'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta' - Bekas pemandu Zahida Rafik
Bekas
pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa
beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1
juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk
Seri Shafie Apdal.
Noor
Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata
jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk
dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.
"Yang
paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM
1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa
masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.
Noor
Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis
pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan
wang Zahida sebanyak RM200,000.
Laporan
polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18
April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan
mengambil tindakan undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan