| Kelantan Waspada Kebangkitan Sarawak | ||
Pertembungan Sang Kijang menentang Sang
Buaya malam ini bakal menjadi tumpuan setelah kedudukan Kelantan di
tahta liga berjaya dipintas oleh Lions XII yang mendahului dua
perlawanan berbanding Kelantan dan Sarawak pula menang besar menewaskan
PKNS 4-1 sabtu lalu iaitu pasukan yang pernah seri dengan Kelantan dalam
saingan awal Liga Super 2012.
Sarawak sedang berusaha menurunkan
pemain import baru mereka Joel Epalle yang masih dalam proses
mendapatkan ITC dan kelulusan FAM manakala Kelantan akan menguji
kecergasan penyerang prolifik Malaysia Norshahrul yang dimaklumkan sudah
pulih sepenuhnya dan berkemungkinan diturunkan sabtu ini. Kehadiran dua
pemain ini akan menarik perhatian penyokong Kelantan dan Sarawak. Malah
harapan besar diletakkan oleh penyokong Ngap Sayot ke atas Joel Epalle
yang berfungsi sebagai "Attacking Midfielder" untuk merobek kubu
Kelantan.
Namun kekebalan barisan pertahanan
Kelantan kebelakangan ini mungkin akan memusnahkan impian sang bujang
senang meratah mudah sang kijang meskipun sang kijang masuk kandang sang
bujang senang. Kegembiraan menan julung kali dalam sejarah Piala AFC
tidak akan melalaikan semua pemain untuk memberi fokus 100% kepada
setiap perlawanan yang bakal dilalui.
Piya yang makin hebat mengepalai dan
mengatur serangan berjaya membantu barisan penyerang mencipta peluang
gol. Begitu juga Kebangkitan Nwoha pemain import yang masih tersenarai
dalam liga tempatan dilihat akan dicabar hebat Muhd Ghaddar meskipun
tiada ura-ura kedua-dua pemain ditukar.
Adakah Nwoha mampu merobek kubu Sang
Bujang Senang dan makin berselera memburu? Sama-sama kita nantikan
kemampuan pemain ini. Harapan seluruh peminat The Red Warriors, Kelantan
terus mengekalkan semangat kemenangan dan menutup mulut pengkritik yang
sentiasa menanti ruang untuk melihat Kelantan jatuh tersungkur bersama
isu-isu bolasepak semasa Kelantan.
Kelantan mesti waspada dengan misi
Sarawak yang menebus aib tewas kepada Kelantan 2-1 semasa perlawanan
Piala FA peringkat pertama 18 febuari lalu. Perlawanan ini mungkin
sekali lagi mampu menarik ribuan penyokong Sarawak ke stadium dengan
harapan The Red Warriors diaibkan.
Jutaan terima kasih kepada Tan Sri
Annuar Musa yang sentiasa bersemangat untuk terus menjadi pendokong
bolasepak Kelantan tanpa jemu. Sekalung tahniah kepada Dato' Affendi
Hamzah yang dipilih memangku jawatan presiden KAFA. Semoga Kelantan
terus unggul di persada bolasepak Malaysia dan Asia.
GOMO KELATE GOMO. BOYO NOK NGAP KIJE TENDE BERLIPAK SIRAK....................JANGE KIJE KENO NGAP SUDOH......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan