Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan jumlah
pinjaman saham Felda kepada peneroka bernilai RM5,000 sedangkan saham
sebenar menurut mereka adalah bernilai RM3,640 untuk 800 unit saham.
Presiden
Anak, Mazlan Aliman berkata, selama ini peneroka Felda membeli saham
FGVH dengan harga tersebut di mana-mana bank yang menawarkan pinjaman.
Berdasarkan
surat perjanjian antara Maybank, Mazlan berkata, peneroka terkejut
apabila tercatat nilai belian sebanyak RM5,000, manakala di dalam surat
CIMB pula tercatat RM4,000.
"Persoalannya
kemana duit yang selebihnya pergi? Ini membabitkan semua peminjam
FGVH," katanya surat perjanjian itu diberikan melalui peguam Anak.
Mazlan
berkeyakinan, wang selebihnya itu akan disalurkan terus ke FGVH
memandangkan perjanjian antara peneroka itu sudah ditandatangani.
Beliau menganggap ini bentuk penipuan yang jelas dilakukan oleh FGVH dan pihaknya akan membuat laporan polis tidak lama lagi.
"Kalau
sekiranya dakwaan kita ini benar, kita minta FGVH pulangkan wang itu.
Pulang ikut dividen semasa," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung
PAS.
Mengulas
saham FGVH yang jatuh naik, Mazlan tidak menolak kerajaan benar-benar
menggunakan dana awam untuk melonjakkan semula saham.
"Misalnya
saham pernah jatuh pada harga RM4.57, tetapi tengah hari pada hari itu
juga KWSP 'top up' 2 juta unit saham, saya kira RM1 billion. Saham
terus melonjak naik," katanya.
Dan,
katanya, jika saham FGVH jatuh kepada RM4 seunit, Anak tidak
teragak-agak untuk berhimpun secara besar-besaran mendesak Perdana
Menteri menyelamatkan saham tersebut.
"Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.
"Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," katanya.
Pada 14
Julai lalu, lebih 5,000 orang menyertai himpunan dengan berpakaian oren
dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara membantah
penyenaraian FGVH.
Petikan dari: KERENGGA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan