Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Tiada satupun dokumen awam yang mengatakan Umno aka Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu adalah punca kepada tragedi berdarah yang
mengorbankan ratusan rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur dalam
Tragedi Berdarah 13 Mei 1969. Ironinya walau tanpa catatan resmi, yang
tidak tersurat tetap kukuh tersirat!
Generasi pertama selepas 1969 sekarang berusia 41 tahun. Mereka tidak
merasai hangatnya tragedi hitam itu tetapi babak demi babak dalam
peristiwa itu telah menghangatkan darah yang mengalir dalam tubuh
mereka.
Darah Melayu dipersekitaran akhir tahun 1960an itu dihangatkan olih
perasaan marah, benci dan menyampah yang teramat terhadap bangsa asing,
Cina khususnya!
Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!
Saya masih bergelar pelajar. Guru saya, cikgu Abdullah Sani adalah setiausaha umno Bahagian, arwah ayah saya adalah Ketua Pemuda umno Bahagian ketika itu. Guru Besar saya, cikgu Abdul Rahmah Sabri, bekas Datuk bergelar dan bekas Exco Kerajaan Negeri Johor. Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang kental darah Umnonya. Sejak belum masuk alam persekolahan saya telah dibawa oleh ayah untuk bersamanya dalam majlis-majlis politik kepartian. Dia bermesyuarat di dalam dewan, kami (anak-anak) bermain di luar dewan. Dia bertanding dalam pilihanraya, kami anak-anaknya turut ditugaskan menampal poster dan mengedar risalah.
Dunia saya adalah dunia umno! Saya begitu bangga berbaju batik yang
penuh dengan lambang umno. Hebat umno, kalau tiada umno, Melayu akan
mati kebuluran! Kalau tiada umno, air tidak akan mengalir dalam besi dan
Melayu masih menggali perigi! Itu sedikit sejarah darah yang mengalir
dalam diri ini.
Maka tidak hairanlah jika kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya;
Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!
Manakala tregedi 13 Mei 1969 adalah Tugu Masa Perjuangan Melayu
menyelamatkan Tanah Melayu daripada jatuh ketangan Cina jahanam!!
1978, di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selang
sehari selepas saya memberi pidato umum, saya dikunjungi SB bahagian
politik pelajar dan bermulalah era senyap saya selama 2 tahun!!
Alhamdulillah, semasa era senyap inilah limpahan sejarah sebenar tentang
siapa umno dan kenapa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 "TERPAKSA"
diadakan telah dibisik kemas ke telinga dan dititip rapi ke lubok hati
olih insan yang saya kasihi, ayah. Terima kasih ayah! Semoga roh ayah
dan ibu sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Illahi.
Hari ini buat anak-anakku,
Ayah titipkan sedikit apa yang pernah dibisikkan ketelinga ayah.
- Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak akan terjadi andainya parti
umno/Perikatan tidak kalah teruk dalam pilihanraya umum. Bangsa Melayu
tidak kalah dalam pilihanraya sebenar, yang kalah adalah parti
umno/Perikatan.
- Semangat perkauman dikalangan Melayu terpaksa dibakar untuk mengalihkan perhatian bangsa Melayu kepada umno.
- Yang berlari, yang mengejar dan dikejar. Yang memukul dan yang
dipukul, yang membunuh dan yang dibunuh adalah bangsa Melayu yang
perasaan mereka telah dibakar api kebencian sesama insan olih pemimpin
umno!
- Yang rugi, cacat, cedera dan yang mati adalah Melayu bawahan, rakyat
miskin yang dibonekakan olih pemimpin umno untuk segaja mencetuskan
huruhara agar MAGERAN dapat diumumkan! Bila MAGERAN diumumkan, kuasa
tidak berganjak dan kekal dipegang olih umno. Melayu tetap layu,
dilayukan olih pemimpin Melayu umno!
- Katanya; Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!. Tanyalah
Cina sialan atau Melayu jahanah yang mencelakakan kedaulatan Pulau Batu
Putih?
- Katanya; Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu. Selidikilah
Cina sialan atau Melayu puaka yang menipu anak jati Melayu sehingga
tergadainya warisan negara di Tanjung Pagar, Singapura?
- Katanya; Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung. Cina sialan atau
Melayu laknat yang tidak sedarkan diri dan merogol kedaulatan diri
memalukan bangsa sendiri?
- Katanya; Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu. Kajilah Cina
sialan atau Melayu harami yang berkekongkol dengan perompak merakus
harta negara?
Caturan politik perkauman 1969, mereka berjaya. Umno berjaya membakar
semangat Melayu demi cita-cita politik haprak mereka. Mereka membakar
semangat bangsa Melayu agar permusuhan kaum bermaharajalela dan mereka
terus berkuasa! Permainan yang sama tetapi di padang yang berbeda mereka
cuba ulangi. Kali ini bukan dengan isu perkauman sahaja tetapi
digaramkan dengan isu kaagamaan. Kepala lembu dan kepala babi dijadikan
mainan olih pewaris pencetus insiden 13 mei 1969 untuk mencetuskan
huruhara yang harubiru! Malangnya mereka kecundang!
Terbaru bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah.
Hebatkan!!
Hebat sungguh Melayu umno!!
Hebat sungguh Melayu umno menanam rasa benci, dendam dan bermusuhan terhadap sesama rakyat!!
Ingatlah, tragedi seumpama 13 Mei 1969 bukan yang rakyat inginkan. Ia
bukan budaya kita tetapi ia dilakar-acahkan olih pemikir rakus yang gila
kuasa akibat badi hasutan syaitan belaan umno!
Dalam derita kecundang yang memberakan, nafsu serakah dan kerakusan pemimpin Umno tidak kunjung padam.
Generasi Melayu hari ini bertanya dan selidikilah, siapa sebenarnya yang menipu Melayu?
Kepada anak bangsa,
Berpadalah menyokong umno
Umno mengaku kononnya berjasa
Pemimpin kaya raya, rakyat miskin hidup melata!
Ingatlah demi Agama, Bangsa dan Negara pemerintahan rakus regim umno/BN
wajib kita tumpaskan. BUKAN kerana kita gila kuasa TETAPI kita wajib
ambil kuasa daripada mereka yang gila kuasa!!!
Salaam Perjuangan. Salaam Persaudaraan
Mohd Sofi Yassin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan