Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?
Published on April 6, 2012
Sudah beberapa kali rakyat Malaysia yang
bakal “bersiap siaga” untuk hadir bagi menentukan masa depan dan
halatuju pemerintahan di Malaysia untuk tempoh 5 tahun yang akan datang
dalam Pilihanraya Umum ke 13, telah disuapkan dengan cerita dan berita
yang kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menipu dalam daftar pemilih. Di mana kebenarannya?
Acapkali kami mendengar dan
memerhatikannya. Tetapi selagi tiada rujukan dan bukti untuk dijadikan
sandaran, kami sama sekali tidak akan mengeluarkannya di Berita Semasa.
Dan….kami tidak mahu menuduh SPR semata, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) perlu menjawab isu terbaru ini. Dan baru-baru ini, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat ada mendedahkan beberapa nama pengundi dijadikan pengundi “KLON” yang akhirnya nanti akan bertindak sebagai pengundi hantu.
Sumber : lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Apa yang boleh anda perhatikan daripada
paparan gambar di atas ini? Ada 2 pengundi di atas ini dan antara yang
dipertikaikan adalah :
- Bagaimana 2 pengundi ini boleh memiliki kad pengenalan lama yang sama dan juga alamat lama yang sama tetapi kad pengenalan yang berbeza
Selain daripada contoh dia atas beberapa
cara dan kaedah lain yang boleh digunakan untuk membolehkan “pengundi
KLON” ini berjaya untuk mengundi lebih daripada sekali. Antaranya
kaedahnya ialah :
- Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang digunakan adalah sedikit berbeza
- Nama yang sama, tetapi tarikh lahir yang digunakan adalah sedikit berbeza pada nombor kad pengenalan baru
- Pengundi pos mempunyai nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza
Jikalau benarlah pilihanraya Umum ke 13
semakin hampir, sepatutnya masalah-masalah seperti ini perlu diatasi
dengan segera, melainkan ada “tangan-tangan halus” yang mahu menipu
dalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Nauzubillah. Harap-harap dijauhkan kes-kes jenayah sebegitu rupa dalam
badan SPR yang semestinya kalangan pengundi mengharapkan SPR menjadi
satu badan yang bebas dan telus dalam menjalankan tugas. Minta SPR
menjawab dengan telus isu ini.
SPR tidak boleh hanya mengatakan yang
mereka telus dalam menjalankan amanah, sebab kepercayaan daripada
kalangan rakyat Malaysia tidak boleh hanya bersandarkan kepada
pertuturan semata tetapi mestilah disusuli dengan perbuatan yang betul.
Adakah tugas kalangan orang politik dan
rakyat Malaysia perlu terus-menerus memeriksa hasil kerja yang
sepatutnya diuruskan dengan sendiri oleh kakitangan dan pengurusan
tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)? Berapa lama lagi
tempoh yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih yang ada pada hari ini?
P/S : Ini antara yang berjaya dikesan, yang lain-lain?-BS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan