Jenazah yang sedang disempurnakan - Gambar ehsan dari Mazidul Sidek
SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.
Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.
Ketika
tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi,
menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab
menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.
Menurut
Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang
yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika
ini.
Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.
Kesihatan
Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran
drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia
mengalami masalah sesak nafas.
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan