UMNO Khianati Peneroka FELDA – Pelawa Syarikat Yahudi, Louis Dreyfus Memiliki Saham FGVH?
Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi
SSetelah
negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa
sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel,
kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham
FGV (Felda Global Venture)?
Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut:
Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5
bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3%
daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur
Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH)
Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini
Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.
Umno selalu
menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan
dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula
dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi
memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak
mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi?
Penerokaan,
pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya
oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad
tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian
FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka.
Peneroka Felda
hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan
Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang
dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah
syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.
Peneroka hanya
boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis
Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu!
Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!
Dengan hanya
memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa
Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka
bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju
Felda!
Apakah peneroka
Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana
setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan
Felda!-King of Goblok

Tiada ulasan:
Catat Ulasan