Khamis, 17 Mei 2012

AMARAN! Peneroka FELDA Dalam Bahaya!!


Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen, menyifatkan tindakan tergesa-gesa kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia (Bursa Malaysia) didorong faktor politik bukannya berdasarkan kekukuhan kedudukan kewangan agensi tersebut.

Beliau berkata, sesebuah syarikat akan cuba disenaraikan menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di bursa sekiranya berada di kedudukan kukuh atau kewangan syarikat tersebut cemerlang.

"Perniagaan FGVH bukanlah berada di dalam kedudukan kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi sangat terhad. Prospektus IPO mendedahkan kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah lemah.

"Kami merujuk kepada laporan kelmarin dari The Wall Street Journal mengenai IPO FGVH, di mana kebimbangan dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kerana profil pokok kelapa sawit tersangat teruk," katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai perbandingan, Wong Chen mendedahkan FGVH sebenarnya berada di tahap yang membimbangkan.

"Sangat mengejutkan adalah 53 peratus daripada pokok-pokok sudah tua, 31 peratus muda dan tidak matang dan hanya 16 peratus pokok sawit pada tahap matang perdana. Bayangkan sebuah syarikat yang berprestasi hanya pada tahap 16 peratus daripada potensi sebenarnya membuat percubaan IPO.

"Sebagai perbandingan am, sebuah ladang yang sihat diurus dengan baik akan mempunyai profil pokok berusia tujuh peratus pokok tua, dan 15 peratus muda dan belum matang serta  78 peratus matang perdana," katanya.

Ini bertepatan dengan satu kajian perunding yang dilantik Felda mendapati 65 peratus pengurus kanan Felda percaya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) akan gagal kerana lembaga tersebut tidak bersedia.

Perunding bebas itu, Boston Consulting Group, juga mendapati bahawa 55 peratus pengurus kanan lembaga itu tidak bersedia untuk rancangan penyenaraian itu.

Malah, hanya 20 peratus dari kalangan pengurus berkenaan yang menyokong rancangan tersebut, menurut kajian itu lagi.

Kajian tersebut mengambil kira pandangan daripada 30 pengurus kanan dalam Felda.

Hasil kajian itu dikemukakan November lalu kepada jawatankuasa pemandu untuk penyenaraian tersebut, yang diketuai pengerusi Felda, Isa Samad.

Sementara itu, semakan ke atas prospektus untuk penyenaraian itu menunjukkan bahawa 53 peratus daripada pokok kelapa sawit di tanah rancangan Felda sudahpun tua, selain 31 peratus pokok muda dan hanya 16 peratus pokok matang.

Sedangkan satu syarikat lain mempunyai 78 peratus pokok matang, 15 peratus pokok muda dan hanya 7 peratus pokok tua, menurut PKR yang membuat bandingan itu.

Berdasarkan perkara itu, PKR sekali lagi mempersoalkan niat sebenar kerajaan untuk menyenaraikan FGVH.

Langkah penyenaraian itu tidak harus dibuat dengan niat politik, menurut PKR-Jalan Pulang

Tiada ulasan: