Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas
dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya
memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.
Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.
“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.
“Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pelbagai benda, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,” kata ketika berucap depan 10,000 penyokong di Padang Perdana di sini, malam kelmarin.
Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Terdahulu, program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mohamad Mustafa diikuti kuliah Maghrib dan Isyak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pendekatan pihak lawan yang sentiasa melakukan tindakan kontroversi, termasuk menuduhnya melakukan perkara yang tidak senonoh tidak sesekali akan melunturkan semangatnya untuk menukar Putrajaya.

P/s: Betul, tindakan DS Anwar ini
yang tidak berdendam terhadap pihak yang memfitnahnya, merosakkan
reputasinya, menderanya merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama.
Namun dalam masa yang sama sikap itu mendorong musuh politiknya
bertindak lebih melampau. Sudah banyak kali beliau menyuarakan hasrat
untuk memaafkan kesemua musuh politiknya termasuk tidak mahu mengambil
tindakan terhadap Sayfool, adakah tindakan Anwar itu menginsafkan
mereka?
Beliau boleh memaafkan pemimpin
BN yang memfitnah dirinya, namun jangan sesekali memaafkan pemimpin
korup yang meratah hasil mahsul negara. Jika PR menawan Putrajaya, salah
guna kuasa dan salah laku pemimpin BN yang membabitkan wang rakyat
perlu disiasat!!!-Duniacacamarba

Tiada ulasan:
Catat Ulasan