Tok Janggut
Jalan
terakhir yang akan diambil ialah dengan cara mengharamkan PKR menjelang
PRU13 nanti, dengan itu UMNO berharap tidak akan ada calun dari PKR
yang akan bertanding nanti. Namun begitu, UMNO pasti sedar bahawa
Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan awal sekiranya berlaku perkara
ini kerana PKR sudah sedia maklum akan kezaliman, penipuan yang bakal
dilakukan oleh UMNO kelak.
UMNO
mengangkakan dengan cara itu nanti rakyat tidak akan mengundi Pakatan
Rakyat dan sebagai pilihan undi akan diberikan kepada UMNO. Mungkin
inilah perancangan jahat yang akan dilakukan oleh UMNO nanti. Bagi
manusia yang tidak punya pegangan agama, tidak punya iman, mereka
sanggup lakukan apa sahaja hatta dengan memaksa rakyat supaya mesti
menyokong mereka juga walaupun mereka sedar bahawa kezaliman,
penyelewengan dan penindasan serta penipuan mereka selama inilah
puncanya rakyat terutamanya orang Melayu tidak mahu lagi mengundi UMNO.
Tetapi UMNO tidak peduli semua itu, bagi mereka, apa yang mereka sudah
buat dan akan buat, itu bukan urusan rakyat dan rakyat tidak ada hak
untuk mempertikaikanya kerana mereka adalah raja, sultan dan UMNO juga
adalah segala-galanya dan tiada siapa yang boleh menghalang apa yang
UMNO hendak buat.
Setelah
berjuta wang rakyat UMNO gunakan untuk memancing undi, tetapi masih
juga tidak berjaya, maka cara terakhir UMNO ialah menggunakan segala
kekotoran semata-mata untuk mengekalkan kuasa. UMNO ingat iman dan
aqidah boleh dibeli dengan wang dan bantuan serta projek kecuali manusia
yang telah Allah butakan hati dan pemikiranya sahaja yang akan
terpengaruh dengan permainan kotor UMNO ini.
Kita
lihat sahaja kes-kes besar yang berlaku dalam negara kita samada
berkaitan dengan rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, merampas tanah
rakyat, kes khalwat, zina, arak, bunuh, samseng, menipu dan berbagai
lagi, semuanya angkara Melayu yang bernama UMNO. Kalau ada yang
melibatkan bangsa lain dari parti komponen BN pun, hanyalah tak sampai
10% sahaja, yang selebihnya semuanya adalah melibatkan pemimpin UMNO
samada di Pusat atau pun di negeri. Jadi, adakah manusia seperti ini
yang hendak disokong dan diberikan kuasa untuk memerintah negara lagi?
Apakah orang melayu yang menjadi penyokong dan pengundi UMNO ini sudah
tidak punya rasa malu, tidak punya maruah dan tidak punya iman lagi
sehinggakan sudah begini jijik dan teruk akhlak pemimpin UMNO, mereka
masih lagi ingin mempertahankan dan mengundi UMNO? Suruga dan neraka
adalah hak Allah, kata jamil Khir.
Betullah
tu, dan adalah hak Allah juga jika Allah ingin mencampakan semua orang
UMNO dalam neraka jahannam kelak kerana kedegilan, kesombongan,
ketakburan dan kezaliman mereka selama berkuasa.
Berbalik
kepada isu jika PKR diharamkan menjelang PRU13 kelak. Cadangan penulis
mudah sahaja. Jika benar diharamkan, kerusi PKR bagi calun yang
beragaman Islam, gunakan sahaja logo PAS dan yang bukan beragama Islam,
guna sahaja logo DAP. Seandainya Pakatan Rakyat menang sehingga berjaya
menguasai Putrajaya kelak, hidupkan semula PKR dan sebagai balasan dan
pengajaranya, selepas menubuhkan kerajaan, perkara pertama yang wajib
dan perlu dibuat ialah MENGHARAMKAN PARTI UMNO untuk selama-lamanya.
Jangan biarkan lagi pasti sampah seperti UMNO itu wujud lagi di bumi
Malaysia ini hingga kiamat.
Walaubagaimana
pun semua perkara ini hanya tertakluk kepada apakan benar PKR akan
diharamkan menjelang PRU13 kelak. Dan tindakan untuk mengharamkan UMNO
akan direalisasikan seandainya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan UMNO
dalam PRU13 nanti. Namun perlu diingat, tidak mustahil UMNO akan
melakukanya nanti. Jika Al Quran pun mereka pernah minta ditafsirkan
semula dan janggut Nabi pun pernah mereka pertikaikan inikan pula untuk
untuk mengharamkan PKR, lagi mudahlah bagi mereka. Namun begitu, jika
kemenangan UMNO/BN kelak atas penipuan yang mereka lakukan dengan
kerjasama JPN dan SPR, maka wajarlah JPN dan SPR diseret ke mahkamah
kelak. Ini adalah kerana kedua-dua agensi ini sanggup tunduk kepada UMNO
walaupun tahu tindakan mereka memberikan hak mengundi kepada warga
asing itu menggadaikan maruah negara untuk jangka panjang. Mungkin
penyokong UMNO ingin sangat melihat suatu hari nanti Perdana Menteri
atau Menteri Besar mereka ialah warga Bangla atau warga
Indon.Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan