Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR: Bekas
Ketua Pendakwaraya bagi kes liwat II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden
(gambar) kini menyertai pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam kes Bersih 3.0.
Tindakan
ini merupakan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam
Negeri dan Peguam Negara kerana orang terbaik mereka selama ini
menyertai pasukan pembangkang.
Anwar
bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli majlis
pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di
bawah Akta Perhimpunan Aman.
Menurut
Setiausaha Lajnah Guaman PAS, Abang Ahmad Kerdee, Datuk Yusuf dianggap
sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal
Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara
ini.
"Beliau amat pakar di dalam undang-undang dan kes jenayah," katanya.
Pendiriannya pula ramai yang diketahui para perguam termasuklah:-
"Awak boleh beri arahan tapi bukan ajar/ beritahu saya apa saya mesti buat (dalam satu-satu kes)."
Beliau meletakkan jawatan selepas kes Liwat II selesai iaitu pada 1 Februari lalu.
Yusof
ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata beliau tiada
masalah peribadi dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau
profesional sejak memilih bersara.
Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.
"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.
"Saya
tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam
Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.
Kempen politik
(Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret bersama Badrul Hisham)
Selepas
dibacakan pertuduhan, Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa
pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan
dia tidak mengaku bersalah."
Selain Mohd Yusof, Karpal Singh turut mewakili Anwar.
Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Sementara
itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan
Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga
telah dikenakan ikatjamin RM500 setiap seorang.
P/S: Begini lah ketentuan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan