Khamis, 10 Mei 2012

Panas: Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka

KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Peneroka memohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing. "Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuantan pagi tadi. Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut peraturan sebenarnya. Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini.


Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi

[Ramai peneroka yang mula sedar diri mereka tertipu selepas melihat pengumuman "durian runtuh" oleh Najib di Jengka 8 semalam. Mereka terkejut kerana pemberian RM15,000 itu dibuat secara berperingkat-peringkat dan ia bukanlah durian runtuh jika itu caranya. Durian runtuh mesti jatuh sekali gus kata sebahagian daripada mereka yang ditemui. Apapun, ramai yang berpendapatan cara dan kaedah pemberian yang dilakukan hanyalah helah untuk Najib dan BN memaksa penerokan mengundi mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itulah ramai yang mula sedar mereka tertipu apabila menandatangani borang perjanjian pinjaman dengan bank baru-baru ini. Mereka seolah-olah dipukau dan menjadi tidak sedar diri ketika berbuat demikian. Kini, mereka mahu mahkamah membatalkan perjanjian kosong terbabit setelah mereka mula tahu tanah ladang akan menjadi cagaran kelak. Apapun, syabas dan tahniah kepada para peneroka yang terlibat dan mula sedar ini. Semoga lebih ramai peneroka akan failkan injuksi berkenaan selepas ini].

5 Komen dari facebook:

Anonymous said...
Dikatakan bahawa ramai peneroka "Terkejut, menangis dan ada yang menjerit melaungkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dibuat di Felda Jengka 8 - Utusan syaitan.

Tapi kenapa kumpulan 154 ini tiba-tiba menolak habuan yang akan mereka terima dari penyenarai Felda Global Venture Holdings Berhad di Bursa Saham Kuala Lumpur ? Mungkin mereka sudah dapat mengesan risiko lebih besar disebalik durian runtuh bernilai RM15,000.00…?

Benarkah nilai durian runtuh yang diberikan oleh PM ‘haramjadah’ itu hanya 30% dari nilai sebenar kerana pihak pembangkang berkata peneroka sepatutnya menikmati durian runtuh yang lebih besar nilai nya. Sekurang-kurang melebihi RM38,000.00. Jika benar apa yang didakwa oleh pihak pembangkang, maka wujud satu penipuan yang sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap peneroka.

Alangkan perahan minyak boleh ditipu secara terang-terangan apakah durian runtuh ini tidak ada penipuan…? Apakah para peneroka dan anak-anaknya akan menyanyikan lagu “si luncai terjun dengan labu-labunya !…. Biarkan….biarkan…. ?”

Tungggu…….
Anonymous said...
puak puak pakataN rakyat ni jenis tak faham, dan tak terasa ke, PM dah bersumpah dengan perkataan H********h,beliau cukup kecewa dgn pengacau, yg merosakkan minda peneroka,dah lah biar lah RM15,000. bukannya lama sangat, lambat laun habis di belanjakan yg kenyang kapitalis kapitalis, para peneroka akan sedar segala perjuangan PR, akan terbukti benar bila harga barang naik, dan segala potongan akan di buat terhadap peneroka dan bila saham merudum. Tipah tertipu lagi.
Anonymous said...
jangan dok sibuk-sibuk lah itu sume harta kami...ikut kamilah nak bagi kat sape-sape pun, lepas ni kami wat rakit dok kat laut pun tak pe
Anonymous said...
Anon 9:55 PM

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dan perbuatan terimalah padahnya.

Ye ke nak buat rakit dok kat laut?
Orang asli lebih cerdik daripada sdra.

Xmengapalah, asalkan sdra bahagia.
Anonymous said...
macam2 la karenah..dulu zaman pak aku keje felda adala la yg hentak cawan sampai pecah baling periuk belanga kat dinding pasai nak bahagi lot tanah.eloknya gomen ikut yang asal tanah tidak dipecahkan ikut lot dan pembahagian pendapatan sama rata.ni dah bagi tanah geran free jer pastu mcm2 perangai la.kesian pada peneroka yang dapat lot bukit dengan paya.tanah tak ok hasil pun ciput

Tiada ulasan: