Mahathir Vs Musa Hitam
Kini
Mahathir terpaksa berhadapan dengan seorang lagi bekas timbalan perdana
menteri, Tun Musa Hitam, buat kawan-kawan yang belum baca, jom baca
sikit coretan dari Khalid Samad bila dia bersembang dengan Tun Musa
Hitam mengenai mahathir, pilihanraya dan undinya.
Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
Pada
Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di
rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik
lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang
saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya.
Walaupun
hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka
yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih
bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila
muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!
Rupa-rupanya
Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun
merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior
setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari
persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau
terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu.
Malahan,
seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama
dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut
pengantin lelaki lari kut?
Tun
juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan
saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun
1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”.
Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau
saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan
mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal
dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada
kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”
Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya
tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang,
tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!”
Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.
Zaman berubah seperti juga manusia - KHALID SAMAD
Petikan dari: Tukang Lawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan