Jumaat, 30 November 2012

Apakah yang akan berlaku selepas pengumuman Pakatan Rakyat menang PRU?

Best Blogger Tips
Apakah yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13?

Sebelum gua cerita lanjut tentang isu ini,sila baca dulu pencerahan untuk korang faham apa dia unit Komando 69 dan Unit Tindakan Khas sebab mereka ni ada kaitan dalam cerita yang seterusnya.

Kedua dua unit ini bukan di bawah kuasa Ketua Polis Negara. [IGP] Ianya dibawah kuasa
Yang di Pertuan Agung Negara. Semasa tempoh pembubaran parlimen.Kerajaan sudah di gantung untuk di tentukan kerajaan baru yang di pilih rakyat.Namun keenganan UMNO untuk menerima kekalahan ini memaksa 2 unit ini untuk membuat latihan dari sekarang dan habis pada bulan April tahun depan.[2013].


Apa dia unit Komando 69?
Bukan calang orang yang pakai cap ini.
Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.

Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan 
United Kingdom Special Air Service Regiment 
pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh
 Parti Komunis Malaya. 
Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 
ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan 
sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. 
Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan 
dan Keselamatan Dalam Negeri, 
Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan 
satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk
 ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.

Kini BN telah memperkudakan unit ini dengan meletakkan kemaraan Pakatan Rakyat sebagai ancaman baru kepada negara.Tugas khusus unit ini adalah untuk mengambil aleh negara dan di serah kepada yang di Pertuan Agung akibat negara huru hara. Siapakah yang menghuru harakan negara? tugas ini di berikan kepada Unit Tindakan Khas. Ingat tak lagi tragedy BERSIH 3.0? mengapa tv3/RTM dok ulang2 kejadian kereta terbalik,rempuhan sekatan? Semua ni adalah perancangan UTK untuk melebelkan BERSIH ini KOTOR. Kenali unit UTK dengan lebih dekat.
Apa dia Unit Tindakan Khas ?
UTK

Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan.
Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5
dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan.
Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas Komando 69. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana Komando 69, Unit Tindakan Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

untuk kenal detail rujuk blog gua yang lepas di [sini]

Sudah faham tugas tugas 2 unit ini? mari kita pergi kepada tajuk asal iaitu,apa yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 .

Benarkah mereka akan mencetuskan keadaan darurat? ini persoalan.

Untuk pengetahuan.. sekarang ini.2 unit penting ini sedang menjalani LATIHAN KHAS PRU13 .kenapa dan apa kaitan unit ni untuk pru? untuk memahami mengapa dan bagaimana,mari baca seterusnya.

Najib / Muhyidin [sekiranya Muhyidin berjaya singkirkan Najib dari jwatan PM ] akan bubar parlimen selepas bulan 4,lebih tepat hujung bulan 4,sebaik sahaja 2 unit ini habis menjalani latihan khas PRU pada awal bulan 4..

Apa faktor yang mengukuhkan dakwaan ini?

Faktornya jelas. SEKIRANYA PR menang PRU13 maka akan ada siri2 rusuhan yang berlaku hasil dari salah satu unit yang sedang menjalani latihan ini.Untuk merialisasikan keadaan DARURAT,maka situasi dan persepsi di cetus bermula dari PAU Persidangan agung Umno.Cuba lihat bukti bukti yang telah berlaku di PWTC.

1 ] Shahrizat Jalil memberi HINT 13 Mei akan berlaku sekiranya PR menang PRU.
Shahrizat mengatakan 13 Mei akan berulang sekiranya PR menang !

Faham tak maksud di sebalik kenyataan Shahrizat?

Shahrizat turut menekankan lima halangan utama Umno yang perlu diperbaiki menjelang pilihan raya mendatang termasuk pertembungan dengan musuh utama PAS pengundi muda dan memastikan kaum Melayu terus memegang kuasa Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa maka kestabilan politik negara akan goyang Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang “Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969 kata Shahrizat.


Siapa lagi membayangkan akan berlaku rusuhan selepas PR menang PRU13?

2] Mahathir memperkatakan negara akan huru Hara [jika PR kalah] 
KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad adalah betul untuk memberi amaran tentang huru-hara yang bakal berlaku jika Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata pemimpin Umno yang bersetuju dengan bekas perdana menteri (PM) itu bahawa parti pembangkang mempunyai kegemaran untuk menganjurkan demonstrasi jalanan untuk menuntut apa yang mereka mahukan.
Pemimpin yang ditemui di luar perhimpunan agung tahunan Umno 66 di sini dan di Parlimen juga bersetuju bahawa demokrasi mesti mempunyai had kerana ia boleh membawa kepada keganasan jika disalahgunakan. Namun begitu, ramai pegawai parti pemerintah itu akan mempunyai masalah untuk “menjual” idea ini kepada rakyat Malaysia yang kini melihat banyak masalah dan keganasan disebabkan oleh kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa dan kumpulan-kumpulan yang dikaitkan dengan parti pemerintah.
“Demokrasi perlu dikawal, mesti perlu ada had. Kalau mereka terlalu bebas dan tidak ada had, ia akan beri risiko kepada negara kerana ia boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini,” kata ahli parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Parlimen.
Mahathir membayangkan jika PR Kalah... cara biasa Mahathir untuk  menakutkan orang melayu untuk undi PR..siapa lagi yang menakutkan rakyat?Muhyidin Yassin.. lihat grafik di bawah,petikan PAU 2012 .
3] Muhyidin Yassin juga memperkatakan kejadian 13 Mei dan negara akan huru hara jika PR menang PRU
 Gua tak mahu ulas lanjut pasal 13 mei ker haper.. gua nak highlight... PRU AKAN DI PANGGIL selepas unit unit UTK dan comando 69 habis latihan pada awal bulan 4 kemudian baca keterangan "sikap ahli Umno sebahagiannya sudah sedar, disember ke, januari, februari atau mac kita sudah bersedia atau seperti kata presiden tadi mungkin hujung bulan empat, dari segi parti kita memang bersedia, tak perlulah media nak berteka-teki lagi,"
mungkin hujung bulan 4 !! bermakna sah lagi soheh PRU hanya akan di panggil bulan 4 selepas polis2 ni habis latihan "menangani DARURAT"

PRU 13.. JIKA PR menang...

akan ada huru hara...

Sapa kata?
Dalam PAU.
Shahrizat dah bagi kiu.. 13 mei akan berulang..

Juga
Madey dah ckp PR menang,negara huru hara!

Najib lagilah merepek bukan2.. pertahankan Putrajaya hingga titisan darah terakhir.

Bagaimana negara akan di halang bagi pelantikan perdana menteri baru?

Sejarah 13 mei.. berlaku apabila sokongan melayu kpd umno tahap kritikal... maka dibunuh kaum cina.sokongan melayu naik balik kpd umno.

KINI

Unit UTK dan komando 69 sedang menjalani latihan..di UTARA Malaysia.

berlatih untuk PRU 13.Mengapa PRU 13? Sebab unit inilah yang akan mencetus provokasi semasa proses
"melengahkan perlantikan DSAI menjadi Perdana Menteri" sehinggalah negara huruhara seperti yang Shahrijat jalil perkatakan.. seperti kata Tun Madey katakan.seperti kata Muhyidin.

Agung di minta buat 2 pilihan.

Buat semula PRU atau

Serah kembali negara kepada BN .

Skandal agung ada dalam tangan BN

jika agung putuskan buat PRU semula agung kena MALU.

Maka agung pilih BN semula..
 
 Berita dari: King Of Goblok

Rabu, 28 November 2012

Shahizat: Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk'


11:22AM Nov 28 2012  

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya "bagai telur di hujung tanduk" selepas pilihan raya umum 2008.

Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu "akan semakin terpinggir" kemudiannya.

"Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.

"Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?" katanya.

Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan "Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan", Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.

"Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah suamua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara," katanya.
Cabaran tersebut merupakan salah satu daripada lima cabaran yang digariskan oleh Shahrizat dalam ucapannya yang disampaikan kepada 979 perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

Selain itu, cabaran yang dihadapi selepas pilihan raya umum itu, Umno berdepan dengan hakisan sokongan dari kaum bukan Melayu kerana BN  menghadapi masalah besar dalam kawasan parlimen campuran dalam pilihan raya yang lalu.

"Bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang kita perlu mengatasi masalah ini dengan mengikat erat hubungan dan tali silaturrahim kita di antara kaum.

"Kita bukan sahaja perlu merapatkan kesenjangan antara kita dan bukan Melayu dalam semangat 1Malaysia, tetapi juga mengelakkan perpecahan di kalangan kita sesama Umno, sama ada di kalangan pemimpin sesama pemimpin, ahli dengan pemimpin, dan ahli sesama ahli.

"Ringkasnya, kita perlu bersatu bagi mengelakkan jentera parti kita lemah dan membuka ruang kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan," katanya.

Tiga cabaran lagi, yang turut digariskan dalam teks ucapannya yang diedarkan kepada media (tetapi tidak dibaca), ialah:
  • Untuk menghadapi isu-isu agama terutama di kalangan mereka yang berasa terpinggir dari arus pembangunan negara.
  • Untuk menarik pengundi muda juga pengundi Melayu supaya mendaftar dan menyokong Umno.
  • Untuk menjadikan Umno sebagai sebuah parti Melayu yang kekal relevan.
Berita dari: Malaysiakini

Khamis, 22 November 2012

MP: Harga kamera perangkap laju 10 kali ganda?



 
MP PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa Kementerian Dalam Negeri mungkin membayar lebih 10 kali ganda untuk perolehan kamera perangkap had laju bagi kegunaan polis yang berjumlah RM23.5 juta.
Dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Mahfuz (PAS-Pokok Sena) mendakwa demikian berdasarkan dokumen didakwa sebut harga untuk pembekal kepada kerajaan di tiga negeri di Amerika Syarikat di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Mahfuz mempersoalkan sama ada proses perolehan itu dibuat secara tender terbuka dan meminta kerajaan menjelaskan syarikat yang dipilih untuk membekalkan kamera berkenaan.
Dokumen berkenaan, yang disaksikan Malaysiakini, menunjukkan kerajaan negeri Montana menawarkan AS$4,995 (RM15,292.59) dan Idaho sebanyak AS$5,057.44 (RM15,483.84) untuk setiap unit kamera jenis Laser Trucam.
Menurut dokumen itu lagi, negeri Delaware menawarkan AS$6,378 (RM19,526.88) untuk setiap unit kamera Laser Digicam.

Dalam satu jawapan bertulis kepada MP Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kamera Laser Digicam itu diperolehi dengan harga RM173,925 seunit dan RM223,500 seunit untuk model Laser Truecam.

Ia turut menjelaskan, kerajaan membekalkan kamera berkenaan secara berperingkat-peringkat kepada pasukan polis sejak 1995 – yang keseluruhannya berjumlah 85 unit bagi model Digicam dan 39 bagi Truecam.
Berucap ketika perbahasan peringkat jawatankuasa untuk belanjawan kepada kementerian tersebut, Mahfuz berkata menteri perlu memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
Berita dari: Malaysiakini

Skandal RM207b: Buruh, waris diarah tutup mulut?



Harakahdaily, 22 Nov 2012
IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak' terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris diarah 'tutup mulut'.

Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.

"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.

"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu.

Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.


(Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan)

Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Waris dan bekas buruh berkenaan boleh menghubungi Sekreteriat Jejak melalui talian 019-231 6539 dan 013-3266194.

Mangsa masih hidup

Mengulas lanjut, Safarizal berkata, carian mereka mendapati masih ada bekas buruh landasan maut itu yang masih hidup dan dapat dijejak.

Salah seorang dari mereka kini menetap di Johor dengan umur hampir 100 tahun manakala tiga lagi di kesan eberada di Ipoh.

"Sejak kita lancarkan Ops Jejak ini, kita terima panggilan tidak putus-putus dari waris mangsa.

"Hampir 200 keluarga telah menghubungi dan mendaftar dengan kita setakat ini," katanya.

Sebelum ini pihaknya memaklumkan mempunyai rekod seramai123 waris keluarga buruh berkenaan di Perak dan 347 waris di Pahang.

Doa untuk menghancur dan menjahanamkan UMNO-BN tidak salah

DOA untuk menghancur dan menjahanamkan Umno-BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam arena politik Malaysia, Pas dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno-BN jelas bertentangan dengan dasar Pas yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.


Dasar Umno-BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno-BN selama ini.
Umno-BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.
Justeru, atas sebab inilah Pas berlawan dengan Umno-BN dan bertanding dalam pilihan raya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.

Untuk mencapai kemenangan dalam ‘peperangan’ pilihan raya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno-BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno-BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihan raya.
Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno-BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.

Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: “Amin, amin, amin.” Dikatakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?” Baginda menjawab: “Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada ALLAH bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.

* Azhar Yahya, Timbalan Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat
Berita dipetik dari: Harian Metro Online

Kamera Had Laju, Polis kata RM17K sebuah, Hishamuddin kata RM223K sebuah.. cuba tengok harga sebenar ni..


Gambar di atas ialah jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera perangkap had laju dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit.

Dan jumlah keseluruhan harganya ialah RM23.5 juta.

Berikut pula adalah kenyataan dari ACP Mohd Fuad Abd Latiff dari Bukit Aman kepada The Star pada 21 September 2011 mengenai Kamera Laser Truecam tersebut.


Apa yang berbeza dengan kenyataan Hishamuddin ialah Hishamuddin mengatakan harga kamera tersebut adalah RM223,500 seunit.

Tetapi menurut ACP Mohd Fuad Kamera Had Laju LTI 20-20 TruCam berharga hanya kira-kira US$6,000 (RM17,000) seunit..


Siapa yang berbohong sebenarnya?

Adakah Hishamuddin sepupu Najib yang berbohong atau ACP Mohd Fuad yang berbohong..

Untuk mengetahui siapa yang berbohong sila lihat sebut harga dari Laser Technology US tentang harga Kamera Had Laju ini..


Sebut harga ini untuk Michigan, US..


Jelas apa yang dinyatakan oleh ACP Mohd Fuad dari Bukit Aman adalah benar kerana harganya hampir sama.. tetapi sepupu Najib?

Sudahlah beli kapal selam kena bagi komisyen takkanlah beli Kamera Had Laju pun ambil komisyen juga kot?? kalau macam ni.. bangkraplah negara...

Pencacai UMNO tentu gembirakan?? sebab banyak komisyen tu.. tentu korang dapat merasa sorang sikitkan sebab menyokong pemimpin UMNO ni..
Berita dipetik dari: Anak Sungai Derhaka





















Isnin, 19 November 2012

Mengapa Doa Hancurkan UMNO/BN? -N/Aziz

Nik Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Haron Din pada hari ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-58, hari ini
KOTA BHARU – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.

Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah. Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
Raptai Perhimpunan Agung Umno: Tiga ahli Puteri Umno melintasi kain rentang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini. Raptai perhimpunan diadakan hari ini. - Foto Bernama
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.

“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.

Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam. Menurutnya, sekiranya seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.

“Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?
“Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.

“Tak kira siapa pun... tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu,” katanya. (IH/SH)
Berita dipetik dari: Ibnu Hashim

Ahad, 18 November 2012

Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?


by Staff Berita Semasa 
Saman AES Malaysia Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am 9pm Waktu Bekerja Sahaja)?
Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).
Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..

Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
  • Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
  • Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
  • Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
  • Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..
  • Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia, sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
  • Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)

Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika? 

Saman AES Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am 9pm Waktu Bekerja Sahaja)?
Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…
Nasihat kami, elakkan menukarkan nilai matawang US kepada matawang Ringgit Malaysia. Perbandingan yang terbaik adalah nilai pendapatan mereka VS jumlah bayaran saman AES antara kedua belah negara
Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat. AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia?
Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik? 
Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…
“Jika seseorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”
Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.
P/S : Saman AES boleh diteruskan dengan syarat pelaksanaannya dikaji semula. KAJI. Setuju?
Berita dipetik dari: Berita semasa

Isnin, 5 November 2012

Taklimat Scorpene: Peguam Perancis ke Parlimen M’sia bulan ini

(Oleh Aliff Fikri)
PASIR GUDANG 5 November: Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdan akan hadir ke negara ini dalam masa terdekat untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Ia dimaklumkan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Fadiah Nadwa Fikri pada Ceramah Perdana Jelajah Le Tour De Scorpene malam tadi.
“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan visa mereka, setelah itu kami akan umumkan tarikh kehadiran mereka seberapa segera sebelum sidang Parlimen berakhir bulan ini,” katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Fadiah berkata, kehadiran kedua-dua peguam itu penting untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung kes rasuah Scorpene dan misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu di mahkamah Perancis.
“Penjelasan harus diberikan ekoran pelbagai spekulasi yang dicipta Umno BN dan media seliaan mereka berhubung perbicaraan kes ini.
“Kehadiran mereka di Parlimen Malaysia sebagai peguam yang mewakili Suaram amat diperlukan untuk memberi taklimat serta penerangan kepada Ahli Parlimen berhubung isu Scorpene,” katanya disambut sorakan gempita.
Fadiah menegaskan, Suaram sama sekali tidak akan berganjak untuk terus menjalankan siasatan walaupun Umno BN sedang berusaha ‘mematikan’ Suaram.
“Kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Suaram, namun ingin saya tegaskan, jika Suaram berjaya diharamkan sekalipun, siasatan akan tetap berjalan,” katanya.
Ceramah anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suaram itu turut diserikan dengan simbolik kit penyelewengan skandal Scorpene oleh Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin kepada Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng serta pimpinan Pakatan Rakyat Johor.
250 tandatangan bantahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikumpulkan.
Antara tokoh lain yang hadir adalah Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat; Ketua Cabang KEADILAN Johor Jaya, Jimmy Puah; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel; Penyelaras KEADILAN Muar, Nor Hizwan Ahmad dan beberapa pimpinan lain.
Berita dari: Keadilan Daily

Ahad, 4 November 2012

Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma



  • Abdul Rahim Sabri
  •  Nov 4 2012
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.

"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

pakatan seremban mega rally 031112 1"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," katanya di hadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.

Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.

"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.

Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.

Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.

Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.

"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.

Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.

"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.

pakatan seremban mega rally 031112 anwar"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.
 
Berita Dari: MK
 
 
 

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban

SEREMBAN 3 Nov: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi, sekalipun hujan lebat mencurah-curah.
Dalam padang berbecak, berbekal baju hujan atau payung – juga ada membiarkan diri, basah – mereka tidak berganjak demi mengikuti ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Jika 5,000 orang ada di lokasi itu sejak jam 4 petang dan setia menunggu ucapan pimpinan,   jumlah itu lebih sekali ganda menjelang jam 10 malam.
Kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ditunggui penuh sabar.
Sementara itu, semangat mereka dihangatkan dengan bait-bait indah tapi tegas melalui puisi yang dideklamasi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berjudul ‘Pelamin Kuasa’.
Pidato pemimpin lain, antaranya Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tambah membakar semangat juang rakyat.
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abasi; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Ghani dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fok, turut berucap.
Acara malam dimulai dengan ucapan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang tuntutan royalti, anti-Lynas, membela peneroka, menuntut pilihan raya bersih dan adil dan membantah AES.
Empat warna tema pada perhimpunan ialah kuning sebagai menyokong Bersih, Oren (Anak), merah (Royalti) dan hijau (anti-Lynas).
Seperti biasa – gentar dek kebangkitan rakyat, cubaan mensabotaj program tetap berlaku tetapi gagal, namun ada kenderaan pengunjung dilapor dirosakkan samseng Umno.

Berita dari: Keadilan Daily