Isnin, 30 Julai 2012

Soo Wincci Nekad Puasa Sebulan

25 Jul – Bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang juga merupakan penyanyi, Soo Wincci berazam mahu berpuasa selama sebulan tahun ini sebagai cara mendekatkan diri dengan peminat daripada bangsa Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

"Ini adalah kali pertama saya ingin berpuasa dan sangat teruja dengan kedatangan bulan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia ini bersama para peminat di kalangan kaum Melayu. Dengan belajar berpuasa dapatlah saya mendekatkan diri dengan mereka," ujar Wincci yang mengakui meraih ramai peminat daripada komuniti Melayus selepas menyertai program MasterChef.

Malah menurutnya lagi, dia mahu mencabar diri untuk membuat perkara baru iaitu pertama kali berpuasa. Meskipun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa namun dia yakin dapat menghadapinya berbekalkan kata-kata semangat dan dorongan daripada rakan-rakan dan peminat. Apatah lagi niatnya juga berlapikkan hasrat mahu menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat.

"Saya mendapat beberapa tips daripada rakan-rakan berbangsa Melayu dan yakin mampu melakukannya. Malah rakan-rakan juga ada menasihatkan saya agar tidak memaksa diri dan berpuasa mengikut kemampuan pada peringkat permulaan. Mereka (rakan-rakan) menjadi pendorong dan semangat inilah yang mahu saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap agar dapat berpuasa selama 30 hari," ujar bekas Ratu Cantik yang pernah mewakili Malaysia dalam Ratu Dunia 2008 di Afrika Selatan.

Wincci dalam kenyataan yang dipetik dari laman mStar turut memberitahu bahawa setakat ini akaun Twitter miliknya telah meningkat sebanyak 2,000 pengikut dalam masa seminggu dan majority daripadanya adalah kaum Melayu.

"Saya sangat gembira dengan perkembangan terbaru ini kerana ini adalah buki kehadiran saya diterima baik dikalangan peminat bukan Cina.

"Saya berharap populariti yang diraih ini dapat memberikan manfaat kepada saya untuk melakukan sesuatu yang disukai oleh semua kaum di Malaysia," jelas Wincci.

Jurucakap rangkaian penjagaan muka Avon Anew Skin Care buat tiga tahun berturut-turut ini mula meraih populariti meluas selepas menjadi salah seorang daripada 16 peserta program masakan popular berkenaan dan Wincci kemudiannya muncul dengan single pertamanya berjudul 'Terus Teranglah' duet bersama Joe Flizzow.
Sumber: Yahoo.com

P/S...Orang bukan Islam cuba untuk berpuasa bagi menjaga kesihatan kita yang Islam dapat pahala yang dijanjikan Allah pun belum tentu cukup sebulan

Tiada ulasan: