| Piala FA: Ghaddar Tutup Mulut Penglipur Lara Bantu Kelantan Ke Final | ||
Akhirnya Ghaddar berjaya menutup mulut
penglipur lara yang sering mengaitkan Piala FA dengan pertabalan raja.
Sudah dua final isu ini sering merencat emosi Kelantan di final, namun
kali ini isu ini berjaya ditangkis dengan kemenangan melalui kelebihan
jaringan gol di tempat lawan meskipun kedua-dua pasukan berkongsi
agregat 3-3.
Jaringan dua gol Khyril Muhaimeen pada
separuh masa pertama sedikit pun tidak mematah semangat pemain Kelantan
untuk terus bangkit pada separuh masa kedua. Kesabaran dan kesungguhan
pemain dan penyokong Kelantan yang dikelilingi lebih 25,000 penyokong
Kedah sedikit pun tidak mengganggu fokus mereka. Gol pertama Kelantan
melalui tandukan Obinna pada minit 47 membuka segala-gala peluang dan
semangat kepada pemain lain yang selepas itu dilihat lebih bersemangat
mengatur dan mencipta peluang gol sebelum Ghaddar menjadi hero
menyamakan kedudukan melalui sepakan bijak mencelah dua pemain Kedah
pada minit 60.
Keputusan ini meletakkan Kelantan sahaja
selaku finalis 2011 yang mara ke final 2012 selepas Terengganu tewas
kepada pasukan kelab Sime Darby dengan agregat 2-1. Di atas kertas
Kelantan nampak lebih berpeluang menjulang Piala FA yang sudah dikejar
rapat sejak dua final lalu, namun Kelantan tidak harus memandang rendah
keupayaan Sime Darby yang dilihat makin menyerlah dalam saingan Piala FA
ini. Sime Darby dilihat akan lebih tenang kerana kurang perlawanan
berbanding Kelantan yang sentiasa melalui jadual perlawanan yang padat.
Walauapapun keputusannya nanti seluruh
penyokong Kelantan tidak harus memandang mudah kehebatan lawan yang
kurang tekanan seperti Sime Darby ini, dalam tempoh 90 minit macam-macam
boleh berlaku. Mungkinkah pada tahun ini Piala FA akan singgah di bumi
Kelantan? Sama-sama kita usahakan dan doakannya semoga Piala FA berpihak
kepada Kelantan pada kali ini.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PENDOKONG DAN
PENYOKONG THE RED WARRIORS YANG SENTIASA BERSEMANGAT DAN TIDAK MENGENAL
ERTI PENAT LELAH SERTA JEMU. GOMO KELATE GOMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan