Khamis, 13 Disember 2012

Pendedahan Ekslusif Deepak Mengenai Pembunuhan Altantuya Yang Di Kaitkan Dengan Najib Razak!


Kuala Lumpur - by @tiewnama.
Deepak Jaikishan mendedahkan satu berita gempar yang menggegarkan negara
mengenai penglibatannya untuk membuat akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam
yang mana akuan bersumpah pertama di tarik balik.

ianya bukan untuk menyelesaikan isu akuan sumpah bala bahawa Najib Razak terlibat
dalam isu pembunuhan wanita monggolia saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih
besar dari lebih terdedah serta penglibatan tangan tangan ghaib dari dalam umno sendiri.

berikut ulasan deepak mengenai kes pembunuhan Altantuya yang di kaitkan dengan
Najib Razak

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam, saya dipanggil 
oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon, dia suruh saya cari jalan menyelesaikan 
masalah dia, saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelum itu tetapi tidak 
kenal rapat dia.

saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak 
mahu berjumpa, saya telefon Datin Seri dan berkata ini susah dan tak nampak jalan 
penyelesaian benda ini, sebelum ini pun saya banyak bantu Datin mana mana perkara 
yang dia perlukan,  saya cubalah kalau ada kawan.

saya kata kepada Datin hal ini bukan senang untuk diselesaikan, dia pun minta saya 
datang rumah sekarang dan jumpa suami saya, biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana, 
saya pergi ke rumah mereka, Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria, kadang kadang dia
 orang duduk di Sri Duta dan kadang kadang Sri Satria, malam itu mereka duduk di Sri Satria.

saya masuk rumah lebih kurang 8 lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri 
mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang 
benar dan dia  tidak mahu berjumpa pun dengan saya, saya tidak tahu bagaimana nak
menyelesaikan benda inilah.

pertama dia telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga, lepas bincang, 
dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya dia setuju, untuk 
batalkan SD dia, saya telefon Bala, kita bincang atas telefon, dia kata dia nak jumpa 
Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

dia pun jenis orang yang keras, dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD 
pertama semuanya benar, saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan 
Datin Seri, saya beritahu Datuk Seri kita berada dalam suasana yang susah, masa itu 
Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama, dia nak jumpa Datuk Seri 
atau Datin Seri, no way lah nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose Datuk Nazim yang jumpa Bala, saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap 
ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu, saya pergi ke rawang 
di satu restoran cina duduk dengan dia dekat sana, saya, dia, sepupu saya yang kenal dia 
dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

bincang bincang dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan 
famili. saya kata yang terbaik awak tinggalkan malaysialah, kita boleh uruskan kalau 
dia mahu, kalau awak nak kekal di malaysia tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

lepas itu kita bincang hal duitlah, dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak 
fikir saya boleh urus untuk dapatkannya, saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan 
bilion untuk keluarkan jumlah itukan, saya kata lebih baik awak cakap dengan Datuk 
Nazimlah, saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu.

dia mahu kita pergi ke The Curve dekat mutiara damansara, jadi kami pergi The Curve 
ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi, Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, 
isteri dia ketika itu sedang mengandung, susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka, dia fikir 
kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan 
permintaannya dari segi kewangan yang dia minta, saya tak ada.

dia bincang dengan Datuk Nazim dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi 
dan mahu meninggalkan negara ini, So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi 
kamu kena tukar SD itu, Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa 
yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam dan anaknya untuk siapkan dokumen, selepas 
itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD, 
mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak 
dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

selepas itu peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk, siapkan laptop dia dan 
bincang semua, siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu, kemudian 
mereka nak buat sidang media, bila nak buat PC, saya tak kenal siapa siapa masa tu, 
saya low profile, jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, 

you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, 
internet ke, saya tidak kenal siapa siapa. last minute peguam tidak mahu bersama Bala 
dan tidak mahu nama dia ada di situ, saya kena hubungi kawan saya yang juga peguam 
tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu, saya kata awak hanya datang dan duduk dengan 
Bala, Bala pun masa itu sangat tertekan.

peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9  
10 pagi,  pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu, peguam 
saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang 
peguam yang senior,  itu yang berlaku, objektifnya mahu pusing SD Bala.

banyak orang fikir dia mahu menukar SD yang Bala bagi tetapi sebenarnya ia lebih 
dari itu,  sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, 
telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan 
cerita sebenarlah.

tetapi satu faction lagi dalam umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana 
Menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka sudah bersedia, salah seorang 
ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia
melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level.

jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni, objektif 
utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya, malam itu jugak kena 
siap, kena U turn, kena tutup, itulah yang masalah utamanya.

banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau 
SD 2 atau 3, yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat 
secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah 
yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa, ini yang utama dan sesuatu 
yang sangat serius.

selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih 
berminat untuk tutup hal itu, mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu 
tutup, jadi tidak ada tindakanlah, sebab itu kes tutup.

saya minta SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa 
sebenarnya berlaku, mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas 
kenapa kes ini ditutup, saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik, tidak 
mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta 
manusia kat malaysia, 

kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja, bertindak untuk 
kebenaran tak salah, jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar benarnya, 
IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar, sekurang 
kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan 
mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja, negara ini lebih dari itu, itu saja.


Berita Dari: Era Pasca



Tiada ulasan: