Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Gambar
perbandingan antara cara bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin dan isterinya dengan Menteri Besar sekarang, Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan isterinya ketika melawat rakyat menjadi artikel terhangat Facebook
dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 15.
Perbandingan itu dibuat oleh naimnikmat.blogspot.com
untuk membolehkan para pembaca Harakahdaily berfikir sejenak siapa yang
perlu berpura-pura ketika melawat rakyat biasa kerana tidak biasa
dengan kehidupan rakyat biasa.
Pada tangga kedua juga ialah tulisan blog karatijau.blogspot.com yang menyuruh pembaca meneka siapa anak mufti Umno dalam menyertai ceramah PAS di satu ceramah di Perak.
Pendedahan
menggemparkan oleh bapa kepada Altantuya Shariibuu, Setev Shariibuu
bahawa anak gadisnya pernah menunjukkan sekeping gambar bersama beliau,
Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda sebelum pergi ke Kuala
Lumpur menjelang pembunuhannya menduduki tangga ketiga.
Di
tangga keempat pula ialah sebuah ulasan mengenai kehidupan mewah
Mohamad Nedim, anak kepada menteri dalam jabatan perdana menteri Datuk
Seri Nazri Aziz.
Berita
mengenai kerisauan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
terhadap cara isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memakai
bag berjenama mahal pula menduduki tangga ke 5.
"Kita tidaklah perlu serang peribadi dia kerana orang ramai pun tak suka.
"Tetapi
gila suka pakai bag mahal ini kita bimbang sikit, kerana bimbang wang
negara digunakan," kata Abdul Hadi ketika ditemuramah Harakahdaily
minggu lalu.KERENGGA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan