Terkini: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran pula menyertai PAS
Hazayani Zakaria
Beliau
menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil
disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS
Sarawak, Adam Ahid.
Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.
"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.
"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.
"Mungkin
hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang
membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika
ditemui selepas itu.
Salleh,
68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding
sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud
di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.
Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.
Beliau
merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan
gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam
insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.
Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.
"Saya
ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian
di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak
mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.
"Bahkan
saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang
dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.
Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.
Penyertaan
beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan
teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan