| Analisis Mohd Sabri Said, |
Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membina 20 ribu
rumah mampu milik menerusi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) dan
pembinaan Monorail diandaikan 'Janji Mat Jenin' pada era globalisasi
ini.
Dulu Mat Jenin dikaitkan dengan cerita rakyat sedang berangan-angan di pelepah kepala yang akhirnya apabila terkena angin sepoi- sepoi bahasa, dia pun jatuh ke tanah dan mati.
Angan-angannya berakhir di situ tanpa dapat direalisasikan untuk membuktikan apa yang dihajatinya dikotakan.
Mengimbau kembali kisah pembinaan perumahan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), kononnya kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan kehendak penduduk Melayu khususnya yang amat mengharapkan perubahan masa depan dengan menduduki rumah sendiri.
Namun, Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) sekadar 'tanam tebu tepi bibir' tetapi manisnya tidak langsung terasa.
Perkara itu terbukti berdasarkan rekod silam. Pada tahun 1984, Kerajaan Negeri pimpinan Gerakan-BN di Pulau Pinang berjanji membina rumah untuk kakitangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di atas 330 ekar tanah yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan dengan harga RM5.1 juta.
Sampai kini, sudah 28 tahun janji tersebut belum ditepati sehinggakan kawasan berkenan telah menjadi ladang kelapa sawit. Ladang itu dikendalikan oleh sebuah syarikat kroni BN dengan sewa hanya RM7 ribu sahaja.
Begitu juga perumahan di Teluk Kumbar yang diusahakan oleh Pelaburan Harta Tanah Bumiputa Berhad (PHBB) sebanyak 235 unit di lot 405, 2303, 638, 639, 640 dan 641 di Mukim 11 Daerah Barat Daya, Pulau Pinang masih tidak jadi kenyataan.
Kerajaan Persekutuan tidak langsung menunjukan minat untuk menyelesaikan masalah itu tiba-tiba datang pula bersama-sama janji baru yang besar kemungkinan hanya janji pilihan raya.
Jika tidak percaya, sila tanya Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak atau Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Negeri, Iszuree Ibrahim. Hal ini kerana merekalah yang memperjuangkan banyak isu tanah dan perumahan di Pulau Mutiara ini.
Selain itu, perkampungan Melayu yang bakal musnah ialah di Batu Uban di usahakan oleh Era Kemas Sdn Bhd, juga milik kroni Umno. Jadi, di mana maruah Umno kerana para pemimpin atasan mahukan janji ditepati sedangkan kroni yang mementingkan projek terus rakus menghalau penduduk asal kerana mengejar keuntungan.
Menyentuh mengenai monorel pula, perkara itu bukan sesuatu yang baru. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Barisan Alternatif (BA) semasa diterajui Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor.
Perkara
ini pernah disuarakan oleh Adun Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd
Hamdan Abdul Rahman, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang (1999-2004),
Abdul Rahman Kader atau Ketua Pembangkang (2004-2008), dan Phee Boon Poh
yang kini menjawat jawatan exco. Mereka tertanya-tanya kemapa BN pada
ketika itu tidak berminat membina monorel untuk mengatasi masalah
kesesakan terutamanya di sebelah pulau.
Tetapi, ketika hasrat untuk melihat rumah mampu milik dan monorail masih tidak kesampaian, kini ditambah pula isu pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung.
Kerajaan BN juga harus melihat kembali kes 103 keluarga di rumah pangsa Mak Mandin, Butteworth. Mereka dijanjikan rumah kos rendah sejak 1985, namun tidak pernah ditunaikan sehinggalah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikanya dengan memberikan 103 unit secara percuma bahkan mengembalikan balik pembayaran wang tunai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri.
Dalam hal ini, rakyat wajar mengetahui setiap menjelangnya pilihan raya pasti ada janji baru akan diberikan dan apabila keputusan pilihan raya yang memihak kepada BN, janji tinggal janji dan ditinggalkan begitu sahaja.
Oleh itu, bagi mengajar sikap angkuh mengatakan hanya Umno dan BN sahaja yang boleh memberikan kemewahan adalah teriakan anak kecil yang kecewa.
'Perdana Menteri untuk semua' gagal ditonjolkan sebaliknya Perdana Menteri untuk Umno-Bn yang berlaku. Tiada sebab rakyat Pulau Pinang tidak boleh menolak Umno-BN sebagaimana penolakan dalam PRU12 yang lalu.

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Janji PM bina rumah angan Mat Jenin
Mohd Sabri Said
Janji
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk membina 20 ribu rumah
mampu milik menerusi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) dan
pembinaan Monorail diandaikan 'Janji Mat Jenin' pada era globalisasi
ini.
Dulu
Mat Jenin dikaitkan dengan cerita rakyat sedang berangan-angan di
pelepah kepala yang akhirnya apabila terkena angin sepoi- sepoi bahasa,
dia pun jatuh ke tanah dan mati.
Angan-angannya berakhir di situ tanpa dapat direalisasikan untuk membuktikan apa yang dihajatinya dikotakan.
Mengimbau
kembali kisah pembinaan perumahan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan
Nasional Berhad (SPNB), JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau
Pinang (PERDA), kononnya kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan
Lim Guan Eng membelakangkan kehendak penduduk Melayu khususnya yang amat
mengharapkan perubahan masa depan dengan menduduki rumah sendiri.
Namun,
Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini mengatakan bahawa
Barisan Nasional (BN) sekadar 'tanam tebu tepi bibir' tetapi manisnya
tidak langsung terasa.
Perkara itu terbukti berdasarkan rekod silam. Pada tahun 1984, Kerajaan
Negeri pimpinan Gerakan-BN di Pulau Pinang berjanji membina rumah untuk
kakitangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di atas 330 ekar tanah
yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan dengan harga RM5.1 juta.
Sampai kini, sudah 28 tahun janji tersebut belum ditepati sehinggakan kawasan berkenan telah menjadi ladang kelapa sawit. Ladang itu dikendalikan oleh sebuah syarikat kroni BN dengan sewa hanya RM7 ribu sahaja.
Begitu
juga perumahan di Teluk Kumbar yang diusahakan oleh Pelaburan Harta
Tanah Bumiputa Berhad (PHBB) sebanyak 235 unit di lot 405, 2303, 638,
639, 640 dan 641 di Mukim 11 Daerah Barat Daya, Pulau Pinang masih tidak
jadi kenyataan.
Kerajaan
Persekutuan tidak langsung menunjukan minat untuk menyelesaikan masalah
itu tiba-tiba datang pula bersama-sama janji baru yang besar
kemungkinan hanya janji pilihan raya.
Jika
tidak percaya, sila tanya Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang,
Saudara Rahmad Isahak atau Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan
Wilayah PAS Negeri, Saudara Iszuree Ibrahim. Hal ini kerana merekalah
yang memperjuangkan banyak isu tanah dan perumahan di Pulau Mutiara ini.
Selain itu, perkampungan Melayu yang bakal musnah ialah di Batu Uban di usahakan oleh Era Kemas Sdn Bhd, juga milik kroni Umno. Jadi,
di mana maruah Umno kerana para pemimpin atasan mahukan janji ditepati
sedangkan kroni yang mementingkan projek terus rakus menghalau penduduk
asal kerana mengejar keuntungan.
Menyentuh
mengenai Monorel pula, perkara itu bukan sesuatu yang baru. Perkara ini
pernah dibangkitkan oleh Barisan Alternatif (BA) semasa diterajui
Presiden PAS, Dato' Fadhil Mohd Noor.
Perkara
ini pernah disuarakan oleh Adun Permatang Pasir, Allahyarham Dato' Mohd
Hamdan Abdul Rahman, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang (1999-2004),
Abdul Rahman Kader atau Ketua Pembangkang (2004-2008), dan Phee Boon Poh
yang kini menjawat jawatan exco. Mereka tertanya-tanya kemapa BN pada
ketika itu tidak berminat membina Monorel untuk mengatasi masalah
kesesakan terutamanya di sebelah pulau.
Tetapi,
ketika hasrat untuk melihat rumah mampu milik dan monorail masih tidak
kesampaian, kini ditambah pula isu pembinaan Jambatan Pulau Pinang Ke
dua yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung.
Kerajaan
BN juga harus melihat kembali kes 103 keluarga di rumah pangsa Mak
Mandin, Butteworth. Mereka dijanjikan rumah kos rendah sejak 1985, namun
tidak pernah ditunaikan sehinggalah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
menyelesaikanya dengan memberikan 103 unit secara percuma bahkan
mengembalikan balik pembayaran wang tunai yang dibayar kepada Kerajaan
Negeri.
Dalam
hal ini, rakyat wajar mengetahui setiap menjelangnya pilihan raya pasti
ada janji baru akan diberikan dan apabila keputusan pilihan raya yang
memihak kepada BN, janji tinggal janji dan ditinggalkan begitu sahaja.
Oleh
itu, bagi mengajar sikap angkuh mengatakan hanya Umno dan BN sahaja
yang boleh memberikan kemewahan adalah teriakan anak kecil yang kecewa.
'Perdana
Menteri untuk semua' gagal ditonjolkan sebaliknya Perdana Menteri untuk
Umno-Bn yang berlaku. Tiada sebab rakyat Pulau Pinang tidak boleh
menolak Umno-BN sebagaimana penolakan dalam PRU12 yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan