Kami merasakan kalangan pembaca di sini, sudah biasa melihat keratan akhbar di atas yang menunjukkan realiti harga kereta Proton di Arab Saudi.
Ramai yang mempertikainya, kenapa harga
kereta Proton yang diangkat sebagai kereta Nasional lebih mahal
berbanding di negara sendiri. Tidak kurang juga ada yang menyokong
strategi sebegini rupa. Walauapapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri ada jawapan untuk anda semua.
Setakat ini, Proton melalui jawapan
menteri di Dewan Rakyat, telah menerima RM494 juta dalam bentuk geran
R&D yang mana Proton boleh menggunakan geran R & D tersebut
untuk tujuan R & D daripada tempoh tahun 2006 sehinggalah tahun
2010. Itu yang pertamanya.
Dan kalau sebelum ini kalangan daripada
anda sudah pun membincangkan harga kereta Nasional Proton yang boleh
dijual pada harga bebas cukai kepada warga asing melalui program MM2H
melalui laporan berita bertajuk, Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Maknanya di situ sudah menunjukkan harga kereta Proton boleh sebenarnya dijual pada harga yang lebih rendah seperti yang ditawarkan sekarang ini kepada rakyat Malaysia.
Persoalan yang kedua yang sering bermain
di pemikiran rakyat Malaysia, mengapa harga kereta proton terdapat
perbezaan harga jualan di antara pasaran tempatan dengan harga kereta
Proton yang dijual di negara Teluk ataupun di UK, Thailand dan
lain-lain. Dan berdasarkan jawapan menteri di Dewan Rakyat pun, beliau
sedar dengan persoalan dan situasi sebegini rupa.
Dan….semakan kami terhadap Kadar Tukaran Matawang Asing ini menunjukkan :
Datuk Seri Mustafa Muhamad sendiri
mengatakan di Dewan Rakyat yang harga jualan kereta Proton di luar
negara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya :
- duti import
- cukai dalaman
- kos pengangkutan
- insurans
- kadar faedah pinjaman dan sebagainya
- dan…strategi pemasaran
Jadi itu sebablah kata menteri harga
kereta Proton berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang
lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor
kos dalaman pengangkutan berkenaan. Begitulah lebih kurang jawapan
menteri. Anda boleh semak sendiri soalan yang dikeutarakan di Dewan
Rakyat berkaitan isu perbezaan harga jualan kereta Proton di Malaysia
dan di Arab Saudi
Jawapan di Dewan Rakyat : Beza Harga Kereta Proton di Malaysia VS Arab Saudi?
Hansard di Dewan Rakyat
P/S : Apa pendapat anda pula? Pengguna-pengguna kereta Proton?
Sumber: BERITA SEMASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan