Senarai Habuan Warga Felda Sempena Penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini di Jengka 8 telah
mengumumkan sebanyak RM1.69 bilion dana dari penyenaraian Felda Global
Venture Holdings (FGVH) akan diagihkan kepada setiap warganya. Dengan
menggelarkan habuan buat warga Felda ini dengan nama 'durian runtuh' dan
'durian gugur', habuan-habuan ini akan diagihkan secara
berperingkat-peringkat melalui 3 fasa.
Dengan itu, setiap generasi Felda bakal menerima keuntungannya. Selain
Peneroka, turut menerima tempias durian runtuh itu ialah golongan isteri
Peneroka (Penerokawati) dan juga generasi kedua (anak Peneroka), di
mana masing-masing menerima RM5,000. Selain memberikan durian runtuh
sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga, ditambah dengan habuan durian
gugur yang akan menyusul.
DURIAN RUNTUH
1- Pada fasa pertama, sebanyak RM5,000 akan diagihkan untuk setiap ketua keluarga yang ada dalam Felda. Sebanyak 112,635 Peneroka di seluruh negara bakal menerima durian runtuh tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.2 juta.
2- Untuk Penerokawati pula akan diagihkan pada fasa kedua nanti. Tujuan diberikan kepada Penerokawati adalah untuk berlaku adil selain untuk mengiktiraf peranan wanita dalam membangunkan Felda.
3- Generasi kedua (anak-anak Peneroka), akan diagihkan bahagian mereka sebanyak RM5,000 pada fasa ketiga.
DURIAN GUGUR
1- Durian gugur pertama ialah sebanyak 20 peratus dari saham akan diletakkan dalam Tabung Amanah di mana sekiranya FGVH memperoleh keuntungan, dividen akan diberikan kepada setiap keluarga Peneroka. “Sebagai contoh, anggarkan FGVH memperoleh keuntungan sebanyak RM1.5 bilion, maka pada tahun hadapan, tidak mustahil setiap Peneroka akan memperoleh tambahan RM1,331 pendapatan mereka”, menurut PM.
2- Durian gugur yang kedua pula ialah melalui borang merah jambu (Pink Form), yang akan diagihkan untuk Peneroka menerima dividen dari saham yang dilaburkan. “Saham itu sekiranya dijual boleh memperoleh keuntungan namun dinasihatkan agar Peneroka tidak menjual saham tersebut untuk keuntungan jangka masa panjang”, nasihat PM.
NOTA: PM Najib juga berkata, untuk fasa pertama ini, durian runtuh tersebut akan diagihkan dalam tempoh dua atau tiga minggu melalui Ketua Peneroka atau wakil rakyat dikawasan masing-masing manakala fasa kedua dan ketiga akan menyusul kemudian. Sebagai generasi kedua Felda, saya mengucapkan terima kasih atas habuan dan pelbagai faedah yang telah di berikan kerajaan kepada golongan Peneroka Felda selama ini.-Zulkbo

Tiada ulasan:
Catat Ulasan