anak muda dan rakyat malaysia mengingatkan amaran kepada Pakatan Rakyat yang
mana mereka sedia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru bagi
menggantikan pemerintah yang terlalu lama memerintah iaitu Barisan Nasional.
tetapi mandat itu mempunyai kata kata dasar untuk di laksanakannya,
Pertama adalah di atas dasar cintakan negaraiaitu tidak perlu lagi menjadi anak didik kepada british kerana tidak ramai yang tahu
bahawa perjanjian di antara malaysia dan british adalah selama 50 tahun untuk malaysia
tidak mempunyai apa apa kekacauan dan peperangan antara kaum dan menggunapakai
perlembagaan sekular.
perlembagaan sekular bermakna mengasingkan agama atau cara hidup dengan politik
yang di amalkan di negara israel dan negara negara sekular yang lain. perjanjian itu
telah terhapus 5 tahun yang lalu dan kini malaysia adalah negara yang bebas membentuk
perlembagaannya sendiri tanpa adanya lagi campurtangan dari kerajaan british.
Kedua adalah amalan rasuah yang wajib di hapuskan terusbagi membina sebuah tamadun manusia yang bebas dari gejala yang hanya meruntuhkan
iman dan amalan, jika di dapati adanya di kalangan Pakatan Rakyat yang terlibat dalam
rasuah sesudah mandat di beri oleh anak muda kepada mereka selepas ini,
maka pemimpin itu wajib di hukum penjara seumur hidup dan di rotan di khalayak ramai!
sebagai langkah pengajaran kepada semua pemimpin negara serta rakyat malaysia.
Ketiga adalah dasar menurunkan harga barangandengan mana minyak petrol adalah asas kepada kesemua kenaikan yang mendadak hingga
memaksa anak muda masa kini bahkan orang tua sekalipun merasa bahang kenaikan yang
cukup memeritkan serta meyeksakan.
langkah yang utama adalah menurunkan harga minyak seperti yang di janjikan, walaupun
anwar ibrahim memberikan tempoh 1 hari saja untuk menurunkan harga minyak, akan
tetapi anak muda memberikan sedikit ruang kepadanya selama 1 bulan untuk menurunkan
minyak petrol tersebut.
andai tidak mampu di laksanakan, anwar ibrahim bolehlah meletak jawatan sebelum anak
muda menggulingkannya!
Keempat adalah menyediakan keperluan asasbagi semua kehidupan iaitu sebuah rumah
dan bukan rumah kotak burung atau rumah pangsapuri kerana ianya bukanlah jalan terbaik,
tetapi rumah teres 1 tingkat adalah rumah yang sesuai untuk kehidupan, jangan memberikan
alasan malaysia tidak memiliki tanah yang besar untuk di didirikan rumah.
itu bukan alasan tetapi haruslah membuka sebidang tanah seluas yang mungkin untuk
membina sekurangnya 300 ribu buah rumah untuk yang sudah berkeluarga dengan
bayaran ansuran serendah rm 150 saja sebulan dan yang paling utama adalah 1 rumah
untuk 2 penama suami dan isteri dan hanya boleh di beli untuk sekali saja.
itu baru di namakan wang kembali kepada rakyat. harta kekayaan negara di kongsikan
bersama.
Kelima adalah menghapuskan sistem saman ekor polis dan jpjkerana berdasarkan fakta ianya tidak membantu meringankan beban rakyat tetapi
menambah sengsara lagi wang rakyat kerana di aniaya dengan pelbagai kesalahan
yang sengaja di cari oleh pihak penguasa.
andai ini tidak dapat di lakukan maka tidak mustahil anak muda akan kejalanraya bagi
menggulingkan pemerintah yang sedia ada.
--------------------------------------------------------------------------------------
jika Pakatan Rakyat dapat membuat rombakan dan pembaharuan ke enam enam dasar
asas ini maka anak muda akan terus menghormati institusi kerajaan yang ada ketika itu,
tetapi andaikata Pakatan Rakyat sudah berkuasa kelak dan sombong serta angkuh seperti
kerajaan yang ada pada hari ini. tidak mustahil kami akan memberikan semula kepada
Barisan Nasional kemenangan mutlak pada pru 14 nanti!
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! anak muda bersama mu selagi mana engkau
tidak menyusahkan mereka dengan pelbagai akta sekatan dan pelbagai helah untuk
memaksa wang dari poket mereka keluar untuk perkara yang segaja di cari salah
dah silap yang kononnya untuk memacu ekonomi negara dan keselamatan menipu.
by @tiewnama - 1 saman AES 1 undi kepada Pakatan Rakyat. kahkahkahkahBerita dari: Era Pasca

Tiada ulasan:
Catat Ulasan