Jumaat, 10 Ogos 2012

Apa hubungan Anwar dengan Bala?


  Print Friendly
Saya mula bertemu dengan Balasubramaniam a/l Perumal pada 2 julai 2008. Sehari sebelum itu, pada 1 Ogos 2008, Bala menandatangani satu Akuan Bersumpah yang didedahkan pada 3 Julai 2008 di Ibupejabat PKR semasa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Subang dan pengasas Suaram, Sivarasah Rasiah, menelefon saya dan meminta saya pergi kerumah  seorang peguam dan berjumpa dengan M. Puravelan untuk berbincang tentang pembunuhan Altantuya Shariibu.
Dan itulah kali pertama saya bertemu Puravalen, Bala dan seorang lagi bekas pegawai polis.

Bala dan rakanya, seorang bekas pegawai polis mengaku bahawa mereka juga melakukan kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh Azilah danSirul. Dihadapan Puravalen, mereka dengan bangga menceritakan bagaimana mereka pernah membunuh dan membuang mayat penjenayah. Azilah dan Sirul sebenarnya dalam satu pasukan dengan Bala.

Jadi, menurut pengakuan Bala sendiri, dia  dan ramai lagi sebenarnya sudah mengenali diantara satu sama lain dan pertemuan di hadapan rumah Abdul Razak Baginda pada hari Altantuya dibunuh bukanlah kali pertama seperti yang cuba digambarkan dalam Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008. Dan mereka mengaku bahawa tugas mereka adalah untuk menghapuskan sesiapa saja asalkan mendapat upah.
Persoalan yang perlu dijawab sekarang ialah, apabila Sirul dan Azilah tiba dirumah Razak, apakah Bala tahu apa yang akan terjadi memandangkan dia mengenali kedua-dua pegawai polis ini yang merupakan ahli-ahli “skuad pembunuh”? Bala sendiri mengaku ketika bertemu di rumah Puravalen bahawa mereka semua adalah dalam satu pasukan dan melakukan perkara yang sama…membunuh orang.

Puravalen, yang juga merupakan peguam  Razak, adalah rakan dari kecil dan menurut Polis Perancis, Bala sudahpun terlibat dengan isu kapalselam ini sejak tahun 2000. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah mengenali sejak lama. Puravalen juga rapat dengan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, orang yang telah mencipta perlbagai kontroversi ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga arkitek kepada ECM Libra yang penuh kontroversi.

Selepas perjumpaan dirumah Puravalen, kami terus ke sebuah restoran itali untuk makan malam dan membincangkan tentang sidang media yang akan diadakan keesokan harinya. Sivarasa memberikan tunjukajar kepada Bala tentang apa yang perlu dicakapkan dan apa yang perlu disorokkan dalam sidang media nanti. Bala diberitahu supaya mengelakkan memberi terlau banyak jawapan dari media dan sekiranya media bertanyakan soalan yang susah, maka peguam akan menjawab soalan tersebut. Mereka khuatir, Bala akan berkata sesuatu yang bercanggah.

Pada hari berikutnya, 3 Julai 2008, satu sidang media diadakan di ibupejabat PKR dimana Akuan bersumpah Bala didedahkan dan pada hari berikutnya, Bala membuat satu lagi Akuan Bersumpah yang bercanggah sama sekali dengan Akuan Bersumpah yang pertama.

Ini amat menghairankan. Hanya sehari sebelum itu kami bertemu dirumah Puravalen dimana Bala dan Sivarasa berjanji bahawa semua apa yang dikatakan didalam Akuan Bersumpah tersebut adalah benar. Mengapa buat U-Turn? Jadi, yang mana satu betul? Akuan Bersumpah pertama atau kedua?

Lama selepas itu barulah Bala mengakui bahawa dia dijanjikan RM5 juta ringgit untuk membuat U-turn tetapi dia juga risau akan keselamatannya dan juga keluarganya sekiranya dia enggan membuat U-turn. Mereka telah menawarkan RM5 juta ringgit dan menjanjikan perjalanan ke India untuk keluarganya sekiranya dia membuat U-turn.

Bala mendedahkan dalam temurmah di Singapura itu bahawa dia hanya dibayar sebanyak RM700,000 dan bukan RM5 juta seperti yang dijanjikan pada awalnya. Bala mengulangi perkara ini dalam sidang media di London termasuk temuramahnya dengan Malaysiakini baru-baru ini.”Sebanyak RM5 juta telah dijanjikan supaya Bala membuat U-turn. Bala memberitahu bahawa dia hanya menerima RM700,000 secara ansuran, diamana akhirnya pembayaran dihentikan..”
Hanya apabila pembayaran ini dihentikan dan dia menyedari bahawa dia tidak akan mendapat selebihnya seperti yang dijanjikan, maka barulah Bala memutuskan untuk “mendedahkan” apa yang berlaku dalam siri video diatas. Walaubagaimanapun, untuk mendedahkan perkara ini, maka seseorang perlu membayar harga yang ditetapkan oleh Bala.
Sivarasa membawa perkara ini ke pengetahuan Anwar Ibrahim yang menguruskan seorang tauke Cina untuk membayar Bala sebanyak RM20,000 sebulan. Mereka juga membayar harga rumah Bala di Chennai, India. Membayar harga keretanya dan juga insuran termasuk kos persekolahan anak-anaknya disebuah sekolah antarabangsa yang ekslusif di Chennai.

Dalam masa itu, Bala berunding secara rahsia dengan Datuk Hamzah Zainuddin, seorang Timbalan Menteri dari Umno. Bala rindukan kampong halamannnya dan mahu kembali dengan selamat, walaupun dia pernah lari dan pernah juga kembali ke Malaysia beberapa kali seperti yang diakuinya. Bala juga mengalami masalah dengan visanya dan India tidak mahu memanjangkan visanya ke India. Lambat laun, Bala terpaksa keluar dari negara tersebut.

Bala mahukan baki RM5 juta yang dijanjikan kepadanya dan memberitahu Hamzah Zainudin bahawa dia akan membuat Akuan Bersumpah ketiga. Hamzah memberitahu Bala kalau dia mahukan baki RM5 juta tersebut, dia perlu menandatangani Akuan Bersumpah ketiga dan mendedahkan bahawa Sivarasa dan Anwar dibelakangnya dan menanggung segala keperluan kewangannya selama ini. Bala juga perlu mendedahkan bahawa Suaram mengatur perjalanannya ke Paris dan mengajarnya tentang apa yang perlu disebut kepada penyiasat Perancis.

Bala kemudiannya kembali kepada tauke Cina dan mendedahkan bahawa Umno bersedia membayar RM5 juta sekiranya dia membuat U-turn. Bala mahu tahu sama ada tauke Cina tersebut bersedia membayar lebih dari itu. Apabila tauke Cina tersebut mengetahui bahawa Bala bermain kayu tiga, dia menghentikan bayaran kepada Bala dan ini membuatkan Bala tersepit.

Bila saya tahu, saya membocorkan rahsia ini kepada orang saya didalam Umno dan memberi amaran untuk mendedahkan semua ini.  Memang seronok kalau saya dapat mendedahkan bahwa Hamzah Zainudin terlibat dalam cubaan untuk ‘membeli’ Bala. Apabila ini berlaku, walaupun Bala menandatangani Akuan Bersumpah ketiga, tiada siapa yang akan percaya dan RM5 juta akan hangus begitu saja.

Hamzah diarahkan supaya berundur dan menghentikan rundingan dengan Bala. Perundingan dengan Bala dihentikan sementara tauke Cina yang membiayai Bala juga menghentikan semua pembayarannya. Bala tersepit dan terpaksa melutut kepada Sivarasa.
Sivarasa menjanjikan kepada Bala mereka akan menguruskan seorang lagi penaja untuk membantunya tetapi dia perlu melakukan satu temuramah dengan Malaysiakini dimana Bala mendedahkan “kebenaran” tentang rundingannya dengan Hamzah tentang rundingan untuk membolehkannya kembali ke Malaysia.
Sebenarnya, Bala adalah orang  upahan. Walaubagaimanapun, kali ini dia terperangkap dengan terlalu banyak percanggahan dengan akuan bersumpahnya. Tidak jelas siapakah Tuannya yang sebenar. Apa yang kelihatan, Bala cuba menggunakan ramai orang dalam satu masa.
Terjemahan bebas dari artikel asal oleh Raja Petra.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/10/apa-hubungan-anwar-dengan-bala/

Tiada ulasan: