SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.
KAJANG
- Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill,
Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan
tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang
pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan
pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di
pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3
kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.
Seorang
saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan
dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan
mereka dipukul.
Kejadian
itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga
seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual
terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki
berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa
terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3
kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.-kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan