Terkini PDRM Perolehi Perintah Mahkamah Halang BERSIH 3.0 Berkumpul Di Dataran Merdeka
Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran
Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi
sehingga 6 pagi Ahad ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad
Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan
tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan
Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan
(Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
Terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara esok 28-April. Dataran Merdeka kelihatan telah ditutup bermula jam 6 pagi tadi. Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.(Sinar Harian)
DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah
Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional
dan membabitkan kepentingan masyarakat. DBKL selanjutnya telah
menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak
Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan