Beku PTPTN: Ada rancang berhenti, ada pindah IPT
Tindakan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan
pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel)
milik kerajaan Selangor menyebabkan beberapa pelajar merancang dan
terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman.Tindakan itu juga menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.
Pelajar yang berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu itu juga melahirkan rasa kesal dan bercadang untuk pindah ke institusi pengajian tinggi lain sekiranya masih tidak mendapat pinjaman PTPTN.
"Ada dua tiga orang kawan saya yang dah pindah belajar tempat lain sebab tak dapat PTPTN. Sekarang ni pun ada kawan-kawan lain rancang nak tukar juga.
"Macam saya pun bukan daripada keluarga senang. Saya ada tujuh orang adik beradik. Bila tak dapat PTPTN ni saya bimbanglah. Saya pun ada fikir nak pindah tempat lain kalau masih tak dapat pinjaman," kata Edy, 18, ketika ditemui Malaysiakini semalam.
'Rasa memang susah'
Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Unisel.
Pembekuan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, beliau yang merupakan anak kepada pekerja penyelenggaraan berkata, sehingga hari ini, beliau mendengar khabar bahawa pihak Unisel tidak tahu kenapa pinjaman mereka dibekukan.
"Rasa memang susah kalau tak dapat PTPTN. Rasa macam nak berhenti belajar pun ada.
"Kami diberitahu bahawa pihak atas tak tahu kenapa dibekukan pinjaman. Saya juga difahamkan pihak Unisel juga sekarang sedang berbincang dengan PTPTN. Apa pun, saya nak tunggu apa keputusan sebelum lihat pilihan lain," kata bob, 18, yang berasal dari Johor.
Bob turut merayu kepada pihak PTPTN agar memberikan pinjaman kepada pelajar baru yang dibekukan pinjaman.
'Saya dengan sebab politik'
"Saya
harap PTPTN bagi je pada kita. Memang rasa susah. Tugasan semua gunakan
duit. Banyak pelajar sini sewa rumah, ada yang sampai saya dengar
cerita cari kerja (sambilan)," katanya lagi.Sementara itu, bagi Aqila, 18, yang berasal daripada Rawang pula mendapat khabar bahawa pembekuan pinjaman adalah disebabkan politik.
"Saya memang perlukannya untuk biaya pelajaran saya. Sebelum tak macam ni (beku pinjaman). Saya dengar semua ni sebab politik.
"Yuran nak kata murah pun tak boleh. Keluarga saya tak kaya sangat. Duit belanja pun tak banyak, tak cukup. Saya harap PTPTN tak jadi bekukan (pinjaman)," kata pelajar semester pertama Fakulti Seni dan Rekaan itu lagi.
Seorang pelajar daripada fakulti komunikasi dan media, Kabil, 19, berkata beliau memerlukan wang daripada pinjaman PTPTN untuk membayar yuran pengajian.
"Kami semua terkejut. Dalam kelas pun dah tak tumpu perhatian bila semua cakap mengenai PTPTN... Jika tak ada duit daripada PTPTN, kami terpaksa berhenti belajar.
"Ada juga senior yang kata suruh sabar dan kata jangan bimbang dan semuanya akan baik seperti biasa... Tapi tak ada duit bagaimana nak sambung belajar.
"Dalam keluarga bapa saya seorang sahaja yang mencari nafkah dan dia bakal bersara tak lama lagi," kata Kabil yang merupakan anak bongsu kepada seorang kakitangan TNB.-MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan