Khamis, 3 Mei 2012

Jom kita keBukit Jalil 19 Mei nanti

tsam1
Kehebatan Kelantan yang layak kali ketiga final Piala FA mengundang rasa gembira kepada Tan Sri Annuar yang berharap final ini sebagai hadiah kepada perjuangan beliau dan penyokong Kelantan dalam mengharungi suka duka sepanjang 2012 ini.
Tekanan dari pelbagai pihak sedikit pun tidak melemahkan semangat beliau dan penyokong Kelantan untuk melihat Kelantan mara ke final Piala FA, menjadi pencabar terdekat Lion XII dalam saingan Liga Super dan meneruskan kemaraan dalam peringkat kedua Piala AFC.
Tidak mustahil Piala FA ini akan dibawa pulang ke Kelantan setelah dua kali gagal dalam final 2011 dan 2009. Alangkah indah dan manisnya ruang tempat duduk stadium yang mungkin tidak akan dicabar atau diusik penyokong lawan pada 19 mei nanti diisi sepenuhnya penyokong Kelantan.
Aura sokongan penyokong Kelantan akan menggerunkan penyokong lawan dan dapat membuktikan pada seluruh rakyat Malaysia, sorakan bolasepak masih bergema di jiwa seluruh anak Kelantan biarpun rakyat negeri lain memandang sepi bolasepak Malaysia.
Jati diri yang ada dalam jiwa anak Kelantan bukanlah omongan kosong atau ciptaan kosmetik sekadar penghias iklan-iklan media massa sahaja. Kebangkitan mereka penuh dengan keikhlasan dan perasaan cintakan bolasepak Malaysia meskipun mereka sering di pandang serong atau dilabel dengan bermacam-macam label negatif.
19 Mei ini pasti akan mencipta fenomena berbeza kepada seluruh penyokong Kelantan yang sebelum ini dimomokkan dengan cerita rekaan berkaitan Piala FA dan pertabalan di raja. Suasana perlawanannya pasti cukup berbeza dan sinaran Piala FA baru sudah mula nampak serinya memancar di bumi Kelantan.
Ayuh ajak seluruh sahabat handai, saudara mara dan kaum keluarga memeriahkan antara perlawanan terulung di Malaysia ini. Buangkan segala sifat-sifat negatif dihati yang sentiasa ingin melihat sebuah penyatuan rakyat Kelantan bersama The Red Warriors dihancurkan.
Tiada paksaan tiada kerahan untuk mereka yang tidak berkemampuan kerana masalah diri masing-masing, sudah pasti sokongan anda turut akan dikongsi melalui siaran langsung perlawanan. Walau dimana sahaja anda menyokong, jiwa dan roh anda sentiasa bersemadi dalam jiwa semua pemain The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO.

FINAL FA CUP BAKAL MELIHAT BEBERAPA SEJARAH BARU TERCIPTA.PERTAMA PIALA LAMA AKAN DIGANTI DGN SEBUAH PIALA BARU YG TELAH SIAP DITEMPAH OLEH FAM.JUARA 19HB AKAN MENJADI TEAM PERTAMA MENJULANG PIALA INI..KEDUA FINAL KALI INI BAKAL MENYAKSIKAN TEAM KELAB BERAKSI..KETIGA KELANTAN ATAU SD MENGEJAR KEJUARAAN INI UTK PERTAMA KALI SBG JUARA...KITA SEDANG MEMAHAT SEJARAH.......

Saya harap 19hb SEMUA ANAK KLATE TANPA MENGIRA KAUM AGAMA ATAU FAHAMAN AKAN BERHIMPUN DIBUKIT JALIL BERSAMA TRW..kumpulan pemimpin,persatuan,artis,ulamak,peladang,perantau dll dijemput membawa anak buah semua ke stadium.YG PERLU BELI/TEMPAH TIKET GROUP SILA KE KAFA UTK BANTU ...difahamkan semua tiket berharga rm40..BIAR KLATE YG MEWARNAI BOLASEPAK NEGARA..KITA MAMPU!!!!!!

Tiada ulasan: