wfauzdin_ns

TAHUKAH
anda tahun 1993 boleh dianggap Tahun Penuh Pendurhakaan Umno terhadap
Raja-Raja Melayu? Bagaimana jika kesemua kes pendurhakaan itu disemak
semula dan diambil tindakan sepertimana kes-kes lama Azmin dan Anwar
disemak semula?
Pada
18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan
Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan
ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara
terbuka salah laku Raja-Raja.
Lupakah
kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah diadakan
`pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan Ismail Petra
masih di takhta. Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu itu? Jika anda
lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini merasai `dizalimi'
pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.
Media
BH bertarikh 11 Jun 1993, memetik kenyataan Shahidan Kassim tokoh Umno
juga yang menyebut Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta. Rahim
Tambi Chik, sewaktu menjadi KM Melaka meminta agar panggilan `patik'
yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Sultan dihentikan, memadai
dengan hanya menyatakan `Saya Tuanku". Ungkapan biadap tokoh yang
kontroversi dengan gadis bawah umur ini rakyat tidak dapat lupakan.
Rujuk
kembali BH bertarikh 03 Feb 1993. Siapa yang cabar Sultan Kelantan agar
turun takhta? Lupakah kita? Berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun
1993. Zahid Hamidi yang tidak mahu ke Perancis sebagai saksi kes
Scorpene, ini lah tokoh yang mencabar Sultan Kelantan, Sultan Ismail
Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah, katanya. Jika
anda lupa, rujuk kembali BH bertarikh 11 Feb 1993.
Bapak
segala penderhaka Raja iaitu Mahathir Kutty pula mendakwa Raja-Raja
tidak henti-henti meminta daripada kerajaan. Rujuk BH bertarikh 30 Jan
1993. Media BH bertarikh 23 Jan 1993 pula telah mengaibkan Raja-Raja
dengan tuduhan pesta arak di Istana dan perempuan-perempuan cantik.
Mengapa media ini terlalu berani? Tidak lain tidak bukan adalah kerana
pemimpin Umno waktu itu mengajarnya.
Sebenarnya,
sebelum tahun 1993 lagi banyak kes pendurhakaan kepada Raja-Raja ini
telah dilakukan oleh pemimpin Umno. Saya tidak selesa untuk mengimbas
kembali kisah-kisah terdahulu dari ini kerana ada di antara mereka yang
telah meninggal dunia. Sekadar sebagai ingatan kepada kita semua sejarah
tidak boleh dipadam samasekali.

Tahun-tahun
kebelakangan ini masih juga terdapat pemimpin Umno yang terang-terang
menunjukkan pendurhakaan kepada Raja-Raja. Kita masih ingat kisah di
dalam persidangan agung Umno pun mereka menghentam Raja-Raja, contohnya
pada tahun 1991 di mana Sultan Kelantan menjadi mangsa mereka. Harta
Raja-Raja diminta disiasat. Siapa punya angkara? Media telah mengaibkan
Instusi Beraja dengan meletakkan di muka hadapan kehendak perwakilan
Umno waktu itu.
Apakah
tidak durhaka namanya melarikan Puteri Sultan untuk bernikah? Cuba
tanya kisah ini kepada mantan MB Selangor Muhamad Muhd Taib seorang
pemimpin Umno.

Tentu
masih segar di dalam ingatan kita, bagaimana cubaan hampir seluruh
Wakil Rakyat Umno di Terengganu untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah di
Istana Terenganu bagi menabalkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.
Mereka mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum
Tahun 2008. Maka, didirikan banner tertulis perkataan " Kami Ngak Idris,
Natang". Apakah yang mereka maksudkan `Natang' itu? Kepada siapa
ditujukan?
Perlantikan
MB Perlis juga begitu. Lihat bagaimana Shahidan Kassim bertindak
apabila Isa Sabu dipilih sebagai MB Perlis. Terlalu sedikit di sini
untuk dihuraikan kembali bagi menunjukkan hebatnya Umno menderhaka
kepada Raja-Raja. Terlalu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan sekadar
nasihat dan ingatan dari YB Nizar selaku rakyat biasa yang sayangkan
Raja Melayu.
Umpama
anak yang sayangkan bapanya, si anak akan sentiasa menegur bapanya
kalau didapati bapanya tersilap laku. Anak yang tidak sayangkan bapanya
akan membiarkan bapanya melakukan apa jua dan si anak hanya mahu ampu
dan bodek si bapa./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan