh SPRM ?????? Kemudian Isa cepat2 beritahu dlm media yg KPF tidak akan terlibat dlm Listing. Alasannya KPF ada kes besar penyelewengan dan FGVH tak mahu dilibatkan dlm siasatan SPRM.

Skng dah masuk 2bulan, apa hasil siasatan SPRM ???? ..... Ada tak kes penyelewengan yg di war2kan oleh Isa Samad ???? ..... Ada ke salah laku oleh Ahli2 Lembaga KPF ???? ..... Ada tak duit-duit yg dilarikan oleh Ahli Lembaga KPF ????

Mengapa SPRM senyap aje dan tak istiharkan hasil siasatan kpd umum ???? ..... Mengapa org2 bekas Anuar Ibrahim yg skng tiba2 ramai menyebelahi Isa Samad diam seribu bahasa ???? ..... Mengapa Isa & org2nya tak buat PC lagi mcm dah abis modal nak hentam KPF ???? ..... Mana Zaid, mana Ezam, mana Roslan dan mana Zaharin ????? ..... Bergitu lah busuknya hati mereka2 ini terhadap KPF ???? Knapa Seranta pun turut diam, bisu seribu bahasa. ????

Skng tinggal 3minggu lagi KPF akan mengadakan mesyuarat Agong untuk mengistiharkan dividen. Kita doakan KPF terus kukuh menjadi koperasi terbaik dan mampu membayar dividen tinggi tahun ini, setidak2nya sama mcm Ahli Koperasi Saham Bank Rakyat dapat baru2 ini.

Syabas Dato Sarchu, CEO KPF anak peneroka Medoi, Mazlan Taib dan lain2 .... Syabas juga Ahli2 Lembaga KPF .... Dato Dzul, Dato Suhaimi, Tuan Hj Abidin dan lain2. HIDUP KPF,,,,, SEJAHTERA PENEROKA,,,, MAJULAH WARGA FELDA-GP

Kami Di Pinggir Setelah berkhidmat melebihi 30 tahun ( ISU FELDA )


Bila mendengar riuh nya suara kegembiraan penerokadan kakitangan mendapat durian runtuh pemberian Felda.Maka kami ( yang telah berkhidmat > 30 tahun)terasa dipinggirkan.Kerana tiada apa yang kami dapat penyenaraian FGVH.
Sedangkan kami adalah orang atau petugas yang betu lbetul membangunkan rancangan tanah Felda.Bermuladari merintis hutan.Menanda sempadan,mengawasi kerja penebangan hutan,mengawasi kerja membakar,mengawasi kerja membersih kawasan untuk tanaman,mengawasi kerja menanam dan seterusnya kerja penjagaan dan akhirnya menerima kemasukan peneroka.Dalam tempoh peneroka belum di panggil masuk maka kami yang tinggal bersama pemborong.Dengan kemudahan asas yang belum mencukupi.Air di guna air sungai atau perigi.Lampu minyak tanah atau lampu ayam dan gaslin.Jalan tanah merah.Dan ada juga yang merasa membangunkan kawasan yang menjadi jalan laluan dan tempat persembunyian komunis.Kerana jauh diperdalaman tiada kemudahan komunikasi ,berita sedih keluarga hanya dapat di terima setelah 4 hari berlaku.
Kami berjaya membangunkan rancangan sebagaimana bolih di lihat hari ini.Tidaklah sebagaimana tanah rancangan Tanam semula yang banyakdi lihat menemui kegagalan dan kelewatan kerana kebanyakan petugas baru.Merekasemua tidak melalui getir sepertikami.Semua pasarana telah siap.
Sedangkan PM pun merasa hasil dari idea ,pengasas Felda Bapanya.
Jadi kami mengharapkan agar kami juga di hargai.
 
Dari : Anua Othman
Berkhidmat 37 tahun
Rancangan pernah berkhidmat : Felda Mempaga Satu,Lepar Utara 9,Redong Satu,Maokil-GP

Rabu, 30 Mei 2012

PECAH BERITA! Skandal Scorpene: Daim Zainuddin Dan Mahathir Turut Terlibat Selain Najib Altantuya?


Badan Hak Asasi Manusia, SUARAM, mendedahkan nama individu yang rapat yang mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, disebut dalam kertas siasatan pendakwaan berhubung dengan skandal rasuah pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene pada 5 Jun 2002.

Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem mendedahkan penemuan terbaru tersebut semasa sidang media yang diadakan di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, setelah Joseph gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu.

Joseph ketika menerangkan penemuan tersebut menambah, Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion).

Dalam sidang media yang dipancarkan ke seluruh dunia menerusi laman sesawang video popular, Ustream, Joseph mendedahkan lagi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan isteri pakar strategis Najib Altantuya, Razak Baginda, iaitu Mazlinda Makhzan.

Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Mahathir.

Dokumen 97 itu juga menjelaskan nota yang tertulis di dalamnya adalah sebagai dokumen perlu dan mesti digunakan sebagai rujukan pindahan pembayaran kepada individu dan organisasi politik rejim pemerintah iaitu Umno-APCO.

Malah, dokumen itu juga membuktikan bahawa kaitan antara kedua mereka adalah seperti berikut:

a) Razak Baginda adalah orang suruhan Najib Altantuya, dan;

b) Mohd Ibrahim Noor adalah orang yang rapat dengan Daim Zainuddin.

Berhubung dengan isu sama ada Najib Altantuya dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka.

Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi.

Joseph juga menambah, amaun rasuah yang diperolehi daripada pembelian kapal selam ini boleh digunakan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur kemudahan awam kerana hasil siasatan menunjukkan wang rasuah boleh melebihi jumlah asal yang dianggarkan iaitu RM3 bilion.

Nama Mohd Ibrahim kemudian 'hilang' dari syarikat Perimekar Sdn Bhd - yang dikatakan menjadi perantara dalam pembelian Scorpene - sebagai pemegang saham dan pengarah.

Beliau digantikan kemudiannya oleh mereka dalam rangkaian Razak Baginda.

Wartawan yang hadir dari seluruh dunia bagi mengikuti pendedahan khas ini ada yang datang sejauh Brazil dan Amerika Syarikat kerana skandal rasuah kapal selam ini mirip kes yang pernah dilaporkan di Pakistan, India, Bolivia dan beberapa negara lain, juga menerusi dua buah syarikat usahasama antara DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.

JALAN PULANG

Rafizi sangsi laporan polis Salleh nafi beli lapan hartanah projek KL Eco City


KUALA LUMPUR, 30 Mei – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan kesangsian terhadap satu laporan polis yang dibuat pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) terhadapnya yang menyatakan Rafizi telah memfitnah beliau berhubung pembelian lapan unit hartanah dalam projek KL Eco City.
Rafizi yang dipanggil untuk memberi keterangan di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bagaimanapun menjelaskan, daripada dokumen bank yang diperolehinya menunjukkan Datuk Seri Salleh Ismail ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah tersebut.
“Sewaktu saya disoal siasat oleh Bank Negara, ada beberapa laporan polis yang dibuat kepada saya, dan ada satu laporan polis yang dibuat oleh Datuk Salleh mengatakan saya telah memfitnah beliau apabila mendedahkan beliau ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah dalam projek KL Eco City.
“Namun, dalam dokumen bank yang saya perolehi, ada butiran lengkap yang menyatakan beliau telah membuat pinjaman untuk pembelian tersebut. Itu yang menimbulkan konflik dan rasa curiga sama ada beliau telah membuat laporan polis palsu,” katanya kepada pemberita sejurus selesai sesi soal siasat tersebut.
Rafizi juga menjelaskan, daripada hasil soal siasat antara pihaknya dan Bank Negara, beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa sama ada untuk mengambil tindakan terhadapnya atau tidak.
“Saya telah memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi tersebut. Terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.
“Soalan yang dibangkitkan adalah bagaimana saya memperolehi dokumen bank NFCorp, dan saya hanya berkata benar kepada mereka (BNM),” tambahnya.
Sehubungan itu, Rafizi juga melihat pihak NFCorp seharusnya berani tampil kepada pihak BNM untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya terhadap syarikat tersebut yang dikatakan telah melakukan pemindahan wang rakyat secara tidak sah ke luar negara.
“Sekarang kita lihat sama ada mereka berani tampil untuk memberikan keterangan berkenaan penggubahan wang haram, sebagai mana yang telah saya lakukan hari ini,” tambahnya.
Ditanya sama ada beliau dijadikan suspek dalam penyiasatan itu, peguam yang mewakili Rafizi, Latheefa Koya menjelaskan, “Bank Negara sendiri tidak dapat memutuskan sama ada Rafizi akan dijadikan suspek atau tidak. Kita tunggu tindakan selanjutnya.”
Sesi soal siasat tersebut bermula jam 3.30 petang dan tamat sejam kemudiannya.
Sebelum itu, Naib Presiden PKR, N. Surendran melihat tindakan BNM mengarahkan Rafizi untuk memberi keterangan berhubung pendedahan beliau ke atas pendedahan kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah pelanggaran terhadap peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
Beliau menegaskan, arahan yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah tidak sah kerana akta itu bukan digunakan untuk melindungi seseorang yang melakukan perbuatan jenayah.
“Arahan ini adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ini adalah penyalahgunaan Bafia itu sendiri kerana akta itu bukan digunakan bagi melindungi kegiatan jenayah.
“Rafizi telah melakukan pendedahan jenayah, dan suami menteri sendiri telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.
“Bagaimana seseorang yang membuat pendedahan  penyelewengan NFC boleh dipanggil untuk memberi keterangan atas kesalahan jenayah?” soalnya lagi.
Turut mewakili Rafizi adalah Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya.
Rafizi boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta jika di dapati bersalah di bawah peruntukan Akta Bafia tersebut.
“Ini adalah serius. Ia (Bafia) bukan untuk melindungi pesalah jenayah daripada menyalahgunakan dana awam.”
Rafizi yang ditemani Latheefa dan Surendran dilihat memasuki kawasan perkarangan Bank Negara sekitar jam 3 petang untuk memberi keterangan.
Rafizi sebelum itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya berkata, beliau telah menerima secara peribadi notis tuntutan untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989 hari ini.
Beliau turut menambah, pihaknya “menghormati arahan Bank Negara itu, namun khuatir jika diberikan tekanan terus-terusan terhadapnya dan juga Johari Mohamad, pemberi maklumat kepadanya berhubung skandal NFC.”
Malah, Rafizi berkata, beliau turut menyuarakan perasaan hairan mengapa BNM tidak menyiasat Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Salleh Ismail dan keluarganya kerana terang-terangan telah melakukan pemindahan wang rakyat secara tidak sah ke Singapura dan Kazakhtan.
“Perkara ini diakui mereka, dan bukankah ini perlu disiasat oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram?” soal Rafizi ketika sidang media di pejabat PKR sejam sebelum memberi keterangan dengan BNM.-MI

Catatan dari FB berkaitan FGVH yang harus dibaca

Baldu Sutera · Top Commenter · Sandakan Town, Sabah, Malaysia

Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi
Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)?
Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut:
Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH)
Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini
Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.
Umno selalu menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi?
Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka.
Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.
Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu!
Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!
Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda!
Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/05/umno-khianati-peneroka-felda-pelawa.html

UMNO Khianati Peneroka FELDA – Pelawa Syarikat Yahudi, Louis Dreyfus Memiliki Saham FGVH?

Best Blogger Tips

Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi
SSetelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)?
Najib telah mengumumkan pemilikan  saham2 FGV seperti berikut:
Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH)
Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia.  maklumat lanjut sila klik disini
Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.
Umno selalu  menuduh  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi?
Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka.
Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.
Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu!
Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!
Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda!
Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!-King of Goblok

Kelantan dipinggirkan Umno sejak 1959

Oleh:Muhamad Yusri Amin,

KOTA BHARU: Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.

Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.

Sebelum itu Umno menjanjikan mahu membina jambatan berkenaan, namun selepas tewas pada 1959 peruntukan projek Jambatan Sultan Yahya Petra dibawa Pahang.

Begitu juga projek rancangan tali air Kemubu melibatkan kos RM45 juta yang diperolehi kerajaan PAS daripada pinjaman Bank Dunia.

Semua projek itu dianggap mustahil bagi pemimpin Umno ketika itu, namun akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai juga dinafikan Umno.

Senator Mumtaz Mohd Nawi berkata, lebuh raya rakyat akan menjadi kenyataan dengan sokongan semua pihak.

“Kita boleh lihat sendiri pada majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya berkenaan lebih RM1 juta derma berjaya dipunggut daripada orang ramai.

“Rakyat simpati selepas kita didera begitu lama bagi mendapat kemudahan seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.

Menurutnya sejak Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) hingga RMK-10 kerajaan Persekutuan tidak menyenaraikan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia.

Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lebuh raya rakyat sebagai gimik politik dan menganggap kerajaan negeri tidak mampu membinanya.

Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit hanya menutup aib mereka sendiri kerana meminggirkan rakyat Kelantan sejak sekian lama.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, biar pun sumber kewangan kerajaan negeri terbatas, namun demi kepentingan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu tetap diteruskan.

“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab itu ekoran masalah yang ditinggalkan Umno,” katanya.

Bekas pegawai kanan kerajaan Ubaidah Yaakub berkata, lebuh raya yang dicadangkan di Kelantan bagi manfaat rakyat dan bukannya bertujuan mendapat keuntungan seperti lebuh raya di tempat lain.HD

FELDA BARU , ERA BARU ?


Pulau Batu Putih terlepas kpd Singapura, salah siapa?
Tanah KTM 217 hektar terlepas kpd Singapura, salah siapa?
1.3 hektar Tanah Rezab Melayu terlepas kepada kaum lain, siapa brokernya?
Tanah Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan siapa yg gadai?

Le ni nak jual temberang pasal penyenaraian Fgvh. Tipu kononnya durian runtuh tu insentif kjaan. Macam kami tak tau mereka menyamun duit baki pinjaman KWSP sebanyak 6.5 bilion. Ada tinggal RM800 juta utk aktiviti tanam semula tu di paksa keluarkan utk bayaran fasa pertama 5k.
Utk fasa ke dua, nak rompak pulak duit anak2 sykt dlm Felda Holding dan Felda Plantation. Habis le duit FELDA.

Mulai 1 jun ni, nak buat rombakan keatas pengurusan kanan Felda. Faizul Ahmad, Anuar Malik dan Malik Manaf akan diberi jawatan paling kanan walau pun pijak org lain yg lebih senior. Malik Manap tu org luar. Ini proses MengUMNOkan Felda. Saya akan dedah secara terperinci nanti. Faizul betul2 mcm kaduk naik junjung, sikudung dpt cincin. Mereka2 ini pencacai Isa Samad yg sedang lingkupkan Felda.

Org baik mcm Dato' Dzulkifli Wahab jd korban. Le ni berulang alik belajar di London. Elaun belajar RM900 sebulan. Kos tambang, tempat tinggal dan makan minum 2 minggu sj dah RM3,000. Keluar duit sendiri. Najib dera beliau, tak dpt pun bonus 2 bln setengah seperti staf felda yg lain. Pada hal beliau CEO Felda yg taat. Taat pun kena 'sembelih' juga!

Pegawai dedikasi spt Dato Suhaimi, Md Nor Kailani dan Hj Abidin sedang di malu dan diaibkan. Mereka ini Timbalan Pengarah Felda yg sedang di cincang lumat Isa Samad dan kuncu2nya.

POLITIK DAN KONGSI GELAP

Musa Hassan sahkan rangkaian politik - kongsi gelap
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.
________________________________________
Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw

PANAS!! Dua ADUN UMNO terlibat urusan jual beli tanah kes bunuh Sosilawati..


SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.


Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (gambar bawah) pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar atas)menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.

Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.

Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?

Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.

Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini?

Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.

Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.

Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.
Perbicaraan bersambung hari ini.


Sinar Harian