BUKTI KUKUH SKANDAL SHAFIE AFDAL DGN ZAHIDA
Walaupun Ratu Botox,
Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat
Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar
disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput'
(sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan
Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam
permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan
dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat
masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn.
Bhd. (584803-A).
Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information
Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai
keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan
perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya
ditaja oleh Menteri Top-Up.
Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri
Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga
kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.
Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat
hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida
hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami
Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran
kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.
Namun Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup
luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai
kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang
mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.
Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul
'Budi Bahasa' dan '1Malaysia'
terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri
Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di
antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.
Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian
runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi,
terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee
seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher
Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter
Anthony dan sebagainya.
Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar
(BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat
antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga
projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh
Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II
Pulau Banggi, Kudat.
Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar
ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia
mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500
juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan
kepada Zahida.
Kerakusan Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang
yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat
mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah masih belum
dapat dibuktikan.
Lebih malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida
Kamaruddin memperoleh penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan
kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat beberapa transaksi yang
dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga
Januari 2012.
Kata Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu
RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000
tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun
Zahida Rafik.
Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula
terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih
kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.
Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah
kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah
bernilai RM2.9 juta.
Sikap Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau
terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah
ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan
kolagen.
“Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya.
Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu
jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan
jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di
London, jadi tak terasa asing,” ujar Zahida kepada wartawan yang
mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular yang
berpendapatan besar.
Menteri Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari
keturunan Bajau Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal
pernah menjadi tentera Filipina; kini merupakan salah seorang Naib
Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib dan mempunyai enam
orang anak.
Agak melucukan apabila Wikipedia
mencatatkan Menteri Top-Up ini mempunyai Laman Web iaitu
http://shafieapdal.com tetapi pelayar internet memaklumkan kepada
Paparazzi bahawa laman web tersebut menjual kondom, gajet seks dan video
lucah?
Dengan bantuan rangkaian Paparazzi di JPJ dan PDRM, Paparazzi telah
mengenal pasti tuduhan Zuraida bahawa Zahida memiliki beberapa kenderaan
mewah import memang benar.
Mengikut rekod JPJ, Zahida memiliki tiga buah kereta mewah yang
didaftarkan atas nama beliau sendiri iaitu Toyota Harrier nombor plet
AAE2; BMW Model 630 (A) nombor plet WTN1941 dan Porsche Cayman s (A)
nombor plet AAB3.
Kegemaran aneh Zahida iaitu suka menukar nombor plet kerana mengikut
rekod JPJ, Paparazzi mengesan kereta AAE2 sebelum ini menggunakan nombor
plet WLX6074, milik Hasnah Binti Yahya MyKad 600711035680 yang
beralamat di Kg Chenerai Alor Pasir, 1700 Pasir Mas, Kelantan; senario
ganjil kerana JPJ meluluskan penukaran nombor Plet bagi pemilik yang
berasingan.
Manakala kereta BMW WTN 1941 sebelum ini menggunakan nombor Plet AAB3
dan kereta Porche AAB3 sebelum ini menggunakan nombor plet WTN 1941,
kedua-duanya milik Zahida.
Zahida yang gemar memandu laju tidak pernah menjelaskan 10 saman trafik
sejak 2005 atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju mempunyai saman
tertunggak sejumlah RM980, tetapi kebal daripada waran tangkap.
Semakan lanjut rekod RAM, Paparazzi mendapati Zahida mempunyai rekod
kewangan yang kurang baik kerana disaman oleh Malayan Banking disebabkan
gagal membayar pinjaman perumahan di No 10678, Lot 14529, Gombak, Kuala
Lumpur yang masih tertunggak RM210,000.
Namun dalam kenyataan balas Zahida pada 20 April 2012 berhubung
pendedahan penyata akaunnya, Zahida menjelaskan bahawa beliau melakukan
perniagaan penjualan kereta import bersama abang iparnya serta
perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkatnya
(?).
"Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen
Ampang adalah benar, tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri
dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang
menteri yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum," kata
Zahida yang mengakui mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang
diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan.
Semakan Paparazzi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati
bahawa Lembaran Putih Sdn.Bhd adalah syarikat Dormant dan telah
diwinding-up melalui suit 28-308(4)-2007 Kuala Lumpur pada 28 Nov 2007
dan diwartakan pada 19 Jun 2008. Manakala Noble Benchmark Sdn.Bhd pula
tidak lagi menghantar Penyata Kewangan sejak 5 Ogos 2008. Persoalannya
kenapa Zahida tidak berterus terang?
Oleh: PAPARAZZI SABAHKINI.NET
Sumber:sabahkini.net











Tiada ulasan:
Catat Ulasan