Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Angkatan
Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu
artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub
Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April
2012.
Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan
mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa
kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial
di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel
tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan
penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus
memalitkan imej Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjawat
jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.
Dalam transaksi yang
bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses
penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144
juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong
Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu
Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.
Syarikat Terasasi
ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan
oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.
Pendedahan
ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di
dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media
antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.
Ditambah
dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev
bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak
Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib
di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.
Malah, AMK
melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau
telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu
kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.
Fakta-fakta
yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan
harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama
beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.
Justeru, AMK mencabar
Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John
Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah
semata-mata.
Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan
bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian
dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang
bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat
penafian tanpa sebarang susulan fakta.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan