Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?
Bukan niat kami untuk mengatakan program
MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami
persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang
ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini
berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang
diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home
(MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :
- Mereka boleh membeli sebarang model kereta CKD dengan harga bebas cukai. (Sumber : Malaysia MySecond Home)
Mana-mana warga asing yang layak
menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H) ini harga kerea bebas
cukai. Ulang suara, bebas cukai. Rakyat Malaysia dapat?
- Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton
- Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda
- Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan
- Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?
- Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai
- Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya
- Logik?
Ya…memang benar program MM2h Malaysia ini mampu menarik kehadiran ramai warga asing yang kaya-raya untuk tinggal di Malaysia.
Itu satu rancangan yang bagus sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya
mana-mana warga asing yang mempunyai simpanan yang banyak dan mahu
menghabiskan hari-hari tua mereka, dipelawa untuk tinggal di Malaysia.
Itu sebablah kami yakin dan percaya,
harga kereta yang ada sekarang ini masih ada ruang untuk diturunkan
sebenarnya. Untuk permulaan, kami masih lagi realistik, di mana kami
tidaklah mengharapkan harga kereta yang dijual selepas ini sama seperti
yang dinikmati oleh warga asing yang menyertai program Malaysia MySecond
Home ini. Tetapi apa yang diharapkan sebenarnya ialah jurang
harga kereta yang agak keterlaluan ketika ini antara orang kaya (peserta
MM2H) dengan rakyat Malaysia dikurang dan dikecilkan.
Jika melihat kepada peserta program
Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, mereka ini kalangan yang kaya-raya.
Orang kaya raya jarang melihat kepada penjimatan, tetapi kepuasan.
Kepuasan daripada segi yang bagaimana? Kepuasan daripada aspek
persekitaran, prasarana dan juga kehidupan yang lebih baik termasuklah
mereka merasa selamat selama mereka tinggal di Malaysia. Itu yang paling
penting sebenarnya.
Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011
Rekod di bawah ini merupakan jawapan
lisan yang diberikan sendiri oleh Menteri pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng
Yen Yen ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini
mengenai prestasi program Malaysia MySecond Home (MM2H).
- Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).
- Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.
- Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :
Bil
|
Negara
|
Jumlah
(2002 -2011)
|
1.
|
China |
2857
|
2.
|
Bangladesh |
2082
|
3.
|
United Kingdom |
1789
|
4.
|
Jepun |
1629
|
5.
|
Iran |
1037
|
6.
|
Singapura |
804
|
7.
|
Taiwan |
724
|
8.
|
Pakistan |
698
|
9.
|
India |
631
|
10.
|
Korea |
613
|
Cuma kata menteri, antara halangan utama
yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara
asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negatif ke atas usaha yang dijalankan untuk menjayakan program Malaysia MySecond Home (MM2H)
Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)
Mari kita semak senarai harga kereta yang ditawakan melalui program MM2H Malaysia ini :
Kalau di Malaysia ada :
- Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia
- Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia
- Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?
Kami tiada masalah untuk program MM2h Malaysia diteruskan. Tetapi…..ada tetapinya. Harapan kami setakat ini jelas bahawa harga kereta di Malaysia
sememangnya ada ruang untuk diturunkan lagi. Tidak kisah untuk harga
kereta diturunkan, kalau itulah caranya kerajaan mahu menarik mereka
(warga asing yang kaya-raya ini) untuk tinggal di Malaysia tetapi
janganlah harga kereta untuk rakyat sendiri membebankan. Itu sahaja.
Bagaimana? Apa pendapat anda selepas melihat senarai harga kereta yang ditawarkan antara anda dengan warga asing yang menyertai program Malaysia Mysecond Home (MM2H) ini? Patut atau tidak? Mengapa?
Sumber: BERITA SEMASA
Sumber: BERITA SEMASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan