FB Aduan Rakyat: Kes Felda CAHAYA BARU Terus dipinggirkan.
Salam 1Malaysia 1Aduan,
Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang terjadi di kampung tumpah darah saya dimana apa yang terjadi tidak diindahkan oleh majlis daerah mahupun kerajaan negeri Johor.
Kisahnya begini, pada tahun1990 lagi penduduk felda telah menerima geran masing-masing. geran ini seperti mana semua tahu bahawa sesiapa yang menetap di felda dan mengusahakan tanaman getah atau kelapa sawit, setelah cukup tempoh tahun, geran tanah kebun dan rumah akan menjadi milik peneroka felda.
Setelah dapat geran pada usia peneroka atuk dan nenek yang telah tua, sudah tentu mereka ingin hidup senang setelah betahun-tahun hidup susah mengusahakan tanaman getah. Oleh itu mereka telah digemparkan oleh sekumpulan pemimpin penduduk yang kononnya ingin memajukan kawasan kebun mereka ditukar kepada pegangan bebas untuk dibangunkan menjadi perumahan. Mereka merancang memohon dari kerajaan Johor untuk mengubah status rizab tanah melayu kepada tanah industri dan tanah bebas. Sewaktu itu YAB Datuk Muhiyidin Yassin yang menjadi Menteri Besar Johor. Kata 10 orang pemimpin-pemimpin yang berhasrat memajukan felda tersebut, mereka boleh membangunkan kawasan felda tersebut dan berjanji akan memberi RM1.5juta kepada semua penduduk yang mempunyai geran dan sanggup mengikuti kempen pembangunan tersebut.
Mereka telah berjaya mengikat penduduk kampung yang telah uzur dan tua untuk menandatangan perjanjian dan menjadi ahli dan pemegang saham didalam syarikat Cahaya Baru Development Berhad dan melantik 10 orang yang diketuai oleh Saudara Nasir. buta-buta peneroka felda tersebut memberi geran mereka kepada syarikat tersebut tanpa mendengar kata anak-anak muda felda. Setelah mereka membuat usaha sama dengan bank-bank yang dilantik, serta contractor-contractor bersekutu, dan tak tahu dari mana mereka dapat wang, mereka telah membayar RM100k kepada setiap peneroka pada tahun 1996. mungkin boleh jadi sebahagia daripada geran telah digadai kepada bank berkaitan untuk membayar penduduk felda dan mengaburi mata mereka.
Tetapi apa yang terjadi setelah kepimpinan YAB Datuk Muhyiddin ditarik ke pusat dan menteri besar johor digantikan oleh YAB Datuk Ghani Osman, perkara ini berpanjangan. Datuk Ghani tak tahu tentang hal ini. apa yang difahami rizab tanah melayu tersebut tidak diluluskan untuk diubah kepada pegangan bebas.
Oleh itu apa yang terjadi sehingga kini penduduk felda bagaikan telah ditipu. dan hanya dapat apa yang diberi. manakala apa yang terjadi, setiap kali menjelang hari raya, pihak syarikat cahaya baru dev. bhd tersebut hanya membayar RM1k kepada semua penduduk. Darimana dapat duit tersebut? apakah semua geran digadai begitu sahaja setiap tahun?
Sehingga kini hal ini tidak dibongkahkan dan semakin hari semakin ramai atuk-atuk dan nenek-nenek meninggal dunia. kehidupan mewah yang diimpikan hanya tinggal mimpi. hanya anak-anak felda yang tinggal mengenangkan nasib mereka dan tak tahu apa yang akan terjadi pada tempat tinggal yang didiami satu masa nanti. takkan nak tunggu cucu pula pun tak selesai.
Tak ada siapa yang berani membongkah hal ini, kerana dikatakan ketua pemimpin tersebut orang kuat parti. Tetapi kami rakyat demokrasi! inginkan hak kami. mana lebihnya janji RM1.4juta?
Tolong lah kami! bawakanlah perkara ini ketengah! masukkan kedalam TV. supaya semua terbongkar. dan kami nak tahu siapa dalang sebenar. kami tak mahu tanah dipijak milik orang. Nenek tua kaya raya akhirnya tumpang dibumi sendiri.
Datanglah ke kampung kami, kami akan sambut dengan hati terbuka.
Kami amat mengharapkan kedatangan tuan! Tanyalah dengan semua penduduk kampung kami. semua akan mengatakan yang sama. mereka siksa. dan ada yang dah jatuh miskin. mana kala 10 orang pemimpin semakin kaya raya.
salam. Sumber kat sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan