Saya
menyarankan kepada rakan Fb dan teman2 agar membaca hansard Parlimen
bertarikh 27 April 1960. Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd Razak
ketika membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act 1960.
Perlu
difahami, tanah adalah tertakluk haknya di bawah Kerajaan Negeri. Di
bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua
kawasan penempatan iaitu:-
a. Kawasan Petempatan Luar Bandar- Rural Settlement Areas(seksyen 5) b. Kawasan Petempatan Bandar- Urban Settlement Areas(seksyen 6)
GSA
adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada
Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari
peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan
Berkelompok tersebut. Di bawah Seksyen 37 GSA,
Felda hanya boleh membuat apa2 peraturan/polisi/undang2 kecil di setiap
Rancangan selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Barang
diingat, di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas
tanah, iaitu pemilikan individu(seksyen 7(2) dan 11(1) dan melalui
Koperasi yang diuruskan Felda(seksyen 35)
Ketika Tun Dr Mahathir
mansuhkan pembukaan felda baru tahun 1990, beliau telah khianat pada
rakyat, Kerajaan Negeri dan derhaka pada Baginda Sultan Negeri2.
Tanah
seluas 360,000 hektar dipohon daripada kerajaan negeri utk rakyat;
tiba2 di buat ladang Felda. Ia bukan sahaja tidak sah, tapi khianat
dengan segala persetujuan yg dimeterai perjanjiannya sejak zaman Tun
Razak.
Sebagaimana beradabnya Tun Razak dulu; mengadap ke Bawah
Duli Sultan Negeri2 dan Menteri Besar utk memohon tanah dan Dasar Felda-
menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan; Tun Mahathir
bersikap biadap dan diktator dgn tidak menghormati hak kerajaan negeri.
Antara
Negeri yg membangkang dasar Mahathir adalah Johor. Ini diceritakan
sendiri Dato Ghani Othman, MB Johor kepada saya sewaktu saya menyerahkan
memorandum kpd beliau beberapa tahun lalu. Namun, siapa yg berani
menentang kemahuan Tun Dr Mahathir?
Lebih buruk dan sgt malang,
tanah Felda Plantation yg seharusnya menjadi milik rakyat yg tidak
bertanah; dipajak pula selama 99 tahun kpd FGVH. Bayarannya pula cuma
RM251 juta setahun?
Hak rakyat dirompak oleh Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan konco2nya!!! Dangkalnya hujah kita,...ini tak ada kena mengena dengan rakyat, gen 2 felda! Sudah lah hak kita di khianati pemimpin BN, suruh bersyukur pulak. BERSYUKUR KEPADA PEROMPAK DAN PENYAMUN???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan