Mathias Gomes, Wong Choon Mei
19
Oktober 2006 ialah hari yang menjadi perhatian bila seorang wanita
tidak berdosa yang dipercayai mengandung telah di bunuh dengan kejam
oleh 2 pembunuh tidak dikenali yang kini menunggu hukuman mati yang
dijatuhkan pada 9 April 2009.
Selepas
3 tahun kejadian itu dan kedua bekas pengawal peribadi PM Najib Razak
masih hidup. Ketua Inspoektor Azilah Hadri,30 dan Koperal Sirul Azhar
Umar,35 ialah dua pesalah yang di tahan menunggu hukuman mati di penjara
Sungai Buloh. Sungguhpun ramai rakyat Malaysia percaya mereka berdua
yang memetik picu pistol, persoalan yang masih berlegar –siapa yang
arahkan membunuh dan mengupah mereka?
Sementara
itu, di Paris, satu kes mahlamah memberi sinar harpan untuk balasan
terhadap ketidakadilan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Malaysia,
yang terus berdegil dan menutup pintu kepada kebenaran kerana melindungi
pihak-pihak yang ‘berkuasa’. Selain dari kedua pesalah tersebut, tiada
siapa yang boleh disentuh- dari Najib snediri kepada isterinya Rosmah
sehingga ke sahabat baiknya,Razak Baginda.
Jadi di Perancis mungkin Altantuya dapat keadilan dari orang-orang Malaysia yang menyiksanya. Satu kisah yang sungguh kejam.
Jangan lupa kepada apa yang terjadi kepada Azhar dan Sirul disini
Di
Sungei Buloh, ramai tertanya bagaimanakan layanan kepada kedua bekas
pengawal peribadi ini. Adakah mereka diberi keistimewaan seperti bebas
keluar penjara melawat keluarga dan kawan-kawan-seperti yang terjadi
dalam kes Abdullah Ang di penjara Kajang?
Sebab
ada persoalan ini ialah kerana sikap pihak polis sendiri. Mereka
berusaha melindungi wajah kedua lelaki ini sepanjang perbicaraan dengan
membenarkan mereka memakai berbbagai jenis topeng dan penutup muka.
Kenapa? Untuk melindungi indentiti mereka tentunya.Kenapa? Kenapa perlu
dilindungi sedemikian? Sesuatu yang amat tidak wajar.
Lagipun,
dimana lagi tempat didunia ini pembunuh diberi kelebihan demikian untuk
melindungi identiti mereka. Rakyat Malaysia malah semakin marah dan
benci kepada Jabatan Peguam Negara kerana mempersenda dan
mempermain-mainkan mahkamah tinggi di negara ini.
Dalam
hal dmeikian, rakyat Malysia patut ambil langkah untuk mendedahkan
kedua pembunuh ini. Memandangkan bidang kerja mereka terdahulu sebagai
anggota polis , mereka mungkin telah berjumpa ramai orang.Ramai dari
rakyat Malaysia yang pernah berhubung dengan kedua mereka dalam apa
cara,samada sebagai kawan, teman sekerja atau rakan sekelas. Kepada
pegawi penjara yang paling jujur, sila buat pendedahan.Sila beritahu
perkara sebenar demi negara dan masa depan generasi seterusnya.
Muat
turun gambar-gambar ke internet berkenaan dua karakter ini supaya
rakyat kenal mereka bila mereka ‘keluar penjara’ untuk menikmati
kebebasan sementara abu mayat altantuya terus di dalam almari KIV di
pejabat pihak berkuasa tertentu.
Melihatkan
cara jabatan Peguam Negara mengendalikan perbicaraan itu, tidak
terkejut jika kedua lelaki dan ketua mereka lepas bebas. Tapi jeritan
roh Altantuyaa akan terus menghantui mereka- hingga mereka mati.Anak
cucu mereka akan terus mendapat malu dari dosa bapa mereka.Berbaloi kah?
159 hari perbicaraan yang penuh penipuan
Rakyat
negara ini menyaksikan 159 hari perbicaraan yang penuh penipuan, dimana
yang bersalah dan bersubahat bebas tanpa saksi mereka dipanggil. Ketika
perbicarran itu lah drama mahkamah dan keputusan drama nya
dipertontonkan
Orang
yang mempunyai sebab munasbah untuk di tuduh telah dibebaskan. Siapa
boleh lupa Akuan bersumpah penyiasat persendirian P.Balasubramanian?
Jelas sahabat karib dan pembantu Najib Abdul Razak Baginda meminakan
peranan penting dalam drama ini.
Siapa
dalang yang mengarahkan pembunuhan tersebut? Boleh jadi Baginda, atau
dalang sebenarnya ialah majikan nya? Boleh kah kita lupa bagaimana
marahnya isteri Baginda “Suami saya bukan salah seorang yang ingin
menjadai Perdana Menteri.”?
Misteri2
ini ialah permata yang menyaluti roh Altantuya sehingga keadilan dapat
diperolehi dan rohnya bebas kembali ke sisi tuhan. Semua ini hanya akan
berlaku jika ada pertukaran rejim, kerana Malaysia di bawah kerajaan
persekutuan sekarang hanya akan lebih dipenuhi rasuah dan pemimpin
berani nya akan terlepas setiap kali berhadapan dengan jenayah yang
mereka lakukan.
Kepedihan
hati bapa Altantuya yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada
abu mayat anaknya tidak harus dilengahkan. Dr.Setev Shaaribu dan
keluarga telah menunggu terlalu lama, 3 tahun selepas kematiannya,
kerana proses rayuan yang dilengah lengahkan. Sisa abunya disimpan di
Mahkamah Tinggi bersama bahan bukti lain dan bekas itu semakin
berhabuk.Berapa lama lagi merekamahu menyimpan beliau disana?
Sikap
acuh tidak acuh dan kospirasi ini tidak sepatutnya berlaku dalam sistem
keadilan kita, yang di kawal oleh seorang sahaja, iaitu Peguam Negara
yang dia sendiri dikawal oleh beberapa pemimpin tinggi Umno.
Di Perancis, perbicaraan bermula dan Najib & Baginda berada dalam senarai saksi
They
say the guilty will always fear. But why the fear when the culprits all
know that the ghost of Altantuya will not rest until justice is done.
Kata
mereka yang salah akan sentiasa takut. Tapi kenapa perlu takut jika
dalang itu tahu roh Altantuya tidak akan aman sehingga keadilan
diperolehi.
Setev's
recent visit to Malaysia and the interview he gave after offering
himself as a witness in the Scorpene corruption case in France was an
eye-opener.
Lawatan terbaru Malaysia dan temuramah Setev selepas menwarkan diri sebagai saksi dalam kes rasuah Scorpene membuka mata.
Kenyataan
nya secara langsung melibatkan PM Najib Razak yang akan “ menyambung
kan titik2” antara pembunuhan anak perempuan nya dan dakwaan rasuah yang
diambil Najib untuk perolehan 2 kapal selam Scorpene.
NGO
hak asasi Suaram baru sehari lepas berhujah untuk kenyataan saksinya di
terima di hadapan hakim penyiasatan Roger Le Loire dia tribunal Pasris
Grande Instance.
Ini
bermakna mahkamah perancis tidak hanya setuju untuk siasatan
perundangan terhadap pembelian Scorpene bernilai RM7billion tetapia
hakim juga menerima cadangan senarai saksi berpotensi dari Suaram.
Dah siapa yang didalam senarai itu-Najib dan Menteri Pertahanan kini,Ahmad Zahid Hamidi.
Parlimen Malaysia menghampakan rakyat
“Kami
beritahu mereka kami memfailkan kes kerana Parlimen Malaysia gagal
memberi jawapan yang kami cari berkaitan pembelian kapalselam itu,” kata
Pengarah suaran Cynthia Gabriel.
“Kami
juga katakan yang kami tidak dapat mencari jawapan kepada pembunuhan
warga Mongolia Altantuyaa Shaaribu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah menyiasat aduan kami.”
Menurut
peguam Suaram, Joseph Brehem, penyiasatan di sebelah pihak Perancis
setakat ini dapat bukti mencukupi untuk sabitkan pegwai2 Malaysia
tertentu ada mengambil rasuah dari penjual Scorpene-DCN yang tidak sah
di sisi undang-undang Perancis.
“Pada kami, kami sampai hingga ke tahap perbicaraan ini ialahs atu langkah besar dalam kes komisen Scorpene.” Kata Brehem.
Tiada kemarahan sehebat kes Altantuya
Dalam
memperincikan butir2 ke sini akan membangkitkan semula kisah
altantuya,dan beliau-menerusi kenyataan bapanya-akan secara peribadi
membalas dendam terhadap pembunuhan kejamnya untuk diri nya sendiri dan
anak yang ditinggalkannya.
Sudah
tentu, ini menakutkan Najib dan siterinya Rosmah Mansor. Mereka berlang
kali menafikan mempunyai pengetahun tentang Altantuyaa. Iya, tembelang
sudah pecah.
Bapa
Altantuya berkata beliau melihat gambar Altantuya bersama Najib dan
Baginda dan Al tantuya datang ke Malaysia khususnya untuk memutuskan
sesuatu hal dengan Najib. Pasangan ‘pertama’ ini telah mula menghantar
peguam mereka ke Paris untk menjaga kepentingan mereka.
Dan
lebih baik jika mereka segera memperbaiki kedudukan mereka dengan apa
cari yang boleh, kerana tiada yang lebih kejam dari kebangkitan
Altantuya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan