Pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih
sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.
Lima
atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu
memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya
parti itu semalam.
Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa
parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105
kerusi, katanya lagi.
Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera
parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi
membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.
Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun,
jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan
menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan
kepimpinan dalam kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan